Baru-baru ni kecoh dan viral di media sosial tentang wanita muda yang berjaya beli rumah sendiri di zaman ekonomi tak mementu. Ada netizen memuji dan tidak kurang juga yang mempertikaikan.
Jadi dari kita berfikiran negatif baiklah kita mengambil pengajaran baik darinya, dan ubah untuk kehidupan yang lebih selesa. Selesa bukan bermaksud kau kaya-raya, punya duit berjuta atau pandu kereta import mewah gah di jalan raya. Cukuplah punya rumah sendiri, tidur lena, hati senang, bebas daripada hutang. Nak pergi mana pun boleh. Tak gelabah bila nombor tak kenal telefon.
Untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, kau orang mesti bermula di usia yang muda. Tangguhkan kehendak buat sementara waktu.
Antara perkara yang kau orang boleh buat ialah :
1. Bayar Diri Sendiri
Peruntukan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan untuk simpanan masa depan. Tak mampu simpan 10%, simpan RM 50 sebulan dahulu pun tak apa. Janji simpan sedikit sebanyak.
2. Berbelanja Kurang Daripada Pendapatan
Kau orang kena berbelanja di bawah pendapatan. Jika kau mampu beli baju berjenama apa salahnya kau orang sekadar beli baju murah tapi berkualiti. Pastikan perbelanjaan kau orang tak melebihi pendapatan yang kau orang dapat. Ini gaji RM2000, tapi nak pakai kereta Honda City. Sedar-sedarlah diri tu.
Ads
3. Mulakan Pelaburan
Cari dan belilah aset hartanah di usia yang muda. Dapat dijadikan sebagai pelaburan misalnya. Kau orang kena tahu apa itu aset, apa itu liabiliti. Ramai orang tak boleh membeli aset sebab banyak liabiliti. Cari aset yang sesuai dengan kemampuan diri dan mempunyai potensi untuk pelaburan.
Korang boleh juga melabur di instrument yang diyakini untuk kembangkan wang korang. Antaranya Pelaburan Hartanah, ASB, Tabung Haji, Emas, Amanah Hartanah Bumiputra.
4. Jangan Jadi Hamba Kad Kredit
Jika rasa diri tak pandai guna kad kredit, tak payah guna. Jangan pandai swipe je tapi tak pandai nak bayar. Hutang yang sedikit lama-lama semakin membukit. Diri sendiri juga yang sakit.
Kalau nak beli apa-apa, beli saja secara tunai. Kalau tak ada tunai, tak payah beli lagi.
Ads
5. Tabung Kecemasan
Sediakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk tabung kecemasan. Tabung kecemasan ini penting. Jika berlaku apa-apa, tak adalah kau orang nak gelabah sangat hutang sana sini. Boleh juga kau gunakan manfaat pelindungan takaful.
6. Hapuskan Hutang Jahat
Bagi yang banyak hutang tu, berusahalah untuk hapuskan hutang sedikit demi sedikit sebelum usia makin meningkat. Hutang jahat mesti dibayar dan diselesaikan dengan kadar yang segera.
7. Tambah ilmu
Ilmu penyuluh hidup. Kalau kau ada wang berjuta tetapi tak ada ilmu pun tak guna jugak. Kalau ada ilmu tapi tak amal pun tiada gunanya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Berusahalah untuk cari dan tambahkan ilmu. Laburkan sedikit duit untuk membeli bahan bacaan. Luangkan masa baca post-post berkaitan hartanah, kewangan atau apa sahaja yang dapat membantu kau orang untuk menambahkan ilmu.
Ads
***
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Pilihan di tangan kau orang. Kau orang yang tentukan hidup kau orang sendiri.
Mereka yang berjaya pada hari ini adalah kerana pengorbanan yang mereka lakukan pada masa lalu. Jangan hanya melihat pada kejayaan mereka tetapi lihatlah apa yang telah mereka lalui untuk mencapai kejayaan tersebut. Kah!
Menjalani kehidupan berkeluarga bersama pasangan pastinya mempunyai cabaran tersendiri. Itu adalah asam garam rumah tangga yang semua pasangan harus lalui. Adakalanya pasang dan adakalanya surut.
Tapi bagaimana pula apabila seorang lelaki itu mempunyai lebih dari seorang isteri? MASKULIN yakin cabarannya pasti jauh lebih berbeza. Pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Muslim merupakan antara figura yang bahagia bersama dua orang isteri tercinta.
Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, Ashraf meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Nurul Sakinah.
“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.
“Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” tambahnya lagi.
Seperti dijangka hantaran dari Ashraf tersebut mencuri perhatian warganet yang masing-masing melontarkan rasa kagum dan tumpang gembira. Sebahagian besarnya mendoakan agar rumah tangga mereka terus bahagia kekal hingga ke akhir hayat.
Tidak kurang juga komen dari warganet lelaki yang berseloroh meminta nasihat dan tip dari Ashraf bagaimana untuk hidup bahagia berpoligami.
Foto: IG Ashraf Muslim
“Indah bahagia, harmoni, tunjuk ajar ku sify,” jelas salah satu komen.
Tidak kurang juga memuji madu Ashraf yang nampak sangat mesra seperti adik-beradik.
“Dah macam adik-beradik je. Bahagian sampai ke syurga hendaknya,” tambah komen warganet lagi.
Foto: IG Ashraf Muslim
Kini Ashraf memiliki empat cahaya mata dari perkahwinan bersama dua isterinya. Semoga kebahagian Ashraf sekeluarga menjadi contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang mana memasang angan-angan untik berpoligami.
Tidak semua orang mampu melakukannya ya! Kalau seorang pun belum mampu nak jaga usahlah berangan nak pasang dua atau tiga. Empat apa lagi!
Semoga perkongsian Ashraf ini memberikan inspirasi buat anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak kekal sado tapi tak boleh berhenti mengunyah? Ada 6 “super food” penuh khasiat yang korang boleh layan tanpa risaukan berat badan! Ucapkan selamat tinggal pada junk food!
Buah kranberi bukan sahaja sedap dimakan, malahan ianya penuh dengan khasiat. Ianya rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Kranberi mengandungi proanthocyanidins yang melekat kepada bakteria dan menghapuskan mereka agar mereka tidak dapat melekat pada dinding saluran kencing. Dengan hanya serendah RM10, kini anda boleh ubati dan elakkan dari terjadi jangkitan!
Dikhabarkan berasal dari China, buah kiwi dikenali dengan khasiat perubatannya sejak zaman dahulu. Buah yang dikategorikan sebagai buah eksotik ini mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren dan lemon! Kandungan Vitamin C yang tinggi menjadikan ia bersifat antioksidan yang kuat, sekaligus membantu dalam mengelakkan pertumbuhan kanser atau inflamasi. Selain itu, buah kiwi juga terkenal sebagai buah yang membantu meningkatkan tahap imuniti seseorang.
Buah tin mengandungi gula semulajadi, mineral dan serat larut yang tinggi. Ianya kaya dengan mineral termasuk kalium, kalsium, magnesium, dan zat besi dan merupakan sumber antioksidan A, E dan K yang baik. Segar atau kering, buah tin adalah sumber yang penting dari kedua-dua jenis serat makanan. Serat larut membuatkan kita berasa kenyang dan menggalakkan tahap gula darah dan kolesterol yang sihat, manakala serat tidak larut menyokong pencernaan yang baik dan usus yang teratur. Kalium dalam buah tin pula membantu menjaga cecair dan mineral seimbang di dalam dan di sekeliling sel-sel dan seluruh badan anda, yang penting untuk fungsi saraf, otot dan jantung yang normal. Dikenali sebagai buah yang turun dari syurga, buah tin semestinya datang dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kita semua.
Betik adalah buah tropika dengan rasa manis yang unik dan eksotik. Ianya kaya dengan serat makanan, antioksidan, dan beta-karoten. Papaya kering adalah salah satu kudapan yang baik untuk memenuhi keinginan terhadap makanan manis sambil menyediakan tubuh dengan sumber tenaga nutrien. Selain itu, betik juga membantu sistem pencernaan kerana mengandungi enzim yang penting untuk mencerna protein, lemak, dan kanji. Tambahan pula, serat buah ini membantu dalam penstrukturan semula saluran pencernaan. Buah betik kering juga bersifat alkali, dan inilah salah satu sebab ianya sering dimakan untuk menenangkan perut yang terganggu.
Digemari oleh kebanyakan golongan vegetarian kerana potensi protein mereka, kacang kuda adalah sumber serat yang hebat. Ianya kaya dengan sumber protein yang baik dan tidak mempunyai kalori yang tinggi atau lemak tepu seperti yang terdapat dalam sumber protein yang lain. Di samping itu, kandungan serat yang tinggi, kalium, vitamin C, dan vitamin B-6 menyokong kesihatan jantung serta membantu menurunkan jumlah kolesterol dalam darah dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu kajian membuktikan bahawa pegambilan 4069 mg kalium setiap hari mempunyai risiko kematian sebanyak 49% lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1000 mg sehari).
Walaupun kecil, kacang pistachio adalah sangat berkhasiat. Kekacang kecil ini mengandungi protein, serat dan banyak vitamin dan mineral. Menambah pistachio dalam pelan pemakanan juga boleh memberi manfaat kepada hati anda. Kacang pistachio adalah sumber protein tumbuhan yang sangat tinggi, menyediakan jumlah asid amino yang mencukupi dan seimbang. Selain itu, ianya juga sangat kaya dengan phytosterols, yang secara langsung dikaitkan dengan menurunkan tahap kolesterol, dan boleh menawarkan perlindungan daripada beberapa jenis kanser. Kacang pistachio yang lazat ini telah lama dilihat sebagai simbol kesejahteraan dan kesihatan sejak zaman purba. Jom, kita mulakan hidup sihat dengan menjamah kacang penuh khasiat ini?
Kacang pistachio
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Deodoran – Sebenarnya ia bukan punca utama bahagian ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Tetapi jika anda tak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri, dikhuatiri ia bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam.
Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant.
Bercukur – Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap.
Pakaian ketat – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.
Bedak anti bakteria : Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.
Wax : Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.
Pisau cukur : Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat.
Skrub : Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya?
Minyak wangi : Ramai lelaki yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit.
Pemilihan deodorant : Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.