G-Dragon, nama yang tak asing dalam industri Korea Selatan.
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan fesyen, G-Dragon kini menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya sebagai pensyarah.
G-Dragon jadi pensyarah
G-Dragon Jadi Profesor, Sumbang Kepakaran Bidang Pendidikan Korea Selatan
Pemilik nama Kwon Jiyong itu dilantik sebagai profesor jemputan di Korea Advanced Institute of Science & Technology atau dikenali sebagai KAIST. Ia merupakan salah satu universiti penyelidikan kebangsaan paling berprestij dan ketiga terbaik di Korea Selatan.
Menurut perjanjian yang ditandatangani oleh KAIST dan agensi Galaxy Corporation, penyanyi itu ditempatkan di bawah jabatan kejuruteraan mekanikal. Tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun dari 4 Jun 2024 hingga 6 Jun 2026.
Ads
@tsrmakerz G-Dragon has become a special professor at KAIST. #GD will teach undergraduate and graduate students in the Department of Mechanical Engineering, giving lectures on leadership until June 2026. #GDRAGON is also set to give a speech at today’s event at KAIST, “Innovate Korea 2024.” 🫡🫡🫡 #kwonjiyong#gd#KAIST♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity
G-Dragon akan menggunakan teknologi terkini KAIST dalam industri K-budaya untuk meningkatkan daya tarikan antarabangsa. Selain mengajar subjek kepimpinan buat pelajar sarjana muda, dia juga bertanggungjawab menganjurkan acara kebudayaan dan membawa pengalaman artistik untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Pada masa sama, penyanyi itu dilantik sebagai duta global dalam usaha mempromosikan KAIST di persada antarabangsa.
Ads
Rasa Teruja & Penghormatan Besar
Dalam acara Innovate Korea 2024 pada 5 Jun, G-Dragon, idola fesyen dan profesor jemputan di KAIST, meluahkan penghargaan menerusi rancangan bual bicara bersama Presiden KAIST. Beliau menganggap pelantikan ini sebagai penghormatan besar dan mengharapkan sinergi antara kepakaran sains dan hiburan akan membawa kejayaan besar seperti Bigbang.
Acara tersebut membincangkan teknologi masa hadapan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan K-pop. Ini bukan kali pertama KAIST bekerjasama dengan nama besar dalam hiburan; sebelum ini, Lee Soo Man dan Jo Sumi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di KAIST.
Ads
Terbaik G-Dragon!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak salah jika MASKULIN katakan bahawa dia merupakan wajah yang kian mekar di dalam hati setiap peminat drama televisyen sekarang.
Setiap drama lakonannya hingga kini mendapat perhatianyang cukup hebat dari rata-rata peminat. Mula dikenali menerusi drama ‘Cari Aku Di Syurga’, nama Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Herym mula manis meniti di bibir rakyat Malaysia.
Kemudian kemunculannya dengan watak sebagai Jaafar menerusi drama bersiri popular, ‘Kampung People’ telah meletakkan nama Hun Haqeem sebagai antara hero drama yang paling popular masa kini. Selain itu, dia turut diberi kepercayaan apabila muncul di dalam muzik video penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ‘Siapa Tak Mahu’.
Walaupun tahun 2020 cukup mencabar bagi ramai orang, namun ia merupakan tempoh yang cukup bermakna dalam kerjaya Hun Haqeem dalam bidang seni. Sayapnya kini terbang megah tinggi namun tidak sesekali dia lupa akan dari masa tapak asalnya.
MASKULIN dekati bintang muda berusia 23 tahun ini untuk momen-momen eksklusif buat anda. ‘Face forward’ apakah legasi yang ingin dibina oleh Hun Haqeem dalam kerjaya serta kehidupan personal.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama Hun Haqeem.
Projek terkini selepas ‘Angkara Cinta’?
Buat masa sekarang projek terkini saya selepas ‘Angkara Cinta’ adalah ‘Kampung People 3’ dan ‘Jekfer & Lailer’.
Sebagai pendatang baru apakah yang anda lihat sebelum terima sesuatu tawaran? Dan anda ingin dilihat sebagai pelakon yang bagaimana?
Sebagai pendatang baru, apa yang saya cari dalam tawaran adalah karakter. Sebab saya pun masih banyak lagi yang perlu belajar jadi bila ambil watak yang pelbagai karakter, jadi lebih banyak dapat dipelajari. Dari situ juga, saya boleh sahut cabaran sebagai seorang pelakon. Saya ingin jadi seorang pelakon yang oranglihat ada kemampuan dan kebolehan dan jadi seorang pelakon ada kredibiliti.
Idola anda di dalam industri ini dan rujukan utama dalam berkarya?
Untuk idola saya pilih Shaheizy Sam kerana kemampuan dia untuk jayakan dan bawakan sesuatu watak dengan sangat baik.
Sejak bila anda sedar ada bakat dalam lakonan dan adakah terbayang perjalanan lakonan boleh sejauh ini?
(Ketawa) Sejujurnya saya pun tak pasti. Tapi apa boleh saya cakap adalah saya sentiasa cari di manakah passion saya. Dan apa yang saya boleh lakukan dalam kerjaya dengan keikhlasan. Tak sangka pula Allah ketemukan saya dengan industri seni. Dan dari situlah saya menemui passion dalam lakonan.
Kesukaran dan cabaran sebagai pendatang baru?
Paling mencabar adalah learning process. Setiap individu ada cabaran mereka sendiri dan bagi saya sebab dulu tak pernah ada pengalaman dalam industri seni. Jadi saya tak tahu langsung apa-apa berkenaan dengan teknikal atau latar belakang penggambaran.
Jika diberi peluang ingin bawa watak sebagai seoarang mualaf. Watak seperti ini akan buat saya boleh belajar banyak benda dan beri impak positif.
Apa padangan anda tentang selebriti berkongsi masalah peribadi kepada umum?
Pada pandangan saya, itu pilihan masing masing. Saya ada orang orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan jadi tempat luahkan perasaan. Setiap orang mungkin ada cara masing-masing. Kalau pilih media soaial untuk meluahkannya atas sebab sebab, kita sebagai orang melihatnya hanya mampu berdoa dan beri sokongan, bukannya menghukum.
Watak yang paling mencabar dan menguji anda?
Jika diberi peluang ingin bawa watak sebagai seoarang mualaf. Watak seperti ini akan buat saya boleh belajar banyak benda dan beri impak positif. Saya selalu ada rasa ingin tahu apakah kisah di sebalik mereka menganut agama Islam dan keindahan hidayah mereka perolehi. Saya ingin faham dan dalami perasaan itu.
Boleh kongsi rutin penjagaan diri harian seperti kesihatan, pemakanan dan jadual senaman?
Saya jaga pemakanan dengan macronutritions di mana setiap karbohodrat diambl akan saya kira. Begitu juga dengan protein dan lemak. Tapi kalau sibuk dan tak sempat nak jaga diet, saya akan makan lebih banyak protein berbanding karbohidrat supaya tidak jadi overweight.
Bila penggambaran memang kadang-kadang tak sempat nak pergi gym. Kalau ada masa terluang memang saya akan selitkan sedikit masa untuk bersukan. Lagi satu perkara saya amalkan di set penggambaran ialah banyakkan berjalan kaki.
Bakat yang saya ingin luahkan adalah muzik. Sejak dari dulu muzik adalah salah satu a passion saya. InsyaAllah, kalau ada nanti saya akan kogsi dengan semua orang.
Perihal cinta, adakah anda bersedia menamatkan zaman bujang tatkala kerjaya sedang memuncak dan bagaimanakah ciri-ciri wanita idaman hati?
Okay, saya pernah jawab tentang hal ini dulu. Saya tak kisah pun kalau nak kahwin awal. Siapalah saya untuk menidakkan jodoh Allah sedangkan itu adalah satu kebaikan. Saya selalu percaya tak bermakna kahwin awal kerjaya boleh jatuh. Apa yang saya ada sekarang pun adalah rezeki dari Allah. Kalau kahwin pun itu rezeki dari Allah. Takkanlah kita pilih kebaikan Allah tutup pintu rezeki kita, betul tak?
Apakah bakat terpendam yang lain ingin anda tonjolkan lagi?
Bakat yang saya ingin luahkan adalah muzik. Sejak dari dulu muzik adalah salah satu a passion saya. InsyaAllah, kalau ada nanti saya akan kogsi dengan semua orang.
Pengalaman bekerja sewaktu pandemik, apakah cabarannya?
Cabarannya memang banyak. Salah satu contoh, tidak boleh ramai orang di set. Bila krew tak ramai makana untuk jayakan penggambaran juga akan bertambah sukar dan memenatkan. Tapi itulah dugaan norma baharu kita sekarang , kita terpaksa adaptasikan diri untuk kelangsungan hidup.
Bagaimana pula dengan kontroversi, perlu atau tidak untuk dikenali ramai?
Kontroversi itu akan selalu ada dimana-mana. Namun jika berdepan kontriversi biarlah kita uruskannya seperti masalahmasalah lain dalam kehidupan seharian. InyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Teks: Farizul Izwany Ibrahim
Styling: Kim Rahim
Foto: Pinography
Make up: Helmy Sarip
Rambut: Faizal Azhar
Pakaian: Wardrobe Privato & Kit Woo
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bak kata pepatah, tua-tua kelapa, makin tua main berminyak!
Itulah yang mungkin dapat MASKULIN simpulkan apabila melihat video sekumpulan warga emas ini melakukan aksi senaman dan mempamerkan bentuk badan mereka yang cukup sangat fit.
Jika anda rasa nak putus asa dengan azam tahun baru untuk menjaga makan dan bersenam bagi memastikan badan lebih tegap dan sihat mungkin grup veteran ini mampu memberikan inspirasi kepada anda.
Rakaman video yang telah tular di Facebook ini telah dimuat naik oleh Team Strong Silvers. Mereka merupakan sekumpulan warga emas yang bersama-sama melakukan aktiviti senaman untuk memastikan mereka sentiasa fit dan sihat.
Grup yang berasal dari Singapura ini telah mencuri perhatian bukan sahaja netizen di negara mereka tetapi di Malaysia.
Menurut laporan dari Coconut Singapore, Team Strong Silvers telah ditubuhkan sejak tahun 2013 dan mereka juga ingin menonjolkan calisthenics, sejenis senaman yang menggunakan berat badan sendiri dan memberi fokus kepada pergerakan motor terutama di kalangan mereka yang sudah berusia.
Melihatkan bentuk badan setiap ahlinya, MASKULIN berasa sangat kagum dan sedikit tercabar! Hebat betul sekalian uncle ini.
Video mereka yang tular tersebut kini telah ditonton hampir 250 ribu views dalam tempoh 4 hari sahaja. Malah, video yang berjudul ‘Never too OLD – Free styling at Ang Mo Kio West Town Park’ tersebut turut dikongsi (setakat artikel ini ditulis) kira-kira 2,700 share.
Kalau diperhatikan di ruang komen bukan sahaja netizen Singapura dan Malaysia sahaja yang memberikan komen pujian malah ada yang datang dari negara Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat.
Rata-rata daripada mereka berasa ‘terpukul’ dengan keazaman, skil dan kesungguhan yang dipamerkan oleh Team Strong Silvers.
Menerusi pin posting mereka di Facebook. Team Strong Silvers menyatakan mereka adalah grup yang bebas daripada mana-mana substance atau suplemen. Bukan tidak menggalakkan penggunaan suplemen tetapi bagi mereka perlu mendapat nasihat doktor terutama bagi golongan veteran.
Bagaimana dengan anda? Rasa segan tak dengan uncle yang usianya lebih kurang sama dengan ayah masing-masing?
Respect!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shuib Sepahtu, pelawak dan usahawan terkenal, baru-baru ini memberi kejutan kepada sahabat baiknya, Mamat, dengan membuka sebuah kedai makan bernama Sepah Penyet di Melaka.
Kejutan itu berlaku ketika Shuib meminta Mamat untuk membuat video promosi, tanpa tahu bahawa mereka sedang merancang restoran tersebut.
Terharu dengan kejutan itu, Mamat menyaksikan sendiri papan tanda Sepah Penyet yang terpampang di hadapan kedai.
“Rezeki tak pernah salah alamat, kita buka kedai makan, Mat,” ujar Shuib kata-kata yang menggambarkan ikatan sahabat sejati dan keikhlasan dalam berkongsi rezeki.
Dengan pelancaran rasmi bakal berlangsung pada 26 April 2025, Shuib mengajak orang ramai untuk hadir dan menyokong usaha mereka.
Beliau turut menjanjikan pelbagai promosi dan diskaun eksklusif kepada pengikut media sosial Sepah Penyet.
Restoran ini dijangka bukan sahaja menyajikan hidangan lazat berkonsepkan ayam penyet dan sajian Melayu kontemporari, malah membawa pengalaman makan yang mesra keluarga dan santai.
Shuib dan Mamat tidak meletakkan Sepah Penyet sebagai projek biasa-biasa.
Dengan perancangan rapi, kualiti menu yang dijaga dan strategi pemasaran yang kreatif, mereka mahu restoran ini menjadi simbol kekuatan persahabatan yang membuahkan kejayaan.
Bukan sekadar membuka kedai, tetapi mewujudkan ruang di mana memori, perjuangan dan semangat setiakawan itu boleh dirasai setiap pelanggan yang datang.
Ruangan komen media sosial Shuib dihujani dengan ucapan tahniah dan sokongan padu daripada rakan artis, peminat serta masyarakat umum.
Ramai yang tersentuh melihat bagaimana seorang sahabat sanggup membawa rakan seperjuangannya ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia perniagaan.
Ada yang menyuruh Shuib untuk buka cepat, manakala ramai lagi mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan Sepah Penyet menjadi satu jenama yang berjaya di Malaysia.
Kisah Shuib dan Mamat adalah contoh nyata bahawa persahabatan lelaki yang dibina atas kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang mampu berkembang menjadi satu bentuk kerjasama yang produktif dan membina masa depan.
Dalam dunia yang penuh cabaran, seorang sahabat yang ikhlas adalah rezeki yang tiada nilainya.
Sumber : Tiktok @shuibsepahtu
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Toyota Vios Hybrid kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan teknologi bateri hibrid tempatan, menawarkan prestasi efisien, harga mampu milik, dan keselamatan menyeluruh dalam sedan moden generasi baharu.