Di pentas MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), bukan sekadar kekuatan fizikal yang diuji, tetapi semangat kerjasama dan kepimpinan menjadi elemen terpenting untuk mara ke hadapan.
Salah seorang peserta yang sering “low profile” namun tetap menunjukkan konsistensi ialah Dr. Shazif. Dalam episod keempat bertajuk Muddle Trouble, Dr. Shazif menjadi perhatian dengan keberanian dan penghargaan beliau terhadap kepimpinan kumpulannya.
True Leader
Episod ini mempertemukan para peserta dalam cabaran unik yang penuh aksi – membawa bendera dari poin A ke poin B sambil berdepan halangan pemain ragbi.
Dalam cabaran ini, kumpulan Saddam berjaya mencatat masa terpantas, membuktikan kehebatan strategi mereka dan sekaligus muncul juara cabaran utama.
Dr. Shazif, salah seorang anggota kumpulan Saddam, memuji gaya kepimpinan ketua kumpulannya yang dilihat sebagai elemen pemacu kejayaan mereka.
“Cabaran ini memang sukar, tapi kami ada true leader, Saddam,” ujar Dr. Shazif penuh semangat.
Katanya lagi, kepimpinan Saddam bukan sekadar kata-kata kosong tetapi hadir dengan tindakan yang membawa kesatuan dalam pasukan.
Ads
Brotherhood Sebagai Kunci Kejayaan
Bagi Dr. Shazif, semangat brotherhood adalah tulang belakang setiap cabaran. Dalam suasana tekanan yang tinggi, semangat kerjasama antara ahli kumpulan menjadi penentu.
“Saddam buktikan dia leader sebenar. Dia bawa kami ke arah kejayaan dalam cabaran episod ini. Kalau tak ada brotherhood dalam team, memang susah nak buat apa-apa cabaran di WYB. Jadi, semangat brotherhood memang sangat diperlukan,” tambahnya lagi.
WYB terus memecahkan kebiasaan dengan cabaran yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga ketahanan mental.
Ads
Dr. Shazif mengakui bahawa setiap tugasan di WYB benar-benar “di luar kotak” dan memerlukan fokus yang maksimum. Cabaran ini bukan sekadar tentang siapa yang paling kuat, tetapi siapa yang mampu membawa pasukannya bersama untuk berjaya.
Semangat atau Persaingan?
Namun, persoalannya kini, sampai bila semangat brotherhood ini dapat bertahan? Dalam medan persaingan seperti WYB, garis antara kawan dan lawan boleh menjadi kabur.
Bila tiba masa untuk bertarung individu, siapa sebenarnya “bro” dan siapa yang akan menjadi lawan terbesar?
Siapa bro, siapa lawan?
Ads
Buat para penonton yang mengikuti perjalanan WYB, jangan lupa untuk saksikan episod kelima yang penuh dengan aksi mendebarkan pada 27 Disember, 9 malam di Astro Ria.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Nantikan drama, aksi, dan persaingan yang bakal meletup di episod seterusnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Program realiti kecergasan nombor satu di Malaysia, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), semakin memuncak dalam perjalanan penuh aksi dan inspirasi.
Dengan episod kelima baru sahaja disiarkan Jumaat lalu di Astro Ria, para “Bros” telah membuktikan bahawa semangat dan ketahanan mental adalah kunci untuk menempuh cabaran luar biasa. Jika anda terlepas, semua episod boleh ditonton semula di Astro Go.
Bayangkan mendaki Menara KL dengan membawa beban seberat 20kg, menolak beban di junkyard sehingga mencecah ratusan kilogram, dan berhempas pulas melawan pemain ragbi di sawah berlumpur.
Ini hanya secebis daripada apa yang telah dilalui oleh peserta WYB. Dalam episod terbaru, mereka sekali lagi diuji dengan cabaran fizikal ekstrem—mendaki bukit curam sambil menarik beban di bawah terik matahari.
Namun, di sebalik semua itu, ada segelintir yang lebih gemar mengkritik dari jauh. Sambil bersandar di sofa empuk, mereka melabelkan peserta ini sebagai “lembik” dan “tidak cukup kuat”. Hakikatnya, hanya mereka yang berada di medan cabaran tahu betapa peritnya perjuangan ini.
Peserta WYB: Respon Bijak Kepada Pengkritik
Seperti yang diluahkan oleh Theeban, salah seorang peserta, dalam satu hantaran Instagramnya – “Sangat mudah untuk mentertawakan kerja orang lain. Tidak perlu merendahkan orang lain hanya untuk menaikkan diri kita sendiri. Kita mempengaruhi belia hari esok. Bercakaplah dengan penuh tanggungjawab.”
Peserta lain turut menyuarakan pendapat mereka dengan penuh profesionalisme. Dr. Shazif mengingatkan agar setiap kritikan dibuat dengan tanggungjawab dan pilihan kata yang bijak.
Saddam, peserta WYB yang juga seorang atlet endurance berpengalaman, menyifatkan mereka yang menghina sebagai “zero”—ibarat tin kosong, bising tetapi tiada isi.
Komuniti yang Membina, Bukan Meruntuhkan
MASKULIN percaya bahawa komuniti yang kuat adalah mereka yang saling menyokong dan memperbaiki diri bersama-sama. Seperti kata Chee Wai kepada Theeban di ruangan komen, “We learn from each other and strive to be better together. Well said, Macha.”
Di sebalik kritikan negatif, semangat persaudaraan ini terus menjadi inspirasi kepada penonton dan peminat kecergasan di Malaysia. WYB bukan sekadar rancangan hiburan; ia adalah platform untuk menunjukkan erti sebenar kerja keras, ketahanan, dan solidariti.
Kami di MASKULIN ingin menegaskan bahawa apa yang dilalui oleh para peserta WYB adalah sesuatu yang luar biasa.
Tidak semua orang mampu melakukannya. Oleh itu, jadilah pengkritik atau penonton yang bijak. Jika ingin mengkritik, lakukan dengan adab dan niat untuk membina, bukan meruntuhkan.
Seperti dalam dunia hiburan, kecergasan, sukan, dan kehidupan seharian, kritikan adalah asam garam yang tidak boleh dielakkan. Tetapi pilihan untuk menyampaikan kritikan dengan tanggungjawab adalah milik kita semua.
Saksikan MASKULIN Who’s Your Bro, episod keenam pada 10 Januari 2025 di Astro Ria dan Sooka. Bersiaplah untuk menyaksikan cabaran baru yang bakal menguji batas fizikal dan mental para Bros!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Episod lima dalam Who’s Your Bro (WYB) mencabar peserta dengan halangan yang bukan hanya menguji ketahanan fizikal, tetapi juga keupayaan mental dan kerjasama antara pasangan.
Salah seorang peserta yang berjaya melalui cabaran sukar ini adalah Ikmal Amry, yang telah memberi pandangan mendalam tentang bagaimana dia menghadapinya bersama Dr. Shazif, pasangan bro dalam episod tersebut.
Cabaran yang Menguji Ketahanan Fizikal dan Mental
Bagi Ikmal, Episod lima adalah antara yang paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam Who’s Your Bro.
Menurutnya, cabaran kali ini bukan hanya sekadar kekuatan fizikal tetapi lebih kepada kemampuan untuk berkolaborasi dan mengenali brosnya serta bagaimana membina ‘chemistry’ yang kuat antara satu sama lain.
“Cabaran ni memberi ruang untuk aku mengenal ‘bro’ baru. Bukan sahaja menguji ketahanan fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada bagaimana kau mencari ‘chemistry’ dan melengkapkan antara satu sama lain,” katanya.
Ikmal juga menambah bahawa cabaran ini menguji ketahanan mental dan fizikal mereka sebagai pasangan.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan dalam situasi yang memerlukan kerjasama yang tinggi, mereka perlu mencari cara untuk saling menyokong dan menyesuaikan diri.
‘Chemistry’ Bersama Dr. Shazif, Belajar Mengawal Emosi
Berbicara tentang pasangan brosnya, Dr. Shazif, Ikmal berkata bahawa dia merasa sangat bertuah kerana dipasangkan dengan seseorang yang sudah berpengalaman dalam menghadapi cabaran.
Sebelum ini, Ikmal pernah menyatakan hasrat untuk dipasangkan dengan bro yang sudah berkahwin dan dia melihat keberuntungan itu apabila mendapat peluang berpasangan dengan Dr. Shazif.
“Dulu aku pernah cakap masa interview, aku nak bro yang dah berkahwin dan dapat rezeki pair dengan Dr. Shazif. Banyak benda yang aku belajar antaranya kawal emosi time tengah mental. Dr. Shazif ni banyak ajar aku macam mana nak handle emosi dalam keadaan ‘intense’. So, dekat situ banyak la kitorang improve each other,” tambah Ikmal.
Ikmal memuji Dr. Shazif kerana kesabarannya dalam mengawal emosi sepanjang cabaran yang ‘intense’.
Kesan Cabaran pada Tangan dan Persediaan untuk Cabaran Seterusnya
Di penghujung cabaran, Ikmal mengalami kecederaan kecil apabila tangannya melecet.
Walaupun rasa kecewa kerana tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan, dia tetap positif dan melihatnya sebagai satu pengalaman yang berharga.
“Maybe after this aku kena lebih berhati-hati dan well-prepared untuk cabaran yang akan datang. So, conclusion aku banyak belajar daripada episod ini,” ujar Ikmal mengenai pengalamannya.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Ikmal Amry mengakui tidak pernah menyangka akan mara sejauh ini dalam program Who’s Your Bro (WYB).
Sebagai bukan atlet, dia hanya ingin menguji kemampuan dirinya dalam cabaran program ini.
“Saya memang tak jangka dari awal masuk program Who’s Your Bro boleh pergi sejauh ini sebab saya bukan atlet. Saya hanya nak tengok sejauh mana saya boleh mencabar diri sendiri. Tak expect langsung, tapi saya bersyukur dapat masuk final,” katanya.
Ketika ditanya mengenai detik paling sukar sepanjang episod ini, Ikmal menyebut tentang insiden kecederaan yang dialaminya semasa latihan.
“ Sepanjang latihan berminggu-minggu, benda yang tak diingini berlaku iaitu saya cedera di perut akibat cramp ketika berenang. Rasa sia-sia sebab bila dah cedera, memang tak boleh buat apa-apa. Nak tak nak kena hadap juga ” , katanya.
Gementar Hadapi Pusingan Penyikiran Buat Pertama Kali
Bagi Hakimi pula, detik paling sukar adalah semasa pusingan penyingkiran di episod separuh akhir.
Sebelum ini, dia tidak pernah berada dalam situasi tersebut sejak episod pertama.
“Daripada episod 1 sampai 8, saya tak pernah masuk elimination round, tapi tiba-tiba di episod separuh akhir, saya kena lalui pengalaman itu. Memang rasa sangat gementar. Tapi bila dah lepas dan tahu keputusan yang kami layak ke final, ia jadi satu momen yang saya takkan lupakan sampai bila-bila”, katanya.
Ikmal dan Hakimi turut berkongsi pengajaran penting yang mereka peroleh sepanjang cabaran ini.
Menurut Hakimi, mereka belajar tentang komunikasi dan kepentingan memahami kelebihan serta kekurangan masing-masing.
“Apa yang berlaku di episod 9 adalah akibat salah faham dalam komunikasi. Walaupun ada chemistry, bila situasi tegang, semuanya boleh berubah. Kami bersyukur kerana insiden ini berlaku lebih awal supaya kami dapat belajar dan tak ulanginya di episod final nanti,” tambahnya.
Perjalanan duo ini penuh cabaran dan kejutan.
Kini, mereka hanya selangkah lagi untuk membuktikan kemampuan sebenar dalam pentas akhir Who’s Your Bro.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.