Dalam dunia fesyen rambut lelaki, gaya dan trend sentiasa berubah seiring dengan masa. Menurut Zulhusnie Yusoff selaku Pengurus Kawasan Nimroc, terdapat tiga gaya potongan rambut yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan di mana-mana cawangan kedai gunting rambut lelaki itu.
@maskulinmyJika anda sudah bosan dengan gaya rambut biasa anda, apa kata cuba salah satu daripada potongan rambut yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan Nimroc Barbershop ini. #nimroc #nimrocbarbershop #menhaircut #menhairstyle #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Hasil temu bual bersama Zulhusnie, berikut MASKULIN senaraikan tiga gaya potongan rambut tersebut:
Burst Fade
Foto: Contoh gaya rambut Burst Fade (Sumber: Google)
Potongan Burst Fade ini umumnya diminati oleh lelaki yang lebih muda kerana ia memberikan penampilan moden tetapi kemas dalam masa yang sama.
Potongan seakan-akan mullet, gaya rambut ini nipis di bahagian tepi, sedikit panjang di bahagian belakang dan kemas di bahagian atas.
Dengan gaya rambut ini, anda akan kelihatan kemas dan profesional jika dilihat dari hadapan, tetapi kelihatan liar jika dilihat dari belakang.
Comma Hair
Foto: Contoh gaya rambut Comma Hair (Sumber: Google)
Potongan Comma Hair sangat terkenal dikalangan selebriti dari Korea. Gaya rambut yang klasik memberikan penampilan yang lebih profesional dan menzahirkan keyakinan tinggi seseorang menjadikannya turut digemari oleh jejaka di negara ini.
Ads
Botak
Foto: Contoh gaya rambut botak (Sumber: Google)
Botak merupakan pilhan gaya rambut yang paling praktikal dan mudah bagi ramai jejaka. Bagaimanapun, botak tidak semestinya bermaksud mencukur kesemua rambut di kepala sehingga licin.
Terdapat pelbagai corak potongan rambut untuk menggayakan botak seperti Crop Top dan Bald Fade
Secara keseluruhan, ketiga-tiga gaya potongan rambut ini menawarkan sesuatu yang unik dan menarik bagi lelaki yang ingin tampil kemas dan bergaya.
Ads
Sama ada anda memilih Burst Fade yang klasik, Comma Hair yang elegan, atau potongan botak yang berani, penting untuk memilih gaya yang sesuai dengan bentuk muka dan personaliti anda.
Jika anda berhasrat untuk mencuba gaya potongan rambut yang baharu, jangan segan untuk bertanyakan pendapat dari tukang gunting anda. Mereka mungkin boleh mencadangkan beberapa gaya mengikut kepakaran mereka.
Lebih baik, jika anda tunjukkan beberapa gambar contoh gaya rambut yang anda minati agar tukang gunting anda mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang anda mahukan.
Ads
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja! Daftar di sini
Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip Ekstra MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti anda tertanya-tanya, kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat berbeza-beza kan? Ada jerawat timbul di hidung, muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain.
Kehadiran jerawat di tempat berbeza-beza ini ada kaitan dengan tahap kesihatan badan kita. Sebelum jerawat tumbuh dan makin merebak, seeloknya anda ketahui cara untuk mengatasinya terlebih dahulu.
Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan zon T ini disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan berlakunya ‘breakout’.
Cara nak elak: Kurangkan pemakanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan cuba elak makanan yang membuatkan anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat. Sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
Cara nak elak: Hindari penggunaan produk rawatan rambut secara berlebihan dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat. Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Lakukan secara perlahan dan lembut agar tidak berlakunya iritasi. Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di kawasan tersebut untuk rawatan ekstra.
Ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Kesannya menyebabkan kulit berjerawat.
Cara nak elak: Seminggu sebelum datang bulan, gunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ dengan kandungan benzoyl peroxide secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum timbul jerawat.
Tangan anda mempunyai banyak kekotoran. Jerawat di bahagian ini mudah terjadi apabila anda sering menyentuh permukaan wajah dengan tangan yang tak bersih. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan oleh suhu badan panas dan sarung bantal tidur yang kotor.
Cara nak elak: Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh permukaan wajah. Ambillah makanan yang boleh menyejukkan badan dan jangan lupa minum banyak air masak. Pastikan sarung bantal anda bersih dan basuh secara kerap untuk menghilangkan debu dan kekotoran.
Jerawat di sekitar bahagian mulut ini berkait rapat dengan diet anda. Sisa daripada pengambilan banyak makanan berasid seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit di sekitar kawasan ini. Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah penghadaman.
Cara nak elak: Setiap sahaja anda sudah makan, gunakan tisu basah untuk mengelap sekitar mulut dan membuang semua sisa makanan yang melekat.
Ia sering dialami oleh wanita yang ada masalah dengan pakaian atau baju dalam yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat mudah tumbuh di kawasan yang lembap. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan mudah ditumbuhi jerawat.
Cara nak elak: Guna pakaian yang menyerap peluh sama ada ketika bersukan ataupun membuat aktiviti luar. Selain itu, kawal pemakanan misalnya makan oat kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko jerawat tumbuh di bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.
Apabila menyebut tentang mesin pencukur mungkin rata-rata di antara kita akan terus membayangkan kegunaannya untuk rambut di kepala. Tapi pernahkah anda terfikir dan tertanya tentang kewujudan mesin pencukur yang lebih kurang sama untuk kegunaan di bahagian sulit lelaki?
Ya, produk seperti ini sebenarnya telah wujud di Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan produk hasil dari anak jati kita sendiri. Jarred Chuah, CEO dan Pengarah Bahagian Perkembangan Syarikat menampilkan Nateskin, produk mesin pencukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
MASKULIN berkesempatan menemubual usahawan muda ini untuk mengetahui apakah inspirasinya untuk membangunkan produk yang mungkin dianggap tabu oleh sesetengah pihak.
Ikuti temubual MASKULIN bersama Jarred Chuah di bawah;
Pertama sekali boleh kongsikan dari mana datangnya idea untuk anda memulakan jenama dan produk Nateskin?
Semasa Malaysia menghadapi pandemik dan PKP, saya bermastautin dan bekerja di Australia bersama pasangan, Rebecca. Sejurus selepas kerajaan Australia menamatkan arahan kawalan pergerakan, kami terus rancang untuk bercuti.
Inspirasi ini bermula apabila saya ternampak satu iklan di lapangan terbang Melbourne yang agak unik kerana kata slogan yang digunakan masih terngiang-ngiang bermain di dalam fikiran saya hingga ke hari ini iaitu “Make your PP look bigger with this PP laser”. Iklan tersebut adalah iklan untuk produk mesin cukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
Di situlah bermulanya idea untuk memulakan Nateskin, yang berazam untuk memberikan solusi kepada maskulin Malaysia yang ingin membeli produk mesin cukur dan alat kemas diri yang boleh digunakan di rumah untuk menambah keyakinan diri sendiri.
Adakah anda melakukan tinjauan terlebih dahulu sebelum memajukan atau menghasilkan produk Nateskin?
Sebelum kami mengeluarkan produk kami yang pertama, kami lakukan tinjauan pasaran alat cukur dan kemasan bahagian sulit lelaki yang ada di Malaysia. Kami mendapati banyak produk yang di luar sana menggunakan jenis pisau besi untuk alat cukur mereka. Malah, saya mendapati bahawa risiko kecederaan adalah lebih tinggi dengan jenis pisau besi di kalangan pengguna.
Jadi, saya terus buat kajian tentang jenis bahan yang lain untuk menggantikan bahagian tersebut. Kami mendapati jenis bahan seramik adalah pilihan yang terbaik bagi menggantikan besi untuk produk kami kerana bahan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kecederaan, malah adalah alternatif yang paling selamat dan efektif untuk digunakan.
Bagaimana anda meyakinkan diri sendiri dan mungkin rakan niaga untuk merealisasikan idea penghasilan produk Nateskin?
Berdasarkan kajian awal dan survey kami terhadap pasaran lokal dan persepsi masyarakat umum, ramai yang berpendapat bahawa mereka sedar tentang masalah pertumbuhan bulu dan mahukan solusi dan keputusan yang sama tetapi masih kurang pasti dengan tindakan yang harus diambil untuk menangani masalah tersebut.
Bagi sesetengah responden yang sudah mengenal pasti cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, mereka tidak selesa dan malu untuk melanggani servis seperti waxing dan laser kerana ia melibatkan orang lain.
Kekurangan inisiatif terhadap masalah yang disebut di dalam pasaran lokal Malaysia dan Singapura ditambahkan pula dengan fakta bahawa beberapa jenama dan syarikat telah berjaya membuka haluan dalam bidang yang sama di Amerika Syarikat dan UK, ia menjadikan pilihan yang jelas untuk melancarkan Nateskin di pasaran yang masih belum diteroka terutama sekali di Asia Tenggara.
Penjagaan bahagian sulit lelaki merupakan satu perkara yang cukup ‘taboo’ terutamanya di kalangan masyarakat Timur seperti Malaysia. Apakah pendekatan pemasaran yang anda lakukan bagi mempromosikan produk ini?
Saya setuju dengan pernyataan yang diberikan di dalam solan. Ya, topik tentang pengemasan diri lelaki di kalangan masyarakat Malaysia seumpama tiada bunyi dan sensitif untuk dibincangkan.
Di situ datangnya Nateskin, kerana walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyediakan alternatif untuk lelaki Malaysia mengemaskan bahagian sulit mereka dengan selesa, kami juga bermatlamat untuk menjadikan topik perbincangan ini lebih mudah untuk dibincangkan secara umum di kalangan masyarakat.
Bagaimana? Nateskin menggunakan pendekatan dengan pengguna melalui lawak dan jenaka dalam semua aspek dari pemasaran, pembungkusan hingga copywriting. Contoh seperti lampiran yang diberi dibawah, gambar tersebut adalah sedikit sebanyak gambaran teknik pendekatan kami untuk membuatkan topik yang sensitif ini lebih mudah dibincangkan di kalangan masyarakat umum.
Seperti yang dilihat dibawah, ada frasa yang kelakar dan unik seperti, “Avatar: The Last Hairbender” yang pasti akan buat pengguna tertawa sebaik sahaja mereka membaca manual pengguna kami. Mesej utama kami dari sini adalah supaya pengguna rasa lebih yakin dan selasa untuk membincangkan topik ini dan setiap kali mereka buat sedemikian, mereka akan terus ingat Noteskin.
Apakah perbezaan utama Nateskin berbanding produk mesin pencukur yang lain?
Keselamatan pengguna telah menjadi keutamaan di Nateskin. Seperti yang dibincangkan di atas, alat mesin cukur kami menggunakan seramik sebagai bilah pisau berbanding besi tahan karat yang digunakan secara menyeluruh oleh jenama-jenama yang ada di pasaran di luar sana.
Kenapa seramik? Kerana seramik jauh lebih kukuh, tajam dan efektif malah lebih selamat digunakan untuk bahagian yang sensitif seperti alat sulit. Jadi, ini dapat mengurangkan kadar kecederaan dan luka yang tidak diingini apatah lagi di bahagian tersebut.
Selain itu, Nateskin juga menggunakan teknik pendekatan pengguna yang unik melalui sedikit lawak jenaka yang memberi laluan kepada Nateskin untuk berinteraksi dengan pengguna dan masyarakat dengan cara yang sangat unik tapi ramah!
Boleh kongsikan bagaimana sambutan tempatan dan apakah perancangan masa hadapan Nateskin?
Setakat tahun 2023, sebanyak 8,000 unit Nateskin Bush Trimmer dengan angka pendapatan daripada hasil jualan sebanyak RM500k sebulan. Daripada jumlah tersebut, 60% adalah dari Malaysia. Kebanyakan pengguna kami adalah daripada umur 25 ke 40 tahun dan kami mempunyai jumlah permintaan yang stabil daripada kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Walaupun kami masih belum mengetahui mengapa permintaan lebih tinggi daripada empat bidang ini, tetapi kami berharap dapat mengumpul lebih banyak data dan maklum balas daripada pengguna kami.
Ia bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana kami dapat menyesuaikan dengan misi syarikat untuk menjadikan Nateskin sebagai penyelesaian untuk digunakan bagi tujuan kemasan bahagian sulit di samping misi untuk memberi platform perbahasan topik yang sensitif di kawasan lain.
Apakah maksud tersirat yang ada pada nama Nateskin?
Semasa zaman PKP, pengalaman orang lain terhadap isu pengemasan diri juga serupa dengan pengamalan saya. Saya rasa diri dan rupa saya tidak terurus kerana servis yang saya kerap gunakan tidak beroperasi disebabkan arahan kawalan pergerakan. Apatah lagi, arahan tersebut berkuatkuasa berbulan lamanya.
Jadi saya pun mula mencari solusi sendiri untuk tujuan kemasan diri. Saya cuba mengunakan alat mesin cukur di rumah tetapi pengalaman tersebut tidak seindah khabar kerana saya terluka secara tidak sengaja. Pengalaman ini juga mendorong saya untuk menerajui Nateskin. Jadi daripada saya gunakan Jaredskin sebagai nama jenama ini, saya gunakan Nateskin. Perkataan ‘Nate’ di dalam Nateskin mempunyai maksud dan isitillah punggung atau dalam Bahasa Inggeris, buttock dan rump. Menarik tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ingin tahu sama ada anda memiliki jantung sihat? Ketahui 8 tanda utama yang menunjukkan jantung anda berada dalam keadaan unggul dan sistem kardiovaskular berfungsi dengan baik.