Golongan belia merupakan antara yang paling tinggi dan aktif menggunakan e-dompet dalam urusan jual beli serta pelbagai bentuk pembayaran di negara kita.
Selain lebih selamat tatkala negara berdepan pandemik COVID-19, penggunaan e-dompet juga memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bakal memperkenalkan inisiatif kredit e-tunai dikenali sebagai e-Belia bernilai RM300 juta. Ia akan dibuka kepad kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan.
Jelas Kementerian Kewangan, e-Belia akan ditawarkan menerusi empat penyedia perkhidmatan. Mereka adalahBigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Ads
KATEGORI LAYAK
Pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut. Selain itu, ia juga dikatakan akan disertakan dengan pelbagai insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh setiap penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih.
Ads
Untuk pengetahuan anda, e-Belia dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun ini iaitu mereka yang lahir pada tahun 2001 hingga 2003.
Ia juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas di IPT berdaftar.
Ads
Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai depan dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai depan.
Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini.
Jika anda kaum keluargayang layak, jangan lupa uar-uarkan perkara ini kepada mereka. Ingat mereka yang layak adalah dari golongan berikut:
Kategori layak menebus kredit e-Wallet :
Belia berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Belia yang belajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Azwan Ali bikin panas lagi dengan mengatakan pelakon popular Neelofa persis watak kartun Disney Mickey Mouse apabila wajah pelakon ini dijadikan penghias hadapan sebuah majalah tempatan.
Di dalam captionnya, dia seperti menyalahkan perunding imej yang memakaikan pelakon tersebut dengan tudung berwarna hitam yang dililit ala turban.
Bagi kami di Maskulin, imej itu nampak bersahaja dan mempunyai class tersendiri, tidak mengapalah Neelofa awak tetap cantik dan bergaya dengan apa imej pun yang awak bawa.
Ha kalau korang nak tahu kiniFacebook sedang dalam proses menguji butang ‘snooze, – yang merupakan salah satu pembaharuan untuk menaik taraf elemen ‘mesra pengguna’ laman sosial paling popular itu.
Opsyen snooze boleh digunakan pengguna yang tidak mahu melihat kemas kini terbaharu mereka yang berada dalam senarai rakan. Butang snooze ini boleh digunakan pengguna yang tidak mahu melihat kemas kini terbaharu mereka yang berada dalam senarai rakan. Ia juga tidak memerlukan pengguna menyingkirkan mana-mana rakan dalam senarai.
Snooze sedikit berbeza dengan butang unfollow yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana snooze memberi pilihan kepada pengguna memilih garis masa untuk tujuan berkenaan, iaitu dari 24 jam sehingga 30 hari.
Ia dilihat jawapan kepada masalah ‘rakan yang menjengkelkan’, di mana snooze membolehkan anda mengawal post mana untuk dilihat dalam tempoh masa yang diinginkan.
Buat masa ini, belum diketahui bila butang ini akan diperkenalkan secara menyeluruh kepada semua pengguna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sebelum ini dilaporkan mengalami pendarahan otak telah disahkan meninggal dunia.
Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu menghembus nafasnya yang terakhir pada jam 9.23 malam, Ahad.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan salah seorang anaknya, Fatihah Salahuddin, menerusi akaun media sosialnya.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” tulisnya.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada tahun 2018.
Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Fatimah Taha dikurniakan enam cahaya mata.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.