Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini kembali menjadi milik Elon Musk.
Selepas memperlihatkan nilai kekayaan melangkaui $300 bilion pada November 2024 lepas, hari ini Elon Musk mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi manusia pertama di dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $400 bilion.
Nilai kekayaan Elon Musk ini dilihat meningkat lebih laju selari kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sebelum ini, Elon Musk sendiri berkempen untuk Donald Trump.
Ads
Elon Musk dan Trump
Sejak kemenangannya, saham Tesla meningkat naik, disamping Elon Musk yang sedia mempunyai syarikat lain seperti SpaceX, xAI, X, dan lain-lain. Dua syarikat dengan nilai yang tinggi dibawah Elon Musk juga adalah SpaceX dengan nilai anggaran $350 bilion, selain xAI dengan nilai anggaran $50 bilion.
Ramai yang menyasarkan beberapa polisi Donald Trump kelak akan membantu Tesla, sekaligus membuatkan lebih ramai membeli saham Tesla, dan menjangkakan ramalan baik untuk syarikat pengeluar kenderaan elektrik berkenaan.
Ads
Mengikut data semasa Bloomberg Billionaires, nilai kekayaan semasa Elon Musk adalah $447 bilion, sementara Jeff Bezos di tangga kedua dengan nilai kekayaan $249 bilion.
Buat mereka yang aktif melakukan aktiviti larian pasti tahu berapa sukarnya untuk melakukan larian jarak jauh maraton sejauh kira-kira 42 kilometer. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya kerana jarak larian yang sangat jauh seperti itu.
Selain berdepan cabaran kecergasan dan stamina kecederaan seperti kaki, celah paha dan bahagian dada melecet boleh menjadi cabaran utama.
Menghabiskan larian maraton itu satu perkara sangat sukar tapi bayangkan bagaimana seorang lelaki berusia 47 tahun dari Jepun ini menamatkan larian tersebut dengan memakai sandal kayu tradisional Jepun yang dikenali sebagai geta sandals!
Lebih menakjubkan lelaki dikenali dengan nama Takanobu Minoshima yang berasal dari Sapporo ini mencatatkan masa yang sangat baik iaitu 3 jam 28 minit.
Larian tersebut dilakukan oloeh Takanobu ketika menyertai 2023 Osaka Marathon baru-baru ini.
Pada larian tersebut dia juga mencatatkan pace 4:45/km pada larian sejauh 42.195 kilometer. Untuk pengetahuan anda sandal Geta kasut tradisional Jepun yang menyerupai selipar.
Ia sejenis sandal dan menariknya ia mempunyai tapak kayu rata yang ditinggikan. Ada yang terdapat dengan satu, dua atau tiga ‘gigi’ pada bahagian tapak.
Cabaran lebih sukar buat Takanobu kerana dia menggunakan Geta bergigi satu untuk larian tersebut. Sambil memakai kasut kayu tersebut dia turut menggunakan bib maraton dengan perkataan tertera bermaksud ‘Geta’.
Masa penamat terakhirnya ialah 3:28:11 untuk tempat ke-2,896 (daripada 10,000+ pelari), iaitu hanya lapan minit ketinggalan daripada masa kelayakan Boston Marathon 2023 iaitu 3:20:00 untuk kumpulan umur M45 hingga 49.
Ini bukan kali pertama dia menyertai larian memakai geta. Pada 2019, dia menyertai larian ultra 100K dalam 13 jam dan 45 minit di Kuil Kamalai 100 di Taiwan. Dia mempunyai maraton terbaik 2:59:20 dari Marathon Hokkaido pada 2014, apabila dia memakai kasut larian biasa.
Hebat betul! Semoga kisah ini mampu dijadikan inspirasi buat kita semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak kenal Krisdayanti, penyanyi bersuara emas dan figura kebanggaan industri muzik negara jiran kita, Indonesia.
Mempunyai dua anak yang sudah besar hasil perkongsian hidup bersama besar suaminya, Anang Hermansyah. Anak sulungnya, Aurel banyak mengikut jejak langkahnya dalam dunia hiburan, tetapi tidak buat anak keduanya, Azriel Hermansyah.
Baharu menginjak usia 23 tahun, Azriel menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dan telahpun memulakan langkah pertama dalam perniagaan yang diusahakan. Ternyata perniagaan yang dipilih oleh Azriel berkaitan fitness dan gymnasium yang dekat dengan jiwa anak muda ini.
Malah, anak kepada Anang Hermansyah ini dikhabarkan melaburkan wang tabungannya sendiri untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Berbeza dari kakaknya, Azriel Hermansyah memilih untuk terjun dalam bidang perniagaan.
Lulusan Ekonomi dari Universitas Bina Nusantara ini ternyata menggunakan ilmu dalam bidang ekonomi yang dipelajarinya untuk berjinak-jinak dalam perniagaan baharunya itu.
“Alasan saya memberanikan diri untuk terjun ke dunia fitness kerana melihat bidang ini untuk satu jangkamasa panjang. Kita memerlukannya dan ia menjadi ekosistem juga buat saya,” ujar Azriel Hermansyah memetik petikan dari channel The Hermansyah A6.
Lebih membanggakan, anak muda ini berani mempertaruhkan simpanannya untuk memulakan perniagaanya ini. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ashanty yang juga merupakan ibu tiri Azriel.
“Azriel menggunakan simpanannya sendiri untuk modal perniagaannya itu. Bayangkan, wang simpanan selama ini boleh dijadikan modal untuk perniagaan,”ujar Ashanty memetik dari laman youtube The Hermansyah A6.
Selain baharu memulakan langkah dalam bidang perniagaan, anak lelaki Kris Dayanti ini juga mempunyai beberapa hobi pilihan antaranya termasuklah fotografi, berkuda, dan bermain mobile game. Selain itu, Azriel juga aktif dalam aktiviti permotoran terutamanya skuter vespa klasik.
Meniti usia 23 tahun, kematangan jelas terserlah pada perwatakan Azriel yang lebih mengutamakan keluarga dalam pelbagai aspek. Meskipun sudah mempunyai teman istimewa, Sarah Menzel, pemuda ini mempunyai hubungan yang akrab dengan kedua ibu bapanya serta adik-adik tiri dari perkahwinan ibu dan bapanya. Malah dia sering menghabiskan masa bersama keluarga sama ada bercuti mahupun berkumpul bersama keluarga tersayang.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Nona.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdepan insiden yang mengerikan seperti disimbah asid merupakan mimpi buruk buat sesiapa sahaja, apatah lagi jika anda merupakan pemain bola sepak yang menjadi figura awam. Namun, itulah kenyataan pahit yang terpaksa ditelan oleh Faisal Halim apabila beliau menjadi mangsa serangan simbahan asid pada Mei tahun lalu.
Serangan itu bukan sahaja memberi kesan fizikal yang teruk, malah ia turut menguji kekuatan mentalnya.
Ramai yang berpendapat bahawa karier bola sepak Faisal Halim bakal berakhir melihatkan tahap kecederaan serius yang dialaminya.
Kecederaan melecur pada tahap empat di beberapa anggota badan menyebabkan beliau terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari.
Namun, di sebalik segala cabaran dan dugaan, Faisal Halim membuktikan bahawa semangat juang seorang pejuang sejati tidak mudah dipadamkan.
Dengan kecekalan, semangat tidak pernah pudar dan kekuatan mental luar biasa, Faisal Halim kembali dengan azam baharu bersama pasukannya, Selangor FC. Tidak lupa juga sokongan tidak berbelah bahagi daripada kelabnya yang sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh pemulihan.
Dan semalam, satu keajaiban yang dinantikan oleh penyokong bola sepak negara, terutamanya peminat Selangor FC.
Penantian peminat akhirnya menjadi kenyataan apabila Faisal Halim menjaringkan hatrik dalam perlawanan Liga Super 2024/25 menentang Kelantan Darul Naim FC.
Lebih manis, hatrik tersebut menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden tragis itu.
“Terima kasih kepada semua penyokong. Terima kasih kepada rakyat Selangor, tiga gol ini adalah tiga gol untuk anda semua rakyat Selangor, untuk pasukan Selangor.
Tidak lupa kawan-kawan saya, pengurusan, penyokong Selangor,” katanya dalam hantaran di Instagram Story Selangor FC.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Faisal Halim mencipta hatrik dengan jaringan pada minit ke-13, minit ke-45+2 dan minit ke-66, membantu Selangor melakar kemenangan bergaya 7-0.
Empat lagi gol skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu masing-masing dijaringkan oleh Quentin Cheng (minit ke-31), Harith Haiqal Adam Afkar (minit ke-54 dan 56), serta Muhammad Aliff Izwan Yuslan (minit ke-73).
Apa yang ditunjukkan oleh Faisal Halim bukan sekadar satu pencapaian dalam dunia bola sepak, tetapi juga satu inspirasi kepada semua.
Dia membuktikan bahawa walaupun berdepan dengan cabaran yang mengerikan dan tidak dapat dibayangkan, seseorang masih boleh bangkit dengan kecekalan, kesungguhan, kerja keras serta kekuatan mental yang luar biasa.
Tahniah Faisal Halim, anda sememangnya wira bola sepak negara!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang