Seorang remaja lelaki di Rusia diangkat sebagai “wira” setelah tindakan pantasnya membantu mengeluarkan ratusan orang awam dari kejadian serangan pengganas di sebuah konsert di Dewan Bandaraya Crocus, Moscow.

Memetik laporan The Moscow Times, Islam Khalilov, 15, segera membuka pintu keluar dan segera dan membimbing arah keluar apabila dia melihat orang ramai berlari dari dewan konsert yang dikepung.

“Saya sedar yang jika saya tidak bertindak, saya akan kehilangan nyawa saya sendiri dan nyawa ramai orang lain. Sejujurnya, saya sangat takut,” kata pelajar sekolah menengah dari keluarga berasal Kyrgystan itu.

“Apabila saya berada di tengah-tengah orang ramai dan bergerak ke arah pintu untuk membukanya, saya fikir seseorang mungkin muncul dari tangga atau eskalator dan melemparkan bom tangan atau mula menembak (ke arah kami).

“Syukur perkara itu tidak berlaku dan saya berjaya membuka pintu tepat pada masanya dan mengeluarkan semua orang,” kata Islam sambil menganggarkan dia berjaya membantu kira-kira 100 orang.

IKLAN

Islam yang bertugas sebagai penjaga bilik jubah (cloakroom attendant) di dewan itu sejak setahun lalu itu menjelaskan yang para pekerja sudah dilatih tatacara kecemasan.

Serangan Konsert Moscow: Ratusan Berjaya Selamat Kerana Remaja Ini
Foto: Islam Khalilov (15).

“Saya tidak menganggap diri saya sebagai wira. Ia hanyalah sebahagian daripada tugas saya… Lebih baik mengorbankan diri daripada membiarkan ratusan orang mati,” tambahnya.

Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 137 orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang menyamar menyerbu lokasi konsert di pinggir bandar Krasnogorsk dan melepaskan tembakan rambang serta melempar bom tangan yang mencetuskan kebakaran.

IKLAN

Tindakan pantas Islam itu menjadi tular dan mendapat perhatian beberapa figura ternama tempatan.

Penghargaan Dari Pelbagai Pihak Ternama

Penyanyi rap Rusia, Morgenshtern menghadiahkan Islam wang sebanyak 1 juta Rubel (RM51,154.30) sebagai penghargaan kepada keberaniannya, yang mana Islam akan menggunakan wang itu untuk membantu melangsaikan hutang keluarganya.

Selain itu, Islam turut dijemput oleh kelab bola sepak Moscow, Spartak untuk sesi ramah mesra khas dengan pemain serta diberi pas musim menyaksikan perlawanan rumah kelab itu.

IKLAN
Serangan Konsert Moscow: Ratusan Berjaya Selamat Kerana Remaja Ini
Foto: Islam Khalilov bersama pemain Spartak FC.

Pada Isnin, pesuruhjaya hak kanak-kanak Rusia, Maria Lvova-Belova menganugerahkan surat terima kasih rasmi dari kerajaan kepada Islam dan Artyom Donskov, 14, rakan setugas ketika kejadian.

Serangan Konsert Moscow: Ratusan Berjaya Selamat Kerana Remaja Ini

Serangan Konsert Moscow: Ratusan Berjaya Selamat Kerana Remaja Ini
Foto: Islam Khalilov (kiri) dan Artyom Donskov (kanan).

Pada Sabtu pula, Majlis Mufti Rusia mengumumkan Sabtu akan menganugerahkan Islam dengan Medal for Merit, anugerah tertinggi masyarakat Islam Rusia, semasa solat Jumaat minggu ini di Masjid Katedral Moscow.

Sumber: The Moscow Times

BACA: Lahirkan Lebih Ramai Atlet Berbakat Seperti Rifdean, Sudah Tiba Masa Muay Thai Diberi Perhatian – Jurulatih

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI