Pernah dengar tak yang doktor cakap jika seseorang itu kena demam denggi kali ke 2 selalunya dia menghadapi demam denggi yang lebih teruk. Ini adalah suatu perkara yang benar. Sebelum kita cerita bagaimana perkara itu berlaku, mari kita cerita perkara asas berkenaan demam denggi
Demam denggi adalah berpunca daripada virus denggi yang berada dalam keluarga flaviviridae dan genus flavivirus. Flavivirus ini pula dibawa dan disebarkan oleh nyamuk yang dikenali sebagai Aedes. Ada terdapat dua jenis spesies aedes iaitu Aedes aegyti dan juga Aedes albopictus.
Virus denggi mempunyai 4 jenis serotype yang berbeza. Apa pula maksud serotype yang berbeza ini? Secara asasnya flavivirus mempunyai struktur yang sama daripada segi reka bentuk dan komponen di dalamnya.
Akan tetapi apa yang membezakannya adalah struktur antigen iaitu satu struktur protein yang terletak pada permukaan virus tersebut. Ia bertindak seperti kad pengenalan yang digunakan untuk pengecaman.
Ia nampak sama tetapi ia berbeza kerana ia memberi kesan kepada sistem imun seseorang manusia.
Apabila sesuatu virus memasuki badan, sel imun akan mengecam struktur antigen tersebut dan menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut. Antibodi ini akan melekat pada antigen di permukaan virus dan menyahaktifkan virus tersebut. Kemudian virus itu akan ditelan oleh sel darah putih dan diuraikan.
Begitulah yang berlaku pada jangkitan virus denggi pada kali pertama. Antibodi akan dihasilkan untuk membunuh virus tersebut dan pesakit akan kebal terhadap virus denggi yang mempunyai serotype itu sahaja.
Apabila berlakunya jangkitan denggi kali ke 2, selalunya ia akan melibatkan serotype yang lain. Badan akan menghasilkan antibodi yang sama seperti jangkitan virus denggi yang pertama. Ini kerana struktur antigen tersebut mempunyai sedikit perbezaan.
Perkara ini akan menyebabkan virus tersebut masih lagi aktif dan tidak dibunuh. Apabila antibodi tersebut melekat pada virus, ia akan memudahkan lagi sel imun untuk menelan virus tersebut. Akan tetapi, virus tersebut masih aktif menyebabkan sel imun itu pula yang dijangkiti virus membiak dalam sel imun tersebut. Perkara ini akan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk
Reaksi ini dipanggil sebagai Antibody-dependant Enhancement. Bermaksud antibodi dalam badan kita sendiri yang akan mempercepatkan proses pembiakan virus tersebut dan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk.
Pada tahun 1977, kebanyakan penduduk Cuba telah dijangkiti virus denggi jenis serotype 1 (DENV-1). Pantauan serotype(jenis virus denggi) pada tahun tersebut menunjukkan lebih daripada 44% mereka yang mengalami demam denggi telah dijangkiti virus denggi jenis DENV-1. Kebanyakan pesakit hanya mengadu simptom demam denggi yang tidak serius.
Pada tahun 1981 pula, terdapat perubahan serotype virus denggi dalam komuniti. Dimana virus denggi jenis DENV-2 telah dikesan meningkat menerusi sistem pengawasan kesihatan yang dibuat. Disebabkan kebanyakkan masyarakat telah dijangkiti dengan DENV-1 sebelum ini, demam denggi yang seterusnya iaitu disebabkan DENV-2 telah menyebabkan kenaikan kes denggi yang mempunyai pelbagai komplikasi
Kes demam denggi berdarah meningkat kepada 24000 kes, 10000 kes pula adalah dengue shock syndrome dan terdapat 158 kematian disebabkan denggi pada ketika itu.
Kesimpulan:
Demam denggi kali ke 2 boleh menyebabkan keadaan pesakit yang lebih teruk dan boleh mendatangkan komplikasi seperti demam denggi berdarah.
Oleh itu, elakkan diri anda untuk pernah mendapat demam denggi kali pertama ataupun ke 2. Periksalah laman rumah anda untuk mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk.
Jika pihak kesihatan masuk kerumah anda dan menjumpai tempat pembiakan, anda mungkin akan dikompaun sebanyak RM 500. Sakit jugak kalau kena. Jadi jagalah rumah anda, supaya orang lain tidak terkena denggi disebabkan wujudnya tempat pembiakan dirumah anda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memakan makanan yang salah bakal memberi kesan pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan. Jadi apa kamu benar yakin dengan apa yang kamu makan sebelum sesi bersenam?
Elak makan makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional. Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal senaman, ketahuilah badan akan mula melemah secara drastik semasa pertengahan senaman. Ia juga bakal mengundang pening-pening kepala.
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana, darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa sesi bersenam.
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ adalah satu mitos semata-mata. Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir Glycogen, iaitu sel dari Glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot mudah penat dan lemah.
Mengandungi kadar kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan lebih dari satu tin minuman tenaga ini bakal membuatkan pola tidur seseorang itu tidak sekata. Apabila tidur tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin senaman dan pemakanan dia juga bakal terganggu.
Tidak lah menjadi satu kesalahan untuk memakan telur mentah sebagai makanan pre-workout. Namun terdapat risiko untuk perut yang tidak tahan/lasak iaitu keracunan bakteria Salmonella. Keracunan makanan ini mengundang Diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake, 45 minit sebelum melakukan senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengikut kajian daripada Universiti of Texas, lelaki yang yang minum dua cawan kopi setiap hari mampu mengurangkan risiko mati pucuk sebanyak 42% berbanding lelaki yang tidak minum kopi.
Kajian ini menganalisis 4000 lelaki yang minum minuman berkafein seperti kopi, teh, air berkarbonat dan minuman bertenaga-tanpa mengira status berat badan, faktor umur atau tekanan darah, di mana hasil yang diperolehi tetap sama-kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah dan merelakskan otot-otot dalam penis.
The catch? Pertama, tindak balas kafein ini tidak memberi kesan kepada pengidap diebetis. Ia lebih sesuai untuk lelaki yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan hipertensi. Kedua, jika korang ketagih dan megambil lebih daripada 2 cawan kopi, kesan baik tersebut menurun kepada 39% berbanding 42%. Kesimpulannya, tepuk dada tanyalh selera nak minum kopi berapa gelas sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.