Saja nak share pengalaman saya. Saya bukanlah runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.
Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan satu hari pada penghujung 2015, saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan! Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.
Selepas itu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus. Sebab sebelum ini, mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yelah dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu itu 178cm.
Datang satu ketika, saya terpasang niat dengan nekad. Sampai datang Ssatu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak”, (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take serius.
Ads
Catatan kejayaannya menerusi kompilasi gambar baju raya setiap tahun.
Pada Januari 2016, saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st, saya ambil nasi pagi dan tengah hari, esoknya ambil nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma ambil pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu.
(Saya tak cakap nasi bersalah tapi itulah cara saya, sebab saya kalau makan nasi bertambah dua pinggan).
Dan pada 04/02/2016, saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet Low Carbs (as we known). Slow slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.
Hasilnya pada 01/04/2016, berat saya dah cecah 160kg. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dalam masa dua bulan.
Dan selepas itu, berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan saya bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni, saya tak bersenam apa pun.
Starting Point
Sebut pasal bersenam, mestilah malu dengan badan gemok 150kg nak bersenam luar?Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah pula.
Dan berat semakin turun lagi. Selepas raya 2016, barulah beranikan diri jogging di mini Stadium Sepang. Waktu itu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging
pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan tiada orang.
Ads
Jogging punya jogging, sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157kg ke 130kg, makan masa lama hampir tiga bulan lebih juga sebab banyak on off. Dan masa tu, ada kawan kata tak teringin masuk gym ke?
Saya cakap tak naklah, malulah gym, semua badan sado, saya badan sendu je. Kawan saya cakap, masuk gym aku jaga. Gym pertama saya masuk seumur hidup, gym Gymbeat.
Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017, dan saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium sebab masa tu tak boleh jogging di jalan tar sebab sakit lutut. Mungkin sebab badan masih berat dan salah teknik.
Dalam tak sedar, akhirnya pada raya 2017, saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di Mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!
Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running tapi yelah, manusia biasa tak lari kesilapan. Bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.
Dan pada April 2018, berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang, saya masih mengawal makan dan kekal aktif.
Ads
Perbezaan ketika berat badannya 190kg dan ketika ini sudah mula pergi ke gym untuk bersenam.
Mula join sukan baharu
Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking. Alhamdulillah, sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif. Kalau tiada aktiviti sukan tu rasa tak keruan, rasa seperti tak lengkap.
Tapi apa yang saya boleh banggakan, berjaya melakukan walaupun nampak mustahil pada mulanya. Dan Insha Allah, saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggalah sekarang.
Semakin hari sehingga kini, saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.
Cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu, jangan la cepat mengalah.
Salah satu punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemok tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall. Kalau pegi shopping, sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk, saya mengamuk penat kat wife (haha) serta asyik nak cepat balik je sebab penat berdiri.
Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan! Nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan.
Mulakan dari minda
Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.
Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus. Lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut dan baju sukan.
Sekian daripada saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.
Next target 21km dan 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk saya cuba (maybe ultra, dualthlon or triahtlon) 😁
Hasil gaya hidup sihat Fuad Darjat:
– Dari berat 190kg turun ke 90kg
– Bekas perokok tegar sehari 20 batang
– Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali mendengar nama anak Malaysia mencipta nama di persada dunia pasti kita turut berasa sangat bangga. Mengapa tidak kerana itulah di antara perasaan patriotik yang boleh kita banggakan.
Melihat anak Malaysia diangkat menjadi insan penting terutamanya di dalam organisasi berpengaruh merupakan satu kebanggan untuk kita semua.
Antara yang terbaru menjadi tumpuan ialah pencapaian membanggakan anak jati dari Terengganu yang kini memainkan peranan sangat penting di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Anak jati berasal dari Dungun, Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain merupakan satu-satunya pakar dari Malaysia yang telah dilantik oleh PBB berkhimat dalam bidang enapan racun makhluk perosak ke atas makanan.
Beliau telah mula berkhidmat bersama PBB sejak tahun 2012. Pencapaian beliau seperti ini merupakan satu inspirasi yang besar buat generasi muda.
Tugasnya yang turut merangkumi sebagai salah seorang panel pakar Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Dunia (FAO) memikul tanggungjawab untuk memberi garis tahap selamat terhadap kesan enapan racun perosak dalam makanan di seluruh dunia.
Foto: BERNAMA
Selain itu, beliau turut bertanggungjawab meneliti pelbagai jenis data toksikologi racun perosak yang dihasilkan oleh industri tersebut.
Jelasnya kepada BERNAMA, “Sebagai contoh, sesebuah syarikat yang menghasilkan racun serangga, syarikat itu perlu menghantar data kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), dan kami akan kenal pasti berapakah tahap selamat pengambilan racun serangga itu, terhadap makanan”.
Dr Salmaan yang juga merupakan Ketua Jabatan Pengawasan Produk dan Toksikologi di Petronas turut diberi pengiktirafan institusi pengajian tinggi antarabangsa apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Jabatan Sains Kesihatan Alam Sekitar di ‘School of Public Health’ di Yale University, Amerika Syarikat, dari tahun 2019 hingga 2023.
SUMBER INSPIRASI
Setiap kejayaan pasti ada cabaran dan ceruta tersediri di sebaliknya, Begitu juga dengan Dr Salmaan. Jelasnya ketika awaol persekolahan prestasinya tidaklah begitu baik.
Selepas pemergian mengejut bapanya, Inayat Hussain Amir Mohammad ketika dia masih berusia tujuh tahun. Ibunya, Rais Fatima Abdul Razak membesarkannya bersama empat adik-beradik yang lain.
Semangat untuknya belajar hilang seketika menjadikannya sebagai pelajar yang malas dan selalu ponteng sekolah. Akan tetapi segalanya berubah selepas usia meningkat remaja apabnila melihat abangnya, Dr Anis Ahmad berjaya menlanjutkan pelajaran hingga ke peringkat doktor falsasah (PhD).
Bermula dari situ dia berusaha keras dan belajar dengan baik. Hasilnya mencatatkan keputusan yang baik dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan menjadi pelajar terbaik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Dungun.
Kemudian beliau menyambung pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Farmakologi, beliau tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalah memperoleh PhD dalam bidang toksikologi.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ananda Krishnan, seorang tokoh korporat terkemuka Malaysia yang mempunyai visi yang luar biasa dalam dunia perniagaan.
Beliau yang sering dirujuk sebagai “AK”, adalah antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih yang dianggarkan lebih AS$5 bilion (RM 22.2 bilion).
Ananda Krishnan terkenal dengan sikap rendah diri dan kemampuannya untuk membina empayar perniagaan yang meliputi pelbagai sektor seperti telekomunikasi, media, dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.
Foto : Deadline
Asal Usul dan Perjalanan Awal Ananda Krishnan
Ananda Krishnan dilahirkan pada 1 April 1938 di Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada keluarga Tamil yang berasal dari Sri Lanka.
Pendidikan beliau bermula di Sekolah Tamil Vivekananda dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Beliau kemudian meneruskan pengajian di University of Melbourne, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi.
Ananda seterusnya menyambung pengajian di Harvard University, di mana beliau memperoleh MBA, memperkukuhkan asas untuk perjalanan kerjaya yang cemerlang dalam dunia perniagaan.
Foto : The Star
Permulaan Kerjaya dan Perjalanan Perniagaan
Setelah tamat pengajian, Ananda Krishnan kembali ke Malaysia dan memulakan perjalanan kerjayanya dalam pelbagai bidang perniagaan.
Beliau awalnya terlibat dalam sektor minyak dan gas, menyedari potensi besar yang dimiliki oleh industri ini.
Namun, kejayaan terbesar beliau tercapai melalui penglibatan dalam sektor telekomunikasi.
Pada awal 1980-an, Ananda Krishnan mengasaskan syarikat Maxis Communications, yang kemudiannya berkembang menjadi salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Kejayaan Maxis bukan hanya terhad di Malaysia, tetapi ia turut menguasai pasaran di seluruh Asia. Kepimpinan beliau yang berwawasan dan keupayaan untuk memperkenalkan teknologi baru serta perkhidmatan yang inovatif menjadikan Maxis sebagai peneraju industri.
Di bawah bimbingan Ananda Krishnan, Maxis terus berkembang pesat dan dikenali di peringkat global.
Selain itu, beliau juga merupakan pemangkin utama dalam perkembangan Astro, penyedia perkhidmatan televisyen berbayar pertama di Malaysia, yang telah membawa revolusi dalam industri penyiaran tempatan.
Melalui Astro, Ananda membuka ruang untuk rakyat Malaysia menikmati lebih banyak kandungan hiburan dan pendidikan, sekaligus memberi impak besar kepada industri media dan hiburan negara ini.
Penghargaan dan Sumbangan Sosial
Di sebalik kejayaannya dalam dunia perniagaan, Ananda Krishnan juga dikenali sebagai seorang dermawan yang amat memberi perhatian kepada kegiatan amal.
Beliau memainkan peranan penting dalam pelbagai inisiatif kebajikan, termasuk melalui platform media global seperti Live Ad, yang bertujuan untuk memacu usaha-usaha kebajikan.
Sumbangan beliau kepada badan-badan amal termasuk kuil-kuil, institusi pendidikan dan pelbagai organisasi lain adalah bukti jelas komitmen beliau untuk memberikan kembali kepada masyarakat.
Sumbangan sosial beliau turut diperluaskan melalui yayasan-yayasan seperti Harapan Nusantara dan Yayasan Yu Cai, yang menyediakan biasiswa kepada pelajar tempatan dan menyokong perkembangan pendidikan di Malaysia.
Sifat dermawan beliau telah membantu memperkasa pendidikan dan menyediakan peluang kepada generasi muda untuk berjaya.
Sumber : Bernama
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat lihat ramai usahawan yang berjaya dan murah hati berbondong-bondong membuat kerja amal jariah dan bersedekah.
Di antara golongan yang sering diraikan ialah pelajar-pelajar tahfiz dan juga anak-anak yatim.
Mengambil peluang sempena bulan Ramadan, pasangan selebriti dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah meraikan pelajar tahfiz dan anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Anak yatim merupakan golongan yang cukup istimewa buat Aeril Zafrel kerana dia sendiri turut kehilangan kedua ibu bapa pada usia remaja. Jelasnya tiada apa lebih bermakna selain dapat berkongsi rezeki dan kasih kepada mereka.
“Majlis Raikan Ramadan 2024 ini memang sudah lama kami rancang dan pasang niat nak raikan lebih ramai anak-anak yatim dan tahfiz bagi tahun ini.
“Mengapa tidak untuk meraikan mereka dengan sama-sama berkongsi rezeki. Apatah lagi pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semua orang layak untuk rasa gembira dalam menantikan hari raya,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Media Hiburan.
Selain dijamu dengan pelbagai juada dan juga sumbangan duit raya, majlis anjuran syarikat mereka, Wawa Cosmetics turut memberikan beg sekolah buat anak-anak yatim dari Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari.
Kesantunan pasangan ini meraikan anak yatim dan pelajar tahfiz turut menyentuh hati warganet terutamanya pengikut mereka di laman media sosial.
“Pertama kali nampak orang kaya yang betul-betul raikan anak-anak.. bukan dikerah buat persembahan itu ini kemudian makan dipenjuru-penjuru sambil VVIP yang makan enak-nak di meja tanpa rasa insaf.” jelas satu komen di Instagram Aeril Zafrel.
Malah ramai memuji pasangan ini yang tidak kekok dan menyantuni mereka dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
Pada majlis tersebut juga, Wawa Cosmetics turut melancarkan produk mereka, advance moisturizer dan cleansing oil yang hadir menerusi set ‘Love Your Skin.’
Semoga kita semua turut terinspirasi dari Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal untuk terus menyumbang bakti kepada golongan kurang bernasib baik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.