Buat peminat kereta terutamanya dari jenama Honda, model Civic pastinya sudah tidak asing lagi untuk anda. Malah tidak dinafikan peminat model ini cukup ramai sekali di negara kita.
Setiap kali wajah baru diperkenalkan untuk model ini ia sentiasa menarik perhatian ramai khususnya buat kaki-kaki kereta. Baru-baru ini, Honda Malaysia telah pun melancarkan secara rasminya model Civic generasi ke-11 serba baharu ke pasaran Malaysia.
Model yang cukup dinantikan ramai ini dijangka merancakkan lagi pasaran buat jenama asal Jepun ini dan mengekalkan posisinya sebagai model nombor satu dalam segmen C. Melihatan pelbagai pembaharuan serta inovasi yang diperkenalkan tidak mustahil kedudukan itu dikekalkan oleh Honda.
Jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Puan Madoka Chujo, “Sewaktu proses pembangunan Civic Generasi ke-11 Serba Baharu ini, pasukan R&D Honda telah memberikan segala usaha dan idea dalam mereka bentuk bahagian luaran, dalaman dan pakej keseluruhan kereta ini.
“Model ini adalah terjemahan unsur-unsur klasik disamping menitikberatkan nilai-nilai Honda yang berterusan. Konsep rekabentuk baharu ini memberikan Identiti Alaf Baharu untuk sebuah sedan.
“Dilengkapi dengan ciri-ciri dan teknologi terkini, ia masih mengekalkan DNA model Civic dari segi rekabentuk, pengendalian dan prestasi berkuasa. Model Serba Baharu ini direka dengan sepenuh Jiwa, diinspirasikan dari sebuah Legasi dan dibina untuk Masa Hadapan.”
Ads
VARIAN BAHARU
Buat pertama kalinya juga, Honda bakal memperkenalkan varian RS untuk model Civic terbaru dengan meningkatkan ciri-ciri sporty dan gaya lebih ‘daring’.
Antara ciri-ciri luaran esklusif RS adalah seperti Kemasan Hitam Berkilat di Pintu dengan Cermin Sisi Berwarna Hitam, Antena ‘Shark Fin’, Pemegang Luar Pintu dan Spoiler Penutup But.
Ads
Manakala Ekzos Berkembar dengan Kemasan Krom dan Roda Aloi Hitam Matte 18-inci memberikan ciri sporty untuk penampilannya. Ia juga menerima Lampu Utama LED dengan rekabentuk baharu bersama Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED sementara Gabungan Lampu Belakang LED dengan rekabentuk yang mencerminkan DNA Civic selain menekankan identiti Honda.
Civic terbaru ini juga menampilkan teknologi Laser Brazing buat pertama kali bagi menampakkan garisan bumbung yang lebih kemas. Model ini ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu E, V dan RS. Enjin 1.5L i-VTEC Turbocharged yang dipertingkatkan kini didatangkan standard untuk semua varian Civic.
Hadir dengan tenaga maksimum 182PS dan tork terbaik di dalam segmennya, 240Nm – menjadikan enjin ini lebih berkuasa dari enjin 2.4L. Civic Serba Baharu ini juga mempunyai mod pemanduan baharu: ECON, Normal dan Sport Mode yang mudah dipilih menggunakan suis Drive Mode. Sport Mode memberikan sensasi tork yang berkuasa serta pecutan yang responsif, sesuai dengan DNA pemanduan prestasi Civic.
Ads
REKAAN DALAMAN
Ruang dalamannya juga diperkemaskan dengan konsep lebih segar. Ia hadir dengan reka bentuk berkonsepkan suasana dan rasa terbuka. Fokus utama ialah untuk memberikan penglihatan visual yang jelas melalui ruang cermin yang lebih luas. Ciri yang menjadi tarikan utama ialah penggunaan panel Honeycomb Mesh yang berjaya membawa rasa premium pada papan pemukanya.
Tempat duduk juga menerima sentuhan baru dengan sokongan posisi badan yang lebih baik. Manakala Varian RS pula mempunyai tempat duduk kulit jahitan benang merah berserta stereng kulit juga dengan jahitan sama.
Varian RS dan V dilengkapi dengan Paparan Audio berukuran 9-inci yang boleh dipadankan dengan Apple CarPlay serta Android Auto*2 dan 2 slot USB di bahagian hadapan.
Antara ciri-ciri standard untuk semua varian ialah Paparan Kluster Meter (TFT) Interaktif berukuran 7-inci, 2 slot USB untuk tempat duduk belakang, dan Pengelap Cermin Pintar. Pengelap Cermin Pintar adalah ciri yang unik, dan pertama kali diperkenalkan untuk model kereta Honda Malaysia.
Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila memiliki kenderaan sendiri, keselamatan adalah sesuatu yang paling kita titik beratkan namun jika berlaku kejadian luar jangka, pasti kita bersedih.
Misalnya biar pun kereta telah dikunci elok dan tersimpan rapi dalam pagar, jika pencuri tetap nekad nak buat ‘kerja jahatya’ itu, risiko untuk kehilangan kereta itu tetap akan ada.
Tak sangka kereta model nombor 6 yang sering dikaitkan dengan ‘hero’ dan ‘hebat’ di lebuh raya pun turut menjadi mangsa kerakusan pencuri.
Sepuluh model ‘panas’ yang biasanya menjadi sasaran pencuri adalah Proton Wira, Proton Iswara, Toyota Hilux, Perodua Kancil, Proton Saga, Perodua Myvi, Proton Waja, Honda City, Nissan Vannete dan Proton Satria.
Namun demikian, statistik menunjukkan berlaku penurunan tahun lalu sehingga 2,600 kes berbanding tahun 2017 yang mencecah sehingga 4,331 kes kecurian pelbagai kenderaan termasuk kereta.
Apa-apa pun sebagai pengguna, kita harus memastikan kenderaan kita selamat dalam pemantauan. Jika kawasan rumah belum ada CCTV, pasanglah satu di kawasan utama sebagai rekod dan bukti jika berlaku kecurian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang memiliki kereta baharu pastinya berasa cukup sensitif dan peka dengan perkara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kereta. Namun sebenarnya ramai tidak sedar bahawa ada beberapa tabiat yang dianggap normal sebenarnya bolegh membawa banyak keburukan kepada kereta anda.
Malah jika dilakukan secara berterusan ia boleh merosakkan bukan satu tetapi banyak komponen kereta. Malah kos membaiki untuk sesetengah kerosakan itu sangatlah. Jadi untuk elak perkara ini berlaku, anda harus kenal pasti apakah tabiat yang boleh merosakkan kereta. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis tabiat yang boleh anda elak bermula hari ini!
TERUS LENJAN KERETA SELEPAS ENJIN DIHIDUKAN
Kebanyakan kereta baharu di pasaran memang tidak memerlukan anda tunggu masa lama untuk dia ‘warm up’. Namun jika anda amalkan terus bawa kereta dengan tekan minyak atau lenjan dengan terus boleh menyebabkan berlakunya tekanan tinggi pada enjin kerana minyak enjin belum berada pada tahap optimum.
Jadi bawalah secara relaks dahulu ya. Selepas dalam tempoh 15 minit barulah boleh tekan seadanya.
TIDAK BREK DENGAN ELOK BILA MELALUI BONGGOL
Ini juga salah satu tabiat yang boleh menyebabkan kereta baru jadi rosak lebih cepat. Sama seperti kenderaan lain kereta juga mempunyai sistem suspension yang cukup sensitif.
Jika anda ‘langgar’ sahaja bonggol tanpa brek dengan baik, ia bukan sahaja merosakkan sistem suspension malah boleh merosakkan mounting kereta dan juga casis boleh menjadi longgar. Bila rosak bukan sahaja susah nak dibaiki malah memakan kos yang tinggi.
PUSING STERENG DENGAN KUAT
Stereng merupakan komponen yang sangat penting dalam memberikan navigasi yang baik terhadap kereta. Disebabkan itulah anda juga perlu lebih peka dan berhati-hati untuk tidak terlalu kasar apabila memusingkan stereng.
Jika disentap kuat streering rack boleh rosak dan mengeluarkan bunyi. Lama-kelamaan pemanduan pun akan rasa tidak lancar seperti sedia kala.
TIDAK MENGGUNAKAN LAMPU ‘SIGNAL’
Apa kaitan lamou signal dengan kerosakan pada kenderaa? Mungkin itu yang bermain di fikiran anda. Tahukah anda banyak kemalangan jalan raya berlaku akibat daripada sikat pemandu yang tidak memberikan lampu signal ketika hendak membelok?
Jadi gunalah lampu signal setiap kali ingin membelok atau menukar lorong. Anda selamat, kereta pun selamat!
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda!
Pernah atau tidak kereta Iriz anda proton Iriz anda naik temputure tiba-tiba saat anda sedang memandunya?
Jika anda seorang yang tidak biasa mengenai kereta pasti anda sudah kelam-kabut dan akhirnya panggil pomen atau hantar ke bengkel bukan.
Lepastu anda akan dikenakan caj yang tinggi harganya dan tidak masuk akal. Hati-hati, Jangan tertipu oleh sesetengah takti pomen kereta.
Sebenarnya anda boleh gantikan sendiri tanpa memerlukan kos yang tinggi pun. Namun harus diingat ya, jangan sampai terbakar. Jika Nampak tanda temperature anda sedang naik segera matikan kenderaan anda.
Cara ini hanya boleh diguna pakai pada kenderaan model baharu sahaja, kenderaan lama mungkin ada cara-caranya.
Apa yang anda harus lakukan;
1. Matikan enjin sementara tunggu sehingga temperature turun
2. Pastikan kipas moto atau fan kenderaan anda berfungsi atau tidak (dengan cara membuka air cond. Jika dah buka tetapi ia masih tidak berfungsi itu tandanya kereta anda mempunyai masalah)
3. Buka bonet hadapan kenderaan anda dan pergi ke bahagian kiri kenderaan anda.
4. Anda akan nampak satu kotak hitam yang dipanggil fusebox di mana terdapat hampir semua fuse kenderaan anda.
5. Buka fusebox itu, apabila anda terbalikan fusebox itu, cari cooling fan.
6. Pertama sekali tengok fuse itu putus atau tidak, sekiranya tidak putus tiada masalah. Andai kata putus sebelum gantikan relay.
Lihat sendiri bagaimana cara-cara untuk gantikan relay di video yang sempat dikongsikan oleh CK Yusoff ini…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam kehidupan seharian, kita sering menggunakan pelbagai barangan tanpa menyedari bahawa setiap satu daripadanya memiliki tarikh luput, termasuklah kasut sukan yang sering kita gunakan.Dipetik...