
Semalam, episod kedua rancangan realiti yang paling dinanti-nantikan, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), telah ditayangkan dengan tema Metal Mania yang penuh mencabar.
Selepas episod pertama yang menguji ketahanan dan kepantasan di Menara KL, kali ini 12 peserta WYB dibawa ke kawasan junkyard yang sarat dengan besi-besi terpakai dan bahagian kenderaan yang dileraikan.
Cabarannya? Ujian kekuatan, strategi, stamina, dan functional movement.
“Bros” dan Bebanan Besi
Dalam misi semalam, setiap pasukan perlu mengangkut seberapa banyak muatan besi menggunakan kargo dari Poin A ke Poin B.
Namun, ia bukan sekadar soal kekuatan fizikal – peserta juga perlu bijak merancang strategi agar tidak membebankan diri sehingga gagal menamatkan cabaran dalam masa yang diberikan.
Pasukan yang tidak berjaya disqualified, manakala pasukan yang membawa beban paling berat mendapat imuniti.
Pasukan dan Strategi
Selepas kejayaan mereka di episod pertama, enam peserta terbaik diberi peluang memilih rakan pasukan masing-masing:
- Saddam (juara terpantas minggu lalu) memilih Asyraf.
- Chee Wai memilih Irwan.
- Hakimi memilih Ikmal.
- Theeban memilih Nad, “The Tank”.
- Dr. Shazif memilih Syafiq.
- Kelvin memilih Faidzal.
Setiap pusingan mempertemukan dua pasukan secara serentak untuk berlumba.
Drama dan Kejutan
Pusingan pertama menjadi pembuka tirai penuh kejutan apabila pasukan kegemaran, Saddam dan Asyraf, gagal menamatkan misi dalam masa ditetapkan. Percaturan mereka membawa muatan yang terlalu berat menyebabkan mereka kecundang.
Pusingan kedua menyaksikan Chee Wai dan Irwan bertemu Dr. Shazif dan Syafiq. Kedua-dua pasukan bersaing sengit, tetapi Dr. Shazif dan Syafiq berjaya melangkah ke garisan penamat terlebih dahulu, mencatatkan kemenangan.
Seterusnya, Hakimi dan Ikmal bertarung dengan Theeban dan Nad. Mereka menunjukkan strategi bijak dengan mengimbangi berat dan masa. Kedua-dua pasukan berjaya menyelesaikan cabaran tanpa sebarang kesilapan.
Tiga Pasukan Terbaik
Hasil daripada gabungan masa terpantas dan beban terberat, tiga pasukan terbaik diumumkan:
- Theeban dan Nad
- Hakimi dan Ikmal
- Dr. Shazif dan Syafiq
Namun, siapakah yang bakal mendapat imuniti? Jawapannya akan diumumkan pada episod akan datang.
Tiada Penyingkiran, Hanya Cabaran Lebih Sengit!
Semua peserta menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran berlaku semalam. Namun, ini hanya memberi ruang untuk cabaran lebih sukar pada episod seterusnya.
Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan episod ketiga MASKULIN Who’s Your Bro pada 13 Disember, jam 9 malam di Astro Ria. Siapa tahu, mungkin bro pilihan anda pula untuk bersinar!
Siapa bro, siapa lawan?
MASKULIN Who’s Your Bro bukan sekadar pertandingan, tapi medan kejantanan sebenar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Preview MASKULIN Who’s Your Bro Episod 7 – Cabaran Ekstrem di Tepi Pantai!

Selepas deretan aksi mendebarkan di episod lalu, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ kembali dengan episod 7 yang lebih ekstrem dan lebih mantap.
Dari melawan api yang menyala-nyala hingga mengatasi ketakutan pada ketinggian, peserta program realiti kecergasan nombor satu Malaysia ini telah mengharungi ranjau penuh keberanian.
Namun pada minggu ini, cabaran yang menanti mereka lebih berbeza dan bukanlah calang-calang. Bersiap sedia untuk saksikan episod 7 kerana medan pertempuran bakal bertukar ke pantai yang penuh dengan elemen ekstrem!
Pusingan Penyingkiran
Di hujung episod lalu, dua pasukan tercorot diumumkan terpaksa mara ke pusingan penyingkiran – Nad dan Syafiq menentang Irwan dan Asyraf.
Pusingan ini diberi nama yang cukup berani, BEACH BRAWL. Nama sahaja sudah cukup menggambarkan cabarannya, tapi apa sebenarnya yang perlu mereka lakukan?
Adakah mereka perlu bertarung habis-habisan, menggunakan taktik pertarungan untuk menjatuhkan lawan?
Atau mungkinkah cabaran ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk mengalahkan diri sendiri? Apa yang pasti, hanya satu pasukan akan terus mara, dan satu lagi akan tersingkir! Siapakah yang bakal kecundang?
Cabaran Utama
Buat peserta yang masih bertahan, cabaran utama minggu ini menjanjikan sesuatu yang belum pernah mereka lalui iaitu CAPTURE THE BOAT.
Di lokasi tepi pantai dengan ombak sebagai saksi, cabaran ini membawa elemen air yang ekstrem dan penuh risiko. Apa yang perlu dilakukan oleh para Bros?
Adakah mereka perlu menyelam di laut yang dalam, melepaskan sebuah bot yang tersekat, dan menariknya ke darat?
Atau adakah mereka perlu berlari melawan arus air dengan bot yang berat untuk menguji daya tahan mereka?
Segalanya bergantung kepada keazaman dan semangat juang setiap peserta. Ini bukan sekadar ujian kekuatan, tetapi ujian siapa yang benar-benar layak bergelar Bro sejati!
Siapa Bro, Siapa Lawan?
Minggu demi minggu, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus membuktikan bahawa menjadi seorang lelaki sejati memerlukan lebih daripada otot yang kuat.
Ia tentang ketabahan, keberanian, dan semangat untuk tidak menyerah kalah. Setiap cabaran bukan sahaja menguji tubuh tetapi juga minda dan jiwa.
Jadi, siapa yang akan mengungguli CAPTURE THE BOAT? Dan siapa pula yang akan melangkah keluar selepas BEACH BRAWL? Hanya satu cara untuk mengetahui – pastikan anda menonton episod ke-7 malam ini, jam 9 malam di Astro Ria dan Astro GO!
BACA: MASKULIN Who’s Your Bro Ep.6 – Peluh, Api dan Semangat Membara di KKB Fire Academy!
Inilah malam yang bakal menentukan segalanya.
Siapa bro, siapa lawan? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama penuh aksi ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Preview Episod 5 ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ – Mencari ‘King of the Hill’!

Buat peminat kecergasan, aksi lasak, dan semangat persaudaraan sejati, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) pastinya satu program yang sudah tidak asing lagi buat anda pada ketika ini.
Kini bergelar sebagai program realiti nombor satu, WYB telah tampil dengan empat episod memaparkan pelbagai cabaran epik yang benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal setiap Bros. Namun, apa lagi yang menanti para Bros dalam episod kelima kali ini?
Episod pertama mereka bermula dengan cabaran mendaki Menara KL, para Bros telah mempamerkan daya tahan mereka dalam cabaran larian ekstrem
Kemudian mereka diuji pula dengan cabaran Metal Mania di junkyard – satu medan ujian kekuatan dan ketangkasan yang memerlukan keberanian luar biasa. Selepas itu, ke hutan dalam Log Challenge, cabaran yang menuntut kerjasama dan strategi mantap.
Dan siapa boleh melupakan pertempuran sengit di sawah bersama pemain ragbi profesional? Setiap episod adalah pertempuran yang menguji sempadan kecergasan, ketahanan mental, dan semangat kerjasama mereka.
SIAPA KING OF THE HILL?
Kini dengan 10 Bros yang masih kekal dalam saingan bakal menghadapi satu lagi cabaran yang tidak kurang hebatnya dalam episod kelima – ‘King of the Hill’!
Cabaran di lereng bukit ini menjanjikan aksi yang lebih mencabar, penuh dengan liku dan ujian ketabahan. Lebih menarik, gandingan pasukan Bros akan dirombak sepenuhnya. Siapakah yang bakal menjadi sekutu, dan siapa pula yang akan menjadi lawan dalam pertempuran mendaki puncak?
Dengan nama cabaran ‘King of the Hill’, apakah yang anda jangkakan? Adakah ianya sekadar larian menawan bukit atau melibatkan beban yang perlu ditarik?
Atau mungkinkah terdapat elemen kejutan yang akan mengubah keseluruhan dinamik pertandingan? Apa pun, satu perkara pasti – para Bros akan memberi segala yang mereka ada untuk membuktikan siapa yang layak bergelar juara!
BACA: Dr. Shazif Puji Kepimpinan Saddam, Semangat Brotherhood Penentu Kemenangan
Jangan lepaskan peluang menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod kelima pada 3 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Anda juga boleh menikmati aksi mereka secara digital melalui platform Sooka dan Astro GO. Saksikan sendiri, siapa bro, siapa lawan, dan siapakah yang akan menguasai cabaran terbaharu ini.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Siapa bro, siapa lawan? Nantikan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Chee Wai Sedia Hadapi Cabaran Baru Bersama Nad

Sokongan Teguh Ketika Situasi Cemas
Dalam detik mencabar semasa episod ke-8 Who’s Your Bro, Chee Wai menunjukkan peranan besar sebagai rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan kepada Nad.
Ketika Nad jatuh dari halangan ‘warped wall’ dan mengalami kecederaan serius pada tangan kanannya, Chee Wai pantas bertindak membantu.
“Saya cuba yang terbaik untuk tolak kaki dia ke atas sebab tangan kanan dia dah tak boleh tarik sendiri,” kata Chee Wai.
Selain bantuan fizikal, Chee Wai juga memberikan motivasi kepada Nad, memuji ketabahan dan keupayaannya.
“Saya rasa sangat mengagumkan dia boleh habiskan cabaran itu. Tak ramai bodybuilder pun yang boleh buat perkara yang sama,” tambahnya.
Sokongan moral seperti ini menjadi pendorong utama bagi Nad untuk terus berjuang walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.
Bersedia Menghadapi Cabaran Baru Bersama
Selepas cabaran tersebut, fokus utama Chee Wai dan Nad adalah untuk memulihkan kecederaan masing-masing sebelum menghadapi episod seterusnya.
Chee Wai sendiri mengalami kecederaan bahu ketika membantu Nad mendaki ‘warped wall’, menjadikan persiapan mereka lebih mencabar.
“Selepas cabaran ini, semuanya tentang recovery untuk tangan Nad dan bahu saya,” jelas Chee Wai.
Mereka hanya dapat berharap agar episod seterusnya menawarkan cabaran yang lebih sesuai dengan kekuatan mereka.
Pengajaran Dari Cabaran
Bagi Chee Wai, menghadapi cabaran besar bersama Nad bukan sahaja menguji fizikal tetapi juga memberikan pelajaran berharga tentang diri sendiri.
“Saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan pasukan, tetapi saya juga sedar ada perkara yang di luar kawalan saya,” kata Chee Wai.
Dia belajar untuk menerima takdir, melepaskan kegagalan dan terus fokus kepada cabaran seterusnya.
Sikap ini mencerminkan ketabahan seorang individu yang memahami bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada kemenangan, tetapi juga usaha dan pengorbanan sepanjang perjalanan.
BACA LAGI : MASKULIN Who’s Your Bro EP.8 – Pertarungan Sengit Mencari Siapa ‘The Maze Warriors’!
Duo Mantap Dengan Semangat Tidak Pernah Luntur
Dengan semangat juang yang tinggi, Chee Wai dan Nad bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang bakal mendatang.
Kecekalan mereka dalam mengatasi kesukaran bersama menjadi inspirasi kepada penonton bahawa kekuatan sejati bukan sahaja datang daripada fizikal, tetapi juga daripada sokongan dan kerjasama yang tulus antara rakan sepasukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI