
Masalah orang tekanan darah rendah atau dipanggil hipotensi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Hipotensi terjadi ketika tekanan darah di dalam arteri lebih rendah daripada tekanan darah normal dengan bacaan kurang daripada 90/60 mmHg. Ia boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor.
Antara puncanya:
– Kehamilan
– Masalah jantung
– Masalah hormon
– Kurang darah
– Kurang air
– Jangkitan teruk
– Alahan teruk
– Tidak cukup nutrient
– Kurang garam
– Ubat ubatan
– Akibat perubahan postur duduk ke berdiri
– Selepas makan
Artikel berkaitan: Bebas Dari Penyakit Darah Tinggi, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman & Beri 7 Tip Berguna Kepada Orang Ramai!
Hipotensi boleh menyebabkan bekalan oksigen ke organ berkurangan dan mengakibatkan berlakunya komplikasi kepada jantung dan otak.
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya anda berdepan dengan gejala ini kerana anda berisiko untuk mendapat kecederaan akibat terjatuh.
Gejala-gejalanya:
– Pening dan rasa berpusing
– Pitam
– Mata kabur
– Loya
– Lesu
– Tidak dapat fokus
Pencegahan:
– Minum air
– Berdiri dengan perlahan
– Elakkan silang kaki semasa duduk
– Elakkan berdiri terlalu lama
– Pengambilan garam optimum
– Kurangkan pengambilan karbohidrat
Pastikan anda mendapatkan rawatan jika masalah ini berterusan.
Masalah tekanan darah rendah boleh berlaku pada sesiapa. Punca tekanan darah rendah juga ada banyak faktor.Sekiranya…
Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 25 August 2020
Sumber: Public Health Malaysia
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN
‘R U Tough Enough’, Pertandingan Mencari Orang Terkuat Asia Tenggara Kini Dibuka

Anda rasa anda sudah cukup kuat untuk ditabalkan menjadi orang paling gagah di Asia Tenggara? Jika ya, usah berlengah lagi kerana pertandingan istimewa R U Tough Enough kini kembali mencari calon seterusnya.
Pertandingan yang cukup dinantikan oleh penggemar sukan orang kuat di Asia Tenggara ini dibawakan khas oleh KIX HD (saluran Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend.
Menurut penganjur, pertandingan R U Tough Enough Southeast Asia membawa maksud baru untuk menampilkan kekuatan sebenar kerana faktor fizikal sahaja tidak mencukupi.
Jelas Pengarah Eksekutif, Jualan Afiliasi dan Pengiklanan, Celestial Tiger Entertainment, Annie Chan, “Hari ini, R U Tough Enough membuka cabaran kepada semua negara di Asia Tenggara dan pada pertama kali untuk Hong Kong, khusus buat semua individu yang gagah agar melangkah keluar dari zon selesa mereka dan membuktikan kekuatan berhadapan dengan individu-individu gagah lain di rantau ini!”.
BACA: 6 Kesalahan Besar Sering Dilakukan Oleh Lelaki Semasa Di Gym
PENAMPILAN LEBIH BARU & BERMAKNA
Pada tahun ini juga menyaksikan R U Tough Enough menampilkan logo yang baru dengan rekaan yang menyerlahkan pemenang-pemenangnya.
Kekuatan fizikal, kecekalan mental dan ketahanan emosi adalah teras utama juara R U Tough Enough, dan pemohonan secara dalam talian kini sudah dibuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang bersedia untuk menghadapi cabaran R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dimana empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia!
Final Showdown akan menyaksikan finalis Malaysia bersaing dengan peserta yang paling gagah dari Hong Kong, Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.
Daftar sekarang untuk bertanding dalam merebut gelaran ‘Southeast Asia’s Toughest’ – R U Tough Enough Southeast Asia 2019 yang akan menerima pemohonan dari hari ini sehingga 22 September melalui laman web rasmi: www.KIX-TV.com/tough.
HADIAH LUMAYAN
R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Hadiah utama bernilai sebanyak US$15,000 (RM60,000) menanti pemenang serantau yang akan dinobatkan sebagai ‘Southeast Asia’s Toughest 2019’!
Untuk menyertai, anda boleh memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/tough selewat-lewatnya pada 22 September.
Calon-calon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat tertutup dan seramai empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia menandingi finalis dari negara Asia Tenggara dan Hong Kong dalam Final Showdown di Sunway Pyramid pada Ahad, 3 November.
Sejak pertandingan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, R U Tough Enough telah melebarkan sayapnya ke Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Pada tahun ini, R U Tough Enough Southeast Asia 2019 mengalu-alukan peserta dari Hong Kong buat pertama kali.
Mesej inspirasi buat semua peserta bahawa setiap orang berpotensi untuk menonjolkan kekuatan diri dalam cara tersendiri, telah menarik perhatian beribu peserta merentasi rantau ini dan telah memberi impak dalam kehidupan setiap peserta sebelum ini.
Sebagai suatu penghormatan, kisah-kisah inspirasi peserta-peserta R U Tough Enough akan dipertontonkan dalam slot istimewa selama 30-minit, yang akan disiarkan di KIX HD (Astro Saluran 729) pada Januari 2020.
“Saringan Kesihatan Dengan Kerap Mampu Kesan Kanser Prostat Lebih Awal” – Dr Noor Hisham

Jika anda tahu tentang statistik berikut mungkin anda akan lebih mengambil serius tentang kanser prostat. Di Amerika Syarikat sahaja dianggarkan kira-kira 1 daripada 41 orang lelaki meninggal dunia akibat kanser prostat. Ini akibat tiada kesungguhan melakukan saringan kesihatan.
Malah ia merupakan jenis kanser yang kedua menjadi penyumbang kematian tertinggi di kalangan lelaki menurut laporan American Cancer Society.
Mudah sahaja jika anda ingin tahu adakah anda atau rakan-rakan lain tahu atau tidak tentang kanser prostat. Cuba tanya mereka sama ada adakah mereka pernah berbicara dengan sesiapa sahaja tentang penyakit ini?
Besar kemungkinan mungkin mereka tidak pernah. Dan inilah yang menjadi punca mengapa angka kematian akibat kanser ini agak tinggi.
Dari sini kita semua sebagai lelaki perlu sedar bahawa pemeriksaan kesihatan yang dilakukan dari semasa ke semasa memainkan peranan sangat penting. Pengesanan awal terhadap kasner prostat boleh dilakukan dan ia dapat menyelamatkan nyawa.
Sebelum itu, MASKULIN ingin kongsi dengan pemahaman ringkas tentang apakah itu sebenarnya prostat dan apakah yang boleh menyebabkan kanser.
Ketika pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, MASKULIN sempat mendapatkan komen beliau tentang kanser prostat.

“Kanser prostat banyak berlaku selepas lelaki berusia 60 tahun ke atas. Namun kita hendaklah sentiasa memantau kesihatan diri dengan menjalani saringan kesihatan dari semasa ke semasa.
“Bagi lelaki berusia 60 tahun ke atas, wajib jalani saringan ini dengan kerap,” ujarnya kepada MASKULIN ketika sesi penggambaran eksklusif untuk keluaran Oktober 2020.
Bersempena kempen NI Fight Against Cancer Campaign sepanjang November ini, ikuti perkongsian di bawah bagi kesedaran tentang bahaya penyakit ini.
KENALI PROSTAT
Secara asasnya, Prostat merupakan sejenis kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Ia ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.

Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.

KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan walaupun segan melakukan pemeriksaan, ramai lelaki sebenarnya cukup risau akan ancaman kanser prostat. Jadi apakah itu kanser prostat?
Secara ringkas ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
PUNCA UTAMA
Sehingga kini masih banyak penyelidikan dan kajian sedang dilakukan oleh pelbagai pihak. Malah hingga kini punca utamanya masih lagi tidak diketahui. Selain itu keaedah untuk benar-benar boleh mengelakkannya berlaku juga masih samar.
Tapi apa yang kita semua lakukan ialah mengenal pasti kemunculannya dengan lebih awal.
Ini agar dapat diberikan rawatan secepat mungkin bagi mengelakkannya menjadi semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama peningkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.
Kedua faktor genetik keluarga
Ketiga faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

SIMPTOM KANSER PROSTAT
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, kanser prostat mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pada peringkat awalnya. Namun jika munculnya sipmtom seperti di bawah, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan secepat mungkin.
- Masalah buang air kecil
- Kerap buang air kecil
- Kurang tekanan ketika membuang air kecil
- Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
- Kaki menjadi bengkak
- Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
- Sakit ketika mengalami ejakulasi
- ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak

JENIS RAWATAN
Bagi mereka yang menghidapi kanser prostat, terdapat tiga jenis rawatan yang boleh diberikan kepada mereka.
1. Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapi.
2. Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
3. Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.
Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan lebih kesedaran kepada kita semua akan risiko dan bahaya kanser prostat. Lakukanlah saringan kesihatan dari semasa ke semasa.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk video menarik.
Buah Ceri Mampu Mengurangkan Serta Cegah Gout, Ini Antara Makanan Yang Boleh Diamalkan!

Tentu anda semua sudah sedia maklum bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout. Penyakit kerap dikaitkan dengan tingginya kandungan asid urin di dalam badan seseorang.
Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Berikut disenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gout.
1. Sayur-sayuran
Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan anda. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin. Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.
2. Buah Ceri
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout. Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.
3. Minuman Kopi
Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan. Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
4. Produk Tenusu
Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin. Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.
5. Ikan Air Sejuk
Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.