Sejak kewujudan media sosial, kegiatan ibadah juga turut tidak terlepas dari menjadi bahan kandungan untuk dikongsi kepada warga maya.
Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ibadah umrah di Makkah. Apa tidaknya, peluang menjejakkan kaki ke kota suci itu tidak datang selalu.
Namun, kandungan-kandungan yang dirakam adakalanya berlebih-lebihan.
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil memberi teguran mesra terhadap individu yang memuat naik video saat berada di hadapan Kaabah.
Menerusi hantaran video di laman sosialnya, Dr Kamilin menegur mereka yang bergelut mahu mengucup Hajar Aswad sehingga menyakiti orang lain, apatah lagi jika berasak-asak sesama lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
Ads
“Bukan syarat sah tawaf cium Hajar Aswad ini. Tak perlu tunjuk gagahlah nak bagi orang perempuan kita berasak-asak dengan lelaki-lelaki lain.
“Kalau nampak sesak, cukup lambai sahaja. Itu sunnah yang Nabi SAW ajar,” jelasnya.
Kalau Lengang, Boleh Sentuh
Beliau turut memetik pesanan Rasulullah SAW kepada Umar bin al-Khattab, “Wahai Umar, kamu ini lelaki yang gagah. Jangan kamu berasak-asak untuk cium Hajar Aswad sehingga kamu menyakiti orang yang lebih lemah. Kalau kamu nampak lengang, boleh sentuh Hajar. Kalau tidak, cukup menghadap sambil bertahlil dan bertakbir”.
Ads
Selain itu, sepupu Rasulullah SAW iaitu Ibn Abbas juga tidak gemar bersesak-sesak demi Hajar Aswad dan berkata “jangan disakiti dan jangan menyakiti”, tambah Dr Kamilin.
“Sesungguhnya kamu ini batu yang tidak mampu untuk memberi manfaat atau mudarat. Kalaulah tidak kerana aku melihat Rasulullah mencium kamu, nescaya aku tidak akan menciummu,” demikian kata-kata Umar bin al-Khattab dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang dipetik Dr Kamilin di videonya.
Bagaimanapun Dr Kamilin tidak menghalang sesiapa pun untuk mencipta kandungan media sosial, namun baginya perihal ibadah biarlah diantara kita dan Allah sahaja.
Ads
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad berkongsi klip video beliau sedang tawaf ketika menunaikan umrah di Makkah.
Foto: Tangkap layar video Hafiz Mahamad berasak-asak di hadapan Kaabah.
Kritikan tercetus apabila Hafiz dilihat berasak-asak sehingga terlucut kain ihram di badannya bagi membolehkan isteri dan pekerja wanitanya mendekati Hajar Aswad untuk dikucup.
Video itu bagaimanapun telah dialih keluar dari laman media sosial Hafiz setelah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Taylor Swift nampaknya gayanya sudah ada buah hati dan beralih angin dengan perhubungan barunya bersama Travis Kelce. Hubungan cinta atara penyanyi pop ini dan pemain American football ini dihidu oleh media pada Julai 2023.
Para Swiftie cukup terkejut dan gembira dengan khabar berita ini. Malah, jejaka yang berusia 34 tahun itu langsung tidak menyorokkan perasaan cintanya terhadap Taylor Swift.
Berbanding dengan bekas kekasih TS sebelum ini, Travis memang mempunyai bentuk badan yang lebih besar. Walaupun dia tidak berperut ‘segi empat’, ramai wanita sebenarnya lebih suka lelaki sebegini berbanding lelaki yang berbadan berotot. Malah, tinjuan yang dibuat melalui laman temu janji, lelaki dengan badan ‘dad body’ memang digemari.
“Hampir 75% orang bujang adalah peminat ‘dad bods’. Ini bermakna mereka sukakan figura yang tidak begitu berotot,” kata wakil Dating.com.
Tinjauan yang dijalankan melalui PlanetFitness pula menunjukkan 78% wanita merasakan lelaki berbadan besar lebih yakin dengan diri mereka sendiri. Separuh daripada wanita juga memilih pasangan dengan ‘abs’ dan bukannya ‘six-pack’. Sementara itu, 83% isteri berkata mereka bangga mempunyai suami yang lebih gemuk.
Walau bagaimanapun, penyelidikan seterusnya mendedahkan bahawa wanita sebenarnya tidak menganggap lelaki gemuk itu menarik secara fiziknya. Namun, mereka dianggap mempunyai sifat penyayang, mesra, dan berpotensi menjadi ibu bapa yang baik. Sementara itu, lelaki ultra-macho dengan badan berotot cenderung mempunyai paras testosteron yang tinggi, menjadikan mereka agresif dan tidak menarik.
Dikatakan ada sebab saintifik mengapa wanita lebih suka lelaki yang mempunyai bentuk badan seperti Taylor Kelce. Profesor dan juga ahli psikologi Joel Wade dari Bucknell University mendedahkan bahawa wanita mungkin menganggap lelaki dengan badan ‘ayah’ mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah. Disebabkan ini, mereka dianggap kurang agresif dan mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sebagai pasangan dan bapa pada masa hadapan.
Menurut kajian ini lagi mendapati lelaki yang sempurna dari segi fizikal lebih cenderung untuk menipu dan curang. Disebabkan itu, wanita lebih suka memilih bakal pasangan yang lebih gempal kerana tidak perlu risau dicaras ‘penyondol’!
Sejujurnya lelaki berbadan besar ni memang nampak comel pun, untunglah lelaki berbadan besar ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang rata-rata lelaki tak perasan yang mereka sebenarnya melampau dalam melayan wanita. Wanita ni kalau dia manja, maknanya dia memang sayang anda. Kalau dia lapar cendol sekalipun, silalah turutkan ya. Ini 20 sifat lelaki yang buat perempuan takut, benci pada anda.
4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka.
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pula?
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA CONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki pakai baju hitam bukan saja nampak kacak tapi ‘seksi. Tak dapat dinafikan, ada sesuatu tentang lelaki berbaju hitam yang buat ramai orang terpikat.
Sama ada dia berpakaian kasual dengan t-shirt hitam atau tampil segak dalam sut serba hitam, warna ini memberi aura misteri dan daya tarikan tersendiri. Tapi kenapa ya?
Lelaki yang memilih warna hitam selalunya nampak lebih yakin dan berkarisma. Warna ini melambangkan ketegasan, kekuatan, dan sikap tidak mudah goyah. Bila seorang lelaki pakai baju hitam, dia secara tak langsung kelihatan lebih berwibawa, seolah-olah dia tahu apa yang dia buat dan tak perlukan pengesahan orang lain.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa warna hitam sering dikaitkan dengan sifat dominan dan maskulin. Sebab itu kita selalu nampak pemimpin, ahli perniagaan berjaya, atau selebriti lelaki memilih warna hitam untuk menyerlahkan imej mereka. Dalam dunia fesyen, warna ini juga dianggap timeless dan klasik, jadi tak kira apa gaya yang dipakai, lelaki berbaju hitam sentiasa nampak ‘sharp’.
Tak dinafikan, ramai orang tertarik kepada individu yang ada unsur misteri. Bila lelaki pakai hitam, dia seolah-olah ada sisi yang susah untuk dijangka, buatkan orang rasa ingin tahu lebih lagi tentang dirinya. Mungkin sebab itu banyak watak dalam filem yang digambarkan sebagai ‘bad boy’ atau lelaki yang penuh enigma sering memakai warna ini.
Salah satu kelebihan besar warna hitam adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Tak kira cerah atau gelap, lelaki tetap nampak segak dengan pakaian hitam. Malah, warna ini juga boleh memberi ilusi badan yang lebih tegap dan fit kerana ia menyamarkan bentuk tubuh. Jadi kalau nak nampak lebih ‘lean’ dan kemas, baju hitam memang pilihan yang tepat.
Nak nampak bergaya tanpa perlu berfikir panjang? Pakai sahaja baju hitam. Ia boleh digabungkan dengan pelbagai warna dan masih nampak kemas. Sama ada digandingkan dengan seluar jeans, jaket kulit, atau sut penuh, lelaki berbaju hitam sentiasa nampak effortless tetapi tetap menawan.
Lelaki yang memakai baju hitam bukan sekadar nampak lebih seksi, tetapi juga lebih yakin, berkarisma, dan penuh daya tarikan. Jadi, kalau anda seorang lelaki dan nak tambah aura maskulin serta memikat, baju hitam adalah pilihan yang tak pernah salah.
Tak hairanlah ramai yang kata, lelaki dalam baju hitam memang ada sesuatu yang buat hati mudah cair. Setuju?
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.