Ads

El Nino Dijangka Bawa Cuaca Lebih Panas Hingga 2027

El nino

Malaysia dijangka berdepan keadaan cuaca yang lebih panas dan kering dalam beberapa bulan akan datang susulan fenomena El Nino yang diramalkan mula mempengaruhi cuaca negara.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena itu berpotensi berterusan sehingga awal 2027 dan berlaku serentak dengan Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berakhir pada September ini.

Keadaan panas dan kering yang berpanjangan berpotensi menyebabkan pengurangan hujan di beberapa kawasan. Situasi itu sekali gus meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.

Risiko Cuaca Panas dan Kering Perlu Diberi Perhatian

MetMalaysia berkata keadaan tersebut memerlukan persediaan awal daripada kerajaan, agensi berkaitan dan orang ramai bagi mengurangkan kesan yang mungkin berlaku.

Sebagai langkah kesiapsiagaan, MetMalaysia telah memperkukuh penyampaian maklumat cuaca serta amaran awal kepada kerajaan, agensi berkaitan dan orang awam.

El Nino Dijangka Bawa Cuaca Lebih Panas Hingga 2027
Image by LipikStockMedia on Freepik

Setakat Jun lalu, lebih 70 sesi taklimat, mesyuarat dan libat urus berkaitan keadaan cuaca panas dan kering telah dijalankan di peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.

Antara pihak yang menerima taklimat tersebut termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta Jabatan Pertanian Malaysia.

MetMalaysia turut membentangkan unjuran dan penilaian cuaca kepada jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah di seluruh negara.

Ads

Risiko Kebakaran dan Jerebu Turut Meningkat

Selain isu suhu dan bekalan air, keadaan kering yang berpanjangan turut meningkatkan risiko kebakaran hutan serta tanah gambut.

 

El Nino Dijangka Bawa Cuaca Lebih Panas Hingga 2027
Sumber South China Morning Post

Bagi membantu pihak berkuasa membuat persediaan, MetMalaysia menyediakan ramalan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut sehingga tujuh hari lebih awal.

Ramalan jerebu turut dikeluarkan bagi membantu agensi berkaitan mengambil tindakan awal sekiranya keadaan cuaca menyebabkan kualiti udara merosot.

Ads

MetMalaysia juga bersedia membantu operasi pembenihan awan sekiranya diperlukan dan keadaan cuaca mengizinkan.

Orang Ramai Disaran Gunakan Air Secara Berhemah

Dalam menghadapi kemungkinan cuaca lebih panas dan kering, orang ramai disarankan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

MetMalaysia menggalakkan orang ramai mengikuti perkembangan cuaca terkini menerusi aplikasi myCuaca dan laman rasmi MetMalaysia.

 

Ads

El Nino Dijangka Bawa Cuaca Lebih Panas Hingga 2027

Orang ramai juga dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.

BACA: Berlari Perlahan Untuk Larian Lebih Laju

Fenomena El Nino bukan sekadar bermaksud cuaca yang lebih panas. Jika keadaan kering berpanjangan berlaku, ia boleh memberi kesan kepada bekalan air, kualiti udara, alam sekitar dan aktiviti harian masyarakat.

Dengan keadaan ini dijangka berpotensi berlanjutan sehingga awal 2027, langkah berjaga-jaga lebih awal adalah penting bagi mengurangkan risiko kepada kesihatan dan kehidupan seharian.

Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti luar, bekerja dibawah matahari pastikan rehat dan pengambilan air dijaga kerana risiko terkena strok haba sangatlah tinggi dengan kualiti udara yang merosot akibat jerebu baru-baru ini.

Sumber : JABATAN PERDANA MENTERI AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads