Mamat Sepah, atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, meluahkan rasa syukur yang mendalam apabila akhirnya dapat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci bersama sahabat seperjuangannya, Shuib.
Hasrat yang telah lama dipendam sejak 2015 itu akhirnya menjadi kenyataan setelah menunggu lebih sepuluh tahun.
Mamat, yang kini berusia 40 tahun, mengungkapkan betapa besar makna ibadah umrah yang dapat dilaksanakan bersama sahabat karibnya.
Melalui hantaran di Instagram, dia berkongsi betapa terharunya untuk dapat beribadah bersama Shuib di Mekah.
Bagi Mamat, perjalanan ini bukan sekadar menunaikan kewajipan agama, tetapi juga kesempatan untuk menghargai persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama.
“Terpisah hanya untuk sementara agar kita faham erti persahabatan. Tak terduga hadir beribadah di sini dengan membawa sejuta kisah,” tulis Mamat di Instagram.
Ads
Dalam momen itu, dia merasakan hubungan persahabatan mereka telah diuji oleh waktu dan pelbagai dugaan, namun tetap utuh dan penuh makna.
Doa dan Harapan untuk Persahabatan Abadi
Shuib, yang berusia 41 tahun, turut meninggalkan komen penuh emosi di perkongsian Mamat.
Menurutnya, perjalanan mereka ini adalah suatu perjalanan yang luar biasa, yang ditulis oleh Allah untuk mereka memahami nilai sebenar persahabatan.
“Cerita kita luar biasa, Allah tulis untuk kita supaya kita faham apa itu erti persahabatan. Semoga kita bersahabat sampai syurga, Alhamdulillah,” tulis Shuib.
Ads
Harapan mereka agar hubungan persahabatan yang terbina sejak zaman di Maharaja Lawak dan Raja Lawak ini kekal abadi dan terus diberkati.
Foto : ohbulan!
Kisah Persahabatan Lelaki yang Menjadi Teladan
Walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam karier dan kehidupan masing-masing, persahabatan Mamat dan Shuib tetap kuat.
Mereka berdua melalui pelbagai liku hidup, namun tetap saling menyokong dan menunjukkan bahawa persahabatan sejati antara lelaki itu lebih daripada sekadar hubungan biasa.
Bahkan, dalam ruang komen, warganet turut memberi pujian kepada mereka berdua dan mendoakan agar hubungan mereka dengan Jep Sepahtu, yang pernah menjadi ahli kumpulan Sepah, kembali pulih suatu hari nanti.
Cerita Mamat dan Shuib menunjukkan bahawa persahabatan lelaki tidak terhenti hanya pada momen kebersamaan, tetapi juga diuji dalam kesabaran, pengorbanan, dan saling menghargai.
Walaupun berbeza jalan hidup, persahabatan mereka tetap kekal utuh, membuktikan bahawa persahabatan yang dibina atas dasar saling percaya dan memahami itu akan kekal seiring hingga ke syurga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lahirnya bukanlah dari keluarga yang dilimpahi kesenangan. Azam yang ditanamnya sejak kecil untuk keluar dari kepompong itu, digenggam erat hingga memperlihatkan siapa dirinya hari ini. Said Saiful Fazli, lelaki biasa yang kini mencipta evolusi juga perubahan sisi 360 darjah buat cabang kariernya sehingga menjadi individu yang bisa dikagumi. Tiada istilah ‘tidak boleh’ dan ‘mengalah’ dia terus mengorak langkah mengotakan impian. Bagi dirinya, tiada siapa yang mampu mengubah nasib selain diri sendiri.
Percubaan berani
Benarlah, tiada apa yang mustahil untuk digapai tanpa keberanian yang diraih dalam diri. Karisma yang dibawa oleh Said Saiful Fazli atau lebih dikenali dengan gelaran CDM Said yang merupakan graduan bidang Veterinar Universiti Putra Malaysia ini, berjaya mencipta pencapaian yang layak dibanggakan olehnya. Menukar lapangan kerjaya bukanlah suatu mudah apatah lagi dia mencuba perkara yang belum pernah diterokainya sebelum ini. Namun, bekalan semangat yang dimilikinya menjadi taruhan utama untuk tidak berputus asa dan terus melangkah jauh.
“Saya merupakan salah seorang agen Sahajidah Hai-O Marketing. Saya mula terfikir untuk beralih arah dari seorang pegawai veterinar ke bidang perniagaan pada sekitar tahun 2009 dek kerana masih mencari pekerjaan yang boleh memberi keuntungan yang lebih daripada berada di zon ‘makan gaji’. Sudah pasti ia melibatkan sesuatu bidang yang berkaitan dengan perniagaan. Atas pengaruh rakan yang memberi galakan kepada saya untuk menjadi salah seorang agen dalam bisnes ini merupakan peluang terbaik tatkala saya sudah pun nekad untuk berhenti bekerja dan beralih arah ke dunia perniagaan ketika itu.
Keputusan yang diambil adalah perubahan yang sangat drastik dalam hidup saya. Semestinya saya nak jadi lebih baik dan berjaya. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Tambahan pula, saya merupakan anak tunggal dalam keluarga. Tanggungjawab yang saya pikul pula adalah lebih berat berbanding orang lain kerana hanya saya seoranglah yang mampu mengubah taraf keluarga saya, terutamanya buat kedua orang tua saya. I need something yang memberikan hasil yang cepat. Bila saya sudah dapat jalannya, why not saya teruskan perjalanan yang saya ambil untuk terus sehingga ke penghujungnya?”
Korset dan lelaki
“Ketika mula menceburi bidang ini, tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjual korset. Ya, korset! Menjual korset bukanlah kehendak saya tetapi saya harus lakukannya. Kebetulan pula pada ketika itu, permintaan terhadap korset dilihat begitu tinggi. Mungkin kerana wanita sudah mula sedar untuk kelihatan kurus sentiasa. Namun, saya ambilnya sebagai satu cabaran and I try. Tiga bulan pertama adalah sesuatu yang agak sukar buat saya. Manakan tidak, saya yang sebelum ini tidak punya sebarang pengalaman berniaga perlu menjual korset untuk kaum wanita. Bayangkanlah, perasaan seorang lelaki untuk menjual pakaian wanita kepada pelanggan wanita dan itu sudah pasti, mereka akan punya perasaan malu apabila saya mengatur bicara perihal baju dalam, badan serta seluar dalam wanita. Saya pun punya rasa yang sama diawalnya”.
Mungkin tidak semua mampu melalui apa yang dia pernah laluinya sebelum ini. Siapa sangka, korset dan lelaki bisa bersatu. Dia berjaya membuktikannya. Tiada apa yang mustahil asalkan lemparan kata-kata negatif sekelilingnya diusir jauh dari kamus hidup.
“Tipulah jika saya tidak pernah berputus asa pada permulaannya. Namun kata orang tua-tua, alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. So, I take it as a challenge and just keep going. Ini kerana, saya pernah terfikir bahawa jika ada lelaki lain yang sudah berjaya dalam bidang ini, bahkan berbelas-belas tahun masih melopori bidang ini, mengapa tidak saya? Dari situ, iltizam terus membara dalam diri saya untuk terus menggali ilmu serta mempelajari teknik yang betul untuk mengukuhkan cara perniagaan saya. Apa yang pasti, saya akui betapa pentingnya seseorang itu untuk terus konsisten dan terus membina pengalaman sebanyak mungkin kerana ia merupakan ilmu yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit”.
Pencapaian bermakna
“Dalam bisnes ini, terdapat beberapa peringkat mengikut pencapaian agen. Selepas enam tahun berkecimpung dalam bisnes ini, saya sudah pun berada di tahap yang paling tertinggi kerana jualan korset yang saya berjaya lakukan melebihi RM 2 juta. Ia merupakan pencapaian yang memberangsangkan buat saya yang dulunya bermula dari bawah, kini berjaya mendaki ke peringkat yang paling tertinggi dengan pangkat CDM atau Crown Diamond Manager. Sekarang ini pula, jualan saya telah pun menjangkau sehingga RM 4 juta setiap bulan. Percaya atau tidak, ini semua adalah menerusi hasil jualan korset sahaja. Dengan jualan bisnes ini juga, saya mampu untuk melancong ke 25 buah negara dalam masa 5 tahun dan memiliki beberapa buah aset hartanah bernilai di Kuantan dan Kuala Lumpur. Bagi saya, jumlah jualan yang berjaya dilakukan adalah pencapaian yang ingin saya capai dalam bisnes ini. Kini, agen saya sudah pun mencecah seramai 2000 orang”.
The born of CLA
“Apabila menceburi bidang perniagaan, sudah pasti saya inginkan keuntungan. Dari merangkak, saya belajar berjalan. Dan kini saya bisa berlari pantas menuju ke garisan penamat. Selain ingin memiliki misi peribadi untuk berjaya, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengajak orang lain untuk turut serta menyertai dan bersama-sama mengubah haluan hidup. Namun harus diingatkan, sekali anda melangkah ke dalam bidang ini, tiada apa yang mudah. Kuatkan diri. Kini saya tidaklah secara langsung menjual korset seperti dahulu kerana saya lebih fokus untuk membimbing serta memberi galakan buat mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengetahui selok-belok bidang perniagaan. Saya juga turut memberi ceramah kepada mereka bagaimana untuk membina keyakinan diri, khususnya dalam bidang yang memerlukan mereka untung menguasai pelbagai kemahiran. Ini misi saya. Menggalakkan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Saya juga adalah testimoni yang telah berjaya untuk mereka jadikan inspirasi untuk sama berjaya.
“Di bawah saya ada lebih 2000 orang agen yang harus di pantau. Ini adalah cabaran terbesar buat saya. Apa yang penting, saya harus pastikan mereka akan kekal bertahan untuk mencapai target jualan yang telah ditetapkan. Hari demi hari bilangan mereka semakin bertambah. Pelbagai kerenah jugalah yang terpaksa saya hadapi. Jadi, saya memegang tanggungjawab besar ini untuk memastikan mereka yang berada di bawah saya turut mencapai jualan yang memberangsangkan.”
Rentetan agen yang begitu ramai di bawah kelolaannya, CDM Said telah menubuhkan CLA ataupun Charismatic Leaders Academy dan sebagai Pengasas sekali gus untuk membantu dan memberi pendedahan dengan lebih terperinci mengenai dunia perniagaan ini sendiri terutamanya mengenai teknik pemasaran yang betul supaya agar mereka dapat mencipta sesuatu yang luar biasa sepertinya.
Pendorong
“Tidak mungkin saya berdiri semegah ini tanpa insan yang menjadi pendorang untuk saya maju ke hadapan.Said Aluwi Yaacob dan Naveesah Hamza. Dua insan inilah yang tidak pernah jemu memberi semangat dan mendidik saja sejak kecil lagi hingga menjadi seseorang yang boleh menghamparkan senyuman gembira di wajah mereka. Benarlah, jika setiap yang diusahakan itu perlulah punya seseorang atau mentor yang menjadi tulang belakang kita. Azlan Deraman dan Siti Rohana Yusof adalah mentor untuk saya sentiasa maju dalam bidang perniagaan ini. Jatuh bangun itu adat berniaga. Dan merekalah kompas untuk dituju dan tangan yang akan menghulur untuk saya bangkit berjuang.
Jangan sombong, kerana itu adalah penyakit paling kronik yang akan binasakan sesebuah perniagaan. Cari orang yang boleh di jadikan rujukan untuk membina. Kesilapan itu pasti. Tidak perlu malu bertanya kerana itu adalah peluang untuk belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan”
Asam garam perniagaan
“Saya pernah hilang kumpulan yang membuat jualan bersama-sama. Pernah tiada pengikut serta agen yang berada di bawah saya. Rasa jatuh dan tersungkur itu semuanya telah saya alami. Ada juga suatu ketika di mana saya terpaksa menghabiskan kesemua wang simpanan saya untuk memusingkan balik modal dan jualan. Dibaling korset kepada saya oleh pelanggan itu adalah perkara yang perit untuk dilupakan. Sampai begitu sekali kepahitan yang saya telan. Namun, setiap racun itulah menjadi penawar untuk saya semakin kuat langsung membuktikan segala angan yang saya impikan bakal menjadi realiti”.
Turun naik dalam hasil jualan yang dilakukan sudah sinonim dalam perniagaannya. Setiap satu cabaran yang menimpa dirinya ditepis dengan solusi untuk menjadikan ia bukanlah satu alasan. Walaupun ada ketikanya perasaan menyerah kalah itu hadir membayangi dirinya tetapi kecekalan itu menjadikan dirinya kuat untuk bangkit. Dugaan itu adalah pelajaran baru baginya.
“Dalam dunia perniagaan ini, pelbagai situasi yang tidak terduga akan kita hadapi. Ya, saya pernah ditipu, ditikam belakang oleh orang terdekat, wang dilarikan dan pelbagai lagi. Namun itulah resam yang harus saya hadapi. Tidak pernah sekali pun saya meletakkan kesilapan itu seratus peratus pada mereka. Mungkin ada juga kesilapan daripada saya yang saya tidak dapat lihat sebelum ini. Tapi percayalah, bahawa akan hadirnya pelangi selepas turunnya hujan. Kita juga manusia yang mungkin kadangkala terlepas pandang akan sesetengah perkara remeh yang sebenarnya boleh menjadi punca sesuatu masalah. Orang sanggup lakukan apa sahaja demi wang.”
Nasihat
“Sebenarnya, ramai lagi yang masih belum menyelami potensi diri sendiri. Peluang itu sentiasa ada untuk berjaya dalam hidup. Antara percaya atau tidak. Bina kepercayaan dalam diri sendiri, walaupun apa jua halangan yang mendatang. Bayangkan, saya hanya menjual produk pakaian dalam sahaja tapi mampu membina legasi yang besar hari ini. Jangan sesekali menutup minda kita dan bijaklah merebut peluang. Dari situ, kepercayaan dalam diri adalah kunci utama untuk terus maju ke hadapan.
Tiada apa yang mudah dalam hidup ini. Galilah sebanyak mana pun ilmu kerana ia merupakan bekalan yang akan membawa kita melangkah lebih jauh. Tetapi, ingatlah bahawa ilmu dalam dunia perniagaan ini tidak akan dapat diperolehi hanya dari buku semata-mata. Pengalaman merupakan pengajaran untuk kita gagah menempuh pelbagai lagi dugaan yang lebih mencabar. Suatu hari, kejayaan yang telah dikecapi membuatkan kita bisa menarik nafas lega dan titik peluh yang mengalir bagaikan tiada ternilai harganya. Bergurulah dengan orang yang punya segunung pengalaman kerana merekalah yang akan membimbing anda untuk mengecapi kejayaan. Tiada salah untuk bertanya, bahkan ia bukanlah satu yang sia-sia. Keep learning dan ambil setiap yang berlaku itu sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik.”
saidsaifulfazli
www.myclagroup.com
58
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut kajian yang di buat baru-baru ini, didapati Rakyat Malaysia tidak memiliki baki wang untuk dibuat simpanan selepas terpaksa membayar pelbagai bil, pinjaman dan cukai.
Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.
Menurut pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan,Dan beliau mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi,
Tip Elak Pokai
1. Kad kredit
Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.
2. Beli Barang
Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.
3. Petrol & Kenderaan
Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.
4. Masak Di Rumah
Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu
5. Kawal Bajet
Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.
6. Mix & Match Baju
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.
7. Suppliment & Ubat Kurus Badan
Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu ‘cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.
8. Senaman
Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.
9. Entertainment
Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.
10. Keluar Dating
Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.
11. Bercuti
Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak ‘overspend’ sepanjang perjalanan nanti.
Sumber- Sinar Harian Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak tumbangnya Barisan Nasional (BN) dan diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU14 ni, rakyat Malaysia bagaikan dapat semangat baru.
Bak kata orang, macam baru dapat kemerdekaan lah. Dan atas kemenangan ni, kita sangat gembira dan teruja bila Tun Dr Mahathir Mohamad jadi semula Perdana Menteri kita yang baru. Semua pun tahu rejim Tun M ni bukan calang-calang. Tanya saja kepada mereka yang berkhidmat di bawah naungannya ketika beliau menjadi perdana menteri yang ke 4. kelajuan beliau dalam mentadbir negara, macam machine gun!
Baru saja beberapa hari beliau menjadi Perdana Menteri yang ke 7, sudah banyak perubahan yang beliau lakukan. Media pun tak dapat nak catch up dengan Tun M. Mana tidaknya, menurut pengamal media tempatan, Tun M akan masuk ke pejabat hari ini saja 8.19 am. Makin hari makin awal.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pejabatnya pada hari ke-7 sebagai PM pada 8.19am. Setiap hari sejak Isnin, semakin awal Tun @chedetofficial masuk pejabat @501Awanipic.twitter.com/jUSNRgUDux
Berikut adalah komen rakyat berikutan kesihatan Tun M:
Beliau menghabiskan masa menyemak sekitar 200 dokumen kerajaan sehingga lewat malam dalam satu hari, dan datang awal pagi pada keesokkan harinya. Walaupun rakyat tidak sabar ingin PH mengotakan janji 100 hari. Namun netizen menunjukkan rasa risau dan bimbang dengan kesihatan Tun M yang kini berusia 93 tahun itu.
Terbaru selepas Datuk Seri Anuar dibebaskan semalam, dan penyokong beliau telah berkumpul di Padang Timur Pj, Polis bertindak menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta Dan Pavilion Resdience Apartment kira-kira jam 10 malam tadi. Ia disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh. Pihak polis telah mengambil sejumlah perkakas dalam rumah tersebut seperti bag tangan, pakaian dan banyak lagi. Baru-baru ini juga Tun M mendedahkan laporan 1MDB yang disifatkan sebagai tidak lagi sulit, pengumuman 0% GST bermula 1 Jun 2018. Laju kan Tum M buat kerja, apa yang penting, rakyat mengharapkan Tun M mendapat rehat secukupnya.
Sumber: Awani & Lobak Merah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.