PICKLEBALL

Pertumbuhan sukan pickleball di Malaysia kini memasuki fasa yang lebih serius apabila kejohanan kebangsaan pertamanya Gatorade Malaysia Closed 2025 diumumkan secara rasmi.

Dengan penyertaan pemain dari seluruh negara, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan pertama seumpamanya tetapi simbol perkembangan pesat sukan ini yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Dianjurkan oleh Malaysia Pickleball Association (MPA) dan dikoordinasikan bersama Kuala Lumpur Pickleball Association (KLPA), kejohanan ini membuka peluang kepada atlet terbaik negara untuk bersaing bagi ranking nasional rasmi.

Ia juga menandakan permulaan ekosistem kompetitif yang lebih tersusun bagi sukan yang sebelum ini lebih sinonim sebagai aktiviti rekreasi.

Kejohanan Pertama Dengan Ranking Kebangsaan

Gatorade Malaysia Closed 2025 dijadual berlangsung dari 5 hingga 8 Disember 2025 di PickleDepot di Sentul Depot. Para peserta akan bertanding dalam kategori Lelaki Perseorangan, Wanita Perseorangan, Beregu dan Beregu Campuran.

Penyertaan hanya dibuka kepada pemain Malaysia, sekali gus menjadikan kejohanan ini medan paling penting untuk menentukan kedudukan sebenar atlet tanah air dalam dunia pickleball.

Sokongan Gatorade Sebagai Pemacu Ekosistem

Sebagai penaja utama dan rakan hidrasi rasmi, Gatorade menekankan komitmen mereka terhadap pembangunan atlet dan komuniti sukan Malaysia.

Menurut Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., “Gatorade sentiasa berdiri atas prestasi, sains dan kemajuan. Pickleball ialah sukan yang memerlukan kelincahan, daya tahan dan pemulihan pantas.

Ads

“Kami menyokong pemain harian untuk menemui potensi mereka, meningkatkan permainan dan bersaing di pentas kebangsaan. Beyond sponsorship, kami mahu membina ekosistem sukan yang melahirkan atlet berdisiplin dan resilient.”

Gatorade Malaysia Closed 2025, Pemangkin Pertumbuhan Sukan Pickleball Malaysia

Kenyataan ini menggambarkan peranan Gatorade bukan sekadar penaja tetapi penyokong aktif dalam membentuk komuniti sukan yang lebih kompetitif.

Laluan Baharu Untuk Bakat Tempatan

Peranan kejohanan ini dalam membina masa depan sukan pickleball turut ditegaskan oleh YB Dr. Kelvin Yii, Penasihat Malaysia Pickleball Association.

“Kejohanan ini menandakan bab baharu yang menarik untuk pickleball di Malaysia. Dengan menyediakan laluan kompetitif yang jelas, kita sedang membina asas bagi pembangunan bakat jangka panjang dan kehadiran nasional yang lebih kukuh dalam sukan ini,” jelasnya lagi.

Ads

Gatorade Malaysia Closed 2025, Pemangkin Pertumbuhan Sukan Pickleball Malaysia

Minat terhadap sukan ini kini melonjak. Daripada sukan santai kepada platform pembangunan komuniti dan gaya hidup aktif, Gatorade Malaysia Closed 2025 menjadi pemangkin kepada struktur pertandingan yang lebih tersusun.

BACA: Pickleball Sukan Ringan Dengan Manfaat Maksimum Buat Lelaki Moden

Gatorade Malaysia Closed 2025, Pemangkin Pertumbuhan Sukan Pickleball Malaysia

Ads

Format Pertandingan Mengikut Piawaian Rasmi

Kejohanan empat hari ini akan berlangsung mengikut peraturan rasmi bagi memastikan keadilan dan standard pertandingan setara dengan kejohanan antarabangsa. Penonton boleh hadir menyaksikan sendiri aksi atlet tempatan di Sentul Depot atau mengikuti sorotan melalui Instagram @gatorademalaysiaclosed2025.

Pendaftaran akan ditutup pada 30 November 2025 atau apabila semua slot penuh.

Komitmen Jangka Panjang

Kejohanan ini bukan sekadar menonjolkan bakat tempatan tetapi turut menegaskan komitmen Gatorade dalam mempromosikan gaya hidup sihat, peluang inklusif serta pertumbuhan sukan baharu di Malaysia.

Dengan struktur pertandingan lebih kukuh, sokongan organisasi dan penglibatan komuniti yang semakin meluas, pickleball kini berada di landasan tepat untuk menjadi antara sukan paling berkembang di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads