Bermula dari filem Iron Man sehinggalah kepada filem Avengers, Tony Stark digambarkan sebagai seseorang yang memiliki banyak koleksi kereta.
Lakonan Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark juga membuatkan ramai orang jatuh hati kerana personalitinya selain menjadi adiwira Iron Man yang cukup diminati ramai.
Dalam setiap filem, Tony Stark digambarkan sebagai seorang lelaki kaya dan pintar dalam membangunkan sesebuah aplikasi yang bersifat futuristik.
Ada curi-curi tengok tak?
Namun dalam melayan filem-filem lakonannya sebagai Tony Stark, pernah tak anda curi-curi pandang dengan teliti kereta apa yang Tony Stark pakai?
Kalau macam tak perasan atau terlepas pandang sebab anggap kereta itu sekadar perhiasan mencantikkan sinematografi, jom layan gambar-gambar di bawah :
a) Iron Man 1
Dalam filem pertama Iron Man, antara kereta milik Tony Stark yang diperkenalkan adalah Audi R8. Ia menjadi trend sehingga orang menggelarnya sebagai kereta Iron Man. Di samping itu, di dalam garaj milik Tony Stark juga tersimpan beberapa kereta klasik seperti Shelby Cobra, Saleen S7, Tesla Roadster dan 1932 Ford Flathead Roadster.
b) Iron Man 2
Dalam sekual kedua, Tony Stark dilihat memperkenalkan Audi R8 Spyder buat seketika dan selain itu, ada kelihatan juga kereta Ford Flathead dari filem pertamanya.
Ads
c) Iron Man 3
Menerusi kejayaan besar filem tersebut, Tony Stark dalam filem ketiga ini dilihat segak memandu Audi R8 e-tron dan Bugatti Veyron Supersport.
Seterusnya dalam filem pertama gabungan semua adiwira terawal, Tony Stark ditampilkan dengan kereta dari jenis Acura NSX namun terdapat sedikit pengubahsuaian daripada konsep asal.
e) The Avengers: Age of Ultron
Masih menceritakan kesinambungan dari filem pertama Avengers, filem ini membangkitkan kisah permulaan Ultron wujud sebagai jasad yang hidup dan di samping itu, Tony Stark dilihat mengguna semula Audi R8 yang mendapat sedikit sentuhan rekaan semula. Sama juga seperti dalam filem Captain America : Civil War, tidak banyak perubahan kenderaan yang digunakan Tony Stark.
Ads
f) Spider-Man: Homecoming
Dalam filem reboot Spider-Man, Tony Stark dilihat menggunakan kereta Audi A8 yang baharu.
g) Avengers : Endgame
Dalam filem yang bakal dinanti-nantikan ini pula, jenis kereta yang akan dipandu Tony Stark belum diketahui tetapi baru-baru ini, Robert Downey Jr. dijemput untuk memandu uji Audi e-tron GT yang terbaharu.
Adakah ini kereta yang akan dipakai Tony Stark dalam filem Avengers : Endgame? Sama-sama kita saksikan!
Tetapi sebenarnya koleksi kenderaan Tony Stark ada banyak lagi dan ini sekadar pendedahan ringkas. Nak tahu lebih lanjut, terus kekal bersama Maskulin.
MASKULIN pernah bertanyakan kepada beberapa rakan-rakan terdekat tentang bagaimanakah mereka menjaga kondisi kereta mereka.
Dan tidak mengejutkan apabila rata-rata daripada mereka hanya berharapkan kepada servis asas yang dihantar ke pusat servis jenama kereta masing-masing. Ia sebenarya satu tanggapan yang cukup normal di kalangan pemilik kereta.
Tidak salah untuk amalkan begitu jika anda membeli kereta baru dan memilikinya dalam tempoh setahun atau dua tahun. Namun sebenarnya untuk kereta melebihi usia tersebut anda tidak boleh bergantung kepada servis asas semata.
Jika anda nak kereta sentiasa berada dalam keadaan tip top dan sedap dipandu ada empat jenis penjagaam atau maintenance perlu anda lakukan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang cukup menarik pernah dilakukan oleh laman Twitter @serviskereta yang turut menyediakan khdimat servis kereta di rumah.
Menurut mereka melakukan major service yang kebiasaannya melibatkan komponen plag, minyak enjin, gb oil dan flushing radiator tidak mamadai.
Terdapat empat maitenance penting perlu dilakukan;
MAINTENANCE ENJIN
Biasanya bila sebut penjagaan enjin ramai terfikir kepada minyak enjin, minyak kotak enjin, plag dan coolant semata. Walhal di bahagian enjin ada banyak jenis seals yang harus dilihat dan diselenggara. Sebagai contohnya ialah flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan juga timing belt atau chain drive.
Tidak berikan tumpuan kepada perkara di atas boleh menyebabkan kerosakan serius seperti kebocoran, valve bengkok dan sebagainya.
UNDERCARRIAGE MAINTENANCE
Sebut tentang underccarriage maintenance ia adalah berkaitan dengan penyelenggaraan absober, balljoint, bushing dan juga bearing. Perkara ini semua penting untuk pemanduan lebih selamat.
Jika tidak diselenggara dengan baik kereta tidak akan rasa sedap untuk dipandu malah ia juga boleh jadi tidak stabil. Paling serius jika rosak terus boleh jadi punca kemalangan.
AIRCOND MAINTENANCE
Rasanya ini adalah maintenance yang ramai sudah tahu selain servis asas. Sebagai pemilik kereta di Malaysia yang bercuaca panas dan kerap hujan, aircond perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Penjagaan aircond kereta melibatkan banyak jenis komponen seperti kompressor, air filter dan juga kipas. Jadi kena buat maintenance sebaiknya untuk pastikan sistem aircond sentiasa terbaik.
ACCESORIES MAINTENANCE
Jenis penyelenggaraan yang jarang sekali diberikan perhatian. Ia melibatkan perkara luaran seperti lampu brek, soket sensor dan sebagainya. Ia mungkin nampak remeh tapi boleh menjejaskan kualiti pemanduan anda.
Tapi ramai tak sedar kerosakan aksesori yang nampak remeh boleh menyebabkan kereta tak boleh dipandu.
Segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) kini mendapat tempat cukup istimewa di kalangan pengguna terutamanya lelaki yang memiliki keluarga kecil. Walaupun ia hadir dalam bentuk MPV namun rata-rata pengguna masih mementingkan rupa yang ‘sporty’, elegan dan juga lengkap dengan pelbagai ciri-ciri moden terkini.
Itulah yang bakal ditampilkan oleh Nissan Serena S-HYBRID. Baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan Serena S-HYBRID 2022 dengan gaya bukan sahaja terkini malah lebih premium.
Ia diramal bakal memberikan saingan baharu buat pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid tempatan menjelang Julai nanti.
KUALITI TINGGI
Dalam kenyataan medianya, ETCM berkatya jentera terbaru mereka ini hadir dengan kualiti tinggi yang ditambah baik dari segi keselamatan itu bakal memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna.
“Varian Serena S-HYBRID ialah model hibrid pertama yang dipasang di Malaysia dan masih merupakan satu-satunya MPV hibrid pemasangan tempatan.
“Teknologi yang diperbaharui dengan enjin CVTC Berkembar 2.0 liter mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api,” jelas mereka.
Di bawah merupakan beberapa spesifikasi menarik Serena S-HYBRID 2022:
Hadir dengan ciri dwipintu belakang, dwikuasa bebas tangan pada pintu gelangsar.
Ia tampil dilengkapi tujuh port USB selain ruang yang luas untuk tempat duduk dengan ciri konfigurasi.
Bahagian tempat duduk baris kedua lengkap dengan ciri kerusi sifar graviti yang selesa kerana diperbuat daripada kulit Nappa.
Ciri teknologi keselamatan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang lebih keterhadapan.
Lima ciri pintar baharu ditambah baik demi meningkatkan mod keselamatan aktif.
Selain itu, kenderaan itu turut memiliki ciri-ciri yang diperlukan oleh sesebuah kenderaan.
Antaranya:
Amaran perlanggaran hadapan ramalan pintar
Brek perlanggaran ke hadapan pintar
Amaran makluman lalu lintas rentas belakang
Amaran titik buta
Kamera pemantau 360
Harga yang ditawarkan untuk Nissan Serena S-Hybrid Highway Star bermula RM150,000, manakala Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star bermula RM165,000.
ETCM juga menggalakkan pelanggannya membuat tempahan awal dengan membayar hanya RM1,000 selain menikmati pelbagai faedah yang diberikan.
Selain lima tahun servis penyelenggaraan percuma termasuk alat ganti dan upah, waranti ditawarkan hingga lima tahun.
Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan netizen adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.
Jangan ingat kereta anda nampak bersih, ia bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta anda.
Oleh itu untuk pastikan kereta anda betul-betul bebas daripada lipas, anda boleh cuba petua perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan Abuyat Sakoora ini.
Semoga petua ini berjaya mengatasi masalah lipas dalam kereta anda. Selamat mencuba!
Pak Jamel jumpa resipi ni dalam FB, alhamdulillah menjadi! Sekarang dah x jumpa lagi dah lipas-lipas bermaharajalela dalam kereta. Kalau x, buka ja pintu ewah. Bersenang-lenang depa dok atas seat, atas stereng, kat tingkap. X hormat langsung dengan tuan keta? Nah hambik kau. Hasil tangkapan memuaskan. Sapa ada masalah yang sama macam kami, boleh try resipi di bawah.