Bagi suami isteri yang menginginkan anak khususnya dalam kalangan pasangan agak berusia, masa bukanlah kawan. Semakin lama bertangguh, semakin rendah peluang untuk mendapatkan anak. Sebabnya mudah. Tahap kesuburan wanita merosot dengan peningkatan umur terutama selepas berusia 35 tahun. Bahkan gaya hidup yang kurang sihat juga akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita secara keseluruhannya
Pasangan dikatakan mengalami masalah kesuburan sekiranya tidak berjaya hamil selepas enam bulan berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Bagi pasangan muda, tempoh ini boleh dilanjutkan kepada setahun. Namun bagi pasangan berusia 35 tahun ke atas, sekiranya cubaan selama enam bulan tidak berjaya, segeralah berjumpa pakar kesuburan bagi mendapatkan bantuan.
Apabila gagal mendapatkan anak, sepatutnya tidak timbul soal salah siapa sehinggalah suami dan isteri menjalani pemeriksaan.
Bukan anda saja yang berdepan dengan perkara ini. Dianggarkan 15 peratus pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan. Jangan cepat menuding jari ke arah pasangan kerana kajian menunjukkan 30 peratus punca masalah berada pada pihak suami, 30 peratus pada isteri dan 30 peratus lagi pada kedua-duanya. Sementara baki 10 peratus lagi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Bagaimanapun, oleh kerana suami dan isteri mempunyai jumlah kemungkinan yang sama (mengalami masalah kesuburan), mereka perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu ini. Sekiranya bersungguh mahukan zuriat, segeralah membuat temu janji dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dan rawatan boleh diberikan secepat mungkin.
Antara perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesuburan ialah melengahkan perkahwinan, bertangguh untuk mendapatkan anak, tekanan, gaya hidup tidak sihat (termasuk merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang) serta sikap kurang ambil peduli mengenai perkara ini.
Pemeriksaan
Biasanya apabila pasangan sudah bersepakat dan bersedia mendapatkan bantuan pakar, mereka akan memberikan kerjasama yang lebih baik berbanding jika hanya isteri yang teringin mempunyai anak.
Ads
Antara ujian yang perlu dijalani pasangan ialah:
• Analisis sperma untuk mengetahui kualitinya. Kualiti sperma boleh terjejas jika seseorang lelaki itu merokok, mengamalkan pemakanan tidak sihat, selalu memakai seluar ketat (yang meningkatkan haba pada zakar), tekanan dan jangkitan penyakit.
• Imbasan bunyi untuk rahim dan ovari. Doktor akan memeriksa kehadiran sista ovari atau fibroid.
• Ujian darah bagi ujian hormon. Ini adalah untuk mengetahui kehadiran sista pada ovari dan ketidakseimbangan hormon yang biasanya dilakukan pada hari kedua, ketiga atau keempat haid.
• Penilaian tiub Fallopian melalui ujian sinar-X dan laparoskopi.
Pilihan
Ads
Pilihan rawatan tertakluk kepada keadaan dan keputusan ujian setiap pasangan sama ada menjalani kaedah permanian beradas (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI). Namun, pasangan masih mempunyai hak untuk menentukan kaedah yang dikehendaki selepas berbincang dengan doktor.
Dalam kaedah IUI, sperma suami akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri. Ini akan mencegah sebarang komplikasi yang mungkin timbul sepanjang perjalanan sperma untuk sampai ke rahim. Ini adalah kaedah yang paling lazim dan biasanya dicadangkan jika jumlah sperma suami agak rendah atau isteri ada masalah peranakan yang lain.
Kadar kejayaan kehamilan adalah sekitar 15 hingga 20 peratus. Kadar ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya umur wanita, kualiti sperma dan telur atau kerosakan pada tiub Fallopian.
Embrio inilah yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Bunyinya macam mudah tetapi hakikatnya, ada banyak proses yang perlu dilalui oleh wanita. Secara ringkasnya ia bermula dengan suntikan hormon untuk memperbanyakkan telur yang matang, pengambilan telur untuk disenyawakan dan proses memasukkan embrio ke dalam rahim.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui setiap pasangan iaitu:
Ads
• Kejayaan
Di seluruh dunia, kadar kejayaan kehamilan menggunakan kaedah ini semakin meningkat. Namun ada juga pasangan yang perlu melakukan rawatan ini lebih daripada sekali sebelum berjaya mendapatkan anak.
• Fakta mengenai kualiti embrio. Kualiti embrio yang rendah menjadi sebahagian besar punca kegagalan kehamilan. Kejayaan untuk embrio melekat pada dinding rahim juga banyak bergantung kepada umur wanita.
Bagi wanita berusia di bawah 35 tahun, peluang untuk embrio berjaya melekat pada dinding rahim adalah 45 peratus tetapi angka ini menyusut kepada 15 peratus bagi wanita berusia antara 40 hingga 42 tahun.
Secara umumnya, lebih tinggi umur seseorang wanita, peratus kejayaan akan lebih rendah. Malah kebarangkalian berlakunya aneuploidi atau ketidaknormalan kromosom iaitu kehadiran jumlah kromosom yang tidak normal (sama ada terlebih atau kurang) di dalam sel juga akan meningkat. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan kes paling biasa ialah sindrom Down dan sindrom Turner.
Apabila usia wanita meningkat, insiden ketidaknormalan kromosom dalam telur yang matang meningkat mendadak dan ia bermula pada awal 30-an.
Kadar ini akan terus bertambah dengan peningkatan umur wanita. Pada pertengahan usia 40-an, kajian menunjukkan ketidaknormalan kromosom pada embrio mencecah 70 peratus. Ini bermakna, peluang untuk kehamilan yang berjaya semakin rendah.
“Bagaimanapun ini bukanlah bermakna keadaan sperma dan rahim tidak menyumbang kepada kegagalan IVF tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding kualiti embrio.
“Jadi, inilah sebabnya mengapa anda perlu merancang keluarga sama ada sebelum atau sebaik mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat, ambil pemakanan seimbang, kerap bersenam dan berhenti merokok. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Johor sekali lagi mencipta sejarah apabila Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi tuan rumah kepada Influencers World Cup (IWC) 2025 pada bulan September ini.
Kejohanan bola sepak antarabangsa yang julung kali diadakan ini akan menampilkan perlawanan antara personaliti media sosial terkenal dari seluruh dunia.
Pasukan Influencer Antarabangsa
Antara pasukan yang bakal beraksi ialah influencer dari Argentina, Sepanyol, England, Mexico, Perancis, Colombia, Chile serta Malaysia.
Kehadiran mereka bukan sahaja menjadikan Johor sebagai tumpuan dunia bola sepak, tetapi juga pusat perhatian dalam dunia digital dan hiburan global.
Foto : Johor Darul Takzim FC
Johor Destinasi Sukan & Pelancongan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penganjuran ini membuktikan kemampuan Johor sebagai destinasi global untuk sukan dan pelancongan.
“Dengan penganjuran Influencers World Cup, Johor mempamerkan keupayaan menggabungkan bola sepak bertaraf dunia dengan kuasa pengaruh digital. Ia bukan sekadar acara sukan, tetapi juga tentang kreativiti, belia dan peluang yang melangkaui sempadan stadium,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Gabungan Bola Sepak, Budaya & Media Sosial
IWC diperkenalkan bagi menggabungkan elemen bola sepak, budaya dan media sosial.
Kejohanan ini menghimpunkan influencer serta pencipta kandungan yang mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia.
Dengan kuasa pengaruh digital mereka, acara ini dijangka membuka ruang kepada pertukaran budaya, kesatuan global dan penglibatan belia melalui sukan.
Foto : Johor Darul Takzim FC
Johor Perkukuh Legasi Sukan
Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi gelanggang rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menambah satu lagi pencapaian besar dalam legasi sukan negeri.
Sebagai kelab bola sepak terkuat di Asia, JDT sudahpun meletakkan Johor di peta dunia, dan dengan penganjuran IWC, reputasi negeri ini sebagai negeri progresif yang menjuarai inovasi akan terus diperkukuh.
Onn Hafiz menambah, IWC bukan sahaja memperkukuh imej Johor di arena antarabangsa, malah turut membuka peluang baharu dari aspek ekonomi serta pelancongan.
Penganjuran Influencers World Cup 2025 ini bukan sekadar menyatukan bola sepak dengan dunia digital, malah menjadi simbol bagaimana Johor bergerak ke hadapan sebagai hab sukan, hiburan dan pelancongan antarabangsa.
Dengan jutaan mata tertumpu ke arah negeri ini, Johor sekali lagi membuktikan ia mampu berdiri di pentas dunia.
Siapa sangka francais filem aksi dengan kuasa adrenalin deruman enjin berkuasa bermula pada tahun 2001 berterusan dan masih utuh sehingga ke hari.
Pada 18 Mei 2023, francasi yang mengetengahkan Van Diesel sebagai wajah utamanya bakal memasuki filem mereka yang ke-10. Filem yang dibawa dengan nama ‘Fast X’ dianggap sebagai karya aksi yang cukup dinanti-natikan bukan sahaja peminat dan penggemar siri ini malah peminat filem di seluruh dunia.
Memikirkan semula sembilan filem terdahulu segala macam aksi kenderaan telah kita saksikan dengan kapal selam, kereta api, kapal terbang dan juga roket telah dipertontonkan dengan visual yang cukup luar biasa. Selain itu, perjalanan konflik kisah karakter utamanya, Dom Toreeto bersama ‘skuadnya’ juga bakal menempa sebuah kisah baharu.
Lebih menarik, karakter yang berlagak sebagai seterunya menerusi ‘Fast X’ ialah pelakon yang popular dengan watak ‘Aqua Man’ iaitu Jason Momoa.
Menerusi ‘Fast X’, Jason membawakan watak sebagai Dante Reyes seorang lelaki yang dalam misi membalas dendam terhadap Dom dan krewnya kerana penglibatan mereka dalam tragedi berlaku di dalam ‘Fast Five’.
DURASI PANJANG
Terbaru dilaporkan bahawa ‘Fast X’ bakal menjadi antara filem berdurasi paling dalam di dalam fancais mereka. Ia dijangkakan berdurasi selama 141 minit menurut klasifikasi terkini yang dilaporkan oleh beberapa agensi berita semasa.
Ini bermakna ia hanyalah tiga minit lebih pendek dari filem terdahulunya, ‘Fast & Furious 9’. Instalasi terbaru ini juga menyaksikan Dom sekali lagi bertembung dengan Cipher yang dilakon dengan begitu mantap sekali oleh Charlize Theron.
‘Fast X’ menyaksikan kepulangan semula Michelle Rodriguez sebagai pelumba jalanan dan isteri Dom Letty Ortiz, Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce, Chris ‘Ludacris’ Bridges sebagai Tej Parker, Nathalie Emmanuel sebagai Ramsey, Sung Kang sebagai Han, John Cena sebagai Jakob Toretto, Jordana Brewster sebagai Mia Toretto dan Helen Mirren sebagai Queenie Shaw.
Selain itu beberapa wajah baharu yang muncul ialah Brie Larson sebagai Tess, Daniela Melchior sebagai pelumba jalanan Isabel, Alan Ritchson sebagai ketua Agensi baharu, Aimes dan Rita Moreno sebagai nenek Dom dan Mia.
Adakah ‘Fast X’ mampu menjadi filem paling berjaya dalam sejarah francais mereka? Nantikan filem ini di pawagam seluruh negara bermula 18 Mei 2023. Atau jika anda ingin menontonnya secara eksklusif bersama MASKULIN, sertai contest MASKULIN x FAST X di laman Instagram @maskulinmag bermula hari ini.
Jangan lupa untuk patuhi dan ikuti segala syarat peraduan ya!`
Jika anda seorang yang peka dengan aktiviti kecergasan, pastinya pernah dengar tentang senaman kardio atau cardio workout.
Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.
Hasil kajian daripada American Council on Exercise mendapati bahawa kaum wanita membakar 12 hingga 15 kalori per minit dan kaum lelaki mampu membakar 15 hingga 18 kalori per minit ketika mereka melakukan latihan CrossFit, sedangkan latihan seperti jogging di treadmill biasanya hanya dapat membakar 8 hingga 10 kalori per minit untuk wanita dan 11 kalori per minit untuk lelaki.
Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan di Universiti Selangor (UNISEL), Encik Wan Mohd Hakim menyatakan bahawa gabungan senaman kardiovaskular dan kekuatan ini amat sesuai dilakukan oleh penghidap obesiti untuk kekal fit dalam proses menurunkan berat badan.
“Masyarakat hari ini seringkali memfokuskan misi untuk membakar kalori apabila melakukan senaman. Terutamanya penghidap obesiti. Walhal, mereka sepatutnya bersenam untuk meningkatkan metabolisme dengan cara menambahkan otot-otot di badan.
Hipotesisnya, lebih banyak otot dihasilkan, lebih tinggi tahap metabolisme dalam tubuh. Apabila metabolisme tinggi, maka lebih banyak kalori dan lemak boleh dibakar. Justeru itu, latihan CrossFit adalah langkah bijak untuk membina otot dan sekali gus menurunkan berat badan dengan lebih ideal”.
SENAMAN KEKUATAN DAN KARDIOVASKULAR
Mengenai senaman kardiovaskular, ia merangkumi aktiviti yang dilakukan dalam tempoh yang lama namun tahap bebanannya adalah dari tahap rendah ke sederhana.
Aktiviti-aktivti seperti jogging, ‘fast walk’ dan ‘jungle trekking’ adalah antara aktiviti yang merangkumi senaman kardiovaskular. Senaman kekuatan pula (strength training) memfokuskan kepada ketahan tulang badan yang lazimnya dipraktiskan di gym.
Menurut En. Wan, senaman jenis kekuatan ini melibatkan latihan squat, mengangkat dumbbell, melakukan push ups, sit up dan sebagainya. Bagi penghidap obesiti, kedua-dua senaman ini yang harus dilakukan bagi mendapat berat badan yang ideal, dan membantu untuk menghilangkan kulit lebihan supaya membentuk tubuh badan yang fit dan tegap.
TEMPOH MASA DAN KEKERAPAN
Bagi mereka yang obes, tempoh masa yang disarankan untuk melakukan senaman adalah 1 jam 30 minit. Tempoh minimum pula adalah 30 minit. Dalam aspek ini, ia berpandukan kepada tahap kemampuan individu tersebut. Namun, adalah tidak digalakkan untuk melakukan senaman 2 jam atau lebih kerana boleh memudaratkan tubuh badan.
“Untuk mendapatkan senaman yang berkualiti, saya galakkan pada mereka yang obes dan juga yang normal untuk melakukan 3 kali sehari iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rehatkan tubuh anda pada hari Sabtu dan Ahad. Itu lebih memadai.
Usah terlalu memaksa badan anda untuk bersenam kerana ia berpotensi untuk menganggu fungsi jantung anda. Akhirnya, ia boleh menyebakan kematian”.
FAKTA:
Jika melakukan senaman kardiovaskular berlebihan, individu berisiko tinggi untuk mendapat Osteoporosis.
Jumlah kalori yang hanya dapat diturunkan pada kadar normal ialah 500-600 kalori iaitu bersamaan dengan sebungkus nasi lemak.
Latihan fleksibiliti amat penting untuk dilakukan kerana proses regangan selepas bersukan membantu untuk mengelakkan kecederaan otot.
300ml adalah isipadu air yang diperlukan sebelum memulakan senaman.
Pastikan memakan nasi 4 jam sebelum bersenam.
Disarankan untuk makan makanan yang mudah dicerna sebelum bersenam seperti buah-buahan ataupun coklat untuk mengelakkan daripada sesak nafas dan termengah-mengah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.