Rasanya agak tidak logik bagi anda yang sentiasa menggunakan laman media sosial dan Internet jika tidak pernah mendengar tentang drama thriller Korea, ‘Squid Game’. Drama cukup mendebarkan yang ditayangkan di Netflix kini menjadi trending yang sangat popular bukan sahaja di Asia malah di seluruh dunia.
Lihat sahaja platform laman media sosial. Foto, video atau posting parodi berkaitan dengan drama arahan Hwang Dong Hyuk cukup banyak sekali dihasilkan. Ia juga dijangka menjadi antara drama bersiri paling banyak ditonton di platform Netflix dalam masa terdekat.
Menerusi drama tersebut kita dapat menyaksikan penggunaan uniform pelbagai warna. Sebagai contoh para pemain menggunakan set pakaian berwarna hijau dan juga kasut ‘slip-on’ berwarna putih.
Ads
Sama ada kebetulan atau tidak jualan kasut slip on dengan colorway triple white terutamanya dari jenama Vans telah meningkat berkali ganda.
Ads
Memetik laporan dari thesolesupplier.co.uk, sejak drama tersebut diperkenalkan penjualan Vans slip-on triple white telah meningkat luar biasa pada kadar 7,800%!
Ads
Kasut yang kebiasaannya digunakan oleh skaters tersebut kini menjadi rebutan ramai oleh kerana populariti drama tersebut. Ia juga dikatakan ada kaitan dengan ketibaan perayaan Halloween tidak lama lagi di mana ramai yang ingin menggayakan pakaian seperti pelakon ‘Squid Game’.
Vans Slip-On
Vans slip-on merupakan di antara model kasut yang cukup ikonik dan versatail untuk dipadankan dengan gaya berbeza. Walaupun rekaannya nampak ringkas namun ia cukup selesa untuk dipakai terutamanya melakukan aktiviti lasak seperti bermain papan selaju.
Begituah hebatnya penangan drama ‘Squid Game’ yang kini menjadi antara drama bersiri paling tular pada tahun ini. Lebih membanggakan ia merupakan hasil karya dari negara Asia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN rasa ramai yang cukup teruja dan gembira dengan pengumuman kerajaan kelmarin yang akan membenarkan operasi perniagaan gunting rambut dan salon kecantikan bermula pada 10 Jun ini.
Sejak PKP diperkenalkan hinggalah ke tahap PKPB, operasi perniagaan kategori tersebut tidak dibenarkan beroperasi. Bagi golongan lelaki ini merupakan satu cabaran yang tidak selalu ditempuhi.
Pelbagai gelagat potong rambut di rumah telah kita saksikan sepanjang tempoh tersebut. Ia menjadi semakin tular pada musim perayaan yang lalu.
Pengumuman kebenaran beroperasi semula itu bakal menamatkan penantian lebih 74,000 penggiat industri berkenaan yang sebelum ini telah memohon kelonggaran untuk beroperasi.
Akan tetapi kebenaran beroperasi ini perlu diikuti dengan SOP yang baharu. Ini adalah selaras dengan norma baharu yang kita semua perlu lalui. Di antara SOP baharu operasi kedai gunting dan salon kecantikan perlu patuhi ialah pemakaian apron pakain buang, sarung tangan, topeng dan cecair sanitasi tangan.
Ia secara tidak langsung akan meningkatkan kos bagi pengusaha perniagaan ini dan terpaksa mengeluarkan wang lebih banyak. Oleh itu kenaikan harga diramalkan pasti tidak dapat dielakkan.
Pelbagai reaksi disuarakan oleh netizen. Rata-ratanya teruja dengan pembukaan semula kedai gunting kegemaran masing-masing. Mungkin ramai yang susah tidak sabar untuk menggunting rambut dengan tukang gunting yang lebih pakar.
Namun muncul juga keresahan di kalangan pengguna yang risau jika harga dinaikkan ia sukar untuk diturunkan semula jika keadaan sudah kembali normal.
Menyertuh hal tersebut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi turut bersuara dan memberi peringatankepada pengusaha kedai gunting dan salon kecantikan agar mengenakan caj yang bersesuaian kepada pelanggan selepas dibenarkan kembali beroperasi.
Memetik laporan FMT, beliau turut mengatakan pengusaha hanya perlu menambah kos bersamaan harga asal perlatan perlindungan digunakan. Cotntohnya jika kos untuk pelitup muka, sarung tangan dan apron pakai buang hanya RM5 maka caj tambahan perlulah pada harga tersebut. Bukannya RM10 atau lebih mahal.
Mana-mana pengusaha didapati mengenakan harga yang tidak berpatutan boleh disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP). Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana premis kedai gunting mengenakan caj tidak munasabah dan terlalu tinggi kepada pelanggan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 Johor Darul Ta’zim vs Kedah malam esok, Kehangatan perlawanan akhir mula dirasai apabila kedua dua jurulatih melakukan perang psikologi didalam akhbar dan isu penjualan tiket tidak telus di Kedah mendatangkan kemarahan dan kekecewaan penyokong Kedah.
Pasukan yang menjuarai Liga Super sebanyak 4 kali berturut turut dari tahun 2014,namun begitu JDT masih dahagakan Piala Malaysia yang mereka belum pernah kecapi.
Pemain JDT yang dijangka bakal menyinar pada perlawanan akhir ini
Pemain Kedah yang dijangka bakal menyinar pada perlawanan akhir ini
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trend ‘sleep divorce’ semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan suami isteri, namun hal ini tak disetujui sepenuhnya semua pihak, termasuk Dr. Say.
‘Sleep divorce’ ini merujuk kepada keadaan di mana pasangan suami isteri memilih untuk tidur berasingan dalam usaha untuk memperbaiki kualiti tidur masing-masing.
Menurut Dr. Say, walaupun ada segelintir pasangan yang melaporkan peningkatan kualiti tidur dan kepuasan peribadi selepas mengamalkan ‘sleep divorce’, ia bukanlah satu penyelesaian universal yang sesuai untuk semua pasangan.
Dr. Say menggariskan beberapa kebimbangan mengenai impak jangka panjang trend ini ke atas hubungan suami isteri.
“Tidur bersama bukan hanya rutin harian, tetapi juga merupakan komponen penting dalam memperkukuhkan ikatan emosi antara suami dan isteri,” kata Dr. Say. Beliau menambah bahawa tidur bersama membantu pasangan menghabiskan waktu berkualiti bersama, terutama dalam era moden yang sering kali menekankan kesibukan dan kekurangan masa.
Dr. Say juga menyentuh tentang potensi masalah yang mungkin timbul dari ‘sleep divorce’, seperti rasa terasing, kurangnya keintiman, dan mungkin timbul salah faham. “Walaupun tidur di bilik yang berbeza mungkin tampak sebagai solusi mudah untuk snoring atau jadual tidur yang tidak serasi, ia mungkin mencipta jarak emosi antara pasangan,” ujarnya.
Beliau mengesyorkan agar pasangan yang menghadapi masalah tidur mencari alternatif lain sebelum memutuskan untuk tidur berasingan. Ini termasuklah mencuba strategi mengatur semula rutin tidur, menggunakan produk bantu tidur seperti masker mata atau telinga, dan jika perlu, berunding dengan ahli terapi tidur.
Pendekatan Dr. Say menekankan pentingnya menjaga keintiman dan kedekatan dalam hubungan, dan memandang ‘sleep divorce’ sebagai pilihan terakhir yang hanya harus dipertimbangkan apabila semua alternatif lain telah dicuba dan tidak berjaya. Ini menunjukkan bahawa setiap trend atau fenomena sosial harus dipertimbangkan dengan teliti sebelum diambil sebagai amalan dalam kehidupan sehari-hari.
Dalam pada itu, Dr Say turut menerangkan bahawa suami isteri dibolehkan tidur asing mengikut syarak dengan syarak tidak menjejaskan hubungan dan tidak mengabaikan nafkah.
Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, suami isteri boleh tidur berasingan jika mendapat keredhaan dan tidak mengabaikan hak masing-masing.
Antara dalil yang menunjukkan suami tidak wajib tidur bersama isteri adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tempat tidur untuk lelaki (suami), tempat tidur untuk isterinya, yang ketiga untuk tetamu, dan yang keempat untuk syaitan.”
Riwayat Muslim (2084)
Namun, Dr Zulkifli menjelaskan jika suami tidak tidur bersama isteri sehingga menyebabkan pengabaian terhadap haknya serta tanpa sebarang sebab yang diizinkan oleh syarak maka ia ialah haram.
Bagi isteri pula, perbuatan tidak tidur dengan suami kerana menolak untuk bersama dalam keadaan mampu dan tiada halangan, perkara ini boleh menjadikannya seorang yang nusyuz.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya menjelaskan bahawa Islam tidak mewajibkan suami isteri duduk serumah, mahupun tidur bersama. Namun lebih afdal bagi pasangan untuk tidur bersama-sama sebilik.
Malah, suami boleh menghukum isteri dengan tidur asing jika tidak mendengar nasihat berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur.”
Surah al-Nisa’ (34)
*Jadi, tidurlah sama-sama barulah sweet!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.