Musim hujan yang melanda sering kali menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin dan berbahaya, terutamanya bagi penunggang motosikal. Salah satu aspek penting yang sering diabaikan oleh penunggang motosikal ialah tekanan angin tayar.
Walaupun ia kelihatan remeh, namun tekanan angin tayar yang betul adalah salah satu faktor utama dalam memastikan keselamatan dan prestasi motosikal, terutama dalam cuaca basah.
Mengapa Tekanan Angin Tayar yang Tepat Penting?
Tayar yang kurang angin atau terlalu keras boleh menjejaskan kestabilan motosikal, mengurangkan cengkaman pada permukaan jalan, dan meningkatkan risiko kemalangan.
Tayar yang kurang angin meningkatkan geseran dengan jalan, menyebabkan tayar cepat haus dan meningkatkan penggunaan bahan api.
Sebaliknya, tayar yang terlalu keras boleh menyebabkan kurangnya cengkaman, terutamanya di jalan yang licin, serta mengurangkan keselesaan semasa menunggang.
Cadangan Tekanan Angin Tayar untuk Motosikal
Sebagai panduan umum, berikut adalah tekanan angin yang biasanya disarankan untuk motosikal:
Ads
Tayar Depan: 28-32 PSI (193-220 KPA)
Tayar Belakang: 32-36 PSI (220-250 KPA)
Nota: Tekanan ini adalah panduan umum dan mungkin berbeza bergantung kepada model motosikal, berat penunggang, dan keadaan jalan. Sentiasa rujuk manual pengguna motosikal anda untuk spesifikasi yang lebih tepat.
Cara Memastikan Tekanan yang Tepat
Rujuk Manual Pengguna Motosikal: Manual pengguna motosikal anda adalah sumber yang paling dipercayai untuk menentukan tekanan tayar yang sesuai. Tekanan tayar yang disarankan oleh pengeluar biasanya dinyatakan dalam PSI (Pounds per Square Inch) atau KPA (Kilopascal). Manual ini juga akan memberikan nilai PSI/KPA untuk tayar depan dan belakang, kerana kedua-duanya memerlukan tekanan yang berbeza.
Periksa Tekanan Tayar Secara Berkala: Tekanan tayar perlu diperiksa secara berkala, sekurang-kurangnya sekali seminggu atau sebelum perjalanan jauh. Tayar yang terlalu lembik atau terlalu keras boleh menjejaskan kestabilan motosikal. Pastikan anda memeriksa tekanan tayar ketika tayar dalam keadaan sejuk untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
Gunakan Alat Pengukur Tekanan Tayar: Untuk memastikan bacaan yang tepat, gunakan alat pengukur tekanan tayar yang berkualiti. Elakkan bergantung pada pam angin di stesen minyak kerana ia sering tidak diservis dengan baik dan mungkin memberikan bacaan yang tidak tepat.
Sesuaikan Tekanan Mengikut Keadaan Beban dan Jalan: Tekanan tayar yang disarankan dalam manual pengguna adalah berdasarkan keadaan beban standard. Jika anda sering membawa penumpang atau beban tambahan, tambahkan 2-4 PSI (14-28 KPA) pada tayar belakang untuk mengekalkan kestabilan dan cengkaman tayar. Begitu juga, jika anda sering menunggang di jalan yang kasar atau berlubang, sedikit penyesuaian tekanan mungkin diperlukan untuk meningkatkan keselesaan.
Ambil Kira Jenis Tayar dan Iklim: Jenis tayar yang digunakan juga boleh mempengaruhi tekanan tayar yang sesuai. Tayar tubeless dan tayar bertiub mempunyai keperluan tekanan yang berbeza. Selain itu, iklim juga memainkan peranan penting. Di kawasan yang panas, tekanan udara dalam tayar boleh meningkat dengan cepat, jadi penting untuk memeriksa tekanan lebih kerap.
Tips Tambahan untuk Menjaga Tekanan Tayar
Sentiasa periksa tekanan tayar dalam keadaan sejuk untuk bacaan yang tepat.
Gunakan alat pengukur tekanan yang betul untuk memeriksa tekanan tayar.
Sesuaikan tekanan tayar mengikut beban tambahan atau jenis jalan yang sering dilalui.
Ads
Kesimpulan
Menentukan tekanan tayar yang tepat untuk motosikal kapcai adalah langkah penting dalam penyelenggaraan motosikal.
Dengan tekanan tayar yang betul, anda bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan prestasi motosikal, tetapi juga memastikan pengalaman menunggang yang lebih selesa dan ekonomi.
Sentiasa rujuk manual pengguna dan periksa tekanan tayar secara berkala untuk mendapatkan hasil terbaik.
Ads
Dengan menjaga tekanan tayar pada tahap yang betul, anda dapat menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lancar setiap kali anda berada di atas jalan raya.
Tanpa minyak hitam atau minyak enjin yang baik kereta tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Malah jika ada masalah pada minyak hitam ia boleh merebak kepada kerosakan yang lebih serius dan semestinya memeningkan kepada anda.
Walaupun ia nampak seperti perkara ‘simple’ namun penjagaan minyak hitam sangat penting bagi memastikan enjin kereta sentiasa dalam keadaan yang baik. Disebabkan itu jugalah sangat penting untuk anda memilih kualiti minyak hitam yang baik.
Dan semestinya anda perlu jauhi minyak hitam tiruan atau dikitar semula! Tidak dinafikan terdapat produk tiruan dan ‘recycle’ berlegar dalam pasaran. Jangan hanya sebab nak harga murah anda tidak periksa betuk-betul minyak hitam yang dibeli.
Menggunakan minyak hitam tiruan atau recycle boleh mendatangkan keburukan terhadap kereta anda. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dimuat naik oleh Azbi Centre yang menerangkan tentang bahaya penggunaan minyak tiruan.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah:
JANGAN MUDAH TERTIPU!
Isu ni sangat penting!
Sebab 80% minyak hitam di pasaran adalah tiruan/recycle. Walaupun botol nampak ori. Jangan tertipu!
Secara mudahnya minyak hitam ini adalah yang terpakai. Dikitar semula menjadi minyak hitam yang ‘baru’ dan dijual dengan harga murah.
Minyak hitam yang terpakai ini ditapis dan diproses semula untuk menjernihkan WARNA minyak yang sedia HITAM itu. Kelemahan minyak terpakai ini adalah proses penapisan yang hanya mengeluarkan kotoran dan warna sahaja, sedangkan bahan kimia yang terdapat di dalam minyak itu tidak dikeluarkan sepenuhnya.
Jadi apabila anda guna minyak terpakai, prestasi enjin akan jadi lembab dan semput. Enjin jadi Berat. Faham-fahamlah benda yang sudah diguna.
Sebab minyak hitam sebenarnya adalah bahan pakai buang. Kalau abang-abang dan kakak-kakak semua perasan, kadang-kadang ada keluar berita kilang minyak recycle ni di serbu oleh KPDNKK.
CARA ELAK BELI YANG PALSU
Jadi macam mana kita nak elak dari beli minyak hitam recycle atau tiruan ni?
Cara mudah ialah beli dengan distributor berdaftar dengan brand yang kita nak beli. Nak selamat beli direct di pusat jualan mereka.
Semoga kita semua terselamat dari penipuan ini.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN!
Kredit: Azbi Centre
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aircond atau penghawa dingin merupakan kelengkapan yang wajib ada dan berfungsi dengan baik untuk semua pemilik kenderaan di negara kita. Dengan cuaca tropika yang panas dan lembab memang kita memerlukan penghawa dingin untuk menyejukkan ruang dalam kereta.
Antara masalah utama yang sering kita hadapi bila kita bercakap tentang penghawa dingin kereta ialah masalah tak sejuk.
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan penghawa dingin kereta menjadi kurang sejuk. Namun sebelum membawa kereta ke bengkal ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan sendiri terlebih dahulu.
Antara punca ia berlaku adalah kerana filter tersumbat dan memerangkap terlalu banyak debu, habuk dan sebagainya. Jika filter tersumbat makan kadar sejuk penghawa dingin juga akan keluar dengan perlahan. Filter ini berfungsi sebagai penapis habuk dan kotoran dan jika tersumbat aliran anginnya akan terjejas.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
CARI PENUTUP FILTER
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
PERIKSA KONDISI FILTER
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
GUNA SABUN
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
CUCI DENGAN BERUS
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
KERINGKAN
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Selama mencuba!
Kredit: Mohd Farhan Alias
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula hari ini maka berkuatkuasalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Dengan bermulanya PKPB, kerajaan telah membuka semula hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti sosial.
Namun ia tidak bermakna PKP telah berkahir. Hari ini juga menyaksikan ramai yang akan mula masuk kerja semula buat pertama kali selepas kerajaan melaksanakan PKP sejak 18 Mac yang lalu.
Dan ada juga yang akan mula masuk pejabat dan ke tempat kerja dalan tempoh beberapa hari. Mereka yang berada di kampung juga dilaporkan akan dibenarkan balik semula dalam minggu ini.
Jadi pasti ramai yang meninggalkan kereta terbiar dan lama tidak dihidupkan. Ada kemungkinan anda akan berdepan dengan kesukaran untuk menghidupkan kenderaan. Jika perkara ini berlaku usah risau kerana terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi sedikit pengetahuan tentang apa yang boleh berlaku apabila kereta tidak digunakan atau dihidupkan dalam jangkamasa lebih seminggu dan seterusnya.
JENIS KEROSAKAN BIASA YANG BOLEH BERLAKU
BATERI LEMAH
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
AIR RADIATOR BERLUMUT
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
MASALAH FUEL PUMP
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.