Kadang-kadang, hidup ini memang penuh drama, tapi bagi seroang wanita dikenalid engan nama Anne, hidupnya berubah 360 darjah apabila bercinta dengan ‘Brad Pitt’.
Anne, seorang pereka dalaman dari Perancis, menyasikan bagaimana hidupnya berubah menjadi skrip filem tragis – dan malangnya, dia bukan pelakon utamanya.
Wnita berusia 53 tahun ini mendakwa telah menjalin hubungan romantik dengan ‘Brad Pitt’ selama setahun.
Ya, Brad Pitt bintang filem ‘Fight Club’ dan ‘Ocean’s Eleven’! Malangnya, cerita cinta ini tidak berakhir seperti filem romantik, sebaliknya lebih seperti filem seram.
Hakikatnya, ‘Brad Pitt’ itu bukanlah selebriti sebenar, tetapi seorang penipu profesional yang berjaya memperdaya Anne sehingga dia kehilangan lebih €830,000 (RM3.84 juta)!
“Cinta” Bermula di Instagram
Kisah ini bermula apabila Anne, seorang yang baru sahaja menjinakkan diri dengan Instagram, dihubungi oleh seseorang yang mengaku sebagai ibu kepada Brad Pitt.
Kononnya, ibu bintang Hollywood itu berkata, “Anak saya perlukan seseorang seperti awak.” Ya, ayat ini seperti datang terus dari novel cinta murahan, tapi bagi Anne, ia adalah ‘jemputan’ ke dunia cinta glamor.
Tak lama kemudian, si penipu menaikkan level permainan mereka – kali ini menyamar sebagai Brad Pitt sendiri, menghantar mesej mesra kepada Anne di pelbagai platform termasuk WhatsApp.
Ads
Untuk menjadikan cerita ini lebih meyakinkan, penipu tersebut memanipulasi emosi Anne dengan kisah palsu – Brad Pitt kononnya sedang sakit tenat kerana kanser buah pinggang, dan akaun banknya dibekukan akibat kes penceraian dengan Angelina Jolie.
Foto manipulasi AI yang digunakan oleh scammer
Anne diberikan beberapa gambar hospital yang kelihatan cukup meyakinkan – walaupun rupa-rupanya gambar itu dihasilkan menggunakan teknologi AI.
Dengan cerita air mata ini, mereka berjaya meyakinkan Anne untuk memindahkan sejumlah besar wang ke akaun bank di Turki.
“Saya rasa ini pelik, tapi saya tak biasa dengan media sosial. Saya tak faham apa yang sedang berlaku,” kata Anne dalam wawancara bersama saluran TV Perancis, TF1.
Dihina Netizen, Ditelan Depresi
Namun, kisah tragis ini menjadi lebih pahit apabila Anne memutuskan untuk berkongsi kisahnya secara terbuka.
Ads
Malangnya, pengakuan beliau tidak mendapat simpati tetapi menjadi bahan jenaka netizen. Hinaan yang bertalu-talu menyebabkan TF1 menarik balik wawancara tersebut daripada platform mereka.
Pengacara TF1, Harry Roselmack, menulis di X: “Wawancara ini telah mencetuskan gelombang gangguan terhadap mangsa. Untuk melindungi mangsa, kami telah menarik semula siaran itu.”
Anne bertanya kepada dirinya sendiri, “Kenapa mereka pilih saya untuk menyakitkan hati seperti ini? Saya tak pernah menyakiti sesiapa. Orang macam ini layak dihantar ke neraka.”
Sementara polis masih menjalankan siasatan, Anne bergelut dengan depresi akibat kehilangan wang dan maruah.
Sebenarnya, Anne bukan mangsa pertama. Scammer yang menyasarkan emosi dan cinta ini semakin kreatif dengan menggunakan teknologi AI dan cerita palsu yang licik.
Seorang jurucakap Brad Pitt mengingatkan peminat, “Scammer memanfaatkan hubungan emosi peminat dengan selebriti. Ini peringatan penting untuk tidak bertindak balas kepada mesej yang tidak diminta.”
Semoga wanita dan lelaki di luar sana mengambil kisah ini sebagai pengajaran. Jangan mudah terpedaya. Dan anda sebagai orang yang faham selok-belok taktik scammer ini, perhatikanlah orang tua tersayang agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, cuba belajar untuk mengawal nafsu makanan yang masuk ke dalam perut. Apatah lagi jika isteri atau sekali-sekala pulang ke kampung, ibu kita pasti akan masakkan makanan yang sedap-sedap untuk anak kesayangannya. Pastikan keperluan makanan yang kita ambil dalam pinggan adalah diet yang seimbang dan berada dalam kuantiti yang sederhana.
Kunyah makanan hingga betul-betul lumat
Kunyah makanan perlahan-lahan, iaitu sekurang-kurangnya 30 kali, namun terdapat hadith yang menyebut agar kita disarankan untuk mengunyah makanan 40 kali sebelum telan. Rasionalnya adalah supaya setiap makanan yang kita kunyah betul-betul cukup lumat supaya perut mudah memproses dan hadam dengan baik. Tambahan pula, rahsia di sebalik saranan ini adalah kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.
Minum air secukupnya
Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Minumlah sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari kerana badan yang tidak cukup air secara automatiknya akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman dan pencernaan. Tidak mustahil jika anda merupakan antara yang sembelit dan sukar untuk ‘membuang’ walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.
Minum sebelum atau selepas makan
Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman manis, berkarbonat, atau minuman berais kerana ia akan menghalang sistem pencernaan anda. Sebaik-baiknya minum air kosong 10 minit sebelum makan dan ini akan membantu anda untuk makan dalam kuantiti yang sedikit atau minum sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan supaya makanan dapat turun dengan baik.
Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari
Amalan ini secara tidak langsung akan membantu memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki sistem dalaman usus agar dapat bekerja dengan lebih baik. TANDA USUS ANDA BERADA DALAM KEADAAN BAIK IALAH APABILA ANDA DAPAT MEMBUANG AIR BESAR PADA SETIAP HARI.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
Amalkan pengambilan lebih banyak serat dalam sayur-sayuran termasuk ulam-ulaman serta buah-buahan kerana makanan tersebut mengandungi banyak nutrisi yang membantu melancarkan dan memudahkan proses pencernaan. Jika anda kurang menggemari makan buah atau sayuran begitu sahaja, boleh pelbagaikan dengan membuat salad ataupun jus buah-buahan.
Selain serat dan protein, produk tenusu juga baik untuk perut seperti susu kultur, yogurt, dadih dan keju.
Bersenam selalu
Rajin-rajinlah bersenam dan melakukan aktiviti riadah kerana tindakan ini akan merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan. Selain itu membantu memecahkan lemak, mendapatkan berat badan ideal, menguatkan jantung dan melancarkan lagi sistem peredaran darah.
Setiap kali tiba musim perayaan pastinya kita akan mendengar tentang operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak berkuasa terutamanya dari pihak polis trafik.
Pada hari ini Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah mengumumkan bahawa operasi keselamatan jalan raya bersempena Tahun Baru Cina akan dijalankan bermula pada 29 Januari hingga 12 Februari 2019.
Memetik laporan dari Astro Awani, sebanyak enam kelasahan utama sepanjang operasi yang dikenali sebagai OP SELAMAT 14 2019 bakal dikenakan saman berjumlah RM300 serta-merta.
Jadi apakah kesalahan jalan raya yang bakal disaman secara serta merta tersebut?
Dalam pada masa yang sama beliau turut mengumumkan bahawa dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka iaitu laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Pulai di antara kilometer 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367.3 (arah Utara).
Tambah beliau lagi untuk melancarkan pergerakan trafik anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan yang dinyatakan di atas. Pembukaan lorong kecemasan ini dijangka mampu mengurangkan masalah kesesakan.
Buat anda yang ingin pulang ke kampung halaman ataupun bercuti pada msuim perayaan Tahun Baru Cina, berhati-hatilah di jalan raya. Dan ingat jangan lakukan 6 kesalahan di atas.
Kalau tak RM300 bakal melayang untuk setiap satu kesalahan!
Foto: PDRM
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak korang rasa sangat ‘sengkek’ dan sesak tiap kali hujung bulan, lagi-lagi kalau bekerja makan gaji. Silap hari bulan siap kena buat ‘advance’ dengan majikan ataupun meminjam duit rakan-rakan yang lain. Memang pening kepala dibuatnya.
Walaupun telah banyak penulisan tentang pengurusan kewangan yang baik, admin terpanggil untuk berkongsi tip dan amalan yang mudah ini dalam pengurusan kewangan kita.
1. Hulur sebahagian kepada ibu dan ayah.
Ibu dan ayah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk kejayaan kita pada hari ini. Redha Allah terletak pada redha Ibubapanya. Hulurlah sebahagian gaji anda untuk ibubapa. Walaupun tidak banyak, tetaplah berusaha untuk mengasingkan sebahagian duit gaji Tabung Haji
2. Ingat urusan anak.
Sekiranya anda seorang ayah, utamakan dahulu urusan keluarga. Sebagai ketua rumah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memenuhi segala keperluan isirumah. Asingkan sebahagian gaji untuk tujuan ini sehingga hujung bulan. Pastikan anda mengutamakan urusan keluarga berbanding urusan peribadi.
3. Jika isteri yang bekerja.
Jika anda merupakan seorang isteri yang bekerja,tidak salah kiranya anda membantu meringankan beban suami. Namun, para suami jangan pula mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri.
4. Jika isteri tidak bekerja.
Jika anda seorang surirumah sepenuh masa, usahlah memberatkan suami dengan permintaan yang tidak mampu dipenuhi. Sebaiknya, sentiasalah menjadi pendamping setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada suami. Mudah-mudahan suami anda lebih bermotivasi untuk bekerja menyara kehidupan keluarga.
5. Sedekah
Banyakkan bersedekah. Konsep sedekah tidak harus disempitkan dengan mesti menghulurkan wang tapi sekiranya mampu, hulurlah untuk meringankan beban orang lain.
6. Jangan Kedekut
Murahkanlah hati dengan meringankan beban orang lain namun jangan sampai terlalu boros. Membazir bukan sahaja merugikan, bahkan akan merunsingkan hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.