Memang dah menjadi kebiasaan apabila tibanya HAari Raya, pasti semua jejaka akan menyarungkan baju melayu pelbagai warna dan saiz. Ada pula yang ingin cuba sesuatu yang baharu dengan menyarungkan kurta mahupun jubah. Tetapi, tahukah kamu, jika kamu memadankan tambahan aksesori, gaya raya kamu akan lengkap! lebih stylo! Bersedia untuk gambar ootd yang menarik, ini barisan aksesori yang wajib kamu pakai sewaktu raya.
1. Gelang Tangan
Pasti ramai yang menganggap gelang tangan hanyalah sekadara gelang tangan. Tidak! Aksesori ini sebenarnya menampakkan kamu lebih maskulin dan cool. Bukan sahaja gaya raya kamu tampak hipster, tetapi orang ramai bisa melihat kamu seorang yang simple tetapi moden. Gunakan gelang tangan besi untuk menaikkan aura maskulin kamu.
2. Jam tangan
Ads
Ada antara kita tidak mengambil peduli tentang pemakaian jam tangan. Tahukah kamu, dengan memakai jam tangan, orang akan lebih hormat kepada kamu, kerana secara tidak langsung, pemakaian jam menjadikan diri kamu seorang yang sofistikasi.
3. Cincin
Ads
Pemakaian cincin ini harus betul dengan rekaan dan juga saiznya. Usah pakai cincin yang besar dan bercorak. Sarungkan sahaja cincin yang bersaiz kecil ataupun sederhana kecil dan kosong. Lebih simple tetapi menarik. Pasti ramai gadis-gadis tertarik dengan kamu!
Mengikut kajian, pemakain rantai boleh melihatkan diri kamu sebagai seorang yang ganas dan lasak.
5. Cermin mata
Walaupun kamu tidak begitu rabun, tidak mengapa jika kamu menjadikan cermin mata ini sebagai aksesori tambahan dalam gaya raya kamu. Bukan sahaja kamu tampak lebih profesional, malah kamu juga bisa dilihat sebagai seorang yang kemas. Yang pasti, pilihlah rekaan yang sesuai dengan raut wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon yang sedang meningkat naik, Sadiq M Jamil mendedahkan yang dia tidak pernah berguru secara langsung dengan neneknya yang merupakan seniwati legenda iaitu Datuk Sarimah Ahmad.
Bagaimanapun, Sadiq M Jamil belajar menerusi pemerhatiannya sendiri semenjak kecil yang menyaksikan penglibatan neneknya dalam dunia lakonan.
“Saya ingat dulu masa saya umur 12 tahun, saya pernah tengok dia dekat set. Saya tengok macam mana persiapan dia sebagai seorang pelakon, bila dia baca skrip dan sebagainya.
“Walaupun dia tak pernah mengajar saya tapi benda yang saya dah perhatikan itu saya cuba amalkan,” kongsi Sadiq kepada Maskulin.
Sadiq M Jamil ditemui Maskulin selepas selesai tayangan perdana X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall.
Memetik laporan Astro Awani, Sadiq pernah memaklumkan yang neneknya tidak menggalakkannya untuk menceburi dunia lakonan bahkan ada mengeluh ketika mendapat tahu yang Sadiq meneruskan pengajian di sekolah seni
Meskipun tidak pernah mengajar secara langsung, namun seniwati legenda itu tetap menyokong apa sahaja hala tuju kerjaya yang diminati Sadiq.
“Dia sentiasa sokong sahaja apa yang saya buat. Dia sentiasa bagi kata-kata semangat,” jelasnya kepada Maskulin.
Menyaksikan sendiri aktiviti Datuk Sarimah ketika masih aktif melibatkan diri dalam dunia lakonan, Sadiq akui kagum dengan disiplin yang ada pada neneknya itu.
“Perkara yang saya serap terutama sekali ialah disiplin dia lah. Dia punya disiplin sangat-sangat tak boleh nak disangkat, memang saya kagum sangat.
Sehingga ke hari ini, Datuk Sarimah kekal dengan rutin bangun pagi seawal jam 4 pagi dan melakukan senaman untuk menjaga kecergasan diri, demikian perkongsian Sadiq M Jamil.
“Dia sentiasa kekal cergas dan saya rasa benda itu sebenarnya sangat bagus sebagai seorang pelakon,” tambahnya.
Sadiq merupakan antara pelakon yang membintangi X-Change, sebuah drama bersiri sebanyak 10 episod terbitan Astro Shaw.
Drama yang bintangi barisan pelakon wajah baharu seperti Arfie Shah dan Joey Leong ini memaparkan kisah seorang remaja yang terpaksa terlibat dalam aktiviti jenayah keluarga.
Selain itu, ia juga turut dibintangi pelakon senior seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Ardini Angeline Tan dan Steve Yap.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sebelum ini dilaporkan mengalami pendarahan otak telah disahkan meninggal dunia.
Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu menghembus nafasnya yang terakhir pada jam 9.23 malam, Ahad.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan salah seorang anaknya, Fatihah Salahuddin, menerusi akaun media sosialnya.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” tulisnya.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada tahun 2018.
Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Fatimah Taha dikurniakan enam cahaya mata.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut sahaja tentang earbud tanpa wayar, JBL memang tak main-main dan menaikkan tahap industri audio ke satu level baru. Terbaru, JBL Tour Pro 3, inovasi terkini mereka dalam teknologi audio yang hadir dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang cukup unggul.
Ia kini menjadi buah mulut ramai pengguna bukan kerana kualiti bunyinya sahaja tetapi kerana ia merupakan earbud pintar yang menggabungkan kecanggihan teknologi dalam reka bentuk ringkas.
Hadir dengan kotak pengecasan berpaparan sentuh yang boleh dianggap seperti konsol mini teknologi, JBL sedang mentakrifkan semula apa yang boleh kita harapkan daripada aksesori audio mudah alih kita.
Pertama sekali, mari kita sentuh tentang rupa bentuknya. Tersedia dalam dua warna premium, hitam dan latte, earbud ini tampil elegan dan mewah.
Butang kawalan pada bud ini juga mudah: play/pause pada bud kanan, kawalan ANC (penyahbisingan aktif) pada bud kiri. Jika anda rasa ini biasa sahaja, tunggu sehingga anda melihat kotak pengecasannya.
Inilah ciri yang membezakan Tour Pro 3 daripada earbud lain. Ia bukan sekadar kotak pengecasan; ia adalah pusat kawalan penuh untuk pengalaman audio anda.
JBL telah memperkenalkan konsep ini dengan model Tour Pro 2, tetapi Tour Pro 3 membawa inovasi ini ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan paparan responsif yang terang, kotak pengecas ini seperti jam pintar bagi earbud. Ia menunjukkan masa, tahap bateri, dan malah membolehkan anda menukar wallpaper dengan mudah melalui aplikasi JBL.
Ia mudah digunakan dan menjadikan pengalaman lebih menarik—anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda boleh hidup tanpa ciri ini sebelum ini.
Salah satu nilai tambah pada Tour Pro 3 adalah keupayaannya mengawal ciri-ciri seperti EQ dan ANC tanpa perlu membuka telefon.
Dengan kotak atau case ini, bertukar antara bass yang kuat dan vokal yang jelas hanya memerlukan satu ketikan. Ia sangat intuitif dan pantas, membolehkan anda menyesuaikan bunyi mengikut selera dengan segera.
Selain kawalan asas seperti play/pause dan volum, JBL turut menyertakan beberapa fungsi tambahan semata-mata untuk keseronokan.
Kotak pengecas ini mempunyai pemasa, penggera, dan bahkan lampu suluh kecil. Adakah saya menggunakannya sebagai ganti fungsi-fungsi di telefon?
Tidak juga, tetapi ia menyeronokkan untuk dicuba, dan kita boleh bayangkan ia berguna bila diperlukan.
Kemudian, ada ciri “Find My Buds,” yang boleh diaktifkan menerusi aplikasi. Ia membuatkan earbud mengeluarkan bunyi nyaring, sangat berguna bagi mereka sering terlupa.
Salah satu ciri menarik ialah ‘mod transmisi tanpa wayar’. Bayangkan ini: anda dalam penerbangan dan mahu menyambungkan earbud tanpa wayar anda ke sistem hiburan penerbangan.
Hanya sambungkan kotak pengecas ke jack audio kapal terbang dengan kabel USB-C ke 3.5mm, dan voila!
Anda mendapat audio tanpa wayar pada sambungan berwayar. Ini adalah penyelesaian yang sering ditunggu-tunggu oleh pengembara kerap.
Malah, mereka yang selalu ke gim juga boleh menggunakan ciri ini untuk sambungan yang lebih stabil pada peralatan lama.
Kualiti bunyi pada Tour Pro 3 memang hebat. Keupayaan penyahbisingannya juga mengagumkan untuk earbud, terutama dalam persekitaran yang bising.
Dengan mod ANC penuh dan mod ketelusan, anda mempunyai pelbagai pilihan, ditambah lagi audio spatial dengan penjejakan kepala yang memberikan pengalaman yang lebih mendalam—biasanya hanya terdapat pada fon kepala bersaiz penuh.
Namun begitu, ada sedikit kekurangan pada kualiti penyahbisingannya yang tidak setanding dengan fon kepala over-ear kelas tinggi yang mampu menyekat bunyi sepenuhnya. Tapi bagi ramai orang, ini adalah kompromi yang boleh diterima, memandangkan portabiliti dan keselesaan earbud ini.
Hayat bateri juga cukup baik, dan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar pada kotak pengecas, anda tidak pernah terlalu jauh dari pengecasan cepat.
Walaupun kotak pengecas ini sedikit lebih berat daripada kebanyakan, itu adalah harga kecil yang perlu dibayar untuk teknologi tambahan yang dibawanya.
Earbud JBL Tour Pro 3 adalah lebih daripada sekadar earbud—ia adalah pandangan ke masa depan teknologi audio.
Bagi mereka yang mementingkan untuk sentiasa di hadapan dengan teknologi, ini adalah pilihan yang paling canggih di pasaran hari ini.
Walaupun kualiti panggilan dan beberapa ciri yang sedikit bermasalah perlu diperhatikan, pengalaman keseluruhannya adalah berkualiti tinggi dan penuh inovasi. Dengan standard yang ditetapkan oleh JBL ini, siapa tahu apa yang akan datang di masa hadapan?
Kelebihan dan Kekurangan
JBL Tour Pro 3 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1,499 menerusi pengedar yang sah serta laman sesawang rasminya di sini.
Rating MASKULIN: 4.5/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.