Bersenam ketika berpuasa? Bolehkah ia dilakukan? Iya, kalau kena dengan cara ia boleh dilakukan dengan selamat!
Tidak dinafikan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini ramai di antara kita semua akan mengurangkan sedikit aktiviti senaman dan kecergasan. Ia adalah masa di mana kita perlu lebih bersederhana dalam apa jua aspek dan melebihkan melakukan ibadah kepada-Nya.
Namun ia tidak bermakna anda tidak langsung boleh melakukan senaman. Bahkan melakukan senaman ketika berpuasa mempunyai kelebihannya sendiri dengan syarat ia dilakukan dengan selamat dan baik.
PROS & CONS
Seperti mana yang MASKULIN nyatakan di atas melakukan senaman ketika berpuasa perlu dilakukan dengan perancangan yang baik. Ini kerana badan perlu berdepan dengan cabaran ketika melakukan senaman dalam kondisi sedang menahan lapar dan dahaga.
Terdapat kajian mendapati bahawa ketika seseorang melakukan senaman ketika berpuasa ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan biokimia dan metabolisme otot yang dikaitkan dengan kepekaan insulin dan pengurusan paras gula darah yang stabil.
Penyelidikan juga menyokong makan dan bersenam segera sebelum pencernaan atau penyerapan berlaku. Ini amat penting bagi sesiapa yang menghidap diabetes jenis 2 atau sindrom metabolik.
Ada pakar berpendapat peningkatan semasa berpuasa ialah karbohidrat tersimpan anda — dikenali sebagai glikogen — berkemungkinan besar habis, jadi anda akan membakar lebih banyak lemak untuk bahan api senaman anda.
Adakah potensi untuk membakar lebih banyak lemak terdengar seperti satu kejayaan? Sebelum anda mengikuti atau melakukan senaman aliran kardio ketika berpuasa, terdapat beberapa perkara perlu anda ketahui.
Ads
Semasa bersenam dalam keadaan berpuasa, ada kemungkinan badan anda akan mula memecahkan otot untuk menggunakan protein sebagai ‘bahan api’ atau tenaga. Selain itu, anda juga mungkin tidak dapat bersenam dengan lebih kuat seperti ketika tidak berpuasa kerana kekurangan tenaga.
Ada empat perkara penting perlu anda tahu jika ingin bersenam ketika berpuasa.
anda mungkin boleh bakar lebih banyak lemak
boleh perlahankan kadar metabolism
prestasi senaman tidak akan sama seperti ketika tidak berpuasa
berpotensi untuk kehilangan muscle mass atau berjaya mengekalkannya bergantung kepada jenis senaman
SENAMAN EFEKTIF KETIKA BERPUASA
Terdapat beberapa perkara penting perlu anda pertimbangkan jika ingin bersenam secara rutin ketika berpuasa. Salah satunya ialah memilih bila waktu terbaik untuk bersenam.
Rata-rata pakar kecergasan dan mereka yang aktif bersenam lebih cenderung melakukan senaman ketika pada waktu petang iaitu kira-kira satu jam atau setengah jam sebelum berpuasa. Tempoh waktu senaman seperti ini adalah sangat efisien terutamanya buat mereka yang sudah sentiasa aktif bersenam.
Manakala buat mereka yang jarang-jarang bersenam atau tahap kecergasannya rendah dinasihatkan untuk bersenam pada waktu malam iaitu ketika beberapa jam selepas berbuka puasa.
Ads
Jadi perlu ingat jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ketahui tahap kecergasan diri dan lakukanlah senaman yang sebaiknya mengikut kemampuan. Dan paling penting jangan paksa diri untuk melakukan senaman hingga anda tercungap-cungap kepenatan.
PILIH SENAMAN SESUAI
Jika anda ingin bersenam juga ketika berpuasa pilihlah jenis senaman yang sesuai. Kebanyakan pakar kecergasan berpendapat memilih senaman yang sesuai bukan saja penting untuk kondisi fizikal tetapi juga kekuatan minda. Sebagai contih elak melakukan senaman berintensiti tinggi atau HIIT.
Sebaliknya lakukan senaman yang lebih santai tapi mampu mengerjakan otot seperti squats, sit up dan push up. Variasikan tiga jenis senaman ini kepada segmentasi rutin yang berbeza. Anda juga boleh lakukan aktiviti larian berjarak dekat seperti 5 kilometer.
AMALKAN PEMAKANAN BAIK
Mengamalkan pemakanan yang baik tidak semestinya ketika berbuka puasa itu anda harus makan dengan banyak dan mengambil segala macam jenis makanan.
Ads
Sebagai contoh untuk senaman melibatkan otot seperti angkat berat janganlah lupa untuk mengambil makanan mengandungi protein. Ia sangat penting bagi memberikan tenaga dan menguatkan otot.
Kejayaan sebarang program penurunan berat badan atau senaman bergantung pada sejauh mana ia selamat untuk dikekalkan dari semasa ke semasa. Jika matlamat utama anda adalah untuk mengurangkan lemak badan dan mengekalkan tahap kecergasan ketika berpuasa, anda perlu kekal dalam zon selamat.
Bagi memastikan anda boleh bersenam dengan selama ketika berpuasa berikut 5 perkara penting perlu anda lakukan:
jangan skip makan sahur
minum air mencukupi pada waktu malam dan juga ketika bersahur
minuman tinggi elektrolit yang dapat bantu hidrasi seperti air kelapa
jangan lakukan senaman berintensiti tinggi
selang-selikan senaman dengan aktiviti seperti berjalan atau pilates/yoga
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lebam adalah tanda merah kebiruan pada kulit disebabkan oleh keluarnya darah dari pembuluh darah ke jaringan kulit. Penyebab adalah cedera, misalnya akibat terpukul atau terjatuh.
Lebam pada kulit tanpa sebab yang jelas kemungkinan disebabkan oleh purpura simplex. Penyebabnya adalah kerapuhan dinding pembuluh darah sehingga darah dapat merembes keluar jaringan bawah kulit.
Biasanya lebih sering terjadi pada wanita akibat pengaruh hormonal terutama pada saat sekitar siklus menstruasi. Beberapa faktor pemicu dari purpura simplex antara lain:
Kelelahan fisik.
Stres psikologis.
Usia.
Alergi.
Pada purpura simplex, lebam tidak disertai gejala lain seperti bengkak, demam, atau gejala perdarahan pada bahagian tubuh lain.
Purpura simplex tidaklah berbahaya, tidak memerlukan penanganan apapun dan memar akan hilang dengan sendirinya dalam waktu beberapa hari.
Namun jika memar disertai gejala nyeri,bengkak, demam, m maka ini wajib diperhatikan, kerana kemungkinan ini adalah gejala dari :
● ITP (idiopatik trombositopenia purpura), yaitu penurunan kadar trombosit darah. Trombosit berfungsi untuk mekanisme pembekuan darah, oleh sebab itu bila menurun akan menyebabkan mudah terjadi perdarahan, salah satunya perdarahan dibawah kulit yang menjadi memar. Penyebab pasti dari ITP tidak diketahui, diduga karena autoimun.
● Demam berdarah dengue (DBD). Disertai gejala demam tinggi, pedih ulu hati, mual dan lenguh pada sendi.
● Hemofilia. Gangguan faktor pembekuan darah. Penyakit ini jarang terjadi. Biasanya juga disertai adanya riwayat luka yang sulit kering, mimisan, dsb.
● Gangguan dinding pembuluh darah yang dapat disebabkan oleh berbagai macam sebab seperti autoimun, ubat-ubatan, dan sebagainya.
Sumber : SEPAT
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila membicarakan mengenai penjagaan tubuh badan yang ideal, masih ramai yang beranggapan ianya bertujuan untuk menjaga penampilan semata-mata.
Bagaimanapun, pelakon Amir Ahnaf mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai perkara tersebut.
“Kebanyakan daripada kita selalu fikir yang badan cantik seronok nak tunjuk dekat orang. Apa kata kita tukar pemikiran kita kepada kalau badan cantik, otak cantik?”
Kecergasan tubuh badan akan mempengaruhi kecerdasan otak, seterusnya meningkatkan tahap keyakinan seseorang, demikian ulas Amir ketika ditemui MASKULIN.
@maskulinmyApa agaknya aktiviti kecergasan yang diamalkan oleh pelakon yang terkenal dengan watak Kahar dalam siri “Project: High Council” ini? #amirahnaf #fitness #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Tiada Niat Bina Badan Dalam Masa Terdekat
Ditanya mengenai sama ada mempunyai perancangan membina badan dalam masa terdekat, pemegang watak Kahar dalam siri Project: High Council ini berkata dia sudah selesa dengan bentuk tubuhnya sekarang.
“InsyaAllah suatu saat mungkin akan pergi gym lah. Tetapi untuk masa sekarang, saya banyak fokus kepada Latihan MMA (Mixed Martial Arts),” jelasnya.
Memang tak dinafikan, diet eat clean banyak manfaatnya untuk menurunkan berat. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang buat diet eat clean ini di bulan puasa.
Bahkan dengan mengamalkan diet eat clean, anda dapat mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak kerana penyediaannya lebih sesuai untuk orang berdiet.
Jika anda buntu untuk menyediakan menu diet eat clean di bulan Ramadan ini, apa kata ikuti perkongsian Syamimi N Khalil ini tentang menu diet Ramadan. Semoga perkongsiannya ini memberi anda semangat untuk dapat berat badan ideal sempena hari lebaran nanti
MENU DIET RAMADHAN: Hilang 5kg-10kg
Rutin selepas bangun tidur
– Buang air
– Timbang, ukur lilit badan dan catat setiap hari
*Tips timbang paling tepat: timbang tanpa baju
Sepanjang tempoh ini makanan lebih kepada ‘eat clean’
– Kurangkan minyak
– Kurangkan garam
– Kurangkan kicap sos dll
– Tiada gula *ambil gula dari buah sahaja
– Tiada air manis
– Pejam mata untuk (makanan segera, kek, coklat, aiskrim, mee goreng, kuew tiow goreng dll)
Bagi yang nak ambil nasi, sukat nasi dalam 1 cup dadih saiz kecil. Terbaik pilihan Beras Basmathi 0% gula, tapi kalau guna beras biasa pun okay.
Saya letak *MOREH tu merujuk kepada WAKTU makan selepas tarawikh.
Perkongsian saya untuk 10 hari Ramadhan, hari lain boleh ulang-ulang menu yang sama.
ATAUPUN
Bagi memudahkan kerja mommies yang nak sediakan juadah berbuka untuk keluarga juga, rasa renyah nak kene sediakan 2 menu, jadi boleh lah ambil lauk tanpa kuah okay. Contohnya kari ayam ke, ayam masak kurma ke, ayam masak lemak cili api dll.
ATAUPUN
Yang bekerja tak sempat nak masak dan beli lauk di bazar, masa berbuka ambik lauk je, asingkan kuah okay.
Menu Diet Ramadhan ni saya kongsikan kepada mereka yang nak usaha Kurus Raya Ideal-Fitri.
* Kuih muih boleh la ambil sepotong/sebiji dalam seminggu sekali. (saya pun terliur juga sebab ada sesetengah kuih ni masa di bulan Ramadhan je jumpa kan) ?
* Menu udang dan daging cukup 2-3 kali sepanjang Ramadhan ini yea. Ambik ikan, telur dan ayam.
* Ambil green tea selepas berbuka.
* Cara bersenam (Tarawikh, Tahajjud, Qiam)
* Banyakkan minum air kosong.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat utk semua. Jangan lupa ambil gambar sekarang dan Raya nanti yea. Saya doakan semua yang di dalam usaha akan berjaya ??
Jom shopping sayur dan buah penuhkan dalam peti ?♥️
Selamat menjalani Ibadah Ramadhan.. ♥️
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.