Intermittent Fasting merupakan diet yang mengatur pola makan dengan cara berpuasa dalam tempoh beberapa waktu tetapi membenarkan pengamalnya minum air. Ia mula popular selepas pelakon Lisa Surihani mengamalkan dan berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah diet ini.

Biasanya Intermittent Fasting ini menganjurkan pengamalnya untuk berpuasa selama 16 jam. Selain membantu anda untuk mengurangkan pengambilan jumlah makanan, ia juga  dapat memperbaiki perilaku makan menjadi lebih sihat. 

Untuk mengetahui kebaikan dan cara untuk melakukan Intermittent Fasting ini, jom ikuti perkongsian Dr. Siti Aniza Basir di entri Facebook miliknya.

Doktor Kongsi Kebaikan & Cara Buat Intermittent Fasting, Diet Terbaik Ikut Sunnah!

BACA: Gara-gara Lisa Surihani, Lelaki Ini Berjaya Ubah Size XXL Ke M Dengan Diet Intermittent Fasting!

Puasa adalah diet terbaik

IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins, Mediterranean etc tapi my personal opinion, kita ada sunnah.

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud, macam tak mampu. Sebab iman nipis.

Setiap hari ada pasar malam, pasar Rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 6.30 pm, esok jam 9.30 am baru breakfast.

Kalau 8.30 malam – 11.30 pagi baru start makan/breakfast.

Apa kebaikan IF??

Banyak!!

IKLAN

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”.

Biar betul Doktor?

Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 6.30 pm.

‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme, kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari.

Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy, controlled diet) dan

Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan

IKLAN

Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30 /10.30 pagi!

Tatacaranya banyak:

Doktor Kongsi Kebaikan & Cara Buat Intermittent Fasting, Diet Terbaik Ikut Sunnah!

Doktor Kongsi Kebaikan & Cara Buat Intermittent Fasting, Diet Terbaik Ikut Sunnah!

Doktor Kongsi Kebaikan & Cara Buat Intermittent Fasting, Diet Terbaik Ikut Sunnah!

As newbie: Kak Siti advice buat 12 jam dulu. Ie kita start last dinner kul 6.30 pm, esok bekfes 6.30 pagi.

Bila dah ok, buat 14 jam. Ie 6.30 pm dinner dan 8.30 am bekfes.

IKLAN

Lepas tu, teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 6.30 pm, bekfes merangkap lunch kul 10.30.

Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.

Its fleksibel. Buat ikut keperluan. Cth, smlm ada kenduri makan kul 8.30 pm, esok tu xyah bekfes, terus lunch!

Lapar?

In between tu, anda boleh untuk

Doktor Kongsi Kebaikan & Cara Buat Intermittent Fasting, Diet Terbaik Ikut Sunnah!

1. Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea

No 3, 4, 5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap x boleh gula, boleh la pi mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!

BACA: 4 Selebriti Popular Yang Amalkan Diet ‘Intermittent Fasting’

Pastu, IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!

Lepas dah ok buat Daily.

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI