Taktik sindiket penipuan kini semakin kreatif dengan pelbagai kaedah.
Ada yang mewujudkan laman sesawang palsu dan menghantar mesej di aplikasi WhatsApp semata-mata untuk memperdayakan mangsa.
Tidak kurang juga yang membuat panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank, kononnya mahu membantu mangsa menyelesaikan masalah.
Jika anda tidak berhati-hati, tidak mustahil anda akan mudah tertipu dengan taktik sindiket penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Ads
Terbaharu, muncul satu lagi taktik sindiket penipuan menggunakan aplikasi palsu dan WhatsApp.
Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa, Bank Negara Malaysia menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada sesiapa pun.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menggunakan aplikasi palsu dan Whatsapp bagi mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan.
Ads
Anda juga diminta untuk segera menamatkan perbualan telefon sekiranya dihubungi oleh mana-mana individu yang mendakwa mereka sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank.
Jangan biarkan si penipu mengambil wang anda. Pastikan sebarang maklumat disemak terlebih dahulu daripada sumber yang sahih.
Penyampai radio Anas Tahir meluahkan rasa sedih apabila segelintir jemaah masjid menyifatkan tindakan orang luar yang hadir ke masjid dan duduk di saf barisan pertama sebagai kurang beradab dan mempersoalkan akhlak mereka.
Menerusi sebuah hantaran di laman media sosialnya, Anas Tahir menceritakan pengalamannya terdengar perbualan beberapa orang jemaah masjid yang membincangkan isu saf pertama itu tanpa menyedari kehadirannya.
“Kau datang tempat orang, kau duduk saf depan. Dekat situ dah tunjuk dah akhlak kau dekat mana,” demikian kata-kata jemaah masjid berkenaan yang didengari Anas.
Anas mengakui yang dia tidak menyangka ayat sebegitu boleh keluar dari mulut seorang jemaah masjid.
“Sedihlah. Macam mana dia boleh cakap kita tak boleh duduk saf pertama itu ya?” persoal Anas.
“Mungkin dia nak sembang dengan kawan-kawan dia sahaja. Tapi dia tak perasan saya sendiri ada dekat tempat makan itu,” tambah Anas.
Oleh kerana itu, Anas tidak menafikan yang timbul rasa tawar hati untuk hadir menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan lagi.
Namun Anas menguatkan semangatnya apabila teringat kata-kata seorang maulana tabligh yang berpesan agar perbetulkan niat hadir ke masjid kerana Allah, bukan kerana makhluk.
“Kalau awak hadir sembahyang jemaah di masjid kerana makhluk, memang awak akan tinggalkan. Awak tak pergi dah masjid itu sebab ditegur oleh makhluk
“tapi kalau awak pergi kerana Allah, awak akan teruskan. Insya-Allah,” demikian pesanan yang dipegang Anas.
Terdahulu, Anas pernah berkongsi satu video menceritakan pengalamannya menyaksikan seorang remaja dikasari oleh seorang lelaki berusia selepas selesai solat berjemaah.
Perkara itu berlaku hanya gara-gara kaki remaja itu menyentuh kaki lelaki itu sebagai cara untuk merapatkan saf.
Tanpa sempat mengikuti wirid selepas solat, remaja itu dicekak dari belakang oleh lelaki itu, demikian menurut perkongsian Anas sebelum ini.
Aktiviti trailing atau mendaki dikawasan berbukit merupakan satu kegiatan yang cukup popular di kalangan penggemar outdoor.
Salah sebuah lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Namun sepanjang tempoh PKP yang lalu ramai yang terpaksa melupakan seketika aktiviti tersebut kerana penularan wabak Covid-19.
Walau bagaimanapun selepas negara kita kini memasuki fasa pemulihan dengan PKPP, kawasan rekreasi itu telah kembali menjadi tumpuan ramai. Dalam beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial foto yang menunjukkan orang bersesa-sesak tanpa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP.
Ia sekaligus telah menjadi bahan bualan hangat di kalangan warganet. Rata-rata mempersoalkan mengapa pengunjung masih berdegil untuk melakukan aktiviti tersebut sedangkan ia telah sesak. Malah ramai yang dilihat duduk secara rapat-rapat dan tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Rentetan kejadian tersebut Bukit Broga telah diumumkan ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti pendakian bermula 27 Jun ini.
Memetik laporan Harian Metro, penutupan tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah. Keputusan itu dilakukan selepas mensyuarat Jawatankuada Kerja Keselamatan Selangor.
“Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.
“Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,” jelasnya.
Buat anda yang ingin terus melakukan aktiviti trailing atau mendaki, carilah lokasi yang tidak sesak dengan orang ramai. Atau anda boleh tukar aktiviti trailing dengan melakukan larian di persekitaran kediaman sendiri sahaja.
Bersama-sama kita menghentikan penularan wabak Covid-19 yang kini telah berjaya kita landaikan. Namun ‘peperangan’ ini masih belum selesai!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan melibatkan penggunaan fizikal yang ekstrem sering berjaya mencuri perhatian terutamanya lelaki. Walaupun kadangkala ia boleh mendatang kecederaan serius tapi tidak tahu mengapa, ia sentiasa popular terutamanya di Amerika Syarikat atau Eropah. Sensasi sukan ekstrem terkini yang cukup kontroversi, Power Slap kian mencuri perhatian ramai.
Penganjuran sukan tempur yang ekstrem seperti mix martial arts (MMA) semakin hari semakin popular. Di Amerika Syarikat, nama UFC memang cukup sebati dengan sukan tempur yang cukup ‘brutal’.
Presiden UFC, Dana White yang dilihat menjadi tokoh utama mengetengahkan sukan tersebut ke peringkat luar biasa seperti sekarang ingin sekali lagi mencabar dunia dengan memperkenalkan, Power Slap.
Dana Whita memainkan peranan penting dalam mempopularkan sukan Power Slap di peringkat global. Pada tahun 2022, dia mengumumkan inisiatif untuk membawa sukan ini ke arus perdana dengan melancarkan “Power Slap League.”
Melalui pengaruh dan pengalamannya dalam memasarkan UFC, Dana White berjaya menarik perhatian media dan penonton global terhadap Power Slap.
Dia berazam menjadikannya sebagai salah satu sukan ekstrem yang semakin dikenali dan dihormati di seluruh dunia.
Inisiatif ini juga termasuk peraturan keselamatan yang lebih ketat dan struktur pertandingan yang lebih profesional, yang seterusnya meningkatkan kredibiliti dan daya tarikan sukan ini.
Menurut laman sesawang rasminya menyatakan, Power Slap merupakan organisasi pertarungan tamparan terulung di dunia, dilesenkan dan dibenarkan oleh Suruhanjaya Olahraga Negeri Nevada.
Power Slap menampilkan pesaing dari seluruh dunia yang bertarung di pentas terbaik untuk mempamerkan kuasa, teknik dan keazaman mereka.
Sejarah Power Slap bermula sebagai satu bentuk hiburan yang tidak formal di kalangan komuniti tertentu, di mana peserta akan menampar muka lawan sebagai satu cabaran ketahanan.
Walaupun tiada tarikh tepat mengenai permulaan sukan ini, ia mula mendapat perhatian umum di Rusia pada awal 2000-an. Populariti sukan ini terus berkembang, dan ia menarik perhatian penonton dari pelbagai negara.
Pada tahun 2017, sukan ini mendapat perhatian global melalui platform media sosial dan YouTube, di mana video-video pertandingannya menjadi viral. Dengan peningkatan minat, beberapa negara mula mengadakan pertandingan rasmi dan menetapkan undang-undang untuk memastikan keselamatan peserta.
Power Slap kini diiktiraf sebagai sukan ekstrem yang mempunyai pengikut setia dan penonton yang semakin bertambah.
Populariti sukan ini tidak terhad kepada satu negara sahaja, malah ia berkembang ke seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Brazil, dan negara-negara Eropah.
Antara faktor yang menyumbang kepada populariti Power Slap adalah kemampuannya untuk menawarkan hiburan yang mendebarkan dan luar biasa.
Penonton dapat menyaksikan kekuatan fizikal dan ketahanan mental peserta, yang menjadikan setiap pertandingan sesuatu yang menarik dan tidak dapat diramalkan.
Power Slap mempunyai undang-undang yang ketat untuk memastikan keselamatan dan keadilan dalam setiap pertandingan. Berikut adalah beberapa undang-undang asas dalam sukan ini:
Sukan ekstrem seperti ini tidak terlepas daripada kontroversi, terutama sekali berkaitan aspek keselamatan dan etika sukan ini. Kritikan utama datang daripada pakar perubatan dan penggiat sukan yang bimbang tentang risiko kecederaan serius, termasuk gegaran otak dan trauma kepala yang lain.
Tindakan menampar dengan kekuatan penuh di muka dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tindakan yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ada juga pandangan yang mengatakan bahawa Power Slap mempromosikan keganasan dan tidak sesuai dijadikan sebagai sukan arus perdana.
Kontroversi ini menimbulkan perdebatan mengenai masa depan Power Slap dan sama ada ia boleh bertahan sebagai sukan yang selamat dan diterima secara meluas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biarpun tidak membawa pulang pingat, jaguh muda olahraga negara, Armin Zahryl Abd. Latif tetap mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperbaharui rekod kebangsaan acara 110...