Foto: NZ Herald

MASKULIN rasa ramai yang cukup teruja dan gembira dengan pengumuman kerajaan kelmarin yang akan membenarkan operasi perniagaan gunting rambut dan salon kecantikan bermula pada 10 Jun ini.

Sejak PKP diperkenalkan hinggalah ke tahap PKPB, operasi perniagaan kategori tersebut tidak dibenarkan beroperasi. Bagi golongan lelaki ini merupakan satu cabaran yang tidak selalu ditempuhi.

Pelbagai gelagat potong rambut di rumah telah kita saksikan sepanjang tempoh tersebut. Ia menjadi semakin tular pada musim perayaan yang lalu.

Pengumuman kebenaran beroperasi semula itu bakal menamatkan penantian lebih 74,000 penggiat industri berkenaan yang sebelum ini telah memohon kelonggaran untuk beroperasi.

Akan tetapi kebenaran beroperasi ini perlu diikuti dengan SOP yang baharu. Ini adalah selaras dengan norma baharu yang kita semua perlu lalui. Di antara SOP baharu operasi kedai gunting dan salon kecantikan perlu patuhi ialah pemakaian apron pakain buang, sarung tangan, topeng dan cecair sanitasi tangan.

IKLAN

Ia secara tidak langsung akan meningkatkan kos bagi pengusaha perniagaan ini dan terpaksa mengeluarkan wang lebih banyak. Oleh itu kenaikan harga diramalkan pasti tidak dapat dielakkan.

Pelbagai reaksi disuarakan oleh netizen. Rata-ratanya teruja dengan pembukaan semula kedai gunting kegemaran masing-masing. Mungkin ramai yang susah tidak sabar untuk menggunting rambut dengan tukang gunting yang lebih pakar.

IKLAN

Reaksi Pengguna Selepas Berita Harga Gunting Rambut Bakal Naik Kerana Perlu Patuh SOP

Namun muncul juga keresahan di kalangan pengguna yang risau jika harga dinaikkan ia sukar untuk diturunkan semula jika keadaan sudah kembali normal.

IKLAN

Menyertuh hal tersebut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi turut bersuara dan memberi peringatankepada pengusaha kedai gunting dan salon kecantikan agar mengenakan caj yang bersesuaian kepada pelanggan selepas dibenarkan kembali beroperasi.

Reaksi Pengguna Selepas Berita Harga Gunting Rambut Bakal Naik Kerana Perlu Patuh SOP

Memetik laporan FMT, beliau turut mengatakan pengusaha hanya perlu menambah kos bersamaan harga asal perlatan perlindungan digunakan. Cotntohnya jika kos untuk pelitup muka, sarung tangan dan apron pakai buang hanya RM5 maka caj tambahan perlulah pada harga tersebut. Bukannya RM10 atau lebih mahal.

Mana-mana pengusaha didapati mengenakan harga yang tidak berpatutan boleh disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP). Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana premis kedai gunting mengenakan caj tidak munasabah dan terlalu tinggi kepada pelanggan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI