
Zaman serba canggih hari ini menyaksikan teknologi kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.
Dari menyunting gambar hinggalah menghasilkan teks dan kandungan visual, semuanya boleh dilakukan dalam masa beberapa saat hanya dengan beberapa klik.
Namun, di sebalik kemudahan ini, wujud risiko keselamatan yang ramai pengguna masih belum sedar.
AI Mudahkan Urusan Seharian, Tapi Apa Harganya?

Bayangkan anda perlu gambar passport dengan segera untuk mengisi borang rasmi, tetapi tidak sempat ke kedai gambar.
Solusinya? Muat naik gambar ke aplikasi AI yang boleh edit dan hasilkan imej seperti yang dikehendaki.
Teknologi seperti ini bukan lagi sesuatu yang asing. Ramai sudah menggunakannya, malah menganggapnya sebagai ‘penyelamat’.
Tetapi, adakah selamat untuk memuat naik gambar peribadi ke sistem AI?
Persoalan ini semakin hangat diperkatakan, terutama dalam kalangan pakar keselamatan digital.
Gambar Anda Mungkin Digunakan Untuk Latihan AI Tanpa Kebenaran
Menurut Proton Privacy, sebuah firma keselamatan digital berpangkalan di Switzerland, setiap gambar yang dimuat naik ke sistem AI berpotensi digunakan semula tanpa pengetahuan pengguna.
Gambar tersebut boleh dijadikan data latihan untuk model AI dan menjana kandungan lain termasuk imej palsu, berbentuk fitnah atau menjatuhkan reputasi seseorang.
Risiko tidak terhenti setakat penggunaan semula gambar.
Metadata daripada gambar juga boleh membocorkan maklumat penting seperti lokasi, waktu, dan jenis peranti yang digunakan.
Maklumat ini bukan sahaja bernilai kepada syarikat teknologi, malah boleh digunakan untuk pengiklanan tersasar atau lebih buruk, dijual kepada pihak ketiga.

Ancaman Lebih Besar Jika Libatkan Kanak-Kanak
Satu lagi isu membimbangkan ialah penggunaan gambar kanak-kanak dalam sistem AI.
Semakin ramai ibu bapa tanpa sedar memuat naik gambar anak-anak mereka ke aplikasi AI untuk tujuan suntingan, animasi atau sekadar hiburan.
Namun, perbuatan ini mendedahkan wajah anak kepada risiko pengenalan biometrik, jejak lokasi dan pengumpulan data sejak kecil yang boleh memberi kesan jangka panjang dari sudut keselamatan dan privasi.
Guna AI Dengan Bijak, Jangan Abaikan Privasi
BACA LAGI : Budak 28 Tahun Ini Mungkin Orang Paling Berkuasa Dalam Dunia AI Tapi Siapa Dia Sebenarnya?
AI memang banyak memudahkan kerja, menjimatkan masa dan memberikan hasil yang memuaskan.
Tetapi dalam keterujaan mengejar teknologi, kita tidak boleh ambil ringan soal keselamatan digital.
Sebelum memuat naik sebarang gambar atau maklumat peribadi, pastikan anda faham risikonya dan tahu cara mengawal penggunaannya.
Bijak guna, bijak lindungi diri. Teknologi adalah alat, tapi keselamatan adalah tanggungjawab kita sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hutang Keliling Pinggang? Buntu Untuk Selesaikan? Kami Ada Caranya!

Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG

Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT

Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI

Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG

Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hati-hati Guys, Ini 5 Kes ‘Rare’ Lelaki Paling Malang Tersalah Memilih Pasangan Hidup Yang Menakutkan

Pernah tak anda fikir apa yang akan terjadi KALAU LAH wanita yang korang kahwini nanti punya perangai yang menakutkan …
Tidak dinafikan keserasian dan daya tarik amatlah penting, namun sikap melebihi kedua-duanya. Bak pepatah yang masyhur, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” Idea untuk “jatuh hati” sepatutnya tidak menjadi asbab utama untuk mengahwini seseorang; cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu. Antara sifat yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan termasuklah rendah diri, kebaikan, tanggungjawab dan kebahagiaan. Bagaimana pula kalau teman wanita itu tidak mempunyai kelakuan normal? Adakah itu masih lagi petanda cinta atau hanya membuktikan cinta itu gila?
1. Wanita yang mempengaruhi teman lelakinya untuk membunuh diri

MIchelle Carter adalah seorang wanita berumur 18 tahun yang dahagakan perhatian. Walaupun mempunyai seorang teman lelaki bernama Conrad Roy yang menyayangi dirinya sepenuh hati, bagi MIchelle itu saja tidak cukup. Dia mahu merasai perhatian yang diberikan kepada seorang wanita yang terpaksa melalui kematian orang tersayang.
Bagi memenuhi impiannya itu, MIchelle memujuk Conrad supaya membunuh diri melalui mesej-mesej yang dihantar melalui telefon. Conrad, pelajar cemerlang yang mempunyai masalah depresi menyangkakan permintaan Michelle perlu dipenuhi sebagai bukti cinta jarak jauh mereka, membunuh diri dengan mengurung dirinya dalam trak dengan asap dari ekzos disalurkan ke dalam kabin trak.
Pihak polis berjaya mengenal pasti pengaruh Michelle dalam insiden tersebut, melalui mesej-mesej yang dihantar. Pada bulan Ogos 2017, Michelle didapati bersalah menyebabkan Conrad membunuh diri dan dijatuhkan penjara 2 tahun 3 bulan.
2. Cacah tubuh teman lelaki dengan nama sendiri

Dominique Fisher, seorang wanita yang tinggal di Lancashire, Blackburn menjalinkan hubungan satu malam dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya selama dua hari. Selepas tidur bersama, lelaki tersebut Wayne Robinson cukup terkejut melihat nama Dominique dicacah pada bahagian badannya tanpa kerelaan beliau.
Insiden itu berlaku selepas mereka berdua pulang ke rumah Dominique dalam keadaan mabuk dan khayal dengan pil serta dadah. Berlaku hubungan seks di antara mereka berdua tanpa mereka menyedari perkara itu berlaku. Selepas selesai, Dominique dengan menggunakan pisau, menoreh badan Wayne dengan namanya di dua bahagian dan logo bintang di satu bahagian. Wayne yang terjaga, merasakan darah mengalir daripada badannya dengan Dominique nyenyak di sisinya.
Dalam perbicaraan, Dominique mengakui yang Wayne meminta dia mencacah badan Wayne dengan namanya, selepas Wayne berminat hendak mendapatkan tatu pada tubuhnya. Dominique yang bekerja sebagai seorang juru tatu pun menunaikan impian Wayne. Wayne bernasib baik luka tersebut tidak dalam, namun parut kekal bertulis ‘Dominique’ akan terus ada bagi mengingatkan dirinya tentang kejadian itu. Dominique berjaya mengelak hukuman penjara dan hanya diberikan hukuman kerja khidmat sosial selama 2 tahun.
3. Suami ada penyakit kronik ketagih internet. Isteri ada ubatnya.

Jiang Ming adalah seorang suami kepada He Ling. Pasangan ini tinggal di wilayah Chengdu di China dan mereka baru saja mendapat cahaya mata pertama. He Ling yang kepenatan menjaga anak meminta suaminya mengurangkan tabiat beliau terlalu asyik dengan internet sehinggakan jarang berada di rumah, dengan Jiang Ming berjanji akan mengubah sikapnya. Bagaimanapun, tabiat Jiang Ming itu sudah menjadi satu ketagihan sehinggakan dia gagal dan kembali semula pada sikap lamanya, membuatkan He Ling marah suaminya gagal menunaikan janji.
Sedang melayari internet di salah sebuah kafe internet berdekatan rumah mereka, Jiang Ming yang leka tiba-tiba menyedari kursor tetikus yang digunakan tidak bergerak. Sejenak kemudian barulah dia menyedari tangannya masih lagi memegang tetikus, yang sudah bercerai daripada pergelangan tangan.
Dengan menggunakan pisau, rupanya He Ling telah menetak tangan suaminya bagi mengelakkan dia terus ketagihan internet. Dalam perbicaraan, Jiang Ming mengaku tindakan isterinya itu berlaku kerana dia gagal menjalankan tanggungjawabnya, sebagai suami dan bapa. Jiang Ming memohon agar hukuman yang lebih ringan dikenakan ke atas isterinya.
4. Bunuh teman lelaki kerana media sosial

Michael Williams, seorang lelaki berusia 24 tahun adalah seorang pengguna Instagram tegar. Pada satu hari, dia secara bergurau mahu menyertai salah satu acara trending dalam Instagram yang digelarkan ‘Woman Crush Wednesday’; yang memerlukan mana-mana pengguna Instagram memuatnaik gambar individu yang mereka sebenarnya sukakan dalam diam.
Perkara itu tidak disenangi oleh teman wanitanya yang bernama Laquanda Jones. Laquanda, yang mempunyai masalah berat badan merasakan tindakan teman lelakinya itu sesuatu yang memalukan dirinya. Berang dengan tindakan Michael, Laquanda menyerang Michael dengan pisau sehingga mengakibatkan kematian Michael, dalam apartmen yang mereka kongsi bersama-sama.
Michael mati dengan telefon beliau masih lagi dalam tangan sementara Laquanda, yang menyedari apa yang telah berlaku, dijumpai dalam tab mandi dan menyerahkan diri untuk ditangkap ketika pihak polis tiba ditempat kejadian. Michael didapati memuat naik gambar seorang wanita cantik bukan warganegara Amerika Syarikat yang dikenali oleh Michael.
5. Tidak sanggup ditinggalkan, wanita Russia ini ‘bom’ alat sulit teman lelakinya

Seorang wanita Russia yang hanya dikenali sebagai Kira V. telah bercinta dengan seorang lelaki bernama Alik D. selama 2 tahun tinggal bersama. Hubungan cinta yang telah bertaut sekian lama membuatkan Kira merasakan Alik adalah lelaki yang bakal menjadi putera dalam hidupnya, lalu mula memohon agar Alik mengambilnya menjadi isteri.
Namun, bagi Alik yang pernah melalui alam perkahwinan serta mempunyai anak dengan bekas pasangannya, dia enggan untuk berkahwin. Permintaan Kira terpaksa ditolak Alik yang merasakan jika perlu berkahwin, lebih baik dia kembali berbaik dengan bekas isterinya. Ini membuatkan Alik terpaksa berpindah keluar daripada rumah yang mereka kongsi kerana hubungan mereka sudah berakhir.
Demi meraikan hubungan mereka selama ini, Kira memujuk Alik untuk sama-sama menghabiskan satu malam bersama, sebagai kenang-kenangan mereka berdua dengan makan malam romantik diaturkan Kira. Mabuk akibat pengambilan alkohol yang terlalu banyak, Alik tidak sedarkan diri dan Kira mengambil peluang itu dengan mengikat mercun pada zakar Alik lalu menyalakannya. Alik dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi atas kecederaan yang ditanggung akibat perbuatan kejam Kira itu, sementara Kira dihukum penjara atas perbuatannya.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Coronavirus Disahkan WHO Pandemik Global Tapi Apa Bezanya Dengan Endemik & Epidemik

Ini bukan perkara yang kita semua boleh ambil ringan dan main-main lagi. Ya, kita perlu bertenang dan meletakkan kepercayaan kepada kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sehingga kini telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.
Coronavirus kini menjadi topik bualan hangat dan merupakan satu perkataan yang sangat digeruni. Di peringkat global kes jangkitan terhadap virus yang berasal dari Wuhan, China ini telah merebak pada skala yang membimbangkan.

Antara negara terbaru yang paling teruk terjejas ialah Itali yang menyaksikan kes kematian kedua tertinggi selepas China iaitu seramai 826 orang.
Melihatkan senario terkini badan kesihatan dunia iaitu World Health Organization (WHO) telah mengumumkan bahawa Coronavirus sebagai pandemik.
Memetik laporan BBC, Ketua WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kes yang berlaku di luar China telah meningkat sebanyak 13 kali ganda sejak dua minggu lalu. Dan beliau melahirkan kerisauan terhadap tahap tindakan banyak negara yang agak perlahan.

Secara definisinya pandemik bermaksud penyakit yang merebak ke beberapa negara di dunia dalam tempoh waktu yang sama.
APA MAKNANYA?
Jelas Dr Tedros lagi, label pandemik yang diletakkan oleh WHO tidak bermakna segala nasihat dan prosedur yang disyorkan oleh mereka telah berubah.
Beliau menyeru pihak pemerintah global untuk bertindak lebih pantas dan agresif bagi mengawal penularan virus tersebut.

“Beberapa negara telah membuktikan bahawa virus ini boleh dikekang dan di kawal. Cabaran kebanyakan negara adalah berdepan dengan jumlah komuniti yang besar atau transmisi komuniti di mana langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan dengan lebih pantas”.
Kita hadapi cabaran ini bersama-sama dengan melakukan apa yang patut dan melindungi orang awam di seluruh dunia. Ia boleh dilakukan,” jelasnya yang turut menggesa beberapa buah negara untuk mengambil labgkah lebih drastik untuk mencegah penyebaran Coronavirus.

BEZA ENDEMIK, EPIDEMIK & PANDEMIK
Sebagai orang awam kita pasti pernah mendengar ketiga-tiga istilah endemik, epidemik dan pandemik. Namun besar kemungkinan anda sendiri tidak pasti apakah maksud setiap istilah tersebut dan serta perbezaannya.
Ikuti penjelasan yang turut dikongsi oleh KKM di laman media sosial.
ENDEMIK
(Ed-demik = di dalam – daerah/orang)
Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabuil dan rendah.
Contoh: demam denggi di Malaysia
EPIDEMIK
(Epi-demik = di kalangan – daerah/orang)
Kejadian penyakit yang naik secara mendadak melebihi kadar biasa dan dilihat dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu. Juga dikenali dengan istilah ‘wabak’.
Conoth: Kajadian polio di Sabah (2019)/
PANDEMIK
(Pan-demik = semia-daerah/orang)
Kejadian wabak besar-besaran di senatero dunia atau global. Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang sangat besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitanmpenyakit baharu (Novel).
Contoh: Tragedi ‘Black Death’ yang berlaki di antara kururn ke-14 ke kurun ke-17 melibatkan kematian 2/3 dunia (peyakit hawar/Yersina pestis).
Anda boleh ikuti perkembangan jumlah kes dan kematian peringkat global secara live di laman sesawang berikut:
https://www.worldometers.info/coronavirus/
https://infographics.channelnewsasia.com/covid-19/map.html

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


