Perkongsian dari blog kesihatan Mr Tengku Asmadi mengenai masalah gemuk air dan cara mengatasinya.
1. KURANGKAN KARBOHIDRAT
Langkah pertama dan yang paling selamat untuk dehidrasi atau mengurangkan air dalam sistem badan anda dan menghadkan jumlah kandungan cecair ialah dengan mengurangkan karbohirat.
Setiap gram karbohidrat yang tersimpan di dalam badan anda turut membawa 2-3 gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat tersebut ber- makna kandungan air itu juga dapat disingkirkan.
Sebab itulah mereka yang memulakan diet rendah karbohidrat akan melihat berat badan mereka menurun secara mendadak pada permulaan diet tersebut.
Lakukan diet rendah karbohidrat dalam tiga atau empat hari untuk menyingkir kandungan air adalah satu strategi yang bijak dan berkesan.
Tapi ingat: apabila anda tingkatkan semula pengambilan karbohidrat, kandungan air badan akan bertambah semula.
Kurus elak nasi?
Kalau anda elak makan nasi atau sumber karbohidrat ala-ala diet Atkins, penurunan berat badan pada awalnya hasil daripada pembuangan air sebenarnya dan jika anda mengambil karbohidrat selepas itu berat akan naik semula dengan cepat. Hati-hati dalam memilih plan diet anda.
2. TINGKATKAN PENGAMBILAN AIR
Kalau anda tidak cukup pengambilan cecair secara am, badan akan cuba meny- impan sebanyak mungkin untuk keselamatan anda. Jadi untuk membuang air berlebihan tersebut, tingkatkan pengambilan cecair. Banyak mana yang anda perlu minum?
Ads
Lihat kepada warna urine anda. Pastikan ia lebih jernih daripada kekuningan.
3.KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Sekarang anda sudah pun tahu bahawa garam menjadi penyumbang besar ke- pada masalah gemuk air dan juga hypertension. Maka untuk kurangkan kesan garam terhadap badan anda, kurangkanlah pengambilannya.
4.HADKAN PENGAMBILAN CECAIR 1-2 HARI.
Apa, kurangkan air? Bukan tadi baru suruh minum air lebih?
Langkah seterusnya, anda perlu menghadkan pengambilan cecair/air. Langkah ini agak membahayakan dalam misi menyingkirkan air, maka anda mesti berhati-hati.
Anda tidak harus menghadkan pengambilan air dalam jangka panjang. Cukup untuk sehari dua sahaja anda kurangkan pengambilan air, supaya kelihatan lebih langsing.
Ads
Tapi hati-hati! Jika anda merancang untuk mengurangkan pengambilan air, pastikan anda kurangkan aktiviti fizikal, kerana risiko anda berasa pening dan pitam adalah tinggi.
5.PRODUK DIURETIK UNTUK TINGKATKAN PEMBUANGAN URIN
Cara yang terakhir untuk mengawal gemuk air ialah dengan mengambil produk diuretik.Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pembuangan air kencing. Cara ini amat berkesan untuk memerah kandungan air dalam badan anda, tetapi ini bukan cara yang selamat untuk dipraktikkan.
Anda hanya boleh mempertimbangkan cara ini jika anda sudah berbincang dengan doktor anda dan akan menggunakannya dalam jangkamasa yang sangat pendek.
Selain itu, ini hanya dilakukan oleh mereka yang perlu benar-benar langsing, contohnya mereka yang bertanding dalam bina badan atau pertandingan-pertandingan sepertinya.
Kini anda sudah mengetahui perkara-perkara utama tentang teknik terperinci untuk mengurangkan gemuk air dan kelihatan selangsing mungkin. Lakukan sedikit demi sedikit dengan berhati-hati supaya keselamatan anda terjamin.
Ads
6.AMALKAN MAKAN PISANG
Potassium adalah musuh atau lawan kepada sodium (garam). Potassium penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlit-atlit kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan bendalir badan.
7. AMALKAN SENAMAN
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
8. PERBANYAKKAN PENGAMBILAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
Hati-hati: Jangan terlalu banyak mengambil serat secara berlebihan yang penting adalah seimbang antara serat protein dan karbo.
Macam mana sudah dapat panduan atasi gemuk air anda?Jika panduan ini bermanfaat silakan share dengan sahabat yang lain moga mereka juga dapat atasi gemuk air.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan pemain yang dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, Cristaino Ronaldo. Tanya sahaja penyokong kelab Manchester United mereka pasti kenal akan sosok badan pemain asal Portugal ini.
Walaupun ‘perpisahan’ yang berlaku di antara Ronaldo dan Manchester United menggemparkan dunia bola sepak namun MASKULIN yakin ramai peminat kelab tersebut masih menganggap Ronaldo sebagai legenda mereka.
Tumpuan kini terarah kepada Piala Dunia 2022 di Qatar yang mana Ronaldo turut bersaing bersama negaranya untuk merebut kemuncak kejuaran bola sepak terulung di dunia. Kelibatnya di Qatar sentiasa menjadi tumpuan pengamal media antarabangsa dan juga peminat yang seti mengikuti perkembangan terkini.
Terbaru, Ronaldo telah dilaporkan bersetuju untuk menyertai kelab terkenal dari Arab Saudi dengan nilai kontrak melebihi USD200 juta setahun. Sejurus tamat perlawanan bertemu Ghana minggu lalu, Ronaldo telah mencipta rekod unik Piala Dunia dengan menjaringkan gol di lima edisi berbeza.
Menurut laporan dari CBS Sport, kelab Arab Saudi dikenali dengan nama Al Nassr telah bersedia untuk menawarkan kontrak selama tiga tahun untuk Ronaldo. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengesahan dari dari kedua-dua pihak.
Laporan berbeza dari Marca pula mengatakan Ronaldo bakal bersetuju dengan kontrak bernilai USD207 juta (RM912 juta) setahun. Kontrak ini menyaksikan Ronaldo bakal mewakili Al Nassr, kelab Arab Saudi paling berjaya di negaranya selama dua tahun setengah.
Kelab tersebut kini diuruskan oleh Rudi Garcia, bekas pengurus kelab terkemuka seperti Roma, Marseille dan Lyon.
Makin tua makin berisi, makin tua makin mantap! Itulah legasi yang dibawa olrh Ronaldo walaupun kadangkala terpalit kontroversi di dalam dan juga luar padang. Adakah Ronaldu akan dapat bertahan lama di kelab tersebut.
Sama-sama kita nantikan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai antara kita pernah berdepan dengan situasi ini: wanita tiba-tiba berubah mood, cepat marah atau jadi murung bila perut kosong. Fenomena ini selalu dianggap normal, malah ada yang menggelarnya “hangry” gabungan hungry (lapar) dan angry (marah). Tetapi tahukah anda, lelaki juga mengalami emosi yang sama ketika lapar, cuma bezanya cara mereka menunjukkannya berbeza?
Menurut Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli, lapar boleh menyebabkan emosi manusia terganggu tanpa mengira jantina. Kajian dari National Library of Medicine mendapati lelaki lebih aktif pada kawasan frontotemporal dan paralimbik otak ketika lapar – bahagian yang berkait rapat dengan emosi dan keinginan. Maksudnya, emosi lelaki sebenarnya lebih “mengganas” ketika lapar, cuma mereka jarang menunjukkannya secara terbuka.
Kenapa Wanita Cepat Moody?
Wanita mempunyai kitaran hormon bulanan dan kawalan gula darah yang lebih sensitif. Ini menjadikan mereka lebih cepat bertukar mood apabila perut kosong. Keadaan ini menyebabkan mereka boleh berubah daripada ceria kepada moody hanya dalam sekelip mata. Kekurangan glukosa dalam darah bukan sahaja buat badan lemah, malah menjadikan otak kurang bertenaga dan mudah emosi.
Lelaki Pula Senyap, Tapi…
Lelaki sering dilihat lebih “cool” bila lapar. Mereka mungkin diam atau kelihatan masih tenang, tetapi sebenarnya emosi dalamannya lebih bergelora. Sistem otak menghantar signal bahawa ia mahukan makanan, dan bila keinginan itu tidak dipenuhi, ia tetap menjejaskan kestabilan emosi. Bezanya, lelaki memilih untuk memendam atau mengalihkan perhatian, berbanding wanita yang cepat menunjukkan ekspresi.
Jangan anggap isu lapar ini remeh. Dalam kes ekstrem, ia boleh buat seseorang menangis atau melepaskan emosi secara melampau. Contoh mudah, pelakon Reen Rahim pernah tular kerana menangis ketika bercuti di luar negara gara-gara tiada makanan di bilik hotel. Ini menunjukkan bagaimana lapar benar-benar boleh menggugat kestabilan emosi manusia.
Tip Untuk Lelaki: Kawal Emosi & Fikir Rasional
Sediakan snek ringkas – Kekacang, buah atau protein bar boleh jadi penyelamat ketika terperangkap dalam situasi tak sempat makan.
Minum air kosong – Kadangkala rasa lapar itu datang daripada dehidrasi. Air boleh membantu menenangkan sistem badan.
Kenal pasti signal lapar – Jangan tunggu sampai mood hilang kawalan. Bila mula rasa lemau, cepat-cepat isi perut.
Elak buat keputusan penting – Jika perut kosong, emosi tak stabil. Tunggu selepas makan untuk berbincang perkara serius.
Kesimpulannya, lapar memang mempengaruhi emosi – baik lelaki mahupun wanita. Bezanya, wanita lebih cepat moody kerana hormon dan gula darah sensitif, manakala lelaki nampak senyap tapi emosi dalaman lebih “panas”. Jadi, sebagai lelaki Maskulin, belajar kawal minda dan badan anda. Ingat, bukan semua masalah datang daripada orang sekeliling, kadang-kadang ia cuma datang daripada… perut kosong!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak maintain kurus di bulan puasa mungkin ada yang kata ia suatu yang mudah, ada juga yang selepas berpuasa berat naik mendadak. Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, anda harus patuh dengan 12 cara ini untuk pastikan berat badan tidak bertambah sepanjang Ramadan.
1.Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2.Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati-hati dalam soal pemilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
3.Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperoleh tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4.Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
5.Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6.SEBAIKNYA ELAK ATAU KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BEREMPAH DAN PEDAS KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN PEDIH PERUT DAN GASTRIK. SELAIN ITU, ELAKKAN JUGA DARIPADA MINUM MINUMAN BERKARBONAT ATAU KANDUNGAN KAFEIN YANG TINGGI KERANA IA AKAN MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN PERUT YANG KOSONG SETELAH SEHARIAN BERPUASA.
7.Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8.Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9.Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10.Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11.Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
12.Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.