Fashion sekarang dah di pelbagaikan, macam-macam trend telah dicipta untuk menukar normal pemakaian harian. Jika sebelum ini, fashion seperti poket seluar di luar, kali ini dunia dikejutkan dengan trend fashion terbaru iaitu poket penis diluar seluar. Bunyi macam geli kan?
Brand di bawah naungan Uniqlo, GU telah mengeluarkan fashion seluar yang unik ini dengan bertujuan agar si pemakai tidak berasa begitu ketat di bahagian sulit kerana faktor seluar ‘slim fit’ yang sedikit sendat. “poket” ini dicipta agar para lelaki boleh menyimpan barang di dalam saku yang diletakkan betul-betul dihadapan kancing seluar hadapan anda.
Ads
Ads
Seluar ini terdapat dalam beberapa color antaranya warna putih, tan dan navy, poket ini juga berbeza-beza mengikut warna untuk membuat kontras paling berani.
Di kalangan mereka yang aktif melakukan aktiviti sukan lasak, luncur air, larian mahupun berbasikal pastinya tidak asing lagi dengan jenama kacamata Oakley.
Melakukan aktiviti luaran sememangnya lebih selesa untuk menggunakan kaca mata bagi melindunginya dari sinaran terik cahaya matahari.
Sebagai jenama yang cukup dipercayai memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi perlindungan, Oakley sentiasa memperkenalkan inovasi terkini dalam variasi koleksi mereka.
Terbaru, Oakley memperkenalkan Hydra, kaca mata yang bentuknya dinspirasikan dari bentuk Razor Blade hadir dengan semi-rimless dengan lensa berpelindungan.
Lebih menarik lagi, Hydra tampil dengan inspirasi rekaan dan warna yang popular pada era 90-an. Selain itu juga ia turut memberikan ‘homage’ kepada budaya surfing yang cukup subur pada zaman tersebut.
Pengenalan Hydra turut dijayakan dengan kempen yang cukup bersifat kelestarian alam. Kempen ini diketuai oleh peluncur air profesional dan Team Oakley iaitu Ethan Ewing dan Griffin Colapinto. Momen dirakamkan mereka ketika meluncur di Indonesia menyingkap intipati ‘Good Times Only’.
Oakley Hydra hadir dengan reka bentuk yang cukup menarik dengan logo jenamanya di bahagian sisi sebelah atas – rekaan yang popular pada era 90-an. Selain tampil dengan reka bentuk Razor Blade, Hydra juga dilengkapi dengan teknologi Prizm Lens Technology yang memberikan visual warna dan kontras yang memuaskan.
Selain itu, ia juga hadir dengan Unobtainium, ciri kalis gelincir yang terletak di bahagian hidung dan opsyen low-bridge.
“Warisan Oakley di California di sepanjang kemuncak budaya surfing pada era 90-an merupakan sebahagian identiti cukup penting dan merupakan DNA bagi jenama kami.
“Hydra merupakan sebuah indikasi tradisi dan legasi ikonik peluncur yang membelah arus pada dua dekad lalu. Stau tradisi yang kami ingin teruskan,” jelas Timbalan Presiden Rekaan Oakley, Nick Garfias.
Jenama yang sinonim dengan rekaan kasual klasik, Dockers tampil dengan koleksi istimewa – Dockers GO, yang menggabungkan keselesaan dan gaya tanpa kompromi.
Sejak hampir empat dekad, jenama ini terus menetapkan piawaian dalam dunia pakaian kasual dengan rekaan yang tidak lapuk ditelan zaman.
Untuk tahun 2025, ia melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan Dockers GO. Ia merupakan koleksi terkini lebih ringan, bernafas dan tahan kedutan. Sekali gus mampu memastikan lelaki berpenampilan segar sepanjang hari.
Sama ada di dalam perjalanan ke masjid untuk solat tarawih atau menghadiri majlis berbuka puasa, chinos Dockers GO boleh menjadi pilihan ideal untuk memastikan setiap langkah terasa selesa.
Dalam kesibukan menjalani ibadah dan memenuhi jemputan berbuka puasa, pemilihan pakaian yang selesa dan bergaya amat penting agar kita dapat menikmati setiap detik dengan penuh keyakinan.
Baru-baru ini MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi Dockers GO bertempat di butik mereka di Suria KLCC. Malah kami juga sempat berpeluang mencuba merasai sendiri koleksi ini yang ternyata menepati apa yang diperkatakan – selesa dan ringan.
Mengadaptasi konsep ‘High Performance, Low Effort, Dockers GO dihasilkan menggunakan fabrik berprestasi tinggi seperti Airweave. Ia bukan sahaja meregang dan menyerap lembapan tetapi juga mengawal suhu badan agar pemakai sentiasa dalam keadaan selesa.
Dengan tambahan dua poket keselamatan tersembunyi, chinos ini juga membolehkan anda menyimpan keperluan penting seperti kunci, kad kredit, atau telefon pintar dengan lebih praktikal.
Koleksi ini juga dilihat hadir dengan ekspresi versatil tersenduri. MASKULIN melihat ia direka untuk peralihan mudah dari siang ke malam. Seluar chinos ini membolehkan lelaki tampil kemas di pejabat dan tetap bergaya ketika keluar bersama keluarga atau rakan-rakan.
Sesuai dipadankan dengan polo ringan atau kemeja lengan pendek daripada koleksi Dockers Ramadan 2025 untuk mendapatkan gaya santai yang tetap elegan.
Himpunan Ramadan kali ini turut menawarkan pelbagai helaian yang mencerminkan semangat kesederhanaan dan kesucian bulan mulia ini.
Daripada kemeja berkancing kepada crewneck ringkas, setiap helaian memastikan anda tampil segak tanpa mengabaikan keselesaan. Dengan penggunaan fabrik ringan dan potongan moden, koleksi ini membolehkan anda bergaya dengan penuh keyakinan tanpa rasa rimas.
Chinos Dockers GO adalah simbol keseimbangan antara tradisi dan inovasi, menjadikan ia pilihan utama bagi mereka yang menghargai kualiti dan ketelitian dalam berpakaian.
Koleksi ini boleh didapati di semua butik Dockers di seluruh negara bermula 13 Mac. Untuk maklumat lanjut, layari www.dockers.com.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita menjadi agak ‘blur’ apabila ingin memilih kasut raya.
Adakah ia sesuai untuk digayakan dengan Baju Melayu atau pakaian kasual biasa? Bagaimana pula dengan bentuk dan warnanya? Trend semasa atau tidak?
Mungkin itulah beberapa persoalan yang bermain di minda anda ketika ingin membeli kasut raya. Walaupun tahun ini ramai yang terpaksa beraya dalam suasana PKP namun jangan jadikan itu alasan untuk anda tidak tampil meraikan raya dengan gaya tersendiri.
Serlahkan kegembiraan dan raikan kemenangan dengan memakai pakaian baru termasuklah kasut.
Berikut merupakan beberapa jenis kasut yang anda boleh pilih untuk digayakan pada hari raya!
JKasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan. Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman. Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
Kasut sukan kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan. Ia juga menjadi antara kasut yang terpenting untuk lelaki.
Ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada tercedera semasa melakukan aktiviti kesihatan dan kecergasan. Ciri cirinya adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus dan direka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.