Fenomena Pancuran Meteor Datang Lagi, Di Jangka Di Ruang Angkasa Esok.

Share

Pernah tak korang lihat Fenomena Pancuran Meteor?Haa…ini peluang emas tau bukan senang nak lihat fenomena alam ni.  Melalui kenyataan Agensi Angkasa Negara, Angkasa, rakyat Malaysia dijangka dapat melihat secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam. Malah, ianya juga boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya semasa kemuncak fenomena.

“Cabaran pada 2017 adalah cahaya bulan yang terang kerana berada pada fasa bulan menghampiri purnama ketika kemuncak kemunculan meteor.

Dalam pada itu juga, bulan dijangka akan terbit lebih awal, iaitu pada 10.16 malam 11 Ogos. Ianya mungkin akan menyebabkan kadar kenampakan menjadi kurang. Jumlah meteor yang dapat dilihat juga bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca”, menurut kenyataan itu.

Pancuran meteor Perseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos.

Orang ramai juga dipelawa berkongsi gambar fenomena kejadian ini di Facebook Angkasa.

Sumber dari Siakap Keli

IKLAN