Stamina dan ketahanan bersukan adalah perkara berbeza dari kekuatan diri. Ketahanan bersukan merujuk pada keupayaan untuk bersukan lebih lama. Manakala tahap stamina lebih membayangkan tahap tenaga yang lebih baik, sistem kardiovaskular yang sihat dan kesihatan yang mantap umumnya. Untuk meningkatkan stamina dan ketahanan, anda perlu meningkatkan keupayaan paru-paru, memiliki jantung dan edaran darah yang sihat termasuklah memiliki kekuatan pada otot peha dan kaki. Kuncinya, anda perlulah meningkatkan aktiviti fizikal secara berperingkat. Berikut adalah kaedah yang boleh anda praktikkan.
Langkah 1- Kira sasaran degupan jantung anda dengan formula berikut;- Kadar degupan jantung maksima ialah 220 tolak umur anda. Contoh bagi anda yang berusia 32 tahun: 220 – 32 = 188 degupan seminit. Sasarkan di antara 50% hingga 80% dari ini ketika senaman iaitu antara 94 hingga 150 degupan seminit ketika bersukan. Anda boleh gunakan jam yang dilengkapi dengan alat pengira kadar degupan jantung atau kirakan degupan jantung anda sebaik sahaja selepas bersukan.
Langkah 2- Mulakan dengan senaman/sukan yang anda gemar seperti bola sepak, badminton ataupun berenang. Tingkatkan tahap ketahanan perlahan-lahan dan pastikan degupan jantung anda tidak melebihi sasaran seperti kiraan di atas.
Ads
Langkah 3- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika anda baru bermula, mungkin boleh dibahagikan 30 minit tersebut kepada pecahan 3 x 10 minit. Pastikan setiap sesi dapat meningkatkan kadar degupan jantung yang disasarkan dan juga meningkatkan kadar pernafasan. Jadikan senaman ini rutin harian atau tabiat anda.
Ads
Langkah 4- Gabungkan aktiviti yang berlainan dalam rutin senaman anda. Contoh bermain badminton tiga kali seminggu diselangkan dengan aktiviti jogging, berenang ataupun berjalan kaki pada hari anda tidak bermain badminton. Gabungkan juga aktiviti ‘weight training’ yang fokus pada memperkuatkan otot di bahagian kaki dan perut sebagai persediaan melakukan marathon.
Ads
Langkah 5- Periksa kadar degupan jantung anda selepas sebulan menjalankan langkah-langkah di atas. Perhatikan sama ada terdapatnya peningkatan dari sudut ketahanan.
Langkah 6- Tingkatkan intensiti dan jangkamasa sesi senaman apabila kadar degupan jantung anda semakin bertambah baik. Contohnya seperti dari senaman berjalan kaki ditingkatkan pada berjogging. Lakukan perkara yang sama, tingkatkan ketahanan sedikit demi sedikit, insya-Allah anda akan lebih bersedia dengan stamina yang lebih mantap
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan sahaja di dalam negara, fenomena kempen solat subuh berjemaah di masjid yang dicetuskan selebriti Alif Satar turut menular ke luar negara.
Kempen Geng Subuh Macam Jumaat itu turut disambut baik oleh Singapura selaku negara jiran menerusi usaha sebuah syarikat yang dikenali sebagai Al Fajr.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram Don Jany, seorang pempengaruh Singapura, ribuan anak muda negara itu membanjiri program itu yang julung kali dianjurkan di Masjid Mujahidin, Singapura.
Malah, selebriti terkenal negara itu, Taufik Batisah turut hadir bersama-sama mengimarahkan program itu.
Penyanyi yang dikenali dengan lagu “Awak Kat Mana” itu dilihat turut melaungkan azan subuh di masjid berkenaan, sekaligus menarik perhatian warga maya.
Warga maya kagum dengan kemerduan suara Taufik melaungkan azan di video yang telah pun meraih lebih 578,000 tontonan dan lebih 39,000 tanda suka di laman Instagram.
“Jom Buat Lagi” – Taufik Batisah
Foto: Tangkap layar komen Alif Satar dan Taufik Batisah di perkongsian video Don Jany.
Menjengah ke ruangan komen, Taufik meninggalkan komen menyeru agar program itu dijalankan lagi, malah Alif Satar selaku pencetus fenomena itu turut meninggalkan satu komen memaklumkan akan menyertai Geng Subuh Macam Jumaat di negara tersebut kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mineral adalah nutrien penting yang sering diabaikan, walaupun ia memainkan peranan besar dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
Gaya hidup moden dan diet berasaskan makanan diproses menyebabkan ramai rakyat Malaysia kekurangan mineral penting seperti magnesium, zink dan selenium.
Ketiga-tiga mineral ini menyokong fungsi tubuh seperti kesihatan jantung, sistem imun dan perlindungan sel, menjadikannya penting untuk diberi perhatian dalam diet harian.
Magnesium
Magnesium adalah salah satu mineral yang sering diabaikan tetapi memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh.
Ia membantu mengawal fungsi otot, sistem saraf dan kesihatan jantung.
Kekurangan magnesium sering berlaku kerana gaya hidup moden yang bergantung kepada makanan diproses dan kurang sayur-sayuran.
Foto : Wellness Articles
Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mendapatkan keperluan magnesium yang mencukupi setiap hari.
Magnesium boleh didapati dalam makanan seperti bayam, kacang badam, biji labu dan bijirin penuh.
Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi, ia dapat membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan memperbaiki kualiti tidur anda.
Zink
Zink adalah mineral penting untuk menguatkan sistem imun, mempercepat penyembuhan luka dan menyokong pertumbuhan sel.
Walaupun penting, ramai orang tidak menyedari bahawa mereka kekurangan zink dalam diet harian mereka.
Foto : Allergy Research Group
Makanan seperti tiram, daging merah dan bijirin penuh adalah sumber utama zink, tetapi ia jarang diambil dalam jumlah yang mencukupi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian atau jarang makan makanan haiwan, risiko kekurangan zink adalah lebih tinggi.
Zink bukan sahaja membantu melawan jangkitan tetapi juga menyokong kesihatan rambut, kulit dan kesuburan.
Selenium
Selenium adalah mineral yang kurang dikenali tetapi sangat penting untuk kesihatan tubuh.
Ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan dan tekanan oksidatif.
Selain itu, selenium juga penting untuk memastikan fungsi tiroid berjalan lancar.
Budaya ‘tak kisah’ ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Kata-kata “Ada aku kisah?” sudah menjadi suatu yang sangat biasa dalam kalangan orang muda sekarang. Pada yang lebih dewasa pula, mereka mungkin cenderung kepada sikap ‘tidak ambil kisah’ kerana pelbagai punca dan tekanan sekitar.
Namun sebenarnya tanpa kita sedar, disebabkan sikap “Why should I care what other people think of me?” itulah yang menyuburkan sikap keakuan dan mementingkan diri sendiri. Ramai orang tidak kisah lagi dengan pendapat orang lain kerana merasakan itu semua tidak penting. Malah ada yang ambil sikap tak mahu kisah dengan orang lain hatta apabila melihat maksiat berlaku depan mata.
Kata ‘kisah’ ini merujuk pada peduli, prihatin dan ambil tahu. Secara tidak langsung, mengajak kita supaya mengasihi saudara seIslam yang lain. Salah satu syarat bagi mendapat keredaan Allah adalah dengan mengasihi saudara seagamanya seperti ditegaskan hadis, Daripada Abu Hamzah, Anas Ibn Malik, Nabi bersabda, “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat budaya ‘tak kisah’ yang positif dan ada budaya ‘tak kisah’ yang negatif. Terpulanglah bagaimana kita memberikan tanggapan kepada sesuatu isu berdasarkan prinsip, etika, kebiasaan dan amalan masyarakat. Berikut beberapa perkara mengenai budaya ‘tak kisah’ yang boleh kita fikirkan bersama-sama:
‘Tak kisah’ yang positif.
Positifnya budaya tak kisah, apabila kita mengambil pendekatan bersederhana dalam hidup dan tidak mendesak diri untuk mencapai sesuatu yang di luar jangkaan. Kita mungkin ketua dalam organisasi besar tetapi tak kisah untuk sama-sama berada bersama orang bawahan mendengar masalah dan luahan hati mereka. Kita barangkali orang yang dikategorikan berjaya dalam kelas tersendiri tetapi tak kisah berkongsi tip kejayaan kita dengan orang lain.
Kita juga mungkin orang yang murah rezeki tetapi tak kisah untuk berbahagi rezeki dengan orang yang memerlukan. Kita juga mungkin individu yang dihormati dan ada kedudukan dalam masyarakat, tetapi tak kisah dengan segala kekurangan dan protokol, tak kisah jika tiada hamparan karpet merah atau juadah ikut selera sendiri.
Sikap ‘tak kisah’ dalam konteks ini bermakna kita tak cerewet, tak mengada-ada dan boleh bertolak ansur. Tentunya ini akan memberikan kesan yang positif pada kita juga. Kita akan lebih dihormati dan dikagumi dalam kalangan masyarakat. Kepimpinan, kredibiliti dan usaha kita akan lebih diyakini dan diterima ramai kerana kita menunjukkan sikap merendah diri dan ikhlas secara tidak langsung.
‘Tak kisah’ yang negatif
Ada yang bersikap tak kisah kononnya kerana tidak mahu ambil tahu hal orang. Lalu dia tak kisah apa yang berlaku sekitarnya; kematian jiran tetangga, kenduri-kendara atau kerja kemasyarakatan. Malah dia tak kisah apabila melihat kemungkaran berlaku depan mata, tidak ada inisiatif untuk menegur atau membetulkan keadaan. Prinsip ‘tak kisah’nya kerana (kononnya) tidak mahu menjaga tepi kain orang, kerana sibuk uruskan hal sendiri dan tiada masa untuk ambil tahu hal orang.
Sikap ini sudah tentulah bertentangan pesanan Rasulullah yang menyuruh kita agar membetulkan kesumbangan yang berlaku dengan apa cara sekali pun, yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. Rasulullah berpesan, “Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sikap ambil kisah tidak semestinya dengan memberi nasihat orang yang berkenaan tetapi juga melalui perbuatan yang baik, yang dapat menunjukkan seseorang jalan yang lurus. Nasihat yang baik adalah nasihat yang diberikan secara tidak langsung, yang tidak menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang yang dinasihati.
Tahu perkara ‘perlu kisah’ dan ‘tak perlu kisah’
Kita perlu tahu keutamaan, tahu yang mana perlu ambil kisah dan yang mana tak perlu kisah. Ada orang yang terlalu tak kisah akan pandangan orang terhadapnya, sedangkan dia pun tahu bahawa sikapnya sendiri tidaklah sebaik mana dan langsung tidak boleh dicontohi. Namun kerana sikap tak kisahnya itu, dia abaikan teguran dan pandangan orang lain.
Ada orang pula yang terlalu ambil kisah akan pandangan orang terhadapnya sehingga pendapat yang remeh-temeh juga dipandang serius, seterusnya membebankan dirinya sendiri. Pandang dahulu yang bercakap itu, adakah dia ikhlas hendak membetulkan, atau sekadar mahu mempermainkan atau dia memang cemburu?
Sikap terlalu sensitive kepada kata-kata orang juga boleh memakan dan menyusahkan diri sendiri. Oleh itu, kita sendiri perlu tahu mana yang harus diutamakan kerana tidak semuanya perlu kita ambil tahu. Ambil yang baik sahaja, yang boleh membantu memperbaiki kekurangan diri kita. Yang tidak baik dan tidak sesuai, elok sisihkan sahaja daripada hati dan tak perlu ambil kisah.
Jangan buat andaian
Walaupun kita sendiri mungkin mengamalkan sikap ‘tak kisah’, namun tidak wajar kita membuat andaian orang lain juga tak kisah. Katakan, kita sudah terbiasa bergurau cara kasar dan orang yang biasa dengan kita tak kisah dengan cara kita, namun cara itu tidak wajar kita teruskan apabila berada dengan orang yang baru kita kenali atau jarang-jarang kita jumpa.
Begitu juga dalam pergaulan, kita selalu menganggap kawan kita tak kisah dengan apa yang kita tuturkan kepadanya. Kita tak kisah perasaannya yang barangkali tersinggung atau terluka dengan kata-kata kita. Dalam keluarga, kadangkala kita mengabaikan perasaan ibu bapa, pasangan, dan anak-anak, kerana kita menganggap mereka tak kisah. Mereka mungkin tidak merungut atau tidak menegur tetapi itu tidak bermakna mereka tak kisah.
Oleh itu, kita jangan lupa, bahawa orang lain mungkin dapat melupakan apa yang kita cakap, orang mungkin dapat lupakan apa yang kita sudah buat tetapi mereka tidak mungkin lupa perasaan mereka yang tercalar akibat cakap dan perbuatan kita.
Budaya ‘kisah’ itu mesti dimulakan dari rumah sendiri
Budaya peduli dan prihatin sewajarnya bermula dari rumah dan keluarga sendiri. Orang yang lebih tua sepatutnya mengambil tugas berkenaan. Agak malanglah jika orang yang lebih tua sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik. Contohnya, orang yang lebih tua pun tidak bercakap sopan dengan anak-anak, tidak berpakaian sempurna, malah ada ibu bapa tidak kisah anak-anak balik lewat malam dan ke sana ke mari dengan teman wanita atau teman lelaki masing-masing.
Alangkah eloknya jika ibu bapa atau orang lebih tua dapat menunjukkan contoh teladan melalui interaksi yang baik, aktiviti berjemaah dan bertolak ansur. Bermula dari rumah, dengan didikan ibu bapa serta orang yang lebih tua, nilai ‘ambil kisah’ dapat dipupuk dalam diri dan sekali gus dapat menangkis sikap ‘tak kisah’ yang jadi sebahagian mentaliti kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.