Bagi penggemar motosikal mewah berkuasa tinggi model yang ditampilkan oleh BMW Motorrad Malaysia ini pastinya cukup sinonim dalam pandangan dan juga fikiran anda. Mana tidaknya BMW 1250 R dan BMW 1250 RS merupakan jentera dikuasakan enjin boxer BMW yang cukup ikonik.
Baru-baru ini BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua jentera ini yang hadir dengan pelbagai ciri serta fungsi inovatif yang dikatakan mampu membawa pengalaman tunggangan yang serba dinamik.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata,”Berbekalkan harapan besar, kami dengan rasa bangga mempersembahkan era baharu bagi segmen jentera jelajah sport, menjulang slogan ‘Make Life a Ride’ yang telah kami laungkan selama 100 tahun.
“BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS mencabar batasan dengan beberapa kemajuan teknologi yang baharu, digandingkan dengan enjin boxer dan siluet kami yang ikonik, menonjolkan lagi kepakaran jenama ini dalam arena motosikal jelajah sport.”
BMW R 1250 R baharu ini dilihat menyambung kejayaan jentera roadster yang dibawakan oleh BMW Motorrad. Manakala BMW R 1250 RS baharu pula berpegang kepada legasi “RS”, yang menjadi tanda aras bagi kecemerlangan jentera jelajah sport. Lebih bersofistikasi dan inovatif, ia menjanjikan sebuah pengalaman jelajah yang sporty dan dinamik di aras yang tertinggi.
Ads
BMW 1250 RS
ASPEK KESELAMATAN TERTINGGI
Sebagai jentera jelajah sport, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu dilengkapi secara standard dengan BMW Integral ABS Pro, iaitu sistem pembrekan yang dirumus untuk memperkayakan aspek keselamatan, khususnya semasa membelok.
Turut dirangkumkan secara standard ialah Kawalan Brek Dinamik (DBC), ia membekalkan sokongan tambahan semasa membuat pembrekan kecemasan dengan mencegah pengaktifan pendikit yang dibuat tanpa sengaja.
BMW 1250 R
Ia dapat dikecapi dengan intervensi dalam kawalan enjin, tork pacuan akan menyusut semasa membrek bagi memanfaatkan daya pembrekan pada roda belakang dengan sepenuhnya. Hasilnya ialah stabiliti yang lebih baik serta jarak pembrekan yang lebih singkat.
Kedua-dua motosikal hebat ini juga didatangkan dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) secara standard. Secara tidak langsung menjamin daya cengkaman yang sangat baik serta tahap keselamatan yang tinggi.
Ads
BMW 1250 R
KEHEBATAN ENJIN
Riding Modes Pro pula membawa mod-mod tunggangan boleh suai turut disertakan bersama memberikan keselesaan penunggang.
Memberi nafas kepada BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ialah enjin boxer empat lejang dua silinder berpenyejukan udara/cecair – sesarannya yang bernilai 1,254 cm3. Kekuatan ini mampu membekalkan 100 kW (136 PS) dan 143 Nm tork.
Selain itu teknologi BMW ShiftCam juga memainkan peranannya, menawarkan keupayaan pemasaan injap serta peninggian injap berciri boleh ubah pada bahagian salur masuk.
BMW 1250 RS
Hasilnya ialah sebuah enjin yang berkeupayaan untuk membekalkan kuasa dengan lancar merentasi semua julat kelajuan, sambil memelihara corak penggunaan bahan api dan emisi yang cemerlang.
Ads
Dari segi fungsi keterhubungan dan navigasi pulaia memperkenalkan skrin paparan berwarna TFT secara standard. Aneka paparan skrin tersuai boleh dipilih untuk pelbagai tujuan, termasuk Skrin Teras ‘Sports’ yang membekalkan informasi seperti ABS Pro atau DTC.
BMW 1250 RS
Seunit soket kuasa 12 volt bersepadu dan juga soket USB-A tambahan dengan bekalan kuasa 5 volt dapat mengecas peranti mudah alih pengguna, turut hadir dengan keupayaan pengecasan pantas yang bergantung kepada jenis peranti.
Panggilan Kecemasan Pintar juga merupakan fungsi standard bagi memastikan bantuan segera dapat diberikan dalam situasi kecemasan.
BMW 1250 RS
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ditawarkan dalam varian model Sport dan juga Triple Black. Setiap satu hadir dengan aneka warna yang unik.
Varian Sport jentera BMW R 1250 R didatangkan dalam warna Racingblue, manakala varian Triple Black hadir dalam warna Blackstorm. Sementara itu, varian Sport bagi BMW R 1250 RS baharu disediakan dalam warna Lightwhite, Racingblue dan Racingred, manakala varian Triple Black disediakan dalam warna Blackstorm.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berikutan dengan penularan pandemik yang masih berlaku sekarang pelbagai industri dan perniagaan terpaksa mencari jalan baru bagi mendekatkan diri dengan pelanggan mereka. Begitu juga dengan Cycle & Carriage yang menjadi mengedar kenderaan mewah Mercedes-Benz di Malaysia.
Buat pertama kalinya di negara kita, Cycle & Carriage memperkenalkan virtual showroom Mercedes-Benz. Pelancarannya yang dilangsungkan pada 18 November lalu menyaksikan pengenalan virtual showroom yang diyakini mampu memberika pengalaman terbaik buat pembeli kereta.
Penekanan utama yang mahu ditampilkan mereka ialah mengekalkan serta meningkatkan pengalaman meninjau showroom mereka secara virtual yang tidak dapat dilakukan secara fizikal.
TINJAU DAN RASA
Menerusi pengalaman virtual pengguna boleh merasai dan meninjau bukan sahaja showroom tersebut tetapi setiap kenderaan Mercedes-Benz yang dipaparkan.
Jelas Ketua Pengawai Eksekutif Cycle & Carrige Bintang, Wilfrid Foo, “Pengalaman pelanggan membeli kenderaan merupakan satu perjalanan yang kini boleh dilakukan secara digital dan di hujung jari. Pihak kami menawarkan pengalaman secara virtual yang mampu memenuhi segala jangkaan untuk pelbagai aspek”.
Tambahnya lagi, menggunakan platform digital dilihat sebagai salah satu prospek industri automotif yang tidak patut dilepaskan oleh mereka.
MODEL TERSEDIA
Pada pelancarannya, Cycle & Carriage Virtual SHowroom mengetengahkan sebanyak sembilan buah model Mercedes-Benz yang terdiri daripada segmen A-Class hinggalah ke segmen mewah seperti S-Class.
Menerusi virtual showroom ini pengguna dapat merasai pengalaman 360 darjah dengan menggunakan configurator kereta. Selain itu turut tersedia video reviu daripada pakar automotif untuk setiap kenderaan yang dipaparkan.
Buat anda ingin merasai sendiri pengalaman virtual showroom ini bolehlah kunjungi laman sesawang rasmi Cycle & Carriage.
Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai pemandu masih keliru dengan cara yang betul untuk memasuki dan melalui pusingan bulatan atau roundabout.
Walaupun nampak mudah, kesilapan seperti salah lorong, tidak memberi signal, atau tidak memberi laluan boleh menyebabkan kekeliruan dan kemalangan kecil.
Oleh itu, penting untuk kita faham panduan asas supaya pusingan bulatan dapat dilalui dengan lancar dan selamat.
Kenali Lorong Mengikut Destinasi
Foto : Gem Car Rental
Sebelum masuk bulatan, perhatikan lorong yang sesuai berdasarkan destinasi anda.
Jika ingin keluar di simpang pertama (belok kiri), gunakan lorong kiri dari awal dan pasang signal kiri sebelum memasuki bulatan.
Untuk terus di simpang kedua, anda boleh guna lorong kiri atau tengah bergantung pada bilangan lorong, dan pasang signal kiri selepas melepasi simpang pertama.
Manakala jika ingin keluar di simpang ketiga atau lebih jauh (belok kanan atau buat pusing balik), gunakan lorong kanan, pasang signal kanan ketika masuk bulatan, kemudian tukar signal ke kiri sebelum keluar.
Beri Laluan Kepada Kenderaan Dalam Bulatan
Foto : Careta
Kenderaan yang sudah berada dalam bulatan mempunyai keutamaan laluan.
Jangan sesekali memotong atau masuk bulatan secara tiba-tiba tanpa memberi laluan.
Ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pemandu lain, malah boleh menyebabkan kemalangan.
Gunakan Signal Dengan Betul
Signal sangat penting untuk memberi isyarat kepada pemandu lain.
Pasang signal ke kiri apabila hendak keluar bulatan dan signal ke kanan jika ingin pusing ke kanan atau buat pusing balik.
Penggunaan signal yang betul membantu mengelakkan kekeliruan dan memastikan aliran trafik lancar.
Elak Tukar Lorong Secara Mendadak Dalam Bulatan
Foto : Actualidad Motor
Jangan tukar lorong secara tiba-tiba dalam bulatan. Jika tersilap lorong, teruskan pusing dan cuba keluar di simpang seterusnya.
Elakkan potong dari lorong kanan terus keluar ke kiri kerana tindakan itu boleh mengganggu aliran trafik dan berbahaya.
Setiap bulatan mempunyai saiz dan reka bentuk yang berbeza.
Bulatan besar di bandar biasanya mempunyai beberapa lorong yang dilabel dengan jelas mengikut arah tuju.
Motosikal merupakan kenderaan yang amat penting di tengah Bandar. Ia selalu digunakan warga kota untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang boleh melambatkan perjalanan dari rumah ke pejabat.
Selain itu, ia juga membantu orang Bandar untuk menjimatkan kos petrol bulanan. Namun, ramai orang mengambil mudah urusan penyelenggaraan atau servis yang sepatutnya dilakukan apabila mencecah jarak perbatuan sebanyak 1500-4000KM.
Penunggang motosikal harus tahu bahawa setiap pengeluar mencadangkan tempoh selamat untuk menukar minyak enjin apabila mencapai jarak perbatuan 1500-4000KM. Jika melebihi jarak tersebut, motosikal anda perlu segera ditukarkan minyak enjin baharu.
Kesan pengabaian tukar minyak adalah:
Masa yang sama anda tiada pilihan lain melainkan tukar sahaja minyak enjin motosikal mengikut kitaran yang sepatutnya. Pastikan untuk menggunakan minyak enjin yang berkualiti tinggi, sama ada mengikut gred yang ditetapkan atau direkomenkan oleh pengeluar.
Akhir sekali, hati-hati dengan minyak enjin tiruan di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.