Keteguhan jiwa, keazaman membara dan semangat tidak kenal lelah inilah antara ciri-ciri maskulin yang dipamerkan oleh Amer Harris Jefry, pelumba sukan permotoran berusia 22 tahun yang kini diangkat sebagai rakan jenama lelaki terbaharu oleh CIMB Group Holdings Berhad (CIMB).

Pemilihan Amer bukan sekadar mewakili bakat dalam sukan berprestij, malah membuktikan bahawa anak muda lelaki dari latar sederhana mampu mencabar dominasi dan memacu nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Kerjasama ini juga menandakan usaha berterusan CIMB untuk memperkasa golongan lelaki muda agar berani mengejar impian, walau dalam bidang yang sering dipandang sebelah mata.

Amer Harris Buktikan Lelaki Muda Mampu Jadi Wira Sukan Bersama CIMB

Ketabahan Amer Dalam Mengejar Impian

Amer, yang mula berlumba sejak usia lapan tahun menerusi sukan go-kart, telah menjelma menjadi salah seorang pelumba negara paling konsisten dan berbakat.

Dalam dunia permotoran yang menuntut kawalan emosi, keberanian dan fokus tinggi, Amer mempamerkan karakter lelaki moden yang kental dan berdaya tahan sifat yang selari dengan aspirasi CIMB melalui kempen sosialnya, Kita Bagi Jadi.

“Amer melambangkan semangat membina kejayaan dari bawah nilai yang sangat kami junjung di CIMB,” kata Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia.

Ads

Daya Saing Lelaki Dalam Dunia Sukan Permotoran

Amer bukan hanya sekadar nama baharu. Beliau telah mengukir 18 kemenangan go-kart, menjuarai kejuaraan seperti Sepang 1,000KM, Formula 4 SEA dan Toyota Gazoo Malaysia, dan mencipta kejutan apabila menjuarai Hyundai N Cup di Zhuhai, China.

Beliau juga satu-satunya pelumba Malaysia dalam Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool 2025 bukti bakat luar biasa dan keupayaan lelaki muda Malaysia bersaing dengan pelumba elit antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut memuji kejayaan Amer dan menyifatkan kerjasama ini sebagai contoh cemerlang bagaimana sektor swasta dapat memainkan peranan penting menyokong atlet dalam bidang bukan arus perdana.

Ads

Amer Harris Buktikan Lelaki Muda Mampu Jadi Wira Sukan Bersama CIMB

“Ini Adalah Tanggungjawab, Bukan Sekadar Pengiktirafan” – Amer Harris

Bagi Amer, kerjasama ini bukan semata-mata satu pencapaian, tetapi satu tanggungjawab.

“Saya bangga dipilih sebagai rakan jenama CIMB dan sedar amanah ini besar. Sukan permotoran bukan sekadar minat, ia adalah medan untuk membuktikan ketahanan fizikal, mental dan emosi nilai-nilai lelaki sejati,” katanya.

Ads

BACA LAGI : MASKULIN Hangatkan PBAKL 2025 Dengan Vodcast Hobi Automotif!

Seterusnya, Amer akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menyertai saingan Porsche Carrera Cup Asia 2025 dari 6 hingga 8 Jun ini.

Sebelum ini, beliau telah mencipta keputusan memberangsangkan di Shanghai dan Motegi, dan kini bersedia untuk membuktikan lagi keupayaannya di tanah air sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI