doktor huraikan jantung kencing manis
Foto: AFP

Setakat artikel ini ditulis iaitu oada 3 Disember 2020, negara kita telah mencatatkan jumlah korban akibat COVID-19 seramai 376 orang. Dan menurut jumlah tersebut sebahagian besarnya merupakan individu yang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Menurut pakar dan doktor mereka merupakan antara golongan paling berisiko tinggi.

Selain dua penyakit tersebut beberapa penyakit kronik lain seperti penyakit jantung, buah pinggang dan mereka yang mempunyai ketahanan badan yang rendah terutamanya golongan emas sangat berisiko.

Disebabkan itulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)cukup bersungguh-sungguh memberi nasihat agar sesiapa yang berisiko tinggi untuk tidak kelaur rumah dan kurangkan aktiviti sosial yang lain.

Tapi anda sendiri mungkin tertanya-tanya mengapa pesakit kencing manis dan darah tinggi berisiko terkena komplikasi COVID-19 dan meninggal dunia?

Doktor Ini Huraikan Sebab Pesakit Darah Tinggi & Kencing Manis Berisiko Tinggi COVID-19 
Foto: teksomolika – www.freepik.com

Apakah kaitan di sebalik wabak ini dan juga penyakit-penyakit kronik tersebut?

MASKULIN tertarik dengan perkongsian Doktor Latif Saad yang menjawab persoalan ini seperti yang pernah yang dikongsikan beliau menerusi Facebook TheDiagnosa.

Oleh itu, pastikan anda duduk di rumah agar rangkaian penularan jangkitan COVID-19 inik dapat dihentikan segera. Ikuti perkongsian doktor di bawah.

IKLAN

Risiko pesakit kencing manis & darah tinggi kena komplikasi & meninggal dunia

Mohon untuk saya jelaskan kenapa.

Penyakit COVID-19 ini adalah disebabkan virus yang dinamakan sebagai SARS-CoV-2 iaitu nama panjangnya Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2.

Kalau dulu SARS-CoV menyebabkan SARS. Maka, SARS-CoV-2 menyebabkan COVID-19.

Virus ini memasuki sel di saluran pernafasan dengan melekat pada satu enzim yang dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme (ACE) dan enzim ini banyak di kawasan paru-paru.

IKLAN

ACE ini berfungsi menukarkan kompaun angiotensinogen dalam badan kepada Angiotensin.

Salah satu fungsi angiotensin ini pulak adalah menyebabkan pengecutan saluran darah bagi mengekalkan tekanan darah.

Jadi, jika seseorang itu ada darah tinggi, ubat yang merencat enzim ini akan mengurangkan tekanan darah. Ubat darah tinggi yang merencat fungsi ACE ini dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor(ACEi).

Bahkan pesakit yang mengalami buah pinggang bocor iaitu ada protein dalam air kencing seperti dalam pesakit kencing manis, mendapat faedah perlindungan buah pinggang jika mengambil ubat ACEi ini.

Malangnya, apabila enzim ini direncat, maka badan akan lebih banyak menghasilkan ACE ini dan virus SARS-CoV-2 mempunyai lebih banyak tempat untuk melekat dan memasuki sel di bahagian pernafasan.

IKLAN

Oleh sebab itulah, dua golongan ini iaitu pesakit kencing manis dan darah tinggi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada penyakit COVID-19 kerana virus senang masuk ke dalam sel mereka.

BACA: Peranan Magnesium Dalam Tubuh Lelaki, Doktor Ini Kongsi Kepentingannya!

Jadi adakah pesakit tak perlu makan ubat tersebut?

Wajib makan jugak. Sebab nanti kalau tekanan darah tinggi kena strok berakhir di hospital jugak.

YANG PALING PENTING ANDA KENA BUAT ADALAH DUDUK DI RUMAH DAN JANGAN PERGI MANA-MANA untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Lepas tu, ubat kena makan macam biasa.

Sebagai tambahan, terdapat ubat lain juga menyebabkan penambahan enzim ACE ini seperti Ibuprofen, diclofenac, mefenamic acid iaitu mereka ni tergolong dalam ubat tahan sakit jenis non-steroidal anti-inflammatory drug (nSAID). Jadi elakkan ubat ini ketika anda tidak sihat waktu sekarang. Risau sebenarnya anda dijangkiti COVID-19 dan keadaan anda semakin teruk pulak.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI