Nak capai badan sihat dan cergas, pakar kecergasan saran kita bersenam tiga hingga lima kali seminggu. Setiap sesi idealnya 30 minit untuk intensiti sederhana, atau 75 minit jika kamu nak yang lebih padat.
Penting untuk ingat, jangan sesekali paksa diri. Dengar betul-betul apa yang badan kamu cakap. Tahap kecergasan setiap orang berbeza, jadi elakkan ikut-ikutan orang lain. Bersenam terlalu keras melebihi kemampuan diri boleh datangkan masalah fizikal dan mental.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kesan melakukan senaman secara berlebihan.
Cedera Fizikal
Bersenam terlalu kuat tanpa rehat secukupnya boleh buat badan kamu cedera. Ia boleh akibatkan otot tegang, ligamen terkoyak, dan cedera pada sendi.
Penurunan Sistem Imun
Bersenam terlalu banyak tanpa rehat yang cukup boleh lemahkan sistem imun. Ini buat kamu lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
Masalah Tidur
Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mengganggu kualiti tidur seseorang, menyebabkan masalah seperti insomnia.
Ads
Sindrom Kelelahan Kronik
Melakukan senaman tanpa rehat yang mencukupi boleh menyebabkan keletihan yang berterusan, kelemahan otot, dan sakit kepala.
Masalah Jantung
Walaupun senaman adalah baik untuk jantung, tetapi jika dilakukan secara berlebihan, ia boleh meningkatkan risiko masalah jantung seperti aritmia.
Ketidakseimbangan Hormon
Senaman yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh, termasuk hormon pertumbuhan dan testosteron.
Masalah Mental
Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan makan.
Berpeluh secara berlebihan tanpa pengambilan cecair yang mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh mengakibatkan keletihan, kejang otot, dan masalah kesihatan lain.
Kerosakan Otot
Melakukan senaman yang sama berulang kali tanpa rehat boleh menyebabkan kerosakan otot.
Kurang Nutrien
Bersenam terlalu banyak tanpa diet seimbang boleh buat badan kamu kekurangan nutrien penting.
Ads
Dengar betul-betul apa yang badan kamu cakap dan bagi dia masa untuk pulih. Sebelum mulakan rutin senaman intensif, dapatkan nasihat pakar kesihatan atau jurulatih kecergasan.
Berpada-padalah dalam bersenam. Jangan aniaya diri dengan paksa badan melebihi kemampuan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
Membina otot di seluruh badan
Membakar lebih banyak lemak
Meningkatkan kesihatan badan
Mengekalkan tahap mobiliti anda
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
Tingkatkan prestasi sukan
Mencegah kecederaan otot
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
Menguatkan sendi
Senaman yang bersifat praktikal
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
Tak menelan kos yang tinggi
Boleh dilakukan di mana saja
Tidak perlukan ruang yang luas
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.
Untuk mengatasi sakit lutut selain menggunakan rawatan moden, ada juga cara tradisional yang boleh anda amalkan. Petua ini dikongsikan Md Rosdi Hasan di entri Facebooknya menggunakan dua bahan.
Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.
Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.
Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.
Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.
1. Ambil tiga biji bawang ros India jantan lalu ditumbuk hancur.
2. Campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan.
3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).
Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.
Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2.
Mohd Izzat Zaidi Salehan perlu mengelak daripada sebarang insiden kemalangan setelah gagal menamatkan perlumbaan (DNF) dalam dua pusingan perlumbaan lepas apabila turun beraksi pada pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini dan esok.
Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu memperaga aksi cemerlang sepanjang dua pusingan lepas apabila berjaya memulakan perlumbaan dari petak kedua pada pusingan keenam di Jasin dan petak pertama sewaktu perlumbaan lepas di Pasir Puteh, Kelantan.
Namun malang buat pelumba kelahiran Selangor itu apabila gagal untuk menamatkan kedua-dua pusingan perlumbaan menyaksikan keciciran mata dan sekadar menghuni tangga ke-13 keseluruhan dengan mengumpul 28 mata.
“Saya tidak tahu dimana silapnya. Sama ada tidak bernasib baik atau mungkin sedikit gementar apabila mendahului lain-lain pelumba. Tidak boleh mengulangi kesilapan serupa minggu ini. Selepas beberapa pusingan, jentera kami semakin laju dan mampu menduduki kelompok depan. Malangnya saya mensia-siakan kelebihan tersebut, ” jelas pelumba berusia 22 tahun itu.
Izzat juga tetap bersemangat dan masih memiliki keyakinan untuk menamatkan musim ini dalam kelompok lima terbaik.
“Saya juga telah membuang banyak mata perlumbaan. Saya berada di kedudukan ketujuh sewaktu pusingan kelima di Selangor tetapi kini jatuh ke kedudukan ke-13.
“Perlu memungut seberapa banyak mata di Jempol untuk kembali bersaing di kelompok atas. Hanya tinggal tiga pusingan sahaja lagi untuk saya mengejar sasaran menamatkan musim dalam kelompok lima pelumba terbaik,” ujarnya.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.