Faisal Halim antara menerima pingat Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Klang semalam.
Pemain sayap Selangor FC yang juga tonggak kebangsaan ini antara 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah itu.
Penyanyi Altimet bersama Faisal Halim.
Selepas majlis itu, Faisal menzahirkan ucapan terima kasih di atas kurniaan anugerah itu dan berazam untuk bekerja lebih keras dan memberi yang terbaik buat pasukan diwakilinya.
“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini.
“Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini. Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku,” kata Faisal di laman sosial miliknya.
Terdahulu pada 5 Mei 2024, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Ads
Faisal Halim menerima sokongan penuh daripada kelab bola sepak Selangor FC dan penaungnya, Sultan Selangor selepas menjadi mangsa simbahan asid.
Kecederaan yang dialami oleh tonggak pasukan Selangor FC dan Harimau Malaya itu menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.
Faisal kemudian tampil buat kali pertama pada 13 Jun di hadapan umum dalam sidang akhbar.
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut : ◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung. ◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok Ketiga” ?
Ini mungkin istilah baru bagi kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
‘Asap ketiga’ dapat melekat selama berhari-hari pada permukaan benda-benda tersebut, sungguhpun ruang tersebut telah dibersihkan atau dianginkan dengan membuka kipas atau jendela. Terdapat beberapa kajian mengenai berapa lamakah ‘asap ketiga’ berada dalam sesuatu ruang:
Risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga adalah sama seperti perokok tegar. Sesuatu yang ingin ditegaskan di sini ialah bahaya yang bakal dihadapi oleh KANAK-KANAK akibat menghidu ‘asap ketiga’ ini. Antara masalah kesihatan yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak adalah seperti : Penyakit paru-paru, jangkitan telinga, kematian mengejut pada bayi (SIDS), masalah pembelajaran, alahan dan kanser (leukimia, kanser kalenjar, kanser paru-paru
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara — Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka .
Dan yang paling utama, jika anda seorang perokok, BERHENTILAH MEROKOK ! Demi kesihatan anda, demi kesihatan keluarga anda !
Ingatlah !! Anda tetap MERACUNI keluarga anda walaupun :
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demi tanggungjawab terhadap keluarga ramai lelaki keluar pagi dan pulang lewat petang untuk kesinambungan kehidupan. Tugas mencari rezeki berbeza-beza pada setiap orang. Mungkin ada yang beruntung dengan pekerjaan di kerusi empuk tetapi ada juga yang terpaksa bertarung nyawa.
Tak semua orang sanggup menjalankan pekerjaan yang mencabar dan berisiko tinggi. Namun, bagi sesetengah lelaki, pekerjaan yang berbahaya ini tidak sekadar menawarkan cabaran fizikal dan mental, malah turut memberikan ganjaran yang lumayan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 pekerjaan lelaki paling berbahaya di dunia, tetapi menawarkan pendapatan yang tinggi. Adakah anda sanggup untuk mencuba?
Pekerjaan ini melibatkan operasi di pelantar minyak atau ‘offshore oil rig worker’ yang terletak jauh di tengah laut. Mereka berdepab cuaca ekstrem, risiko kebakaran dan letupan.
Walaupun risiko kecederaan dan kematian agak tinggi, namun pekerja pelantar minyak dibayar dengan pendapatan yang lumayan. Mereka mampu memperoleh di antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.
Mereka yang bekerja sebagai pemadam kebakaran hutan sering terdedah kepada bahaya yang melibatkan api besar, asap tebal, dan keadaan cuaca ekstrem. Walaupun kerja ini berbahaya, gaji tahunan mereka boleh mencecah RM250,000.
Sebagai juruterbang helikopter perubatan, tugas utama mereka adalah untuk menerbangkan pesakit yang kritikal ke hospital dalam masa yang pantas.
Cabaran utama termasuk terbang dalam cuaca buruk, waktu malam, dan kawasan yang sukar dilalui. Gaji bagi juruterbang ini boleh mencapai sehingga RM400,000 setahun.
Pemburu ketam di perairan Alaska terdedah kepada cuaca sejuk melampau, gelombang besar, dan risiko terjatuh ke laut.
Ia diakui sebagai salah satu pekerjaan paling bahaya di dunia, tetapi mereka dibayar hingga RM500,000 dalam satu musim menangkap ketam.
Di dalam terowong yang sempit dan gelap, pelombong arang batu berdepan dengan risiko kejatuhan batuan, ledakan gas, dan masalah kesihatan jangka panjang. Namun, mereka yang berpengalaman boleh memperoleh gaji sehingga RM300,000 setahun.
Mereka yang bekerja di tapak pembinaan pencakar langit sentiasa berhadapan dengan risiko jatuh, peralatan berat, dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Walaupun risiko kecederaan adalah tinggi, pekerja pembinaan di ketinggian ini dibayar antara RM200,000 hingga RM400,000 setahun.
Tentera upahan sering diupah oleh syarikat keselamatan untuk bekerja di kawasan konflik atau negara-negara bergolak.
Tugas mereka termasuk melindungi individu atau syarikat daripada ancaman keselamatan. Pendapatan mereka boleh mencapai lebih RM500,000 setahun.
Pekerjaan ini melibatkan pemusnahan bangunan lama atau runtuhan yang rosak. Risiko tercedera akibat bahan runtuh dan penggunaan bahan letupan adalah tinggi.
Namun begitu dengan risiko tersebut juru gali runtuhan dibayar dengan gaji lumayan. Mereka mampu memperoleh sekitar RM200,000 hingga RM350,000 setahun.
Melatih haiwan liar seperti singa, harimau, atau buaya melibatkan risiko serangan yang boleh membawa maut.
Namun, mereka yang pakar dalam bidang ini boleh menjana pendapatan sehingga RM400,000 setahun, terutamanya jika bekerja dengan zoo atau dalam industri hiburan.
Juruelektrik yang bekerja di menara tinggi untuk membaiki kabel elektrik atau memasang antena satelit terdedah kepada risiko jatuh dari ketinggian yang melampau. Walaupun kerja ini sangat mencabar, mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM350,000 setahun.
Walaupun pekerjaan-pekerjaan ini sangat berbahaya, ia sering menawarkan imbuhan yang tinggi. Lelaki yang terlibat dalam industri-industri ini tidak hanya mencari nafkah, tetapi juga cabaran dan kepuasan dalam menjalani pekerjaan yang melibatkan risiko besar.
Bagi mereka, keseronokan dan ganjaran kewangan ini adalah setimpal dengan bahaya yang dihadapi setiap hari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang