Dalam melayari bahtera perkahwinan, sudah pastinya tidak semuanya indah sahaja. Semua itu adalah asam garam rumah tangga yang perlu dirasai setiap pasangan suami isteri.
Pengalaman itu kini telah banyak dizahirkan dalam bentuk jenaka menerusi kandungan-kandungan di media sosial.
Namun adakalanya kandungan sedemikian mungkin dianggap berlebihan dan mampu menimbulkan salah faham mengenai peranan serta tanggungjawab sebenar suami dan isteri di dalam institusi rumah tangga.
Seorang pempengaruh kecergasan dan bina badan yang dikenali sebagai Pijie tampil meluahkan kebimbangan tersebut menerusi satu perkongsian video di laman Tiktoknya.
Dia meluahkan tidak gemar melihat jenaka rumah tangga yang menyerlahkan sisi kurang ajar seorang isteri dan betapa lembiknya seorang suami dalam menangani perkara itu.
“Bila sebut pasal jenaka rumah tangga sahaja kan, orang perempuan mesti kurang ajar. Jenis tak boleh kalah, dah minta maaf salahkan suami balik.
“Kalau tak kurang ajar, mesti merumitkan. Merajuk dengan suami atas sebab-sebab yang tak menentu lah, jeling-jeling suami, tengking-tengking suami.
“Yang lelaki pula mesti lembik, takut bini. Lepas itu bila bini dia kurang ajar, dia tak buat apa-apa. Buat bodoh, nak tegur bini pun takut,” ujarnya di dalam video tersebut.
Itukah Yang Diajar Rasulullah SAW?
Meskipun memahami yang kandungan sebegitu hanyalah sekadar jenaka, namun dia bimbang perkara itu lama-kelamaan akan dianggap biasa oleh masyarakat.
“Sebenarnya adakah normal isteri-isteri dekat Malaysia ini tak hormat suami? Normal kah orang lelaki ini takut dengan bini?” soalnya.
“Benda itukah yang Rasulullah SAW ajar dekat kita? Saya rasa tidak”.
Oleh itu, dia mengharapkan agar pencipta kandungan media sosial menghentikan kandungan-kandungan yang dianggap bodoh ini.
“Maaflah kalau saya cakap benda itu bodoh, tapi bagi saya memang benda itu bodoh sebab seorang wanita Islam tidak sepatutnya bersikap begitu dan seorang lelaki Islam tidak sepatunya bersikap begitu,” tegasnya lagi.
Pijie yang juga seorang suami itu turut bersyukur perkara sedemikian tidak berlaku di dalam rumah tangganya selain berharap ia juga tidak berlaku di dalam rumah tangga orang lain.
Jumlah pengambilan kafein yang wajar untuk orang dewasa adalah sekitar 400 miligram untuk setiap harinya. Pada takaran tersebut, kafein sebenarnya masih selamat bagi tubuh. Pengambilan kafein dengan kuantiti yang berlebihan akan membuat anda mengalami beberapa kesan sampingan pada kesihatan tubuh anda iaitu:
1- Mencetuskan Sakit Kepala
Kajian membuktikan bahawa kafein dan sakit kepala mempunyai hubungan yang sangat berkaitan. Anda mungkin pernah mencari komposisi kafein pada ubat sakit kepala. Ya, memang kafein dalam jumlah tertentu dapat membantu menghilangkan sakit kepala. Namun, perlu diketahui juga bahawa kafein dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala.
Jika anda adalah seorang penggemar kopi, yang merupakan salah satu bahan yang mengandungi kafein, dan tiba – tiba berhenti dan tidak mengambil kopi lagi, anda juga boleh mengalami sakit kepala.
2- Menimbulkan Perasaan Was – Was dan Cemas
Kesan sampingan kafein seperti was – was atau cemas mungkin tidak dialami bagi sesetengah orang. Tetapi bagi beberapa orang lain seperti mereka yang jarang mengambil kafein berkemungkinan lebih tinggi mengalami kesan sampingan seperti ini.
3- Menyebabkan Gangguan Tidur
Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, kafein ini merupakan suatu zat yang dapat merangsang sistem saraf pusat kita. Mengambil kafein dalam jumlah banyak akan membuat seseorang suka untuk tidur atau biasa disebut dengan insomnia.
4- Menyebabkan Ketagihan Kafein
Bagi mereka yang sudah sering mengambil kafein, tidak mustahil mereka akan mengalami ketagihan terhadap kafein. Ketagihan kafein boleh ditandai dengan munculnya gejala seperti pening, mengantuk, cemas dan cepat marah. Pada beberapa orang, gejala ketagihan boleh ditandai dengan badan yang gemetar.
5- Menyebabkan Muntah-Muntah
Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami overdos atau keracunan kafein. Gejala dari dos berlebihan kafein seperti khayalan dan perasaan yang sangat bingung, loya dan muntah, cirit-birit, haus berlebihan, maupun sering buang air kecil. Jika tidak segera ditangani, dos berlebihan kafein boleh menyebabkan kematian.
6- Mengakibatkan Masalah Pencernaan
Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Keadaan demikian boleh membuat kita merasa memulas atau sakit perut dan mungkin cirit-birit.
7- Menyebabkan Haus Berlebihan
Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Selain itu jika anda mengambil kafein sebelum bersenam, dikhuatiri tubuh akan kekurangan banyak cecair badan dan dehidrasi.
8- Meningkatkan Tekanan Darah
Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Bahkan dalam jangka waktu lebih kurang satu jam, kafein mencapai tahap tertingginya di dalam aliran darah kita. Dalam jangka masa tersebut atau bahkan lebih cepat, kafein boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Inilah sebab mengapa kopi adalah salah satu jenis makanan penyebab darah tinggi naik dengan cepat.
9- Menyebabkan Osteoporosis
Kafein yang diambil secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kekurangan kalsium boleh membawa pada keadaan tulang reput atau osteoporosis.
10- Degupan Jantung Bayi Lebih Cepat
Bagi ibu – ibu yang sedang hamil, pengambilan kafein mungkin perlu dikurangkan. Kafein yang masuk ke dalam tubuh, masuk ke dalam aliran darah dan masuk ke plasenta. Dalam keadaan seperti ini, janin juga turut mengambil kafein tersebut melalui plasenta. Kafein yang masuk ke dalam tubuh janin tersebut boleh mengakibatkan degupan jantung janin menjadi tidak teratur dan lebih cepat ritmanya.
11- Meningkatkan Risiko Keguguran
Kafein dalam jumlah yang sangat banyak boleh memberi pengaruh sangat buruk pada wanita yang sedang hamil. Kafein boleh menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin. Dan hal tersebut boleh menyebabkan gangguan kehamilan dan mengarah pada keadaan keguguran.
12- Menyebabkan Sukar Hamil
Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisme dan pengeluaran hormon estrogen pada wanita. Hal tersebut boleh membuatkan wanita yang terlalu kerap mengambil kafein sukar hamil.
13- Meningkatkan Risiko Gout
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, kafein sangat berkait rapat dengan terjadinya risiko penyakit gout. Hal ini dibuktikan oleh hasil kajian yang menunjukan bahawa orang – orang yang sering mengambil minuman yang mengandungi kafein cenderung lebih mudah terkena penyakit gout.
14- Menyebabkan Sering Buang Air Kecil
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan. Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.
15- Menyebabkan Gejala vasomotor
Kafein yang diambil oleh wanita boleh menimbulkan gejala vasomotor atau vasomotor symptom. Gejala ini boleh menyerang wanita yang mengalami menopause. Dan gejala tersebut mungkin memburukkan keadaan menopause wanita.
Penting! Kesan Kafein Yang Mematikan
Selain beberapa kesan sampingan dari kafein yang sudah dijelaskan di atas, ada beberapa kesan sampingan lain yang penting untuk diketahui:
16-Penyakit jantung
17-Meningkatkan kolesterol jahat atau LDL di dalam tubuh
18-Menyebabkan penyakit sendi
19-Meningkatkan risiko stroke
20-Merosakkan pembuluh darah
Setelah mengetahui pelbagai kesan sampingan yang boleh ditimbulkan oleh kafein, ada baiknya mulai saat ini kita mengurangkan kafein. Mengurangkan minum minuman seperti cola, teh, minuman ringan, minuman bergas dan kopi boleh membantu kita mengurangkan risiko terkena pelbagai kesan sampingan kafein. Bagi orang – orang yang menderita penyakit jantung atau ulu hati, sebaiknya dirujuk terlebih dahulu sama ada kafein selamat atau tidak bagi anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melihat transformasi yang dilalui oleh pelakon muda popular yang lahir dari Pertandingan Hero Remaja satu ketika dahulu mungkin mampu dibanggakan kini. Dari pemuda yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri, dia berubah menjadi seorang yang sangat berani dan tabah hadapi segala kritikan yang hadir pada dirinya.
Sempat mendekati Fattah Amin, 27 di majlis Meet And Greet AJ De Parfum, menyatakan hasrat murninya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan Umrah pada 15 Oktober ini.
“Ini merupakan umrah pertama mereka dan kali kedua buat saya, mungkin sudah tiba saya bawa ibu dan ayah ke tanah suci untuk beribadah”, di samping turut mengulas agar mendoakan yang terbaik untuk jodohnya.
“Sekiranya jodoh saya tiba, saya akan beritahu kepada semua dan tidak akan menyembunyikan perihal gembira tersebut, jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga tidak menolak jika jodoh saya dengan wanita yang sedikit berusia, lagipun umur sekadar umur tiada apa-apa yang perlu dipertikaikan.
Ayuh kita lihat transformasi pelakon muda ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti tiap hari kita akan mengunakan dapur untuk memasak makanan namun berapa kali korang servis dapur tu? Serpihan karat yang melekat pada dapur pasti akan membuatkan api dapur menjadi perlahan da melambatkan kerja memasak.
Jadi apa kata kita cuba tip dan langkah seperti yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita bersihkan dapur tu dan tolong pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Bahan Yang Diperlukan
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
Cara-cara servis
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss��.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.