Seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan hospital selepas mengadu sakit kepala dan sakit leher. Lelaki yang tidak dikenali itu telah mengalami tahap sakit yang cukup menyeksakan selepas makan cili jenis “Carolina Reaper” semasa pertandingan makan cili di Amerika Syarikat.
Dilaporkan, cili itu begitu kuat sehingga membuat beberapa arteri di dalam otaknya mengecil dan meninggalkan sakit kepala ‘thunderclap’. Seperti namanya, sakit kepala ini rasanya seperti disambar petir dan datangnya secara tiba-tiba.
Ads
Keadaan ini, penyempitan arteri sementara yang diserta dengan sakit kelapa ‘thunderclap’ selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan ubatan preskripsi atau ubatan yang menyalahi undang-undang. Jarang kes di mana terjadi disebabkan makan cili.
Ads
Info Carolina Reaper
Inilah cili terpedas dengan bentuknya yang sangat unik, Carolina Reaper. Jika anda memakannya, maka anda akan merasakan kepedasan 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. Dari namanya saja, sudah pasti anda tahu cili ini berasal dari mana, Rockhill, South Carolina. Bukan itu sahaja, cili ini menyandang gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013.
Ads
Makan Mee Samyang pun tak tahan, apatah lagi cili Carolina Reaper.
Raikan budaya Malaysia pada musim perayaan ini dengan barisan set hadiah istimewa daripada Royal Selangor – cembul bersadur emas, set kendi & tumbler Isthmus dan set tumbler Orchid.
Diilhamkan daripada seni ukir kayu turun-temurun dari rantau Asia Tenggara, set tumbler dan kendi Isthmus dihiasi dengan corak-corak kelopak daun. Tumbler Orchid mengabadikan seni lipatan bunga yang begitu halus.
Set kendi & tumbler Isthmus dan set tumbler Orchid tampil dalam kotak hadiah yang anggun – sesungguhnya suatu hadiah balik kampung yang amat tepat. Selain menyerlahkan ciri dramatik dalam ruang tamu, tumbler piuter itu mengekalkan kedinginan rasa minuman sejuk semasa majlis rumah terbuka.
Cembul bersadur emas pula disemarakkan dengan motif bunga-bungaan, mencetuskan sentuhan semarak Aidilfitri dalam majlis. Kalau dahulunya digunakan untuk menyimpan buah pinang, kapur, gambir atau daun sirih, bekas anggun ini amat sesuai sebagai penyaji manisan dan kurma kepada tetamu pada majlis dan temasya pertemuan.
Pengertian lelaki Maskulin Lelaki yang memiliki dan menjaga penampilan dengan caranya tersendiri, dalaman mahupun luaran. Tidak semestinya memiliki badan yang tegap semata.
Motivasi It’s my passion! Memiliki minat mendalam serta inginkan tubuh yang cantik untuk tingkatkan tahap keyakinan dan ingin nampak lebih maskulin.
Rutin dirasakan jarang dibuat tetapi anda lakukan, dan ia benar-benar berhasil Pada setiap kali saya bangun daripada tidur dan sebelum tidur, saya akan membuat warm up seperti sit ups dan push ups.
Trend ‘Selfie’ di gim. Pandangan anda? Ada positif dan negatifnya kerana ada sesetengah pihak akan menyalahgunakan sumber tersebut. Malah memberi kesan tersendiri. Positifnya ia akan menggalakkan ramai untuk mencuba pelbagai peluang seperti modeling, berlakon dan sebagainya.
Jika berpeluang membuka gim sendiri, nama dan keistimewaan berbanding gim sedia ada. Dfab Fitness (The Fabulous Fitness). Keistimewaannya, saya akan pastikan gim ini adil buat semua kaum, jantina dan lapisan masyarakat.
Jika berumur 50 tahun, dan anda masih ingin menampakkan susuk tubuh menawan, apa yang perlu lakukan? Faktor umur sememangnya tidak boleh dielakkan. Sekiranya masih punya tenaga, saya akan lakukannya. Namun, jangan terlalu memaksa kerana ia boleh memakan diri. Just to maintain the body.
Gym partner, rakan baik atau teman wanita? Saya memilih untuk bersenam bersama dengan rakan baik kerana kami mempunyai minat yang sama. Connection kami selalunya kukuh demi mencapai matlamat yang kami sasarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memandu kereta sendiri adalah menjadi pilihan utama ramai orang untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju. Ini kerana ia lebih selesa, kebebasan begrak, mudah untuk membawa bagasi.
Ramadhan dan syawal bakal tiba pasti ramai sudah merancang perjalan untuk pulang kekampung. Kebanyakan perjalanan mengambil masa yang lama untuk sampai kedestinasi yang dituju. Mengantuk adalah salah satu simpton yang sering dihadapi bagi pemandu kenderaan dalam perjalanan yang jauh. Tips untuk mengelak mengantuk semasa memandu.
1. Rancang perjalanan anda
Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Matahari yang terik menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk.
2. Rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan
Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar.
3. Mengambil minuman isotonic atau kafein
Diakui badan akan terasa letih dan mata mula mengantuk apabila bendalir dalam badan berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.
4. Ajak Teman Bersembang
Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.
5. Makan pisang daan kurma
PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.
6. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti
Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. Selain itu, pernah juga saya dengar aktiviti KOREK HIDUNG mampu menghilangkan rasa mengantuk.So, jika Nampak orang memandu sambil korek hidung, positif sahaja ye. Tapi jangan lakukan di siang hari semasa ramadhan pula.
7. Basuh Muka Dengan Air Sejuk
Standby sebotol air sejuk atau ais untuk dijadikan penyegar. Seperti yang biasa saya lakukan, sebotol air mineral dibekukan menjadi peneman. Sekiranya mengantuk, genggam botol ais dapat membangunkan saraf-saraf. Kalau mengantuk juga, basuh muka dengan air sejuk. Bagi yang beragama islam, berwuduk antara tips terbaik.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Toyota Vios Hybrid kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan teknologi bateri hibrid tempatan, menawarkan prestasi efisien, harga mampu milik, dan keselamatan menyeluruh dalam sedan moden generasi baharu.