Ramai menyangka filem perlumbaan hanya berputar sekitar kelajuan dan selekoh tajam, namun filem ‘F1’ terbaru lakonan Brad Pitt membuktikan ia jauh lebih mendalam.
Filem ini mengangkat semangat kompetitif, nilai gaya hidup lelaki moden dan keunikan sinematik yang menghidupkan kembali dunia permotoran dari sudut yang lebih manusiawi dan visual yang menarik.
Brad Pitt melakonkan watak Sonny Hayes, bekas pelumba F1 yang kembali ke litar selepas bersara. Lebih menarik, beliau sendiri memandu kereta Formula 2 yang diubah suai menyerupai jentera F1, menambahkan elemen realisme yang jarang wujud dalam filem genre ini. Aksi ini dirakam terus dari litar sebenar, menjadikan setiap babak lebih hidup dan autentik.
Dengan kos produksi mencecah USD140 juta dan sokongan penuh daripada F1 serta Mercedes, filem ini turut menampilkan penampilan istimewa Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Carlos Sainz Jr.
Karakter Brad Pitt
Brad Pitt membawakan watak Sonny Hayes, seorang pelumba Formula Satu yang pernah bersara selepas mengalami kemalangan ngeri di litar. Wataknya mengangkat naratif tentang peluang kedua dan semangat untuk kembali menguasai litar, meskipun usia dan trauma menjadi penghalang.
Apa yang menjadikan filem ini luar biasa adalah keberanian Pitt untuk terlibat secara langsung dalam aksi perlumbaan.
Beliau sendiri memandu kereta Formula 2 yang telah diubah suai menyerupai jentera F1 moden, lengkap dengan reka bentuk aerodinamik dan sistem pemanduan berprestasi tinggi.
Brad Pitt turut mengakui bahawa daya G yang dialami ketika memandu jentera itu sangat mencabar dan jauh lebih ekstrem daripada apa yang dijangkakan.
Ads
Lokasi Penggambaran Bukan Sekadar CGI
Tidak seperti kebanyakan filem aksi lain, filem ini benar-benar menjalankan penggambaran di litar perlumbaan sebenar seperti Abu Dhabi, Silverstone, Monza, Las Vegas, Jepun dan beberapa lagi.
Brad Pitt berada secara fizikal di tengah-tengah dunia Formula Satu, bukannya hanya beraksi di hadapan latar hijau seperti kebiasaan dalam produksi moden.
Kehadiran sebenar di lokasi menjadikan setiap babak terasa lebih autentik dan mendalam. Salah satu momen menarik berlaku di Silverstone, apabila pelakon Damian Lewis menyanyikan lagu kebangsaan British secara langsung sebelum perlumbaan bermula.
Suasananya bukan sahaja patriotik tetapi turut diselitkan elemen jazz klasik yang mengingatkan pada gaya persembahan Elvis Presley.
Ads
Gabungan suasana perlumbaan sebenar dengan aksi langsung seperti ini meletakkan filem ini dalam kelas tersendiri, menjadikannya bukan sahaja tontonan wajib buat peminat F1 tetapi juga peminat sinematografi yang menghargai perincian dan kesungguhan produksi.
Nama-Nama Besar Turut Buat Kemunculan
Filem ini dibina dengan kredibiliti yang tinggi, bukan sekadar nama besar Hollywood semata-mata.
Salah satu daya tarik utamanya ialah penglibatan Lewis Hamilton sebagai penerbit bersama, yang turut tampil dalam beberapa babak penting filem ini.
Kehadiran Hamilton bukan sahaja memberi pengesahan kepada keaslian perlumbaan yang digambarkan, malah membawa sentuhan sebenar dunia F1 ke layar perak.
Lebih menarik, filem ini turut menampilkan penampilan khas daripada beberapa pelumba terkemuka dunia sebenar. Turut serta membuat kemunculan ialah:
Max Verstappen
Carlos Sainz Jr.
Sergio Pérez
Siapa Di Sebalik Tabir?
Di sebalik visual yang memukau dan naratif yang mengujakan, filem ini turut dibina atas asas produksi yang berkualiti tinggi.
Ads
Ia diarahkan oleh Joseph Kosinski, nama besar di sebalik kejayaan ‘Top Gun: Maverick’. Muzik latar digubah oleh Hans Zimmer, komposer tersohor yang dikenali dengan sentuhan epik dan emosinya.
Skrip pula ditulis oleh Ehren Kruger yang pernah menghasilkan naskhah untuk filem-filem blockbuster seperti Transformers. Pelakon pemenang Oscar, Javier Bardem, turut menyumbang sebagai ketua pasukan APXGP dalam cerita.
F1 The Movie dijadualkan untuk tayangan pada 26 Jun 2025 di Malaysia bertepatan dengan berlangsungnya Grand Prix Austria, menjadikannya sangat relevan dengan musim perlumbaan sebenar.
Tayangan perdana akan dilakukan di pawagam seluruh dunia, sebelum ia tersedia secara eksklusif di platform penstriman Apple TV+.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuti sekolah dan musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu ini pasti ramai ambil kesempatan sama ada bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tapi bagi anda yang belum ada perancangan untuk cuti panjang minggu ini dan ingin healing dalam Malaysia. Ini MASKULIN listkan tempat penginapan yang persekitarannya boleh membuatkan pengunjung berasa seperti di luar negara.
Ini antara hotel atau resort yang menarik di Malaysia, menjanjikan suasana seperti di luar negara.
Rasai pengalaman berada di perkampungan Hobbit hanya di Kundasang Sabah.Tidak perlu ke New Zealand untuk merasai pengalaman menginap di ‘The Shire’ yang diinspirasi dari filem The Lord of The Rings.
Mungkin ramai yang belum tahu, Melaka juga punya tempat penginapan menarik dengan rekaan seni binanya yang unik sesuai buat anak muda ber’OOTD’ ketika bercuti.
Kalau nak persekitaran yang sejuk dan pemandangan indah terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, korang boleh pergi ke Mountain Valley Resort ini.
Bagi individu yang gemar dengan seni bina yang unik inspirasi daripada bangunan bersejarah Inggeris, boleh kunjungi hotel yang berada di Pulau Pinang ini dengan harga serendah RM521.
Tidak perlu diperkenalkan lagi, tempat tumpuan di Bukit Tinggi ini sering menjadi pilihan pelancong yang inginkan ketenangan dan suasana seperti di luar negara.
Sabah memang terkenal dengan pulau-pulaunya yang jernih dan cantik setanding luar negara. Maka, tidak hairanlah sekiranya pulau di Sabah ini digelar sebagai ‘Maldives Malaysia’.
Ia adalah salah satu tempat menarik yang paling popular di Kudat kerana keindahan landskap dan kawasan sekitarnya. Tempat berkelah mesra keluarga yang terletak di sepanjang sungai dan pemandangan Gunung Kinabalu yang mengagumkan.
Jangan tak tahu, Johor juga mempunyai tarikan pulau yang menarik di Pulau Rawa. Kejernihan air serta tempat penginapan yang unik sering menjadi pilihan pengunjung.
10. Mongolian Yurt Wind Padadise Lodge Kundasang, Sabah
Menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, pada sebelah malamnya korang boleh menyaksikan keindahan langit malam yang sangat menakjubkan. Bawa tikar dan selimut, nikmatilah keindahan ini sepuasnya.
Ada yang menarik tak? Nanti boleh la set dengankeluarga atau kawan-kawan. Jika pandai memilih lokasi yang tepat, pengalaman bercuti yang diperoleh pastinya seakan seperti berada di luar negara.
Amy Search, penyanyi rock legenda, memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.
Untuk pengetahun Annapurna Base Camp( ABC) merupakan jalur pendakian gunung kedua popular di Nepal, selepas Everest. Selain itu ia juga salah satu daripada tiga puncak tertinggi yang terdapat di pergunungan Himalaya. Jadi kira hebat jugak lah Amy menawan puncak ini di usia 60 tahun.
Ini kita lihat pengalaman yang dikongsikan oleh Amy search sebelum beliau sampai ke puncak gunung ini.
Tidak Putus Asa & Saat-saat Terindah Itu Akhirnya Sampai Jua
Saat ini ABC hanya lebih kurang 200meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku cakap dekat Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dan Loe beri gloves untuk aku pakai. Loe terus jalan dulu untuk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan.
Jika sblom ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.
Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah
Dalam landskap media yang dibanjiri maklumat palsu dan kandungan berasaskan algoritma, satu jenama kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai sumber berita yang boleh dipercayai. Astro AWANI, saluran berita 24 jam utama negara, sekali lagi diiktiraf sebagai organisasi berita paling dipercayai di Malaysia.
Pengiktirafan terbaru ini adalah menurut laporan tahunan Reuters Institute Digital News Report 2025. Tahun ini menyaksikan tahun kelapan berturut-turut Astro AWANI berada di kedudukan tertinggi kepercayaan pengguna media di negara ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan bulan lalu, sebanyak 66 peratus responden rakyat Malaysia menyatakan mereka mempercayai saluran ini.
Pengiktirafan tersebut bukan sahaja mencerminkan kredibiliti Astro AWANI dalam menyampaikan berita yang sahih, malah menonjolkan kepentingan integriti kewartawanan dalam era kecerdasan buatan.
Antara Amanah dan Kepercayaan
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail menyifatkan pencapaian ini bukan sekadar satu kejayaan editorial tetapi juga satu amanah yang berat.
Beliau menegaskan bahawa asas kewartawanan ialah perkhidmatan kepada masyarakat dan kepercayaan merupakan nilai teras yang paling bernilai dalam dunia media masa kini.
“Apabila rakyat Malaysia mempercayai kami selama lapan tahun berturut-turut, ia membawa makna yang besar. Ini mengingatkan kami bahawa teras kewartawanan adalah khidmat kepada masyarakat dan kepercayaan ialah mata wang paling bernilai.
“Anugerah ini mengukuhkan iltizam kami untuk terus berikan yang terbaik dalam menggerakkan kewartawanan yang berpaksikan kepentingan awam menerusi pendekatan berperikemanusiaan,” tambahnya lagi.
Pendekatan berperikemanusiaan yang diambil oleh pasukan editorial AWANI menjadi nadi kepada laporan mereka.
Di sebalik kemajuan teknologi dan ledakan kandungan dalam talian, saluran ini terus mengekalkan pendekatan berwibawa dan bertanggungjawab terhadap setiap laporan yang disiarkan.
Pusat Kandungan Menyatukan Malaysia
Kejayaan Astro AWANI ini turut berkait rapat dengan kekuatan induknya, Astro Malaysia Holdings Berhad.
Syarikat ini kini memberi khidmat kepada lebih lima juta isi rumah dan mencatatkan lebih tiga belas juta pengguna unik digital setiap bulan melalui pelbagai platform termasuk Astro GO, Gempak, SYOK dan lain-lain.
Astro AWANI berperanan sebagai pemangkin kandungan yang menyatukan rakyat Malaysia menerusi laporan yang bertanggungjawab dan sahih.
Laporan daripada Reuters Institute yang diterbitkan dengan kerjasama Universiti Oxford ini menilai corak penggunaan berita, tahap kepercayaan serta tanggapan umum terhadap organisasi media di 47 buah negara.
Menerusi pencapaian berterusan ini, Astro AWANI membuktikan bahawa kewartawanan yang berasaskan prinsip dan etika masih mempunyai tempat dalam dunia moden yang penuh cabaran.
Dalam suasana yang tidak menentu ini, kepercayaan khalayak bukan sahaja menjadi ukuran kejayaan tetapi juga tanggungjawab yang perlu terus dijaga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.