Apabila kita potong rambut, mesti kita perasan barber tersebut akan tukar mata mesin dan ada kalanya ambil gunting untuk kemaskan pada bahagian-bahagian tertentu.
Ditambah pula kalau kita minta stail yang kita gemari. Sama seperti dalam gambar-gambar di bawah dan yang menariknya, menerusi laman Instagram @juniorsantoss_official ini, mereka siap tunjukkan method untuk hasilkan rambut yang awesome :
1. Stail Satu
2. Stail Dua
3. Stail Tiga
4. Stail Empat
5. Stail Lima
Ads
6. Stail Enam
7. Stail Tujuh
8. Stail Lapan
9. Stail Sembilan
Ads
10. Stail Sepuluh
11. Stail Sebelas
12. Stail Dua Belas
13. Stail Tiga Belas
Ads
14. Stail Empat Belas
15. Stail Lima Belas
16. Stail Enam Belas
17. Stail Tujuh Belas
18. Stail Lapan Belas
Apa macam? Gempak bukan? Lepas ni bolehlah cari mangsa untuk kita gunting rambut mereka rujuk gambar-gambar dalam ni!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN percaya ramai di antara anda kini mempunyai rambut yang sudah semakin panjang. Selepas lebih 40 hari kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita sedia maklum perniagaan premis kedai gunting rambut atau salun masih tidak dibenarkan untuk berpoperasi.
Walaupun sekarang negara kita sudah mula ke tahap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun premis tersebut masih tiak dibenarkan untuk dibuka. Jadi lebih lama lagilah terpaksa kita tunggu untuk gunting rambut.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda sim,pan rambut panjang?
Tapi memunyai rambut yang panjang perlu datang dengan kesungguhan untuk menjaganya dengan baik. Kalau tidak dijaga nanti rambut dan kepala boleh berbau.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara terbaik bagaimana nak jaga rambut yang panjang.
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan salahkan produk semata-mata jika muka anda macam kilang minyak dan jerawat mudah naik. Tidak dinafikan muka berminyak memang merunsingkan kerana menampakkan wajah anda berkilat.
Jika tak mahu berdepan dengan muka berminyak, pastikan anda atasi dengan segera bagi mengelakkan berlakunya penyumbatan liang pori-pori sehingga wajah mudah naik jerawat.
Pastikan anda ambil tahu empat punca ini agar mudah untuk anda elak muka berminyak dan berjerawat.
Antara punca yang paling kerap terjadinya kulit berminyak adalah melalui pemakanan anda. Pengambilan banyak makanan berminyak, berlemak atau bergoreng tanpa memikirkan kesan sampingannya menyumbang faktor menyebabkan kulit muka berminyak.
Setiap orang lahir dengan kelebihan masing-masing. Ada segelintir yang lahir dengan genetik kulit berminyak yang sangat teruk, namun ia tidak menghalang anda daripada terus konfiden di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal jika anda mengikuti tip-tip penjagaan untuk kulit berminyak.
BACA: Lelaki Ini Kongsi 30 Produk Terbaik Atasi Muka Berjerawat, Berminyak & Parut!
Tekanan merupakan perkara normal yang sering terjadi terhadap lelaki. walaupun tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak, namun ia boleh mengubah keseimbangan hormon yang ada dalam badan seseorang sehingga menyebabkan masalah kulit berminyak.
Anda pasti pelik mengapa orang yang bekerja di pejabat tidak mengalami masalah kulit berminyak yang sangat teruk, sedangkan anda yang bekerja di bawah matahari yang terik sering mengalami kulit berminyak.
Bagi yang bekerja di kawasan terbuka dan panas, anda cenderung mengalami kulit berminyak yang sangat tinggi. Ini kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi wajah yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.
Lelaki sering berdepan dengan masalah jerawat timbul di badan. Nak buka baju pun rasa malu dan tak selesa kalau badan ada jerawat. Masalah ini boleh hilangkan keyakinan dalam diri.
Jika anda ingin mencari produk yang sesuai, ikuti perkongsian produk & tip merawat jerawat badan menggunakan 11 produk terbaik oleh EvarosAquaGel di laman Twitternya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang