Berita

Fahmi Fadzil Kesal Universiti Malaya Jemput Penceramah Pro-Zionis

Share

Susulan seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati berkaitan perjuangan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal.

Memetik laporan Astro Awani, Fahmi kesal terhadap Universiti Malaya (UM) atas jemputan itu.kerana menjemput seorang ahli akademik warga asing yang cenderung kepada rejim Zionis.

“Seorang profesor telah hadir, beri komen yang jelik dan apabila diteliti latar belakang akademiknya, dia adalah pro kepada rejim Zionis.. saya kesal dengan jemputan ini,” katanya

UM Alma Mater Ramai Pemimpin

Fahmi berkata perkara itu sepatutnya tidak berlaku di UM kerana universiti itu merupakan sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang merupakan tempat pengajian ramai pemimpin tertinggi negara.

“UM juga adalah IPT yang berada dalam kawasan Parlimen (Lembah Pantai) dan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini, saya timbulkan rasa kesal. Insiden sebegini seharusnya tidak berlaku kerana UM merupakan alma mater ataupun tempat pengajian perdana menteri, beberapa mantan perdana menteri, mantan speaker, peguam negara, ketua hakim negara..

“Kita tahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah bersuara cukup lantang tentang isu Palestin ini,” kata Fahmi.

Foto: Penceramah pro-zionis, Bruce Gilley ketika menyampaikan ceramah di Universiti Malaya.

Media sebelum ini melaporkan UM menerima banyak kecaman kerana membenarkan seorang profesor sains politik Bruce Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga telah mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah warga asing terbabit.

Sumber: Astro Awani

BACA: Pempengaruh Kecergasan Tegur Kandungan Jenaka Isteri Kurang Ajar, Suami Lembik

IKLAN