Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu hitam dan biru bagi skuter NMAX. Ketibaan warna baharu itu menandakan produksi warna lama merah dan kelabu dihentikan.
Sudah pun berada di pasaran bermula minggu ini, HLYM menyatakan harga jualan bagi model NMAX masih kekal tanpa kenaikan harga. Untuk makluman, Yamaha NMAX ditawarkan ke pasaran tempatan Januari tahun lalu pada harga pengenalan RM8,812.84 (termasuk GST) seunit.
Ads
Skuter sporty itu dijana oleh enjin 155cc, penyejukan cecair SOHC, pancitan bahan api bersama teknologi Bluecore. Dipadankan dengan transmisi V-belt automatik, enjin itu mampu menghasilkan kuasa 11.1kW pada 8,000rpm dan tork 14.4Nm pada 6,000rpm.
Ads
Ads
Posisi tunggangan NMAX lebih santai berbanding NVX yang mana penunggang masih boleh melunjurkan kaki pada ruang lantai. Yamaha NMAX dilengkapi dengan ciri LED pada lampu utama dan lampu brek belakang . Manakala panel instrumen LCD menawarkan rekaan moden dan trendy.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kereta rosak ketika dalam perjalanan merupakan satu perkara yang bukan sahaja memenatkan tetapi boleh memberikan tekanan jiwa! Terutamanya bila enjin kereta overheat!
Bayangkan anda sedang dalam perjalanan menuju ke kampung atau pulang ke ibi kota semula bersama ahli keluarga tiba-tiba lampu amaran ‘hot’ berkelip dengan cukup huru-hara. Lebih teruk lagi air cond mula tidak berfungsi. Enjin pula terasa lebih berat dan semput dan kadangkala mengeluarkan asap putih!
Mahu tidak mahu kereta terpaksa dihentikan kerana enjin telah menjadi terlalu panas atau dalam istilah ‘pomen’, overheat.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jika anda ingin mencari aksesori kereta, anda boleh dapatkan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim hujan yang melanda sering kali menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin dan berbahaya, terutamanya bagi penunggang motosikal. Salah satu aspek penting yang sering diabaikan oleh penunggang motosikal ialah tekanan angin tayar.
Walaupun ia kelihatan remeh, namun tekanan angin tayar yang betul adalah salah satu faktor utama dalam memastikan keselamatan dan prestasi motosikal, terutama dalam cuaca basah.
Tayar yang kurang angin atau terlalu keras boleh menjejaskan kestabilan motosikal, mengurangkan cengkaman pada permukaan jalan, dan meningkatkan risiko kemalangan.
Tayar yang kurang angin meningkatkan geseran dengan jalan, menyebabkan tayar cepat haus dan meningkatkan penggunaan bahan api.
Sebaliknya, tayar yang terlalu keras boleh menyebabkan kurangnya cengkaman, terutamanya di jalan yang licin, serta mengurangkan keselesaan semasa menunggang.
Sebagai panduan umum, berikut adalah tekanan angin yang biasanya disarankan untuk motosikal:
Nota: Tekanan ini adalah panduan umum dan mungkin berbeza bergantung kepada model motosikal, berat penunggang, dan keadaan jalan. Sentiasa rujuk manual pengguna motosikal anda untuk spesifikasi yang lebih tepat.
Menentukan tekanan tayar yang tepat untuk motosikal kapcai adalah langkah penting dalam penyelenggaraan motosikal.
Dengan tekanan tayar yang betul, anda bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan prestasi motosikal, tetapi juga memastikan pengalaman menunggang yang lebih selesa dan ekonomi.
Sentiasa rujuk manual pengguna dan periksa tekanan tayar secara berkala untuk mendapatkan hasil terbaik.
Dengan menjaga tekanan tayar pada tahap yang betul, anda dapat menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lancar setiap kali anda berada di atas jalan raya.
Keteguhan jiwa, keazaman membara dan semangat tidak kenal lelah inilah antara ciri-ciri maskulin yang dipamerkan oleh Amer Harris Jefry, pelumba sukan permotoran berusia 22 tahun yang kini diangkat sebagai rakan jenama lelaki terbaharu oleh CIMB Group Holdings Berhad (CIMB).
Pemilihan Amer bukan sekadar mewakili bakat dalam sukan berprestij, malah membuktikan bahawa anak muda lelaki dari latar sederhana mampu mencabar dominasi dan memacu nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Kerjasama ini juga menandakan usaha berterusan CIMB untuk memperkasa golongan lelaki muda agar berani mengejar impian, walau dalam bidang yang sering dipandang sebelah mata.
Amer, yang mula berlumba sejak usia lapan tahun menerusi sukan go-kart, telah menjelma menjadi salah seorang pelumba negara paling konsisten dan berbakat.
Dalam dunia permotoran yang menuntut kawalan emosi, keberanian dan fokus tinggi, Amer mempamerkan karakter lelaki moden yang kental dan berdaya tahan sifat yang selari dengan aspirasi CIMB melalui kempen sosialnya, Kita Bagi Jadi.
“Amer melambangkan semangat membina kejayaan dari bawah nilai yang sangat kami junjung di CIMB,” kata Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia.
Amer bukan hanya sekadar nama baharu. Beliau telah mengukir 18 kemenangan go-kart, menjuarai kejuaraan seperti Sepang 1,000KM, Formula 4 SEA dan Toyota Gazoo Malaysia, dan mencipta kejutan apabila menjuarai Hyundai N Cup di Zhuhai, China.
Beliau juga satu-satunya pelumba Malaysia dalam Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool 2025 bukti bakat luar biasa dan keupayaan lelaki muda Malaysia bersaing dengan pelumba elit antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut memuji kejayaan Amer dan menyifatkan kerjasama ini sebagai contoh cemerlang bagaimana sektor swasta dapat memainkan peranan penting menyokong atlet dalam bidang bukan arus perdana.
Bagi Amer, kerjasama ini bukan semata-mata satu pencapaian, tetapi satu tanggungjawab.
“Saya bangga dipilih sebagai rakan jenama CIMB dan sedar amanah ini besar. Sukan permotoran bukan sekadar minat, ia adalah medan untuk membuktikan ketahanan fizikal, mental dan emosi nilai-nilai lelaki sejati,” katanya.
Seterusnya, Amer akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menyertai saingan Porsche Carrera Cup Asia 2025 dari 6 hingga 8 Jun ini.
Sebelum ini, beliau telah mencipta keputusan memberangsangkan di Shanghai dan Motegi, dan kini bersedia untuk membuktikan lagi keupayaannya di tanah air sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.