Tahun 2020 menyaksikan buat pertama kalinya tiada filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU) ditayangkan. Sejak ia dimulakan dengan ‘Iron Man’ pada tahun 2008, MCU telah membina francais perfileman paling berjaya dalam sejarah. Antara karakter yang masih kekal ialah Spider-Man dan Doctor Strange.
Berita baik buat peminat kedua-dua watak tersebut kerena menurut laporan terbaru mereka akan muncul bersama menerusi filem ‘Spider-Man’yang ketiga (masih belum mendapat tajuk rasmi).
Foto: Marvel Studios
Minggu lalu Jamie Foox telah memberi petunjuk terbvesar bahawa karakternya sebagai Electro juga bakal muncul dalam filem terbaru Spider-Man. Dan kini peminat Benedict Cumberbatch yang membawakan watak Doctor Strange juga pasti gembira dengan perkembangan terbaru.
Ads
MENTOR BAHARU
Karakter Spider-Man masih kekal dibawakan oleh Tom Holland yang kini dianggap sebagai antara pelakon muda terbaik di dalam industri perfileman Hollywood.
Filem Spider-Man terbaru ini bakal diarahkan oleh pengarah terkenal, Sam Raimi. Memetik laporan The Hollywood Reporter, Doctor Strange akan tampil sebagai mentor kepada Peter Parker/Spier-Man selepas kematian Iron Man.
Ads
Foto: Marvel Studios
Ia merupakan satu perkembangan yang cukup dinantikan oleh bukan sahaja peminat Spider-Man tetapi francais MCU secara keseluruhannya.
Penglibatan Jamie Foxx pula menguatkan lagi teori bahawa MCU akan mengimplementasikan konsep Multiverse. Ini kerana watak Electro sebelum ini muncul di dalam francais Spider-Man berbeza yang dikeluarkan oleh Sony dan dilakonkan oleh Andrew Garfield.
Ads
Walau apapun, MASKULIN yakin ramai peminat MCU sudah tidak sabar menantikan filem-filem francasi mereka. Persoalannya sekarang bagaimanakah mereka bergerak ke hadapan tanpa beberapa karakter utama yang sudah tiada seperti Iron Man, Captain America dan Black Widow?
Jika anda ingin mendapatkan merchandise rasmi karakter Marvel, boleh dapatkan di sini dengan harga menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Stamina dan ketahanan bersukan adalah perkara berbeza dari kekuatan diri. Ketahanan bersukan merujuk pada keupayaan untuk bersukan lebih lama. Manakala tahap stamina lebih membayangkan tahap tenaga yang lebih baik, sistem kardiovaskular yang sihat dan kesihatan yang mantap umumnya. Untuk meningkatkan stamina dan ketahanan, anda perlu meningkatkan keupayaan paru-paru, memiliki jantung dan edaran darah yang sihat termasuklah memiliki kekuatan pada otot peha dan kaki. Kuncinya, anda perlulah meningkatkan aktiviti fizikal secara berperingkat. Berikut adalah kaedah yang boleh anda praktikkan.
Langkah 1- Kira sasaran degupan jantung anda dengan formula berikut;- Kadar degupan jantung maksima ialah 220 tolak umur anda. Contoh bagi anda yang berusia 32 tahun: 220 – 32 = 188 degupan seminit. Sasarkan di antara 50% hingga 80% dari ini ketika senaman iaitu antara 94 hingga 150 degupan seminit ketika bersukan. Anda boleh gunakan jam yang dilengkapi dengan alat pengira kadar degupan jantung atau kirakan degupan jantung anda sebaik sahaja selepas bersukan.
Langkah 2- Mulakan dengan senaman/sukan yang anda gemar seperti bola sepak, badminton ataupun berenang. Tingkatkan tahap ketahanan perlahan-lahan dan pastikan degupan jantung anda tidak melebihi sasaran seperti kiraan di atas.
Langkah 3- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika anda baru bermula, mungkin boleh dibahagikan 30 minit tersebut kepada pecahan 3 x 10 minit. Pastikan setiap sesi dapat meningkatkan kadar degupan jantung yang disasarkan dan juga meningkatkan kadar pernafasan. Jadikan senaman ini rutin harian atau tabiat anda.
Langkah 4- Gabungkan aktiviti yang berlainan dalam rutin senaman anda. Contoh bermain badminton tiga kali seminggu diselangkan dengan aktiviti jogging, berenang ataupun berjalan kaki pada hari anda tidak bermain badminton. Gabungkan juga aktiviti ‘weight training’ yang fokus pada memperkuatkan otot di bahagian kaki dan perut sebagai persediaan melakukan marathon.
Langkah 5- Periksa kadar degupan jantung anda selepas sebulan menjalankan langkah-langkah di atas. Perhatikan sama ada terdapatnya peningkatan dari sudut ketahanan.
Langkah 6- Tingkatkan intensiti dan jangkamasa sesi senaman apabila kadar degupan jantung anda semakin bertambah baik. Contohnya seperti dari senaman berjalan kaki ditingkatkan pada berjogging. Lakukan perkara yang sama, tingkatkan ketahanan sedikit demi sedikit, insya-Allah anda akan lebih bersedia dengan stamina yang lebih mantap
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang dah menjadi kebiasaan apabila tibanya HAari Raya, pasti semua jejaka akan menyarungkan baju melayu pelbagai warna dan saiz. Ada pula yang ingin cuba sesuatu yang baharu dengan menyarungkan kurta mahupun jubah. Tetapi, tahukah kamu, jika kamu memadankan tambahan aksesori, gaya raya kamu akan lengkap! lebih stylo! Bersedia untuk gambar ootd yang menarik, ini barisan aksesori yang wajib kamu pakai sewaktu raya.
1. Gelang Tangan
Pasti ramai yang menganggap gelang tangan hanyalah sekadara gelang tangan. Tidak! Aksesori ini sebenarnya menampakkan kamu lebih maskulin dan cool. Bukan sahaja gaya raya kamu tampak hipster, tetapi orang ramai bisa melihat kamu seorang yang simple tetapi moden. Gunakan gelang tangan besi untuk menaikkan aura maskulin kamu.
2. Jam tangan
Ada antara kita tidak mengambil peduli tentang pemakaian jam tangan. Tahukah kamu, dengan memakai jam tangan, orang akan lebih hormat kepada kamu, kerana secara tidak langsung, pemakaian jam menjadikan diri kamu seorang yang sofistikasi.
3. Cincin
Pemakaian cincin ini harus betul dengan rekaan dan juga saiznya. Usah pakai cincin yang besar dan bercorak. Sarungkan sahaja cincin yang bersaiz kecil ataupun sederhana kecil dan kosong. Lebih simple tetapi menarik. Pasti ramai gadis-gadis tertarik dengan kamu!
4. Rantai
Mengikut kajian, pemakain rantai boleh melihatkan diri kamu sebagai seorang yang ganas dan lasak.
5. Cermin mata
Walaupun kamu tidak begitu rabun, tidak mengapa jika kamu menjadikan cermin mata ini sebagai aksesori tambahan dalam gaya raya kamu. Bukan sahaja kamu tampak lebih profesional, malah kamu juga bisa dilihat sebagai seorang yang kemas. Yang pasti, pilihlah rekaan yang sesuai dengan raut wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ubat tahan sakit adalah ubat yang digunakan untuk merawat atau melegakan kesakitan. Pelbagai jenis ubat tahan sakit digunakan dalam bidang perubatan.
Ubat tahan sakit boleh diambil melalui mulut (tablet, kapsul dan cecair), melalui suntikan oleh doktor dan melalui dubur (supositori).
Ada juga ubat tahan sakit dalam bentuk krim dan salap yang boleh disapu pada permukaan kulit.
Secara umumnya ubat tahan sakit yang biasa digunakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis mengikut cara mereka bertindak, iaitu:
1. Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDS). Contoh bagi ubat jenis ini adalah ibuprofen dan diclofenac sodium
Ada juga ubat tahan sakit dalam pasaran yang mempunyai gabungan beberapa jenis ubat tahan sakit bagi menambah keberkesanan ubat-ubatan itu.
Di negara asing, banyak ubat tahan sakit diletakkan bawah kategori ubat yang boleh dibeli di kaunter kedai ubat atau farmasi (OTC). Ubat-ubatan ini tidak memerlukan preskripsi doktor malah boleh dibeli di kedai runcit dan serbaneka.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, ubat tahan sakit ibuprofen dan naproxen mudah dibeli di kedai biasa.
Namun begitu, situasinya berbeza di Malaysia. Majoriti ubat tahan sakit hanya boleh didapati di farmasi dan klinik.
Walaupun ada beberapa jenis ubat yang tidak memerlukan preskripsi, ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berdaftar. Ini supaya kaunseling
ubat-ubatan dan pemantauan kesan sampingan dapat dilakukan.
Setakat ini, parasetamol adalah satu-satunya ubat tahan sakit oral yang boleh diperoleh dari kedai lain selain farmasi dan klinik.
Parasetamol adalah sejenis ubat yang mempunyai profil keselamatan yang baik dan kurang kesan sampingan sekiranya digunakan mengikut dos dicadangkan.
Masalah mungkin berlaku apabila pengambilan ubat-ubatan tahan sakit ini diambil tanpa kawalan dan pemantauan.
Lebih-lebih lagi apabila ia mudah didapati seperti di negara yang membenarkan penjualannya di kedai selain farmasi. Antara risiko yang paling tinggi adalah masalah fungsi buah pinggang.
Masalah buah pinggang ini boleh dibahagikan kepada dua. Pertama adalah kegagalan buah pinggang akut.
Ia dilaporkan berlaku kepada mereka yang mengambil ubat tahan sakit pada dos yang tinggi dalam tempoh singkat.
Kebanyakan pesakit yang mengalami gejala ini adalah mereka yang mempunyai masalah kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi.
Selain itu, pesakit geriatrik, penghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) dan mereka yang mengambil alkohol dengan banyak lebih berisiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang akut ini.
Satu jenis lagi masalah buah pinggang adalah kegagalan buah pinggang kronik. Ia juga digelar nefropati analgesik.
Masalah ini disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan tahan sakit tanpa kawalan dalam tempoh yang panjang.
Kegagalan buah pinggang jenis ini memakan masa yang lama untuk berlaku. Beberapa kajian menunjukkan yang ia berlaku apabila pesakit mengambil ubat tahan sakit setiap hari dalam tempoh tiga ke enam tahun.
Kebiasaannya, ia berlaku pada mereka yang mengambil ubat tahan sakit tanpa arahan dan tanpa pengawasan doktor atau ahli farmasi.
Bagi memastikan ubat digunakan secara selamat, pesakit yang dalam kesakitan dinasihatkan untuk mengambil ubat tahan sakit mengikut kadar yang ditetapkan.
Contohnya bagi pesakit yang dipreskripsikan dengan parasetamol, anda mungkin dinasihatkan untuk mengambil ubat itu empat kali sehari manakala sesetengah pesakit lain cuma dinasihatkan untuk mengambil ubat pada waktu sakit sahaja. Ini bergantung pada jenis sakit dan ubat yang diberi.
Ubat-ubatan NSAIDS seperti ibu profen dan diclofenac perlu diambil bersama makanan atau selepas makan.
Ini bertujuan mengurangkan kesan sampingan ubat itu. Apa yang penting adalah kita mengikut arahan yang diberi oleh ahli farmasi atau doktor sewaktu mendapat ubat itu.
Seperti kebanyakan ubat untuk penyakit akut, ubat tahan sakit perlu diambil dalam jangka masa paling singkat dengan dos paling rendah yang dapat melegakan sakit.
Ini dapat mengelakkan atau mengurangkan kesan sampingan ubat. Kebanyakan pesakit cuma memerlukan rawatan selama beberapa hari (sakit kepala atau sakit gigi) atau beberapa minggu (kekejangan otot).
Bagaimanapun ada juga pesakit yang memerlukan rawatan untuk jangka masa lama seperti penghidap osteoartritis, artritis reumatoid dan sakit belakang yang kronik.
Bagi mereka yang memerlukan ubat tahan sakit, dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil ubat-ubatan anda.
Kebiasaannya rasa sakit yang dihadapi boleh dirawat oleh doktor tanpa menggunakan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit selamat diguna untuk sakit yang datang secara akut dan tidak kerap sekiranya diambil mengikut peraturan dan dos yang dicadangkan.
Bagaimanapun, bagi mereka yang menghidap rasa sakit yang kronik, pemantauan berpanjangan oleh doktor sepanjang rawatan adalah sangat penting bagi memastikan kesan sampingan ubat dapat dipantau dan dielakkan.
Sumber : Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KLSCM 2026 sold out dalam masa lima jam selepas pendaftaran dibuka. Ketahui fakta menarik, tarikh rasmi dan fenomena luar biasa komuniti larian Malaysia.