Dua jenama terkenal tetapi daripada industri berbeza. Satu daripada pengeluar motosikal berkuasa besar berasal dari Itali manakala satu lagi pengeluar blok mainan paling popular di dunia.
Inilah kerjasama unik yang diserlahkan oleh Ducati dan LEGO Technic. Bersempena dengan pengenalan versi miniatur LEGO Ducati Panigale V4, pengeluar blok mainan ini telah menghasilkan versi 1:1 motosikal berkuasa besar dari Itali tersebut.
Dengan menggunakan kerangka dan enjin sebenar Ducati Panigale V4, setiap panel dan fairings motosikal tersebut telah dicabut dan digantikan dengan blok LEGO.
Dianggarkan sebanyak lebih 15,000 keping blok LEGO telah digunakan untuk menyiapkan motosikal ini. Jadi secara teorinya motosikal dari LEGO ini boleh ditunggang sepenuhnya. Ducati Panigale V4 merupakan jentera ang dilengkapi dengan enjin Desmosedici Stradle R 217 HP dan dengan 1,000 cc.
Artis yang bertanggungjawan menyiapkan LEGO Ducati ini ialah Riccardo Zangelmi yang telah meluangkan masa lebih 400 jam mencantumkan blok LEGO dengan menggunakan tangan sahaja. Kesemua blok LEGO yang dicantum tidak menggunakan gam tetapi secara manual.
Selepas disipakan motosikal ini didapati mempunyai berat keseluruhan sebanyak 180 kg. Buat peminat Ducati khususnya pasti teruja melihat motosikal ini di hadapan mata.
Foto: LEGO
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini berita terkini buat peminat dua roda. Penulis percaya, ramai yang kecewa apabila Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model CBR 250R bukannya versi RR. Nampaknya anda perlu menunggu lebih lama lagi kerana model berkenaan disahkan tidak akan dibawa masuk tahun ini.
Ini kerana model sedia ada CBR 250 RR yang dibangunkan di Indonesia itu tidak memenuhi spesifikasi Euro. Menurut sumber dari BSH, pihak Honda kini sedang membangunkan CBR 250 RR yang menepati spesifikasi Euro agar model tersebut boleh dipasarkan secara global.
Apabila disoal mengapa pembangunan versi Euro mengambil masa yang agak lama. Ini jawapan sumber: “Untuk memenuhi spesifikasi berkenaan, kira-kira 70 peralatan pada jentera perlu dikemas kini. “Antaranya kabel, pendawaian, lampu, tayar, emisi dan lain-lain,” jelasnya.
Selain itu, pihak BSH juga memberitahu sekiranya model tersebut dibawa masuk, harga seunit CBR 250 RR akan melebihi RM30,000. Justeru itu, pihak BSH masih mempertimbangkan pilihan yang ada dan mencari alternatif lain agar model berkenaan dapat dijual di bawah RM30, 000. Difahamkan model berkenaan akan diimport dari Indonesia bagi memanfaatkan pengecualian cukai antara negara Asean.
Sumber menyatakan adalah mustahil membawa model berkenaan tahun ini. Kemungkinan CBR 250 RR akan dibawa masuk tahun hadapan. Waktu yang tepat masih belum diketahui. Bagaimanapun, untuk makluman tahun hadapan BSH akan melancarkan empat model baru. Antaranya CB Series dan Honda Africa Twin. Buat peminat CBR 250 RR, anda perlu bersabar sehingga model versi Euro siap dibangunkan.
Buat penggemar automotif di negara kita acara pertunjukan atau ekspo merupakan satu perkara yang cukup dinantikan oleh mereka. Di antara acara yang cukup besar sentiasa dinantikan ialah Malaysia Motor Expo (MME).
MASKULIN baru-baru ini sempat mengikuti sidang media pengumuman tentang kemunculan semula penganjurannya di Malaysia. Malaysia Motor Expo akan diadakan semalam tiga hari berturut-turut iaitu pada 11 hingga 13 November 2022.
Acara automotif terbesar ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut berlangsung sama ialah acara International Automodified (IAM) yang merupakan acara terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Lebih menarik acara ini juga turut disokong oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii). Sepanjang tiga hari, MME akan merangkumi pertunjukan di sebanyak tiga buah dewan.
Para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai menampilkan pelbagai model kereta baharu sama ada jenis baharu sama ada enjin pembakaran dalaman dan elektrik (EV), motosikal dan jua kereta diubah suai yang dianjurkan dengan IAM.
Di antara jenama pempamer model-model kereta baharu ialah Volvo, Subaru, Ford, Perodua, Hyundai, Kia, Mazda, Peugeot dan juga Great Wall Motors (GWM). Manakala kereta ubah suai pula akan disertai oleh peserta dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Acara ekspo automotif terhebat ini akan diadakan pada tarik disebut di atas bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Bagi anda yang cukup merindu ekspo seperti ini pastikan tidak terlepas untuk menghadiri MME 2022.
Nantikan juga sesuatu yang menarik tentang MME 2022 dari MASKULIN di laman media sosial kami di Facebook dan Instagram!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.