Ads

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif

garmin

Melakukan senaman atau latihan sering menjadi topik menarik bagi individu yang aktif bersukan ketika bulan puasa. Bagi mereka yang konsisten menjalani rutin kecergasan, Ramadan sering hadir dengan cabaran tersendiri kerana perubahan waktu makan, corak tidur dan tahap tenaga sepanjang hari boleh memberi kesan kepada prestasi latihan jika tidak diurus dengan baik. Di sinilah Garmin boleh tampil sebagai peranti yang mampu membantu perancangan tersebut.

Namun bagi atlet berpengalaman, Ramadan bukan alasan untuk berhenti bersenam. Sebaliknya ia adalah tempoh untuk menyesuaikan pendekatan latihan supaya badan kekal aktif tanpa memberi tekanan berlebihan.

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif

Garmin berkongsi beberapa panduan daripada atlet dan jurulatih mereka seperti jurulatih freediving Zack Salim, atlet trail Garmin Jalil Nasir, pelumba profesional Hafizh Syahrin serta pelakon yang juga atlet aktif Amar Baharin.

Berdasarkan pengalaman mereka dalam pelbagai disiplin sukan, empat tip ini boleh membantu anda mengekalkan rutin latihan secara lebih bijak sepanjang bulan Ramadan.

Rancang Jadual Latihan Dengan Lebih Strategik Ketika Ramadan

Perubahan rutin ketika berpuasa boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan kemampuan badan untuk melakukan latihan. Oleh itu, perancangan jadual latihan sangat penting bagi memastikan badan tidak dipaksa bekerja melebihi kemampuan.

Antara pendekatan yang diamalkan oleh atlet Garmin termasuk:

  • Mengurangkan sedikit intensiti latihan berbanding hari biasa
  • Memilih waktu latihan selepas berbuka atau selepas solat tarawih
  • Memastikan latihan lebih fokus kepada konsistensi berbanding prestasi maksimum

Contohnya, Jalil Nasir memilih untuk berlatih sekitar dua jam selepas waktu berbuka dengan larian santai pada tahap intensiti rendah untuk membina ketahanan aerobik.

Pelakon dan atlet Amar Baharin pula lebih gemar berbasikal selepas solat tarawih dengan sesi kayuhan sederhana sekitar dua jam.

Ads

Contoh Rutin Latihan Atlet Garmin Ramadan

Jalil Nasir

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif
Jalil Nasir
  • Latihan kira kira dua jam selepas berbuka
  • Larian perlahan dalam zon intensiti rendah bagi membina ketahanan
  • Sasaran sekitar 40 kilometer larian setiap minggu

Amar Baharin

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif
Amar Baharin
  • Berbasikal selepas solat tarawih
  • Kayuhan sekitar dua jam dengan usaha sederhana
  • Sasaran sekitar 60 kilometer kayuhan seminggu

Rehat Adalah Kunci Prestasi Dalam Garmin Ramadan

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif

Selain latihan, faktor rehat memainkan peranan besar dalam memastikan prestasi kekal stabil sepanjang Ramadan. Ketika berpuasa, tubuh bekerja lebih keras untuk menyesuaikan diri dengan perubahan jadual harian.

Zack Salim dan Amar Baharin menekankan kepentingan mendapatkan tidur yang mencukupi sama ada dengan tidur lebih awal atau mengambil rehat singkat pada waktu siang.

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif
Zack Salim

Strategi pemulihan yang sering diamalkan atlet termasuk:

  • Tidur lebih awal bagi memastikan tempoh rehat mencukupi
  • Mengambil power nap sekitar lima hingga sepuluh minit pada waktu siang
  • Memantau tahap tenaga sebelum melakukan latihan

Ramai atlet ini turut menggunakan jam pintar Garmin untuk memantau kualiti tidur dan tahap tenaga. Ciri seperti Sleep Score dan Body Battery membantu mereka memahami tahap pemulihan badan sebelum menentukan intensiti latihan seterusnya.

Pemakanan Bijak Ketika Ramadan Untuk Kekalkan Tenaga

Dalam bulan Ramadan, waktu makan yang terhad menjadikan pemilihan makanan lebih penting bagi memastikan tenaga kekal stabil sepanjang hari.

Ads

Bagi Zack Salim dan Amar Baharin, sahur perlu dirancang secara strategik dengan memberi fokus kepada nutrisi yang membantu mengekalkan tenaga.

Cadangan pemakanan yang dikongsi termasuk:

  • Mengambil karbohidrat sebagai sumber tenaga berpanjangan
  • Memberi penekanan kepada protein untuk pemulihan otot
  • Memastikan hidrasi mencukupi sepanjang malam
  • Mengelakkan makan berlebihan ketika sahur

Ketika berbuka pula, Amar biasanya memulakan dengan makanan ringkas seperti kurma dan air sebelum mengambil hidangan utama secara sederhana.

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif
Hafiz Syahrin

Jalil Nasir dan Hafizh Syahrin turut menekankan kepentingan keseimbangan ketika menikmati makanan Ramadan.

  • Hidangan lebih berat seperti roti john atau kuih masih boleh dinikmati
  • Kawal bahagian makanan supaya tidak berlebihan
  • Pilih waktu yang sesuai seperti selepas latihan untuk makanan lebih berat

Mentaliti Positif Penting Dalam 

Selain aspek fizikal, cabaran terbesar ketika Ramadan sering datang daripada mentaliti. Konsistensi latihan ketika berpuasa memerlukan disiplin, kesabaran dan keyakinan diri.

Hafizh Syahrin percaya Ramadan bukan masa untuk mengejar rekod baharu tetapi untuk kekal konsisten.

Ads

Pendekatan mental yang dikongsi oleh atlet Garmin termasuk:

  • Fokus kepada konsistensi berbanding prestasi maksimum
  • Jangan terlalu memaksa badan mengejar angka latihan
  • Raikan setiap sesi latihan walaupun kecil
  • Dengarkan keadaan badan setiap hari

Menurut Jalil Nasir, setiap latihan walaupun perlahan tetap merupakan satu kemenangan kecil yang membantu mengekalkan momentum kecergasan.

BACA: KLIMS Run 2026, Acara Larian Ikonik Penuh Inspirasi Sambut Era Mobiliti Masa Depan

Dengan memahami keperluan badan dan mengekalkan pendekatan yang lebih seimbang, Ramadan sebenarnya boleh menjadi tempoh yang sesuai untuk membina disiplin kecergasan secara lebih bijak.

Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif

Garmin turut menawarkan promosi istimewa Raya dengan diskaun sehingga 48 peratus bagi produk terpilih serta paket Raya percuma bagi pengguna.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
KASUT

5 Jenis Kasut Paling Sesuai Dipadankan Bersama Baju Melayu

Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.