Tengah syok beraya, tiba-tiba tersondol batu sampaikan kaki terseliuh. Langkah awal yang biasa kita buat bila kaki terseliuh ialah sapu minyak panas atau urut bahagian kaki yang terseliuh itu untuk mengurangkan kesakitan.
Sebenarnya cara yang kita biasa lakukan ini rupanya salah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya kaki terseliuh, anda boleh kurangkan kesakitan mengikut tip yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Ads
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
3. PERLU BALUT
Ads
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti ramai yang tak sabar nak tengok perlawanan luar biasa ni kan. Perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) akan membuka tirainya pada hari ini. Pertembungan ini bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei.
Pasti Taman Ekuestrian Putrajaya bakal dipenuhi dengan peminat sukan berkuda serta peminat kedua-dua ikon ini. Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.
Selain itu, Berdasar senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36, dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43
Mari kita lihat beberapa gambar yang bakal buat korang gigit jari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada kalanya, anda mungkin menghadapi waktu sukar untuk tidur malam sedangkan tidur itu merupakan satu keperluan tubuh untuk berehat dan menjana tenaga.
Memahami tentang masalah tersebut, Maskulin dengan ini suka citanya berkongsi tips yang boleh anda lakukan tanpa perlu bersusah payah :
1. Buat senaman ringan
Lakukan olahraga minimal dalam seminggu boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa cemas serta depress. Olahraga di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.
2. Segera matikan lampu
Segera matikan lampu saat hendak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuat kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Hindari memilih lampu yang warnanya putih terang seperti neon kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.
3. Padam alat elektronik
Padam tv/komputer/laptop. Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememenagnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.
4. Baca bacaan ringan
Jika hobi membaca buku sebelum tidur, gantikan dengan bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!
5. Jaga pemakanan
Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.
6. Ambil supplemen
Amalkan pengambilan supplemen sebelum tidur. B Complex boleh mengurangkan stress kita dan menggalakkan kesihatan jantung. Manakala Vitaleapula boleh memberi kita kecerdasan otak, melegakan penghadaman dan untuk pertumbuhan sel baru yg lebih sihat.
7. Minum air masak
Minum air yang banyak dan sekurang-kuangnya segelas air masak sebelum tidur.
8. Nikmati teh herba
Cubalah secawan teh chamomile. Minuman herba boleh mengurangkan kebimbangan yang mungkin menyebabkan kesukaran tidur.
9. Sejukkan badan dengan mandi
Cuba mandi sebelum tidur. Ini boleh membantu mennenangkan minda.
10. Kemas bilik tidur
Wujudkan persekitaran yang selesa. Pilih tilam yang sempurna, bedsheet, persekitaran yang baik ataupun sistem penghawa dingin dipasang dengan baik, jika gunakan kipas pastikan tidak bising.
11. Dengar muzik yang lembut
Dengar muzik yang menenangkan. Ia boleh meningkatkan kualiti tidur, cuba dengar muzik klasik, rakyat, atau kontemporari atau muzik lain yang mampu menenangkan anda.
12. Buat rutin waktu bangun dan tidur
Tetapkan masa bangun dan tidur setiap hari. Tidur pada masa yang sama setiap hari adalah idea yang baik untuk menjaga masa bangun tidur yang konsisten – walaupun pada hujung minggu. Tidur tidak teratur boleh menyebabkan anda penat di siang hari.
13. Minum air panas
Minum sesuatu yang hangat. Minuman panas seperti segelas susu panas, coklat panas ataupun teh dapat berikan ketenangan.
14. Jangan pandang jam
Elakkan atau jangan tidur memandang ke arah jam. Jika anda sentiasa memandang ke arah jam tanpa sedar minda anda juga bergerak, anda membayangkan perkara yang terjadi pada hari esok.
Semoga tips ini membantu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SSTMI Thunderbolt dipaksa bermandi peluh dan mengerah kudrat sebelum bergelar juara Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia dengan menewaskan AHP-MSP Thunderbolt pada aksi final, Ahad lalu menerusi penentuan penalti shoot-out 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat permainan sebenar.
Ketua Jurulatih SSTMI, Wan Mohd Roslan Wan Abd Rahman mengakui terkejut dengan cabaran yang diberikan oleh AHP-MSP pada aksi final.
“Kami jangkakan final yang agak mudah tetapi tidak sangka AHP-MSP memberikan saingan cukup sengit. Mereka nampak bersungguh-sungguh menewaskan kami. Tapi akhirnya kemenangan berpihak kepada kami juga,” katanya.
Berdasarkan format kejohanan, kedua-dua pasukan akan berkongsi wang kemenangan sekiranya keputusan seri pada masa penuh.
Ini bermakna SSTMI dan AHP-MSP masing-masing membawa wang tunai berjumlah RM32,500.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.