Sumber foto: Instagram @say_shazril.

Memiliki zuriat yang sempurna sifat luar dan dalam adalah impian setiap ibu bapa. Namun sebagai manusia, apalah kuasa kita untuk menentukan kesempuraan anak yang bakal dilahirkan. Sebahagian daripada kita diduga dengan diberikan anak yang istimewa, seperti anak yang mengalami masalah autisme.

Begitu juga dengan doktor selebriti, Dr Say Shazril atau nama sebenarnya, Muhammad Shazril Shaharuddin yang juga dikurniakan seorang anak autisme.

Dengan pengalamannya sendiri, Dr Say berharap agar ibu bapa yang senasib dengannya agar tidak bersikap terlalu lama menafikan tanda-tanda autisme pada anak kerana perkara itu hanya akan menyusahkan diri di kemudian hari.

“Saya ada dengar juga kes-kes yang in denial for so long yang sampai anak dia tak dapat nak bantu diri sendiri.

“Sebelum umur anak itu enam tahun, kita perlu intervene secepat mungkin sebab masa ini anak itu tiada behavior, otak dia masih lembut, masih boleh menerima pelbagai macam pepatah melentur buluh biar dari rebungnya,” katanya ketika ditemui Maskulin ketika majlis pelancaran koleksi BAJUU by Wardrobe di ibu negara minggu lalu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Dr Say juga tidak menafikan yang Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (EIP) adalah sangat mahal, namun baginya inilah salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang bapa.

“Dalam tempoh enam tahun inilah anak kita akan dibentuk. Sekiranya kita terlambat, selepas itu memang sangat susah. Jadi kita nak susah di kemudian hari atau susah di awal hari? Kalau saya, saya pilih susah di awal hari supaya saya dapat bersenang di kemudian hari,” tambahnya.

IKLAN

“Dulu Saya Paling Denial

Mengimbau kembali kenangan pada awal fasa anak sulungnya Aezriel, 4, mula memperlihatkan tanda-tanda autisme, Dr Say berkata yang dia juga turut bersikap menafikan kenyataan itu.

“Terus terang cerita, sayalah yang paling in denial awal-awal. Isteri saya dah nampak dah anak saya lain masa dia umur enam bulan. Tapi saya macam, no anak kita mungkin elok sahaja, you (isteri) janganlah cakap pelik-pelik pasal dia.

Jangan Nafi Tanda Anak Autisme, Jangan Terlambat – Dr Say
Foto: Dr Say bersama anaknya Aezriel yang kini berusia empat tahun. (Sumber: Instagram @say_shazril)

“Tapi bila dah dapat diagnosis yang sebenar daripada pakar, saya rasa saya boleh terima. Saya kena terima sebab waktu itu emas bila kita ada anak istimewa.

IKLAN

“Bagi saya, saya nak ibu bapa di luar sana yang mungkin ada anak seperti saya, jangan terlambat,” katanya lagi.

Memetik laman Autism Malaysia, autisme merupakan gangguan spektrum sepanjang hayat dan boleh dikenal pasti seawal usia 18 bulan.

Kanak-kanak yang mengalami gangguan autisme akan memperlihatkan tanda-tanda tertentu, antaranya ialah lambat bertutur apabila mencapai usia tertentu dan kesukaran untuk berkomunikasi walaupun secara bukan lisan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI