Di antara masalah yang sering menghantui pemilik kenderaan berusia lima tahun ke atas ialah enjin kereta yang bergegar. Lebih malang apabila kita sebagai pemilik tidak tahu apakah puncanya.
Enjin kereta yang bergegar apabila dihidupkan dan dipandu merupakan masalah biasa yang boleh menjejaskan keselesaan dan keselamatan.
Terdapat pelbagai sebab mengapa enjin kereta bergegar. Jadi sangat penting untuk kita memahami punca-punca ini boleh membantu pemilik kereta mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk membaikinya.
Kali ini MASKULIN ingin membawa anda melihat beberapa punca utama mengapa masalah enjin kereta bergegar boleh berlaku.
Salah satu punca utama enjin kereta bergegar ialah masalah pemasangan enjin. Pemasangan enjin, atau engine mounts, merupakan komponen yang mengikat enjin kepada rangka kereta.
Jika pemasangan ini rosak atau longgar, enjin tidak akan stabil dan akan bergegar ketika dihidupkan dan semasa pemanduan. Gejala ini biasanya disertai dengan bunyi ketukan atau getaran yang lebih teruk apabila kereta memecut atau bergerak di jalan yang tidak rata.
PALAM PENCUCUH ROSAK
Palam pencucuh yang rosak atau kotor juga boleh menyebabkan enjin bergegar. Palam pencucuh berfungsi untuk menyala campuran bahan api dan udara di dalam enjin.
Jika ia tidak berfungsi dengan baik, pembakaran dalam enjin akan menjadi tidak sempurna, menyebabkan enjin bergegar. Penggantian palam pencucuh secara berkala sangat penting bagi memastikan enjin berfungsi dengan lancar.
SISTEM BAHAN API
Masalah dalam sistem bahan api seperti penapis bahan api yang tersumbat atau pam bahan api yang lemah juga boleh menyebabkan enjin bergegar.
Ads
Penapis bahan api yang kotor menghalang aliran bahan api yang mencukupi ke enjin, menyebabkan enjin kekurangan tenaga dan bergegar. Begitu juga, pam bahan api yang tidak berfungsi dengan baik tidak dapat menyediakan tekanan bahan api yang mencukupi, mengakibatkan masalah yang sama.
SISTEM PENCUCUHAN
Foto: Carsblog
Sistem pencucuhan atau ignition systems yang bermasalah, seperti koil pencucuhan yang rosak, boleh mengakibatkan enjin bergegar.
Koil pencucuhan bertanggungjawab untuk menghasilkan percikan api yang diperlukan untuk pembakaran bahan api. Jika koil ini tidak berfungsi dengan baik, percikan api akan menjadi lemah atau tidak konsisten, menyebabkan enjin bergegar.
MASALAH PEMAMPAT ENJIN
Pemampatan yang tidak seimbang dalam enjin juga boleh menjadi punca enjin bergegar. Pemampatan yang rendah atau tidak sekata dalam salah satu atau lebih silinder enjin boleh disebabkan oleh pelbagai masalah.
Ia termasuklah gasket kepala yang bocor, injap yang rosak, atau cincin piston yang haus. Ujian pemampatan boleh dilakukan untuk mengenal pasti masalah ini.
Sistem ekzos yang tersumbat atau rosak juga boleh menyebabkan enjin bergegar. Penapis zarah (catalytic converter) yang tersumbat atau paip ekzos yang bocor boleh menghalang aliran gas ekzos yang lancar, menyebabkan enjin bekerja lebih keras dan bergegar.
Pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala pada sistem ekzos boleh membantu mengelakkan masalah ini.
SISTEM PEMANDUAN BERMASALAH
Di antara masalah lain ialah apabila ada kerosakan pada sistem pemanduan atau drivetrain seperti transmisi atau aci pemacu (driveshaft) yang rosak boleh menyebabkan getaran yang dirasai sebagai gegaran enjin.
Komponen ini memainkan peranan penting dalam memindahkan kuasa dari enjin ke roda. Jika terdapat masalah seperti gear yang haus atau aci yang tidak seimbang, ia boleh menyebabkan gegaran yang ketara.
Semoga perkongsian dari MASKULIN kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua.
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara komponen kereta yang kita sangka sangat simple tapi bila ia rosak memang boleh buat kita rasa nak hempuk kepala sendiri adalah bateri.
Bayangkan anda nak cepat tapi bila kereta dihidupkan ia tak mahu hidup. Bila dipulas kunci akan keluar bunyi pelik.
Itu maknanya bateri anda telah kong atau rosak! Sebagai pemilik kenderaan anda harus sentiasa menjaga dan servis bateri kereta setiap masa.
Jadi apa fungsi bateri kereta? Dalam bahasa mudah ia membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Selain itu ia juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.
Komponen asas bateri kereta
Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
JENIS BATERI
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
Sel keringSel basah
Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:
Periksa Aras Air Bateri
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
Foto: GoMechanic.com
Bersihkan Terminal Bateri
Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.
Cara untuk membersihkan terminal bateri;
Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.
Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri.
Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.
Sapukan Gris Tahan Panas
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
Pasang Voltmeter
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.
Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.
Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.
Pernah atau tidak kereta Iriz anda proton Iriz anda naik temputure tiba-tiba saat anda sedang memandunya?
Jika anda seorang yang tidak biasa mengenai kereta pasti anda sudah kelam-kabut dan akhirnya panggil pomen atau hantar ke bengkel bukan.
Lepastu anda akan dikenakan caj yang tinggi harganya dan tidak masuk akal. Hati-hati, Jangan tertipu oleh sesetengah takti pomen kereta.
Sebenarnya anda boleh gantikan sendiri tanpa memerlukan kos yang tinggi pun. Namun harus diingat ya, jangan sampai terbakar. Jika Nampak tanda temperature anda sedang naik segera matikan kenderaan anda.
Cara ini hanya boleh diguna pakai pada kenderaan model baharu sahaja, kenderaan lama mungkin ada cara-caranya.
Apa yang anda harus lakukan;
1. Matikan enjin sementara tunggu sehingga temperature turun
2. Pastikan kipas moto atau fan kenderaan anda berfungsi atau tidak (dengan cara membuka air cond. Jika dah buka tetapi ia masih tidak berfungsi itu tandanya kereta anda mempunyai masalah)
3. Buka bonet hadapan kenderaan anda dan pergi ke bahagian kiri kenderaan anda.
4. Anda akan nampak satu kotak hitam yang dipanggil fusebox di mana terdapat hampir semua fuse kenderaan anda.
5. Buka fusebox itu, apabila anda terbalikan fusebox itu, cari cooling fan.
6. Pertama sekali tengok fuse itu putus atau tidak, sekiranya tidak putus tiada masalah. Andai kata putus sebelum gantikan relay.
Lihat sendiri bagaimana cara-cara untuk gantikan relay di video yang sempat dikongsikan oleh CK Yusoff ini…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila sebut nama Ferrari kita tidak dapat elak daripada mengaitkannya dengan status mewah, premium dan hasil kerya automotif yang luar biasa.
Terbaru mereka memperkenalkan model terbaru yang dijangka bakal ‘mengganas’ di jalanraya seluruh dunia.
Pengenalan Ferrari 488 Challenge Evo telah berlangsung baru-baru ini di ibu pejabat mereka di Mugello, Italy. Lebih kurang sama dengan bersi 488 GT3, model 488 Challenge Evo merupakan rekaan dipertingkatkan daripada model asalnya dengan prestasi lebih baik dan berkualiti.
Jadi apakah pembaharuan yang diperkenalkan menerusi model 488 Challenge Evo? Ferrari mengambil serius dengan mempertingkatkan bentuk aerodinamik. Rekaan pada bahagian depan telah diolah semula dengan meningkatkan tahap efisien kepada 30 peratus.
Ferrari berjaya melakukan penambahbaikan ini dengan mengubah saiz kepanjangan overhang hadapan dan mengubah kedudukan bahagian bampar tepi.
Pengenalan pakej EVO daripada Ferarri ini merupakan satu pakej yang memaksimakan sinergi di antara aerodinamik dan dinamik kereta – dari segi interaksi tayar, kestabilan downforce dan kawalan elektronik.
Ferrari bukan sahaja menambah baik dari sefi bahagian luar malah pada bahagian dalam juga. Antaranya electronik differential, anti-lock brake dan sistem kawalan seretan.
Sebagai contoh pada bahagian brek Ferrari menggunakan karbon seramik yang mana lebih tahan lasak berbanding model sebelum ini. Perubahan bahagian dalam pula menyaksikan reka bentuk stereng baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.