Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda. Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.
Tapi ada lagi satu cara mengatasi masalah uban ini iaitu dengan meningkatkan nutrisi tubuh. Berikut adalah jenis makanan yang mampu memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.
Ini 5 jenis makanan yang boleh menyingkirkan uban secara semulajadi.
1. Sayuran hijau
Pengambilan sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B adalah penting. Kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen serta nutrisi.
Ads
Warna rambut juga berkaitan dengan hormon dan vitamin B-2 memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon.
2. Coklat
Unsur dalam coklat diperlukan untuk menghasilkan melanin, sumber warna rambut. Selain itu anda boleh memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.
3. Salmon
Ads
Ikan salmon ini memang baik untuk kesihatan termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormon yang penting bagi rambut. Proses ini juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.
4. Buah beri
Buah-buahan jenis beri, terutama strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilkan kolagen selain memerangi radikal bebas.
5. Almond
Ads
Anda juga makan kacang almond sebagai kudapan mendapat khasiat vitamin E. Di samping itu almond juga bermanfaat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.
Semua makanan ini bukan saja baik untuk rambut malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh juga, jadi tak rugi jika mengamalkannya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Vanillakismis.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.
Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).
Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah balckheads ini. Ia biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
Whiteheads ini seperti adik-beradik kepada blackheads juga cuma berlainan warna. Ia biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.
Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.
Oleh itu, jika ia tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan pula, apabila ruang radang lebih besar maka ia lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Eh!, aku tengok tubuh kau sekarang semakin naik lah,…aku timbang berat semalam, dah naiklah berat aku…dah tak cantik kau bila gemuk”. Hah, itu antara alasan yang biasa kita dengar apabila berat badan mula bertambah. Bukan sahaja di kalangan perempuan tetapi lelaki hari ini sangat ambil berat soal ini.
Mungkin kita melihat masalah kegemukan ini biasa kerana setiap masa kita pasti melihat orang gemuk di depan mata. Wahal kegemukan atau masalah berat badan adalah satu keadaan fizikal yang boleh mengundang pelbagai durjana. Dicemuh kerana badan berbau, terlantar di hospital dan perlu makan beraneka jenis ubat kerana menghidap pelbagai penyakit, dan kehidupan harian juga akan terganggu. Masalah yang lebih teruk apabila berat badan ini sukar diatasi sehingga terjadinya obesiti.
Menyedari peningkatan jumlah pengidap obesiti di kalangan golongan muda di negara ini, MASKULIN mahu memberi kesedaran mengenai masalah yang semakin meruncingkan ini. Paparan mengenai obesiti yang dikategori sebagai ‘penyakit alaf moden’ ini bertujuan untuk menyedarkan kaum Adam di luar sana bahawa anda merupakan kumpulan paling ramai menghidap obesiti di Malaysia. Sekiranya anda tidak mengawal pemakanan dan malas beraktiviti fizikal, lama-kelamaan anda juga salah seorang yang bakal mengidap obesiti.
Gempal, gemuk langsung obesiti.Peningkatan berat badan yang berlebihan tanpa kawalan yang sewajarnya, memungkinkan seseorang individu itu berisiko menanggung derita obesiti. Apabila mencapai tahap obesiti, masalah berat badan berlebihan ini menjadi sukar untuk diatasi. Apa sebenarnya obesiti?
Secara amnya, obesiti merujuk pada keadaan pengumpulan lemak berlebihan yang berkumpul di dalam badan seseorang. Tahukan anda obesiti juga sebenarnya dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Bukan hanya lebihan lemak yang tinggi di dalam badan, sebaliknya obesiti juga boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan yang lain, seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan serius. Dan apabila seseorang individu mengidap obesity, kehidupan harian akan menjadi lebih terbatas, kegiatan fizikal dansosial akan terhad, malah jangka hayat juga semakin pendek.
SIAPA PENGIDAP OBESITI?
Berikut merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mengidap penyakit obesiti;
1-Mereka yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding berat ideal.
2-Mereka yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
3-Mereka yang mengidap beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)
4-Mereka yang gagal mengekalkan berat badan sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar pemakanan.
FAKTOR PENYEBAB OBESITI
– Keturunan
– Persekitaran – makanan segera dan duduk terlalu lama terutamanya ketika bekerja
– Kadar metabolisme tubuh rendah dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti senaman
– Disebabkan gangguan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat
– Mengalamai masalah perubatan dan kesihatan
RISIKO KESIHATAN
Sekiranya berat badan anda meningkat tanpa dikawal, kemungkinan pelbagai penyakit dan masalah mungkin anda akan hadapi. Antaranya;
1-Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
2-Strok (angin ahmar)
3-Tekanan darah tinggi
4-Batu hempedu
5-Diabetes (kencing manis)
6-Paras kolestrol darah yang tinggi
7-Gout
8-Sakit di bahagian bawah belakang badan
9-Sukar bernafas
10-Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.