Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini kembali menjadi milik Elon Musk.
Selepas memperlihatkan nilai kekayaan melangkaui $300 bilion pada November 2024 lepas, hari ini Elon Musk mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi manusia pertama di dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $400 bilion.
Nilai kekayaan Elon Musk ini dilihat meningkat lebih laju selari kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sebelum ini, Elon Musk sendiri berkempen untuk Donald Trump.
Ads
Elon Musk dan Trump
Sejak kemenangannya, saham Tesla meningkat naik, disamping Elon Musk yang sedia mempunyai syarikat lain seperti SpaceX, xAI, X, dan lain-lain. Dua syarikat dengan nilai yang tinggi dibawah Elon Musk juga adalah SpaceX dengan nilai anggaran $350 bilion, selain xAI dengan nilai anggaran $50 bilion.
Ramai yang menyasarkan beberapa polisi Donald Trump kelak akan membantu Tesla, sekaligus membuatkan lebih ramai membeli saham Tesla, dan menjangkakan ramalan baik untuk syarikat pengeluar kenderaan elektrik berkenaan.
Ads
Mengikut data semasa Bloomberg Billionaires, nilai kekayaan semasa Elon Musk adalah $447 bilion, sementara Jeff Bezos di tangga kedua dengan nilai kekayaan $249 bilion.
Siapa yang tidak kenal dengan Tomok? Penyanyi bersuara lantang yang popular sejak era kumpulan New Boyz ini sekali lagi mencuri perhatian warganet.
Bukan dengan lagu terbaharunya, tetapi dengan berita yang cukup membanggakan. Penyanyi ini kini kembali bergelar mahasiswa di peringkat Sarjana!
Baru-baru ini, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, mengumumkan penerimaan tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat siswazah. Pada usia 41 tahun, penyanyi yang popular dengan lagu “Rindu Terhenti” ini memilih untuk mendalami ilmu dalam bidang Sarjanan Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Momen pendaftaran di universiti dua hari lalu turut dikongsikannya menerusi sebuah video di media sosial.
Lebih manis lagi, dia ditemani oleh isteri tercinta, Ayu dan anak-anak mereka. Menerusi kapsyen hantaran video di laman media sosial, Tomok berkata, “Kebiasaannya pelajar lain ibu bapa yang hantar anak. Tapi saya terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik.”
Perkongsian ini lantas dibanjiri komen-komen positif daripada warganet yang rata-rata kagum dengan semangat dan kegigihan Tomok.
Pujian dan rasa kagum jelas terpancar dari setiap baris komen yang ditinggalkan. Antara komen yang menarik perhatian adalah, “Masya-ALLAH hebatnya Tomok. Kuat semangat sambung belajar”.
“Adakah ini petanda saya juga kena sambung master’s? All the best Tomok.”
Ada juga peminat setia yang meluahkan rasa bangga, “Saya bangga menjadi salah seorang peminat Tomok dan New Boyz. Good luck semua, selamat menjadi pelajar.”
Semangatnya untuk terus menimba ilmu sememangnya patut dijadikan contoh. Beliau bukanlah calang-calang pelajar.
Sebelum ini, Tomok telah berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan pencapaian yang membanggakan, iaitu selempang emas setelah meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kelas pertama 3.67 ke atas.
Kejayaan Tomok ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus belajar dan mengembangkan diri.
Beliau yang telah mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas dan dikurniakan tiga orang anak, Arrianshah Akid, Andrashah Iman, dan Siti Khadijah, turut mendapat sokongan penuh daripada keluarga tercinta.
Negara Korea Selatan mempunyai polisi yang cukup unik membabitkan warganegara lelaki. Dengan ketidaktentuan sengketa yang kadangkala panas kadangkala sejuk dengan Korea Utara, mereka sejak sekian lama mewajibkan setiap lelaki dewasa yang sihat tubuh badan untuk menyertai pekhidmatan wajib ketenteraan.
Setiap lelaki Korea Selatan wajib menyertainya sebelum usia 28 tahun dengan minimun 18 bulan tempoh latihan atau perkhidmatan. Terbaru, Jin ahli paling senior dalam grup lelaki paling popular di dunia iaitu BTS telah memulakan latihan ketenteraannya.
Dua hari lalu Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin berkongsi sekepin fotonya dengan rambut hampir botak gaya ala-tentera di platform media sosial, Weverse.
Jin dilaporkan akan ditugaskan di bahagian unit hadapan. Seperti dijangka berita ini telah membuatkan peminatnya tidak senang duduk. Terdahulu, laporan media menyatakan Jin akan ditugaskan di sebuah pusat latihan Yeoncheon, Gyeonggido.
Akan tetapi agensinya, BIGHIT Music menerusi satu kenyataan menyatakan pihak mereka tidak dapat mengesahkan laporan berkenan dan meminta peminat memahami situasi itu dan mendoakan yang terbaik buat idol kesayangan mereka.
“Kami meminta anda semua untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan dan mengucapkan selamat jalan kepadanya,” jelas BIGHIT Music lagi.
All the best buat Jin BTS! Buat peminat Jin, usahlah terlalu bersedih ya. Dia akan kembali dengan lebih mantap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memetik laporan terbaru CNN menyatakan syarikat NVIDIA kini bergelar sebagai syarikat paling bernilai di dunia. Ia sekali gus mengatasi Microsoft dan mengambil alih ‘takhta’ tersebut. Perkembangan ini secara tidak langsung turut mencerminkan kejayaan yang diketuai oleh CEO-nya, Jensen Huang.
Dalam laporan terbaru dari CNN mengatakan nilai permodalan pasaran NVIDIA ditutup pada kira-kira USD3.34 trilion pada hari Selasa, melepasi nilai USD3.32 trilion oleh Microsoft. Manakala, Apple pula syarikat ketiga paling bernilai dengan modal pasaran USD3.27 trilion.
Kejayaan terbaru yang diterajui Jensen Huang muncul ketika syarikat teknologi paling terkemuka di Wall Street ini berjuang untuk mendapatkan tempat teratas yang diidamkan. Siapakah figura yang bernama Jensen Huang ini?
Sekali imbas, apabila melihat kelibat Jensen dia cukup berbeza tampil dengan memakai jaket kulit yang kini ikonik dan baju polo kasual. Dia mampu menerangkan produk-produk yang sangat kompleks dengan cara yang cukup bersahaja dan mudah difahami.
Jensen, yang nama pertamanya sebenarnya adalah Jen-Hsun, dilahirkan di Tainan, Taiwan pada tahun 1963 dan tahun-tahun awal kehidupannya ditandai dengan perpindahan. Menariknya, Taiwan hari ini adalah negara terkemuka di dunia dalam pembuatan semikonduktor maju. Malah, TSMC telah menghasilkan cip NVIDIA yang paling canggih selama bertahun-tahun.
Ketika berusia lima tahun, keluarganya berpindah ke Thailand, namun mereka tidak lama. Selepas bapanya terlibat dalam program latihan pekerja di Amerika Syarikat dengan pengeluar penghawa dingin Carrier, dia berjanji untuk menghantar anak-anaknya ke Amerika.
Untuk mempersiapkan anak-anaknya untuk masa depan di seberang dunia, ibunya, yang tidak memahami bahasa Inggeris ketika itu, mula mengajar mereka.
Dia memilih sepuluh perkataan dari kamus setiap hari, dan Jensen serta abangnya akan belajar dan mengulanginya.
Adik-beradik Huang akhirnya dihantar ke Oneida, Kentucky untuk menghadiri sekolah rendah dan tinggal bersama saudara mara di Amerika Syarikat.
Selepas amat sekolah menengah, Jensen melanjutkan pelajaran di Oregon State University (OSU), di mana dia memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan.
Walaupun masa di OSU membina asas pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri, di sini juga dia bertemu bakal isterinya Lori, yang merupakan rakan makmal dalam kelas kejuruteraan elektrik.
Selepas tamat pengajian dari OSU pada tahun 1984, Huang memasuki dunia pekerjaan dan memperoleh pengalaman di syarikat seperti AMD dan LSI Logic.
Tidak cukup dengan itu dia turut belajar secara sambilan dan memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Stanford pada tahun 1992, setahun sebelum mengasaskan NVIDIA.
Sebelum meneruskan ke Stanford dan pengasasannya NVIDIA, Jensen bekerja di AMD dan LSI Logic. Tempohnya berada di AMD cukup singkat iaitu kira-kira setahun lebih. Tatapi di sinilah bermulanya bagaimana dia membina asas untuk kejayaan masa depannya dalam industri.
Ketika di AMD, dia bekerja dalam reka bentuk mikroprosesor, peranti elektronik kecil yang menjalankan fungsi unit pemprosesan pusat komputer pada satu litar bersepadu.
Ironinya, NVIDIA dan AMD kini bersaing dalam kedua-dua Pemproses Grafik dan Pemproses Pusat yang dioptimumkan untuk pusat data. Selepas AMD, dia berhijrah ke LSI Logic (kini dimiliki oleh Broadcom).
NVIDIA diasaskan pada tahun 1993 olehnya bersama Chris Malachowsky dan Curtis Priem. Jensen bertemu dengan dua pengasas yang lain, yang bersama-sama membawa pengalaman dari Sun Microsystems dan IBM, bertemu dengan Huang di Denny’s di luar San Jose. Ketika makan makanan di kedai itu mengasaskan NVIDIA dengan modal permulaan sebanyak USD40,000.
NVIDIA diasaskan ketika industri PC baru sahaja mula mendapat momentum, dan industri baru mula memahami kesan yang akan dibawa oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU).
Pasukan pengasas NVIDIA yakin bahawa CPU tidak akan menjadi penyelesaian untuk semua masalah pengkomputeran dan membayangkan masa depan pengkomputeran yang dipercepatkan.
Pada asasnya, NVIDIA diasaskan semasa semua mata dan modal usaha tertumpu pada CPU, tanpa aplikasi di pasaran, dan dengan keperluan besar untuk perbelanjaan R&D.
Mahu membina produk yang melengkapkan CPU, di mana aplikasi nombor satu akan menjadi permainan video 3D, nampaknya cara yang pasti untuk gagal.
Jensen Huang telah menerangkan pengasasannya NVIDIA sebagai syarikat dengan “cabaran pasaran, cabaran teknologi, dan cabaran ekosistem dengan kira-kira 0% peluang kejayaan,” sambil menambah bahawa dia tidak akan membiayai NVIDIA pada masa awalnya.
Jensen Huang telah berkhidmat sebagai CEO NVIDIA sejak mengasaskan syarikat itu pada tahun 1993. Sepanjang tempoh tersebut, NVIDIA telah berkembang menjadi syarikat bernilai trilion dolar. Salah satu kepastian sepanjang masa ini adalah kepimpinannya.
Daripada bekerja dengan orang yang cuba menangkap bahagian pasaran dengan mengurangkan harga atau membuat penambahbaikan kecil pada teknologi yang telah ditubuhkan, Huang mahu mengambil orang yang ingin membina sesuatu yang canggih.
Matlamatnya dari awal adalah untuk mewujudkan persekitaran di mana orang ingin datang dan melakukan kerja seumur hidup mereka, dan ia adalah sesuatu yang berjaya dilakukan dengan cemerlang di NVIDIA.
Menurut Jensen, perkara paling penting adalah kebolehan untuk memilih. NVIDIA memilih untuk melakukan perkara yang sangat sukar untuk dilakukan kerana beberapa sebab.
Salah satu aspek yang paling menarik ialah ia menyingkirkan banyak persaingan, sambil juga menjadi sesuatu yang sering kali sangat memberi inspirasi untuk bekerja. Satu lagi perkara utama tentang memilih perkara yang sangat sukar adalah menarik yang terbaik dari yang terbaik.
Dengan melakukan perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini, dan memberi orang berbakat peluang dan kesabaran untuk melakukan apa yang mereka lakukan dengan baik, Huang menyatakan hasilnya: orang hebat pergi melakukan perkara hebat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: CNN, Quatr, NVIDIA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.